........... Najib Di JEF2016 - Jangan Salah Tafsir Ok ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Di JEF2016 - Jangan Salah Tafsir Ok !

Wednesday, March 2, 20169comments

Masa mula2 Najib kata nak pi Arab kerana menghadiri  Jeddah Economic Forum, pihak Sarawak Report terus buka website rasmi JEF 2016. Memang betullah ada Forum itu tapi takde pun nama atau gambar Najib sebagai salah seorang penceramah.





Hari ni cek semula , tu dia......... dah ada dah ! 

Macamana pihak penganjur boleh tertinggal nama dan gambar Perdana Menteri kita ni ? ! Wisma Putra ke protes ! 

Dahla Najib merupakan SATU2nya pemimpin tertinggi bertaraf PM atau Ketua Negara yang hadir, takkan penganjur boleh sengaja miss ? Kecuali mereka nak sabotaj ......

Antara dif2 terhormat di Forum itu adalah Gabenor Mekah, General President of Youth Welfare, Menteri Perindustrian Arab, Gabenor Istanbul,  Peguam dari White & Case New York, Chairman Import Export Bank US, CEO Saudi Telekom ......untuk hari kedua pula baru ada nama wakil Malaysia iaitu TS Nor Mohamed Yakcop mewakili Khazanah Nasional .....anda boleh baca programnya di SINI.

Takde pun nama Najib ? Rupanya Najib berucap di majlis perasmian malam sebelum bermulanya Forum


TERBAIK ! Ucapan di majlis perasmian tuh ....

Dua lagi gambar Najib di JEF 2016 -




Tapi tetap memerlukan penjelasan dari penganjur bagaimana SATU-SATUnya Ketua Negara yang hadir tidak disebut nama dan gambarnya sebelum ini ? 

Kalangan wakil negara luar yang hadir pun takde yang setaraf  Menteri Kewangan pun. Sememangnya Najib seorang yang berjiwa besar !


Najib sempat juga mengerjakan Umrah .... gambar2 ada dalam FBnya. 

Eh, baru jer pergi kan ? Bukan ke lepas menyambut Tahun Baru di Abu Dhabi baru ni Najib dah pergi Umrah ?  Biarlah .... dah alang2 ke tanah Arab sekali lagi, apa salahnya dia buat Umrah lagi.



Suka kita mengingatkan anda, jangan fikir yang bukan2 OK.  Jangan ada yang mula memainkan persepsi konon Najib ke Arab Saudi kerana ada tujuan lain. Konon Forum itu cuma dijadikan alasan last minit.

Untuk apa lagi Najib ke Arab Saudi kalau bukan kerana tugas resmi negara bagi memajukan ekonomi negara kita ? 

Tidak ada kaitan juga dengan isu RM2.6 bilion yang kononnya dari penderma yang merupakan salah seorang putera raja Arab Saudi ! Apatah lagi dengan permohonan dari GKCM minggu lepas yang bertanyakan kepada wakil duta Arab Saudi tentang penjelasan terperinci derma dan penderma berkaitan.

Semua itu cuma satu kebetulan saja .... Bersangka baiklah kita..

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2016 at 5:35 PM

allah cuma ada kat mekah aje...sbb tu tutup aurat hanya kat mekah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2016 at 6:03 PM

Quote: "Antara dif2 terhormat di Forum itu adalah Gabenor Mekah, General President of Youth Welfare, Menteri Perindustrian Arab, Gabenor Istanbul,  Peguam dari White & Case New York, Chairman Import Export Bank US, CEO Saudi Telekom ......"

Apa? White & Case? Macam pernah dengar aje....

7. On September 29, 2009, Jonathan Yong of White & Case (the London-based lawyer for PetroSaudi) sent an email on the remittance of the US$1 billion from 1MDB to your lawyer Brian Chia of Wong & Partners that was copied to a number of people, including yourself and Casey Tang.

This email was on how the US$1 billion was to be paid out.

It was stated that US$300 million was to be paid to Chase Manhattan Bank, New York, for final credit to account number 7619400 at JP Morgan (Suisse) SA. This was a new account in the name of 1MDB PetroSaudi Ltd (the JV company). The joint signatories were Tarek Obaid or Patrick Mahony jointly with yourself or Keng Chee Tang.

The remaining US$700 million was to be paid to JPMorgan Chase Bank, New York, for final credit to account number 11116073 at RBS Coutts Bank Ltd, Zurich, for an account in the name of PetroSaudi International Ltd.

In a series of subsequent email exchanges, Brian Chia of Wong & Partners questioned why the recipient of the US$700 million was PetroSaudi International Ltd when the loan of September 25 was from PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/shahrol-why-did-1mdb-pay-good-star-and-why-did-you-follow-jho-lows-instruct#sthash.ntETOMtl.dpuf

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2016 at 6:05 PM

Semoga bersinarlah sinar kebesaran Allah di penghujung terowong gelap ciptaan Najib Tun Razak ini. Dengan itu akan terbutalah mata mereka yang bersama dengan Najibul ini yang mana hati mereka telah pun tertutup rapat dalam mendapat hidayah dan cahaya kebenaran.. Hari ini mereka terus merendah-rendahkan Tun Dr Mahathir tanpa menyedari kemunafikan mereka yang akan membakar batang tubuh mereka di neraka Jahanam nanti. Masalah kami ialah sebagai rakyat negara tercinta ini kami juga akan terpalit sama dalam menerima azab siksa Allah di atas kejahatan pemimpin kami yang telah tersesat akidah dan terhakis keimanan mereka. Ya Allah yang maha Mengetahui lagi Benar, tunjukkanlah kebenaran semoga kejahatan dapat kami tentang hingga ke pengadilan mahkamah dunia, andai tidak pasti kami akan terlambat dan terus hidup dalam negara yang gelap gelita dalam kegagalan ciptaan nafsu rakus seorang manusia yang tidak pernah bersyukur dan berasa cukup dengan apa yang ada.

....................
Reply To This Comment ...................
March 2, 2016 at 6:11 PM

Bro

Apalah ko punya blog sekejap kena blok...sekejap ok pulak...Pagi tadi aku dapat access tapi tak dapat komen. Ko ada beri dedak kat Salleh ke?...kejap cukup kejap tak cukup...hahahaha!!!!!....

Ni pasal Najib ke Arab Saudi..ko boleh bersangka baik..aku rasa pun orang arab je yang berbaik dengan Najib....tersohor putar belitnya. Kan sekarang Arab Saudi dalam kancah peperangan dengan Yemen....dan mulai bergegar kepala lutut kerana sojar Yemen telah menawan beberapa wilayah Arab Saudi....Najib munkin jadi kon sultan untuk menangani masaalah ini...maklum dia kan pandai sorok-sorok al putar alam. Ko ingat satu ketika dulu dia bawak hulubalang Zahid, Hishamuddin dan juga KPN...mereka semua pakar pertahanan...

ATAU...Najib sedang menyusun langkah untuk minta suaka agaknya...atau memujuk rayu putra-putra Saudi supaya mengesahkan derma...Masakan begitu kerap beliau ke Timur Tengah....tentu ada udang kering di padang pasir....tak gitu.

Ko tahu...aku dan juga rakyat langsung tak boleh percaya dengan Najib dan sekongkolnya...Semakin hari semakin memualkan...menyampah, menyumpah yumpah...itu saja yang kami boleh buat...aku tabik muka tebal beliau menjaja dirinya ke seluruh dunia yang mana seluruh dunia tahu dan mengecam perangai dan skandalnya...beliau BANGGA dirinya terkenal.

TAK SABAR TUNGGU PRU...pasti undi Najib keluar...barulah kudis dan pekong negara dapat sembuh...

....................
Reply To This Comment ...................
March 2, 2016 at 6:20 PM

Wah raja saudi dah murka sbb najib fitnah keluarga diraja. Jap lagi najib pasti kena halau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2016 at 6:35 PM

Rakyat tak pernah bersangka buruk kat najib...najib je yang bersngka buruk kat rakyat...hmmm

....................
Reply To This Comment ...................
March 2, 2016 at 6:37 PM

Aku rasa kalau rosmah terus bertudung litup memakai jubah, imej umno ada la sedikit pulih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2016 at 11:32 PM

Alhamdulillah buat umrah kali ke 2 selama 2 bulan. Semoga dibukakan hati couple paling manis ini untuk terus menetap di sana. Praktikkan skill hebat mereka iaitu mengambil donation untuk kelangsungan hidup mereka. Amin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2016 at 10:15 AM

Janganlah berburok sangka najib pergi mekah untuk tujuan baik jumpa pak arab nak dapatkan derma baru bagi pru14 manalah tau pak arab akan gandakan derma dapat 5 biliyun pak arab tak risau sebab bila tak habis belanja najib garenti akan pulangkan balik bakinya.

Post a Comment