........... Mukhriz - MT Umno Kini Semuanya YES MAN ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mukhriz - MT Umno Kini Semuanya YES MAN !

Thursday, March 24, 20167comments


Antara persoalan yang sering bermain di fikiran bila timbul isu2 Umno dan Najib adalah, apakah kesemua mereka dalam Majlis Tertinggi makan dedak yang ditabur Najib ?

Takkan dalam ramai2 tu takde seorang pun yang berani menegur Najib ? Semuanya penakut @ bacul ? Apakah mereka semua tidak sedar apa yang berlaku di luar ? Apakah mereka semua tidak mendengar keluh kesah rakyat terutamanya orang Melayu yang menjadi tunggak kekuatan Umno ? Apakah mereka semua yang di dalam MT tidak kisah dengan pandangan rakyat ?

Takkanlah kesemua mereka dah jadi kaki bodek Najib ? Soalan sama diajukan kepada Mukhriz semasa Majlis MBB Bersama Mukhriz malam tadi dan ini jawapan beliau -



KLiK untuk ke Youtube.

.... bila ada mana2 pihak di kalangan ahli MT yang nada mengkritik sikit, ada saja pihak lain yang tiba2 terkam dia. Bukan Presiden sendiri tetapi orang2 dia..... yang jadi kaki pukul ni. Dan cara dia terkam tu memang ... melampau bataslah.

Jadi sejak itu berlaku, (MT) dah senyap. Tak ada orang nak bercakap lagi. Tambah pula, sikaki2 pukul ni ... bila ada reshuffling ( rombakan ) kabinet, diorang ni tiba2 naik pangkat. jadi Tmbalan Menteri, ada jadi Menteri penuh. Mereka yang bunyi2 hari tu, diturunkan.

Nampaknya ada unsur tidak boleh terima teguran di dalam MT. Yang last2 ni yang saya hadir, tidak ada satu suara pun yang menegur Presiden.

Mengulas kenyataan Ketua Penerangan baru ini yang mempersoalkan sejak bila Mukhriz ni membela nasib rakyat dalam MT, sebab kalau tengok dalam minit tidak ada apapun, Mukhriz berkata, saya tengok balik, memang tidak ada disebut dalam Minit Mesyuarat, tapi saya ingat kurang2 ada 4 topik yang saya bangkitkan sepanjang saya dibenarkan hadir dalam mesyuarat.

..... saya lihat kalau ada kenyataan yang saya buat, yang mendapat respon daripada Presiden sebenarnya, tapi tak masuk dalam minit.

Jadi saya ingat, minit mesyuarat cawangan pun mungkin lebih baik dari minit mesyuarat MT. 

.... setakat yang saya dapat lihat sewaktu saya masih diberi peluang untuk hadir mesyuarat MT, tidak ada lagi suara2 mengkritik Presiden. .... kebanyakan ataupun kesemuanya sudah menjadi suara2 yang mengiyakan segala keputusan yang dibuat termasuklah tindakan untuk menggugurkan jawatan Timbalan Presiden baru2 ini.


Tu dia ..... Najib bela kaki2 pukul yang akan menerkam dan menyalak sesiapa saja yang berani bersuara mengkritik Najib ! Patutlah semuanya senyap jer sampai langsung tak berdecit walaupun timbul isu2 yang jelas memerlukan penjelasan dari Najib.

Hmmm .... siapa pula dalam MT yang mendapat habuan sebagai balasan menjadi kaki pukul Najib  ?

Tapi ..... bukankah mereka sepatutnya menjadi wakil kepada suara ahli2 Umno dan tidak salah jika saya katakan, mereka juga mewakili rakyat ? ( yalah, kan Umno menjadi kerajaan dan apajua keputusan MT bakal menjadi keputusan kerajaan juga, lebihkurang macam kabinetlah )

Entahlah .... yang pasti, rakyat ketika ini melihat Umno tidak lagi mendengar suara rakyat. Dan rakyat juga melihat pemimpin2 Umno ketika ini lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri.  

Terserahlah ... PRU14 giliran rakyat pula berkuasa !


PS - Baca juga artikel sebelum ini -  Mukhriz - Bersatu Untuk Kebenaran Bukan Untuk Menegakkan Kemungkaran

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2016 at 6:03 PM

Untuk makluman yang jadi kaki pukul najib tu bukanlah hebat sangat pun .harap suara aja yang kuat tapi tenaga tak ada sebab terlebih makan dedak.
Semua MT tu bukan takut diterkam adanya kaki pukul tu adalah peluang yang baik untuk dijadikan alasan.
Sebenarnya perjuangan untuk jawatan dan untuk penuhkan tembolok sendiri adalah lebih besar dari perjuangan untuk membela nasib rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2016 at 7:00 PM

how much is the dog in the window...ooorgh..oorgh

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2016 at 8:43 PM

Pemimpin yang zalim dan tiada berperi kemanusian yang di tolak,suara rakyat jangan sesekali di anggap remeh..!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2016 at 11:15 PM

Kan dah terbukti cash is king.
Apa pun boleh jadi kalau duit disembah macam Tuhan.
Menipu membohong berpura-pura pun tak apa janji duit penuh.
Halal haram tu belakamg kira.
Sementara atas dunia ni buat semaksimum yg boleh.
Mati kemudian cerita.
Kubur masing2 siapa yg tahu.
Inilah pegangan manusia munafik.
Ada peringatan tapi tak diendahkan.
Dia fikir hidupnya habis di dunia saja.
Sedangkan hidup sebenar bermula selepas MATI.
Berbahagialah anda selagi ada nyawa kerana kehidupan akhirat penuh penyesalan.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 1:36 AM

Petang tadi TV1 tetiba jerr buat satu segmen khas bertajuk ANALISIS POLITIK. Si pembaca analisis ni bukan personality RTM yg veteran, tapi seorang pembaca berita yg baru beberapa hari nampak mukanya di TV.

Terkejut saya.

Cukup hebat propaganda UMNO. Habis di spin semua kronologi peristiwa yg berlaku.

Kononnya... Tun Mahathir keluar Umno sebab marah Mukhriz dipecat dari jawatan MB Kedah.

Kononnya... Tun Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat susulan dari rasa marah tersebut.

Langsung tidak disebut perkaitan marah Tun dengan skandal "derma" RM2.6 billion ataupun 1mdb.

Malah, langsung tak disebut tentang 2 isu tersebut.

Bila saya tengok di Brazil (Negara korup nombor 1, Malaysia nombor 2, di dunia), rakyat Brazil telah beramai-ramai bangkit bersuara dan bersatu meminta Rouseff letak jawatan. Rakyat Brazil tak ramai yang berpelajaran tinggi tapi kesedaran politik mereka hebat.

Di Malaysia, ramai Melayu yang berpelajaran tinggi, berjawatan tinggi.... tapi nak tanda tanda Deklarasi Rakyat pun tak mahu. Usahkan nak angkat kaki berarak berhimpun di tempat terbuka. Masing2 lebih pentingkan perut.

Complacency (sikap kenyang perut, senang hati dgn apa yg ada ... malas nak pikir hal lain) sememangnya boleh menjerut leher sendiri.

Mungkin kerana itulah... Orang Melayu dijajah silih-berganti selama beribu tahun (dari Sri Vijaya, Majapahit, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Inggeris semula.... adusss....)...

Kita baru ajer merdeka... belum sampai 60 tahun... kalu kerja gomen, blum pencen lagi... tapi kita dah pun complacent dengan hidup kita.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2016 at 3:08 PM

Saya detuju dgn kenyataan saudara kerana kelemahan kita bertindaklah maka dulu kita silih berganti dijajah oleh bermacam2 kuasa asing.

Org kita malas membaca. Mereka lebih rela mendengar dari ckp2 tv dan mereka percaya bulat2 apa yg keluar dari tv tu sume betul.

Saya dan keluarga dah lama tak tengok tv1, 2, ntv7 dan tv3. Apabila saudara kata dlm analisis tak disebut tentang duit 42 juta dan 2.6b tu nampaknya terbukti ini satu perbuatan MENGELAK. Sedangkan itulah perkara pokok kenapa Deklarasi Rakyat dibuat.

Rakyat M'sia hendak tahu secara DETAIL tentang kewangan 1MDB sebab itu melibatkan duit kita (rakyat). Kita juga nak tahu secara DETAIL tentang duit yg berbillion2 tu. Tapi kenapa perkara2 ini diketepikan?? Kenapa tak mahu ambik kesempatan utk MEMBUKTIKAN tuduhan2 yg dibuat oleh org ramai tu sebenarnya TIDAK BENAR?? Kenapa asyik MENGELAK saja? Bukankah berterus terang dgn menunjukkan bukti2 sahih itu dapat MEMADAMKAN SPEKULASI yg sekarang heboh diperkatakan??

Kita pohon keadilan dan campurtangan Allah yg maha kuasa dlm perkara ini. Biarlah hidup kita berpandukan AGAMA dari berpandukan IBLIS. Moga Allah membuka satu persatu pekung dan penipuan yg tersembunyi dan membuka jalan KEBENARAN. Yg pasti yg hak akan mengatasi yg batil. Yg batil pasti menjurus kpd kejatuhan kerana tak mungkin mendapat rahnat Allah. Itu janji Allah, hanya lambat dgn cepat saja.

Moga Allah permudahkan semua urusan utk menegakkan keadilan dan KEBENARAN, amin.

Bersabar, kita tunggu episod seterusnya.....

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2016 at 8:11 PM

Kesabaran rakyat ada batas nya ok

Post a Comment