........... Najib Yang Banyak Kesalahan Tidak Pula DiAmbil Tindakan ? - Muhyiddin | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Yang Banyak Kesalahan Tidak Pula DiAmbil Tindakan ? - Muhyiddin

Friday, March 4, 201611comments


Ramai yang dah baca komen2 mengenai sidang media Muhyiddin semalam. Selain dari menyatakan pendirian akan terus kekal berjuang dari dalam Umno, isu2 yang MASIH menjadi tumpuan adalah isu RM2.6 bilion, SRC RM42 juta dan 1MDB.

Nah.... kalau benar rakyat sudah boleh terima keputusan AG bahawa semuanya sudah selesai, kenapa isu2 ini masih lagi hangat diperkatakan ? Setakat beberapa orang yang duk mainkan isu tapi kalau rakyat tak layan, tak jadi juga. Isu2 masih panas sebab rakyat sendiri yang masih tidak puashati.

Rakan blogger Minag Jinggo ada muatnaik video penuh sesi PC itu di SINI.

Saya potong beberapa segmen yang ingin dihighlitekan. Yang pertama adalah ketika Muhyiddin menjawab soalan wartawan - Apakah beliau akur dan terima keputusan AG yang telah membersihkan nama Najib serta mengarah tutup kes RM2.6 bilion dan kes SRC RM42 juta ?

Muhyiddin jawab - walaupun mengakui kuasa penuh AG untuk dakwa atau tidak sesuatu kes, secara PERIBADI Muhyiddin menyatakan yang AG tidak seharusnya mengambil semudah itu kes sebesar itu, dan telah bertindak tergesa2 / terlalu awal ( premature ) kerana laporan PPO yang mengatakan mereka ada bukti yang jelas dan meminta kes dibuka semula. Siasatan belum lengkap sepenuhnya.

Bila ditanya kepada mereka yang hadir, tidak ada seorang pun yang berani berkata yang mereka bersetuju dengan keputusan AG !

So ......apakah kerajaan mendengar suara rakyat ? Apakah pihak AG ada melakukan sesuatu bagi menjelaskan dengan lebih terperinci supaya rakyat faham dan dapat terima keputusannya tempohari ? Tidak ada ! Malahan rakyat pula yang dimarahi .....

Beginikah caranya untuk memenangi hati rakyat ?



KLiK untuk ke Youtube.


Segmen di bawah adalah cantuman 3 segmen yang saya potong dari video penuh.

- Kalau setiap dakwaan ke atas PM dikatakan satu Konspirasi, bermakna PM ini tidak boleh didakwa ? Immune ? Kebal dari apajua kesalahan ?

Bagaimana kalau ternyata kes itu BENAR ?

- Saya tahu ada bukti2 jelas yang mengaitkan pembabitan Najib dalam skandal 1MDB dan SRC, tapi bukti ini tidak boleh didedah secara umum .... kerana kes tidak dibawa ke mahkamah.

Maknanya ..... kalau AG bawa kes ke mahkamah untuk diadili, segala bukti2 itu akan didedahkan !




KLiK untuk ke Youtube.

- Umno sebelum ini tidak pernah terpalit dengan sebegini teruk dengan skandal2 jelek seperti ini. Bukan angkara Muhyiddin atau mana2 pemimpin lain tapi perbuatan seorang manusia yang bernama Presiden Umno.

Kenapa saya dibawa ke Majlis Tertinggi untuk dihukum, (sedangkan) Presiden Parti yang telah melakukan banyak kesalahan tidak dihadapkan ke muka pengadilan ?  Tidak dibawa ke Lembaga Disiplin ? Kenapa Majlis Tertinggi berdiam diri ? 

Siapa lebih banyak dosa ? Minta maaflah .... siapa yang melakukan kesalahan ? 

Saya tidak akan berdiam diri. Kami akan terus berbicara, menyuarakan perkara yang betul, bukan tohmah bukan tuduhan. ( Kami ) Bercakap yang Hak, Bercakap yang Benar !



PS - Laporan dari Mkini mengenai PC yang sama -

Muhyiddin: Saya kekal Umno, Umno tak salah
  
Muhyiddin ulangi bekas AG ada bukti terhadap Najib

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2016 at 2:31 PM

Kepada Allah s.w.t. kami berserah, kepada TS Muhyiddin dan rakan perjuangan kami berharap, moga kami berjaya mengalahkan pihak yang berlaku zalim dan serba menindas ini. Semoga terbuka hati semua orang yang masih menyokong jilat PM hari ini agar dapat melihat dengan sejelas-jelasnya hakikat sebuah kebenaran. Biar Najibul Bugish yang hancur bersama-sama rakan subahat beliau, Malaysia pula akan kembali aman dan makmur dalam perlindungan Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
March 4, 2016 at 2:51 PM

Bro

Mujurlah ada diantara pemimpin UMNO yang tegar dan totok. MY, SA dan MM serta GKCM yang masih berjiwa UMNO (United Malay National Organisation). Benar kata MY, UMNO ini tidak bersalah...teruskan perjuangan untuk mensucikan UMNO(lama) dari segala kotoran dan najis yang diolah olih pemimpin yang ada masakini. UMNO(lama) telah di transformasikan menjadi UMNO(Untuk Mohd Najib Only) penuh dengan kudis, pekong, sopak dan nanah mengalir mencemar maruah dan imej UMNO(lama) yang telah banyak berjasa.

Penyakit UMNO ini berpunca dari pemakanan yang tidak halal...dedak tercemar yang diperolehi dari sumber yang haram sewenang-wenangnya ditabur olih Najib kepada pemimpin ternakannya...parah jadinya UMNO.

Ahli MT yang kenyang makan dedak tercemar ni mana munkin akan mengambil tindakan keatas Presiden yang memberi mereka makan..begitu juga penjawat awam, KPN, AG, SUN dan lain-lain penjilat yang berkiblatkan Najib.

Asalkan kenyang bro...apa peduli haram ke halal... salah ke betul...mudahnya mereka menggadai maruah diri...

Kamu tidak akan kekal dan sementara kamu masih berkuasa kini...ingatlah akibat dari perbuatan kamu itu...jenerasi pewaris kita yang menanggung beban...bukan kamu..tapi anak cucu kamu dan seluruh rakyat dan keturunannya...waktu itu kamu semua dah MATI...tiada dedak lagi...malahan derita sengsara kudis dan pekong yang sukar semboh....bayangkanlah bukan doa kesejahteraan akhirat tapi sumpah seranah anak cucu kamu kerana mewariskan malapetaka ini kepada mereka....Amankah kamu semua????????.....

MasyaAllah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2016 at 3:10 PM

Si JibGor itu, kalau pada zaman kuno dia dapat lepas hukuman keadilan - atas sikap dan tindakan bermaharajalelanya. Tapi malang untuknya dia terlahir di negara yang mengiktirafkan tutur acara demokrasi zaman moden. Maka gelaplah masa depannya pada mahkhamah sedunia...

....................
Reply To This Comment ...................
March 4, 2016 at 3:47 PM

Be it known that 1MDB & existing UMNO is the key to the downfall of the nation's legacy. Why not...??? 1 Merata Dunia Berkata (1MDB) Unscrupulous Mohd Najib Only (UMNO).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2016 at 8:55 PM

Bro Din,

Tak menghairankan. Hanya di Malaysia kesalahan berkaitan rasuah boleh berubah mengikut jumlah wang diterima.

1. Tidak melebihi RM1 juta - rasuah
2. Tidak melebihi RM2.6 bilion - komisyen
3. Melebihi RM2.6 bilion - derma

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2016 at 8:56 PM

Bagaimanakah caranya untuk rakyat yg tidak termakan dedak dapat bersatu supaya najib tahu yang majoriti rakyat Malaysia tidak menyebelahinya selama ini dia disogok dengan cerita cinta yang romentik bahawa akar umbi dan rakyat sentiasa menyayangi dan merinduinya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2016 at 9:02 PM

Kalau tanya sesiapa pun rata2 akan berkata sah najib yang bersalah tapi orang yang tak bersalah pula yang dihukum undang2 ketahihan apakah ini jelas sekali najib telah menyalah gunakan kuasa

Hari ini selepas menunggu bertahun lamanya bertangguh punya tangguh menunggu kerana puak penyembah najib meminta supaya tunggu maka semuanya menunggu dengan sabar laporan audit 1mdb dibentangkan semua menunggu dengan sabar walaupun berbagai alasan2 dangkal menangguh diberikan oleh puak penyembah najib, tahun lepas sudah berapa puloh kali kali alasan tangguh diberikan untuk tahun 2016 saja sudah 3 kali alasan tangguh akan bentang januari bila nak habis januari bagi alasan tangguh ke febuari bila nak habis febuari hassan cari makan tangguh secara bersungguh2 pasti kali ini akan bentang seawal minggu pertama mac

Dan hari ini dalam minggu pertama mac sesudah sampai tarikh tuntutan janji, hassan cari makan dengan penuh ngah membuat pengumuman bahawa laporan audit 1mdb yang berakhir pada tahun kewangan 2014 dipersetujui menjadi akta rahsia rasmi negara (OSA) mangkuk hayun punya kambeng yang minta orang ramai tunggu tu apa kejadah, kalau 1mdb yang di persoalkan oleh sebahagian besar rakyat betul tiada masalah kenapa takut nak bentang rakyat lama menunggu kalau betul tak salah kenapa sampai letak bawah akta rahsia rasmi kerajaan sejak bila laporan audit sebuah syarikat milik kerajaan diletakkan dibawah OSA?, syarikat Petronas yang multi mega triliun punya bisnes tidak pernah sekalipun laporan audit mereka letak bawah OSA, ini sah memang sah 100% 1mdb & najib sudah menipu dan mau sembunyikan segala penipuan dengan meletakkan laporan audit dalam OSA.

Dengan penipuan demi penipuan kezaliman demi kezaliman oleh rejim najib keatas rakyat dan jika tidak mau tergolong dalam kalangan orang2 yang bersubahat maka 'WAJIB' bagi setiap rakyat Malaysia menurunkan najib dari jawatan PM.


....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
March 5, 2016 at 9:41 AM

Salam Sdr. Din,
Terima kasih kerana berkongsikan video PC Deklarasi Rakyat di blog saudara.
Saya menonton video penuh PC ini bersama keluarga. Apa yg ingin saya kongsikan disini adalah ketika dipenghujung video tersebut, anak perempuan saya yang baru di darjah 6 boleh secara tiba-tiba bangun dan menyatakan
"My name is Nadia, I am a Malaysian"
Dan berpaling kepada saya dan isteri lalu berkata
"Papa, Umi, Nadia nak tandatangan".
Tersentuh saya dengan pengakuan jujur ini. Seorang anak kecil yg semestinya tidak tahu apa itu "Deklarasi" tetapi mampu memahami apa yang diperjuangkan rakyat marhaen.
Sekarang saya harus mencari jalan bagaimana utk kami sekeluarga juga menandatangani Deklarasi Rakyat ini sekaligus memenuhi permintaan anak saya ini. Sekiranya Sdr. Din tahu bagaimana, harap dapat dikongsikan cara-caranya utk kami sebagai rakyat Malaysia juga menandatangani deklarasi ini.

Terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2016 at 8:14 PM

Salam saudara Malaysian Cybertrooper,saudara boleh pergi ke blog Apanama..di sana saudara boleh menyatakan sokongan kepada Deklarasi Rakyat .

....................
Reply To This Comment ...................
March 8, 2016 at 11:54 AM

Go to http://docs.google.com/forms/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 8, 2016 at 11:57 AM

Go to http://docs.google.com/forms/

Post a Comment