........... Najib - Saya Tidak Curi Duit Rakyat ! Hmmmm ... Tahun Lepas Najib Cakap - 1MDB Tak Pakai Duit Rakyat ! Erk .. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib - Saya Tidak Curi Duit Rakyat ! Hmmmm ... Tahun Lepas Najib Cakap - 1MDB Tak Pakai Duit Rakyat ! Erk ..

Saturday, March 19, 201625comments

Mkini
"Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.

"Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.

"Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat,"


Point utama Najib adalah -  Saya tidak curi duit rakyat !

Cai2 Najib boleh relaks.... ramai yang dah siap sedia nak serang sesiapa saja yang berani ubahsuai atau persenda ayat Najib itu. Contoh2 silam Tun Mahathir kononnya nak tunjuk yang Tun dulu pun songlap duit rakyat, dah tersusun untuk di copypaste sebagai jawapan.

So ...... Saya tak nak komen apapun ! Okeylah kalau itu yang Najib cakap, saya terimalah.
 




" Ini ( 1MDB ) bukan duit rakyat "


Err .... yang ini pun saya tak nak komen apa2 !

PS - Artikel dari TMI bertarikh 1/8/2015. Ada saya prinskrin di SINI.

Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2016 at 11:28 PM

Betullll... 1mdb bukan duit rakyat depa ada jumpa harta karun kat perbendaharaan Malaysia tapi bomoh cakap tak bolih terus guna kena ada perantaraan maka itu yang termunculnya 1mdb SRC dan tok Arab tu tak pecaya bolih tanya dia (saleh keruak kot)

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2016 at 12:28 AM

Wang 42 juta dari SRC yang digunakan untuk bayar kredit kad tu duit siapa? 4 bilion wang KWAP yang di ambil olih SRC tu wang siapa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 12:40 AM

Bro Din,
Maaf pada PRU akan datang tak ada undi dari kami sekeluarga utk BN lagi.

Tapi kami tetap turun mengundi sebab mereka yg lain tetap keluar mengundi. Jadi utk mengalahkan mereka, kami perlu tambahkan kertas undi dlm peti undi yg lain.

Ini adalah kerana kami dah tak sanggup lagi tengok:-
1. Korupsi
2. Pembohongan
3. Penyalahgunaan kuasa
4. Pecah amanah
5. Akuan palsu yg bercanggah-canggah.
6. Alasan tanpa bukti
7. Kejadian2 pelik yg tak pernah terlintas di fikiran kita terjadi lepas satu, satu.
8. Malu kita diejek2 oleh negara luar. Maruah kita tergugat di mata rakyat dunia. Kita menjadi tajuk yg dijaja oleh org luar.

Cukuplah kali ini kami terpaksa beralih kemudi. Maaf, keadaan sekarang memaksa kami beralih arah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 12:46 AM

Ya.... Najib tidak curi duit rakyat..

cuma duit SRC Int. pi masuk dalam akaun dia

dan SRC Int. tu ...
hmmm... syarikat sapa ya? Syarikat sendirian berhad ke?
Eh... bukan ke SRC Int. tu dulu ialah syarikat GLC yg pinjam duit daripada KWAP utk berniaga?

dan... KWAP tu pulak ialah singkatan untuk ...

hmm... Kumpulan Wang Persaraan?
wang persaraan sapa ya?

wang persaraan rakyat atauuuu...
wang persaraan kerabat raja Al-Saud?

rasa-rasanyaa... wang rakyat..

So....

Najib tak ambil duit rakyat ke?

hmmm....???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 1:18 AM

"Ini (1MDB) bukan duit rakyat"

Si Mapadulung Sanrabone meat I di hantar balik ke sekolah menengah belajar sains ekonomi. Itu kalau akal dia tidak miring lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2016 at 1:25 AM

Dah bermacam macam komen telah diberikan olih pembaca blog ini tetapi keadaan masih sama dan tiada perubahan. Jadi saya dengan rendah diri ingin menyeru kepada semua pembaca blog ini supaya sama sama kita pastikan saudara mara dan juga rakan rakan kita tidak mengundi UMNO/BN selagi Najib jadi PM. Juga kepada sesiapa yang belum mendaftar cepat cepat lah mendaftar agar dapat mengundi nanti. Insya Allaj kita sama sama dapat mengubahnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 5:08 AM

Jangan banyak songeh la najip.

Jawab dulu soalan2 kita orang semua ni secara gentleman.

Soalan saya...dari mana bini awak boleh dapat juta2 tu? Dia hanya seorang surirumah. Tak bayar tax kan? Awak pun siap dapat rebat lagi sebab isteri tak kerja. Dari mana wang itu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 5:25 AM

Ada satu cerita...

Si ketua penyamun menyuruh kawan baik dia si cina dan si arab pergi curi wang di sebuah rumah. Atas pengetahuan dan keizinan si ketua penyamun....

Lepas tu sebahagian dari wang curi tu pulak di'derma'kan kepada si ketua penyamun..

Maka ketua penyamun dengan takde rasa bersalah kata dia tak curi wang itu? Tak ingat halal haram ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 5:36 AM

Takde orang percaya anda lagi encik najib kecuali mereka2 yang mengharapkan wang anda.

Saya tidak akan lupa bagaimana anda bermati2an kata tiada wang dimasukkan ke akaun peribadi anda tetapi akhirnya terbukti tuduhan itu benar!

Kami sekeluarga tidak akan undi bn lagi. Sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 6:29 AM

Pernahkah anda menghadiri mana perbicaraan dalam mahkamah?

1. seorang pencuri takvakan mengaku mencuri

2. seorang perompak tak akan mengaku merompak

3. seorang penyamun tak akan mengaku menyamun

Setelah pendakwa dan peguambela berhujjah dan pesalah di "cross-examined", barulah hakim membuat keputusan bersalah.

Coba anda bayangkan kes najib dengan pernyataan di atas.

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 6:36 AM

Zaman saya ini adalah zaman rakyat Malaysia jadi bertambah bodoh dan boleh diperbodohkan oleh saya. Rakyat dah Jadi bertambah bangsat sebab saya boleh cakap kepada mereka saya tak curi duit rakyat dan mereka akan percaya saya bulat2. Sebab saya bukan jenis penipu dan juga jenis munafik. Tuan2 lihat lah muka saya yang tidak menipu Dan suci, lihat lah tuan2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 7:27 AM

Orang yang psaiko takkan berkata dia psaiko. Yang dikata tak ambil tu kebarangkalian besor diambil berganda. Tapi bukan itu isunya disini, imdb dan kwap serta kawasan sewaktunya yang rakyat tagih janji.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 7:40 AM

Semakin lama skandal ni berterusan semakin banyak keburukan Najib dan ahli2 UMNO yg rakyat nampak. Boleh ke UMNO pulih dari imej yg tersangat buruk ni walaupun Najib dah berambus?. Ahli UMNO ni macam kebanyakkannya takde integriti dan moral aje. Sanggup mereka support pemimpin yg dah sah korup. Ahli PKR dan PAS pun sama jugak. Sanggup julang pemimpin "Islam" yg amalkan sex songsang?

Agaknya yg silap orang Melayu kot. Mudah sangat dibeli. Bila dah disogok, yg salah pun nampak betul..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 8:04 AM

Laknat lah bagi pemimpin yang zalim dan tidak adil.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 8:06 AM

Saya ada post komen dalam blog lain dan saya nak kongsi komen yang sama di sini.

Contoh:
Katalah ada sorang bernama Mat Sapu.
Kalau dulu Mat Sapu tak mencuri, itu tak bermakna sekarang pun Mat Sapu tak mencuri. Dulu dan sekarang 2 masa berlainan. Dulu Mat Sapu belum nak mencuri tapi sekarang baru dia buat, kan berbeza tu.

Kesimpulan:
Apa yang terjadi sekarang tidak boleh berlandaskan kepada masa yang lepas. Umpamanya dulu ada orang jahat tapi lepas tu dia bertaubat jadi baik. Tapi ada juga dulunya orang tu baik tapi kemudian jadi jahat. Tapi kita kena ingat dari mana seseorang tu bermula tak penting, tapi di mana dia berakhir tu yg penting.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 8:31 AM

Melayu dan kategorinya

1. Melayu yang mengguna otak dan berfikir....menolak auta mengiyakan fakta .... hanya segelintir dalam umno tapi ramai yang di luar parti umno

2. Melayu yang menggunakan hawa nafsu....membenarkan yang salah dan batil, membunuh yang betul dan haq... majoriti ketua bahagian dan cawangan yang menerima habuan material berasaskan wang ringgit, kedudukan jawatan dan kuasa

3. Melayu anti establishment hanya berpaksikan ideologi politik tanpa menggunakan rasionaliti

Maka lihat semuanya naik, harga barang, rumah kediaman, servis perkhidmatan, termasuk KEBODOHAN melayu kategori 2 dan 3.

Bab najib curi duit rakyat ini sebenarnya adalah akademik. Selagi melayu kategori 2 dan 3 bermaharajalela, malaysia terus akan tetap jatuh ke lembah penghinaan. Ilmuwan agama langsung bisu padahal mencuri adalah haram lebih2 lagi duit rakyat. Tetapi kalau isu VAPE, mana ada ilmuwan agama yang lebih bijak dari orang2 agama dalam kerajaan malaysia kepimpinan najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 9:56 AM

Hanya najib saja yg mampu untuk kata tidak dan ahli umno berbayar 50hinggit angguk, bila najib kata ya, ahli umno 50 buah bas angguk iakan kata najib. Tapi hakim tak pernah kata najib tidak bersalah kerana ag tak bawa kes ke mahkamah. Macam mana kita nak tahu cakap najib tu boleh caya atau tidak? Yg dapat dedak dan 50 hinggit percaya ka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 10:03 AM

Din,
Selalulah ketengahkan apa yg terkandung dlm Deklarasi Rakyat sebab sekarang pendedak sedang giat memutar belit dan mengelirukan fakta dgn menakutkan khususnya org Melayu seolah-olah Deklarasi Rakyat ni membuka peluang kpd DAP utk menguasai negara. Sedangkan kalau dibaca tiap perenggan Deklarasi Rakyat tak ada satu pun yg menjurus kpd maksud spt itu.

Tun dah kata mereka sama-sama bersatu tenaga dan ketepikan semua fahaman politik dengan hanya fokus pada satu point je - utk menurunkan najib.

Ada antara org Melayu yg berasa terancam. Sedangkan tujuan asal Deklarasi Rakyat tak begitu. Tapi oleh kerana sesetengah org Melayu kita ni malas membaca tapi lebih suka mendengar tanpa disiasat maka mudahlah tertipu dan dijual.

Kita perlu baca satu persatu kemudian dengar penerangannya baru kita boleh betul2 faham. Kemudian kita boleh buat perbandingan dan putuskan yg betul dan salah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 10:36 AM

mana ada pencuri/perompak mengaku yg dia mencuri/merompak harta orang..puuiihhh....

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2016 at 11:17 AM

Lidah bercabang Najib #1:

"Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.

Bro

Ko ada tuduh Najib rompak balak ke?... Ambik lombong bauksit ke?...Ade ke?...kalau tak de...sape yang tuduh?...sape?...sape?...sape?....BONGOK!....orang tak tuduh pun dia cakap....dasar otak pembelit...lain orang cakap lain dia jawab...PALOI!....

Lidah bercabang Najib #2:

"Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat,"

POORAHHHHH!.....
Najib...coba jawab ada tak duit RM2.6 billion dan RM42 juta masuk akaun peribadi ko?...Ade kan?...yang ini ko tak nak jawab. Dalam Parlimen pun ko bohong...

Dari mana duit RM2.6 billion tu...dari Arab Saudi ko kata!...poorah!...Arab Saudi tak sekaya yang kita jangka...kalau duit Arab Saudi menggunung masakan sekarang sibuk nak pinjam duit dengan bank untuk menampong defisit belanjawan yang melebihi USD 100 billion. ORANG GILA mana yang nak bagi "DERMA CASH USD 681 MILLION". Tak ada orang Arab Saudi yang termasuk dalam senarai 10 teratas orang terkaya di dunia pun.

RM42 juta dari SRC tu amenda?...coba ko jawab...ptuihhhh!!! tak pernah pon ko jawab.... bohong dan putar alam dalam Parlimen lagi!....Itu je yang ko pandai...

SRC tu sape punya?...Ko punya?..
SRC tu Satu Rosmah Corporation ke?...
Kementerian Kewangan tu pun ko yang punya?....
Jawab!...jawab!....jawab!...

Ko tak kan jawab punya...

Biar aku jawab!....walaupun memang ko dah tau....

SRC tu Kementerian Kewangan yang punya!...
Kementerian Kewangan tu Kerajaan punya!...

KERAJAAN TU SAPE PUNYA?....
RAKYAT YANG PUNYA!!!!!!!!!!TAU TAK?.....
DAH TU....DUIT SRC BUKAN DUIT RAKYAT?....Loi!...

Najib...ko ni manusia ke... badan je menyerupai manusia?...
Kalau ko manusia ciptaan Allah...AKAL ko mana?....

COBA KO BILA BERCAKAP GUNA AKAL MACAM MANUSIA LAIN




....................
Reply To This Comment ...................
aku melayu
March 20, 2016 at 11:55 AM

dalam dunia ni biasanya ada orang pandai jugak ada orang bodoh...najib ni pm dan ketua bagi orang bodo kena tipu pun bole senyum

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 2:49 PM

Ramai manusia musuh Umno ambil kesempatan dengan ucapan kita tidak dapat menukar presiden UMno melainkan menguburkan UMno. Ahli2 Umno sendiri perlu bertindak segera, minta ada pemimpin dalam Umno yang masih waras untuk memimpin kami bersama-sama berusaha mengubah si Presiden dan kroni yang songap rakus menyonglap harta dan kuasa Negara. Antara 2 aje, sama ada sang sakai bumi Najib berkata benar, berterus terang dan membiarkan diri disiasat sepenuhnya. Kedua pula undurlah diri secara terhormat agar masalah dapat diselasaikan lalu Umno dan negara boleh pulih dari kerosakan yang telah berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 4:05 PM

Betul lah kata najib dia bukan pencuri perompak & penyangak tu semua level low class mana ada sama najib very high class tengok sekali balun biliyun2 dia ni bapak kepada bapak2 penyamun

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
March 20, 2016 at 5:04 PM

@Anonymous

Kumpulan Wang Persaraan Najib kotttt

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2016 at 10:41 PM

yeke x nak pangkah bn..slalu nya, tahun sblm pilihanraya,negara kita akan tiba2 jadi makmur,getah naik harga,sawit pun naik,bonus tiba2 bnyk,time tu ramai dah undi bn..pastu bn menang..lepas menang be end pn buat keje dia smula..sawit dan getah jatuh harga blk..slalu cmni la..ke guana..

Post a Comment