........... Najib Rosmah Bershopping Sakan Setengah Juta Ringgit Di Hawaii Ketika Negara DiLanda Banjir 2014 ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Rosmah Bershopping Sakan Setengah Juta Ringgit Di Hawaii Ketika Negara DiLanda Banjir 2014 ?

Thursday, March 31, 201617comments

Mkini
Seharian orang duk bercakap tentang perbelanjaan mewah Najib Rosmah ekoran pendedahan oleh ABC Australia dan WSJ. Terbaru negara Luxemburg ikut sama melancarkan siasatan ke atas dakwaan penyalahgunaan wang 1MDB !
  
"The investigation aims to trace the origin of four transfers in 2012 and one in at the start of 2013 for a total of several hundreds of millions of dollars," the statement said.

Kalau tidak ada bukti yang boleh menimbulkan keraguan, takkan lah Luxembourg nak umumkan kepada media yang mereka juga nak siasat 1MDB ! Begitu juga Switzerland dan Singapura. Ia berkaitan dengan negara lain dan membabitkan hubungan dua hala antarabangsa. 

Tapi buat cai2 Najib, mereka akan kata semuanya itu adalah satu konspirasi jahat mahu menjatuhkan kerajaan Najib ...... alahai ...

Tapi berkaitan pendedahan perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah ini adalah FAKTA yang tidak pernah dinafikan oleh Najib. 

Yang ini cai2 Najib nak kata apa ? Baca ulasan JMD mengenai isu ini - KLiK.



Amat menghairankan macamana Umno boleh terima perkara sebegini berlaku kepada pemimpin utama mereka ! ? Korang takde rasa malu ke ? 

Kenapa tak tanya dari mana datangnya wang sebegitu banyak untuk dibelanjakan secara mewah untuk perkara2 peribadi itu ?

Menteri Azalina berkata di Parlimen 15 Mac baru ni - 

"Perdana Menteri tidak menerima sebarang pendapatan lain daripada syarikat-syarikat dan tidak menerima apa-apa faedah dalam bentuk kad kredit korporat," katanya dalam jawapan bertulis di parlimen. - Mkini.

Nah ... ni apa ceritanya tentang pendedahanperbelanjaan melalui kad kredit AmBank atas nama Najib sebanyak US$130,625 di Hawaii, dua hari sebelum kantoi didedahkan oleh paper Hawaii sedang bermain golf bersama Obama ! ?

WSJ melaporkan bahawa seorang pekerja di kedai Chanel di kawasan kelas atasan Ala Moana Center masih mengingati isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang membeli-belah di gedung itu sebelum Krismas.

"Urus niaga di gedung Chanel itu dibayar melalui kad Visa atas nama Najib, menurut dokumen siasatan Malaysia. Pada mulanya transaksi itu tidak berjaya dan Najib yang turut hadir, terpaksa menelefon bank untuk meluluskan pembayaran berkenaan," kata laporan itu.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa kad kredit dibayar melalui akaun atas nama Najib dan akaun berkenaan telah dikreditkan dengan AS$9 juta beberapa bulan sebelum itu. - Mkini.



Masih ingatkah anda pada waktu yang sama ketika itu, negara dilanda banjir besar ..... ini gambar2 kejadian banjir yang di rakam sekitar 23-25 Disember 2014.




Pada 25 Disember, air bah mula memasuki bandar Kota Bharu ...... Sebaik saja kantoi malu besar didedahkan sedang bercuti di Hawaii, pada hari sama terus Najib keluarkan gambar di bawah melalui twitternya !



Sebelum itu pergi pun senyap2, shopping senyap2, main golf senyap2 ...... dah kantoi baru nak keluar gambar muka sedih ! 

Jangan lupa, dua hari sebelum itu mereka pergi shopping menghabiskan US$130,625 atau hampir SETENGAH JUTA RINGGIT di Hawaii .......

Kemudian Najib balik ke tanahair meninggalkan Rosmah di sana ........ berapa pulak habis ? Ramai tertanya2 kenapa Rosmah tak balik sama ? Kenapa jet kerajaan ditinggalkan di US dan Najib balik naik komersil ?

Saya harap Muhyiddin dapat sahkan apakah benar Najib sering buat panggilan talipon bertanyakan khabar banjir sepanjang bercuti itu ! 

Maaflah, saya mula tak percaya gambar itu Najib sedang bercakap dengan Muhyiddin bertanyakan hal nasib rakyat berdepan bencana banjir. Saya tak hairan kalau Najib sedang bercakap dengan pihak bank di tanahair bertanyakan kenapa kad kredit tak lepas semasa pertamakali digunakan untuk bayar bil shopping hampir setengah juta ringgit ! ( seperti dilaporkan WSJ di atas )

Kenapa tak disebarkan gambar tengah shopping itu ? Kenapa Najib sendiri tak siarkan gambar bergolf dengan Obama dalam twitternya ketika itu ?

Nah, dari mana datangnya duit sebegitu banyak dalam akaunnya untuk dibelanjakan melalui kad kredit ? Siapa yang masukkan duit itu ? Kenapa di masukkan ?

Saya ulang balik kata Azalina -

"Perdana Menteri tidak menerima sebarang pendapatan lain daripada syarikat-syarikat dan tidak menerima apa-apa faedah dalam bentuk kad kredit korporat," katanya dalam jawapan bertulis di parlimen.

Halo bang, berapa banyak pendapatan Najib ? Macamana Najib menampung perbelanjaan mewah itu ? Itu baru SATU TRANSAKSI. Entah berapa banyak lagi transaksi kad kredit yang kita tak tahu.

Kalau kita tuduh pemimpin2 kerajaan dan Najib sendiri menipu, kita boleh didakwa tapi APAKAH PENJELASANNYA ? ? ?

Itu yang saya amat hairan dengan kebanyakan ahli2 Umno ni ........ apakah anda tidak merasa apa2 kesalahan ? Bagaimana anda boleh terima semua ini ?

Kata tolak pemimpin rasuah ? Kenapa tak tuntut Najib perjelaskan ? Kata pertahankan Agama Islam dalam laungan keramat demi Alif Ba Ta tapi kenapa diam seolah akur dan terima perkara sebegini ?

Rakyat memerhati semua ini OK. Jangan salahkan rakyat jika menolak Umno kerana pada pandangan rakyat, Umno turut sama bersekongkol dengan Najib bila tetap sokong Najib walaupun terdedah segala kemungkaran yang beliau lakukan.

Waktu sama, anda turut sokong cai2 Najib menyerang dan menghina dengan pelbagai fitnah terhadap negarawan Tun Mahathir yang telah begitu banyak berjasa kepada negara kita hanya kerana Tun menolak pemimpin seperti Najib.


حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ


Akan datang kepada masyarakat tahun-tahun yang penuh tipuan. Pada tahun-tahun itu pembohong dipandang benar, yang benar dianggap bohong; pada tahun-tahun tersebut pengkhianat diberi amanat, sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu yang berbicara adalah ruwaibidhah.” Lalu ada sahabat bertanya, “Apakah ruwaibidhah itu?” 


Rasulullah menjawab, “Orang bodoh yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik.” (Dalam riwayat lain disebutkan, ruwaibidhah itu adalah “orang fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik” dan “al-umara [pemerintah] fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik”) (HR Ahmad, Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Bazzar). 


PS - Jika semuanya adalah fitnah, maka Najib nafikanlah !

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2016 at 9:58 PM

Sebab tu la kakak tak nak balik. Terpaksalah abang balik sendiri.

Duit derma kononnya atas prinsip Islam..apakejadahnya belanja mewah peribadi? Apsal tak sedekah kat fakir miskin?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2016 at 10:34 PM

pandai admin karang cerita...baca boleh nak percaya????siap Al-Quran dan hadis....terdesak nampak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2016 at 11:01 PM

Salaam,
Perbelanjaan mewah mereka mmg satu isu lah,walau disaat rakyat bersabung nyawa. Ada beliau peduli? Maklumlah tak pernah susah sbb tu perangai tak senonoh! Itu SATU hal.....
Yg jadi hal sebenarnya satu kabinet kayu ni pertahankan haramjadah ni...itu mmg PELIK. Tak de kepala otak dah nak fikir? Anda semua TELAH PECAH AMANAH DLM MEMIKUL T/JAWAB sebagai wakil kami di PARLIMEN DAN YG TAK BERSUARA PULA SUBAHAT DLM MENIPU RAKYAT.
Apakah ini layanan kamu kpd KAMI yg melantik kalian? Menjadi ahli politik demi menyuap segala yg HARAM....
Ingat lah bangsa ku.....KITA TELAH DI TIPU.

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
March 31, 2016 at 11:05 PM

@AnonymousHuh ?? terdesak ? Tang mana yang saudara tak percaya ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 12:19 AM

satu2nya umno negeri yang buat deklarasi sokong najib. aku syak pemimpin kelantan paling banyak terima dedak najib masa PRU lepas.

Haiwan ternakan Najib, Anuar Musa dah mengaku terang terangan makan dedak.. SPRM patut siasat Anuar Musa.

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2016 at 1:26 AM

Anonymous 11.01 tu yang sebenarnya terdesak sebab kapal dia dah nak tenggelam, dah tak bolih di selamatkan lagi jadi dia menggelabah dan terus jadi biul. Emak dan ayah dah ajar buat baik tapi dek tamak haloba kejar harta dunia dan kuasa ,nak buat jahat jugak.terima la akibatnya. Padan muka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 6:57 AM

Betul tu Din, rakyat sekarang tengah perhati cara UMNO mengendalikan pemimpin korup. Masa Tun M dulu senang, sebelum skandal meletup dia dah buang politicians yg korup dari jawatan. Silap Tun dia tak pastikan mereka2ni didakwa. Mungkin sebab Tun takut rakyat tak sokong UMNO kalau banyak sangat kes korup. Tak nak wash dirty linen in public.

Bila AB dan NR jadi PM, these corrupt politicians dapat high profile positions. Is it any wonder they are loyal to other corrupt leaders like them?

Rasanya UMNO dah tak boleh bangun balik lepas scandal NR ni. Honest and sincere members macam sikit sangat dalam UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 7:09 AM

Belanja RM56 juta di kedai kain Jakel? Boleh gitu? Apa jenis kain dia orang beli ni? Alahai beli kain mahal pun.. the mannequin tetap pendek dan gemuk. Air muka masih keruh.

Baik Zeti Aziz or Tun Siti Hasmah. Pakai simple je, tapi masih nampak cantik and sweet.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 7:27 AM

Apanya yang terdesak? Dah banyak pendedahan pun masih nak percaya pemimpin korang tu suci bersih? Bangang nampak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 8:34 AM

Innal salati wa nusuki wa maa yahya wa mamati lillahi rabbil alamiin.

Jagalah wahai saudaraku daripada kelalaian dan kemungkaran.

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2016 at 8:43 AM

Encik Din, anon @ 10.34 komen dia ni generik macam komen pro Najib kat mane x2 blog. Tak kiralah dpt dedak ke, dia buat free ke. Bila dia "rebut" any point tak pernah dia nak "references" nak support hujah dia. Kalau ckp Encik Din karang, tang mana karang, mana facts dia nak ckp karang. Pas tu ambik benda, not in its entirety, tang yg kena kat citer dia ambik, canang sana sini. Last x2 bila dah tak reti nak ckp apa lagi mulalah macam budak kecik, guna perkataan ejekan, tak pun macam orang tak de kelas mencarut bagai...

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2016 at 9:56 AM

anon 10.34 pm kalo betul admin terdesak wat cerita bohong.boleh tak saudara keluarkan bukti yg najib bukan sebegitu perangainye..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 2:05 PM

Anon 10:34 tengah tunggu kelulusan projek yang belum sampai sampai. Alang menunggu, komen saja begitu. Mana tahu dapat dedak cap longkang dahulu sebelum projek lulus.
Ingat kedai yang diorang masuk di luar negara tu cikai ke. Security tip top. Cctv audio & visual HD. Satu portal siap tulis ada satu transaction credit card tak lepas. Si suami siap calling calling bank lagi. Dah la merompak, vongok pulak tu.

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2016 at 2:50 PM

Bro

Ape ko heran...coba ko total duit yang masuk dalam akaun peribadi Najib...

1. 2011 USD 375 million (additional dari Al Saud)
2. 2013 USD 681 million (pederma XXX)
3. 2011&2012 USD 200 million ( dari Arab Saudi kata WSJ terbaru)

Total semua USD 1.256 billion X RM4.00 = RM 5.024 billon

4. Tambah 42 juta dari SRC

Total yang diketahui RM 5.066 billion.

Najib buat senyap je...sepatah pun dia tak nafikan....
Yang menyibuk menyalak semua anjing belaan....

Semua macai menafikan...tapi bila ada surat ABC...semua mengaku duit tu dari Al Saud....Bermakna mereka mengesahkan Najib memang terima duit dalam akaun peribadi...


Ini yang orang tanye...
KENAPA MASUK AKAUN PERIBADI?...
PASTU SENYAP JE!....
Kalau tak terbongkar....korang pikir Najib nak cakap ke?...
Bertuah!...Najib pasti senyap je!....

Najib Perdana Menteri Malaysia!...penjawat awam....
Boleh tak dia terima duit masuk akaun persendirian?....Boleh?....

Kalau ade orang kata boleh....memang bongok, tuyuk, paloi dan bahalul lah orang tu!....

Jahanam pemimpin yang sedemikian...dan lebih jahanam lagi pengikut dan penyokong dia!....

Bengkak kepala otak kita memikirkan hal Najib ni....saban hari ade je berita yang memalukan kita...dan beliau tetap membisu...muka asam kecut...

Nak cakap dia tak de teloq...memang lama dah kita tau...
Entahlah....tak terpikir nak cakap manusia jenis ape si Najib ni....

Kita seluruh rakyat Malaysia menanggung malu...
Najib tetap selambe dek!....

BOLEHKAH ANDA MENERIMA SEMUA NI?....SAMPAI BILA?....


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2016 at 5:31 PM

Sampai semua pemakan dedak dan penyokong takde akal dia insaf...ada akal tak mahu guna sebab dalam tempurung kepala itu not brain but dedak!! Hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2016 at 8:26 PM

Jangan lupa 6 rukun perkara: 1)Altantuya
2)kapal selam scorpene
3)lembu dalam condominium
4)SRC
5)1MDB
6)RM100juta hilang di kementerian Belia dan sukan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2016 at 2:34 PM

Aura White Najib dah Bertukar skg ni..Dah nampak iras2 Bimbang diraut WAJAH..Tonasi cakap pun dah kearah Dibawah sedar sbb sudah dikuasai oleh Emosi..Hakikatnya KINI, Dia sedang bergelut dgn KETAKUTAN yg Amat sangat...
Biarkan dia berbicara, kerana dlm bicaranya nanti dia akan mengakui kesalahannya tanpa dia SEDARI....Kita Tungguuuu

Post a Comment