........... Luahan Akar Umbi Umno Johor - Timb Ketua Bahagian Pagoh | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Luahan Akar Umbi Umno Johor - Timb Ketua Bahagian Pagoh

Tuesday, March 22, 20167comments

Semalam Mukhriz mengadakan lawatan ke beberapa bahagian di Johor dalam program Santai Bersama Mukhriz anjuran GKCM Johor. 


Suka saya kongsikan sedutan ucapan YB Hj Ismail Mohamed, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh yang juga Exco Pertanian Johor. Bagi saya ucapan beliau mewakili ahli2 akar umbi Umno di Johor. Dan tampaknya beliau ikhlas ...


 
KLiK untuk ke Youtube.

- .... pelbagai perkara berlaku disebabkan oleh Presiden Umno itu sendiri, menyebabkan Umno hari ini gusar dan risau dengan keadaan .... disebabkan isu peribadi beliau.... 

Kalau dulu kita mudah, sokongan orang Melayu ni tidak menjadi masalah. Kita dalam Umno kita bersatu padu untuk menyelesaikan isu2.

Malangnya kali ini kita tak boleh nak menjawab isu. Seperti yang saya maklumkan baru ini, kerana isu peribadi, kita tak boleh nak menjawab. Kalau saya turun ke cawangan di kawasan kita, saya pun tak boleh nak menjawab pasal 1MDB. 

Kerana isu itu ... ditutup sana ditutup sini .. akhirnya kita jadi masalah. Rakyat nak tahu sebenarnya apa sebabnya. Dimaklumkan 6 bulan nak diselesaikan, malangnya tak selesai juga, menjadi tandatanya.

Orang di luar terus menggasak kita dengan isu2 ini menyebabkan kita rasa ... susah nak menjawab. Kita sayangkan Umno sebenarnya, .. Umno ni kalau di Johor khususnya.... takkan kita nak biarkan Umno di Johor kalah ?  Kita dah nampak tanda2nya.

Kalau dulu kita bermasalah dengan orang di atas pagar, dan kini kita bermasalah nak dapatkan sokongan orang Umno sendiri. Orang Umno itu sendiri mempertikaikan apa yang berlaku hari ini. Ini cabaran kita.

 Kalau dulu kita menang undi popular dengan 48%, itu di tahap dengan sokongan padu Umno. Kali ini disebabkan isu Perdana Menteri sendiri, menyebabkan kita berhadapan masalah dengan ahli Umno sendiri. Kita nak yakinkan ahli kita.

Ahli kita mempertikaikan pelbagai isu2. Itu yang menyebabkan hari ini kita berkumpul kerana rasa tanggungjawab kita, nak selamatkan negara kita, nak selamatkan Umno.

Jadi saya harap tuan2 puan2 jangan rasa gusar, jangan rasakan perjuangan kita ni tak betul, jangan rasakan was-was. Kita bertekad, kita kena yakin bahawa perjuangan kita ini betul. Perjuangan kita nak menyelamatkan negara kita, perjuangan kita nak menyelamatkan Umno.

Kita kena bersatu hati. Macam2 cabaran dan dugaan tentunya kita akan tempuh. Macam datuk Mukhriz kita, cabaran dia lagi hebat. Macam saya pun, menanti lah.... tapi saya yakin kita berada di pihak yang benar. Saya yakin apa yang kita lakukan ini untuk kebaikan orang Melayu khususnya dan juga Umno. Kita kena pertahankan.

Kita jangan risau dari segi jawatan. Seperti Datuk Mukhriz kata, jawatan ini di dunia. Tapi kalau kita yakin perjuangan kita untuk agama bangsa dan negara, insyaAllah Allah akan sentiasa bersama kita.


Ni ada satu lagi video yang memaparkan seorang hadirin, Pak Wahab yang begitu bersemangat dengan komennya ketika sesi soal jawab. Kalau anda perasan,  Muhyiddin ada sebut nama Pak Wahab ni dalam ucapannya malam tadi.




KLiK untuk ke Youtube

- Saya tidak berapa suka kalau kita sebut kita nak menyelamatkan Umno. Saya lebih suka disebut nak menyelamatkan agama, bangsa dan negara ! 

- Orang Benci Najib, Sayangkan Umno !

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 22, 2016 at 2:39 PM

Betul tu...kita boleh saje kehilangan umno sebagai sebuah negara,,,tapi tidak negara...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 2:43 PM

Saya ada komen agar najib turun padang dan cerminkan diri dengan akarumbi..
Jangan hanya cerminkan diri dengan orang2 disekeliling kita saja.
Saya juga ada menulis tentang tempua yang bersarang rendah.
Kalau tidak ada apa2 masakan tempua bersarang rendah .Ingatlah YAB kalau tidak ada apa2 masakan puak2 ni sanggup bermati2an pertahankan YAB
Tempua akan kembali bersarang tinggi setelah sarang yang rendah tidak berguna lagi.mereka akan biarkan sarang rendah itu mereput.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 3:55 PM

Salaam bro,
Mengandaikan menurun najib adalah meruntuhkan negara adalah pandangan yg amat sempit sekali. Apabila si ketua tidak lagi menerima kepercayaan kerana tidak amanah dlm menjalankan tugas,sewajarnya beliau di minta meletakkan jawatan. Umno adalah satu pertubuhan yg dibina dari perjuangan mereka2 yg terdahulu demi kepentingan bangsa melayu.
Kerajaan itu adalah dari rakyat dan utk rakyat. Hanya yg pekak dan tuli serta bermuka tebal yg tak tahu malu utk menjawat jawatan hasil dari ampu bodek org2 sekeliling yg nyata mempunyai kepentingan peribadi. Keseluruhan cerita ini telah di spin sebaik mungkin utk mengekalkan ketua yg nyata telah menjahanamkan sistem pentadbiran negara. Perlukah rakyat memikul beban mereka2 ini?
Dimana kedaulatan bangsa melayu?
Kebencian terhadap najib semakin jelas,maka sebagai rakyat lakukan lah sesuatu agar menerima hukuman yg setimpal dgn perbuatannya.

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 8:22 PM

Semua pm terdahulu turun dgn rela @ diminta turun takda pun sampai runtuh umno takda pun hingga jatuh kerajaan yang penjilat najib meroyan meraban tuduh nak jatuhkan kerajaan ni mabuk vape @ mabuk ganja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2016 at 12:14 AM

@Anonymous

Mabuk vape?? Mabuk ganja??

Lu cerita apa ni bro?? Adoi!

Mana ada kaitan 'mabuk' dgn vape atau ganja..

'mabuk alkohol' tu ada lah..


Aku suspek si bijaN ni yg mabuk... Sebab tuu dia cakap berbelit-belit pada kita rakyat semua..

Dia ingat kita rakyat ni semua pun 'mabuk' macam dia jugak kot!


#1-Negara-Jahanam-Angkara-Najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2016 at 12:26 AM

Kita dimomok-momokkan dan diperbodohkan dgn kenyataan konon kalau PM letak jawatan kerajaan pun ikut tumbang. Apakah tonggak sebuah kerajaan letaknya pada bahu seorg PM atau terletak atas SISTEM PENTADBIRAN sesebuah parti yg meneraju dlm kerajaan yg memerintah??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2016 at 11:54 AM

Saya setuju dgn saudara.

Wajarkah sebuah parti yg dulunya bermaruah tergamak menyokong rasuah??
Hilang maruah kita sebagai org Islam dan Melayu kerana sanggup membenarkan rasuah.
Bagaimana sebuah parti yg dulunya berdaulat hingga penjajah berjaya dijatuhkan kini bergelumang dgn skandal2 rasuah yg cukup besar dan memalukan sehingga tergamak bersengkokol menyokong perasuah?
Mana letaknya maruah umno bila dipertikaikan kepercayaan oleh rakyat dan dicemuh oleh negara2 luar?
Kami rakyat bukan bodoh. Kami nampak dan sedar akan kepincangan yg berlaku.
Tapi bagaimana sesetengah para ahli parti ini boleh membutakan mata, tulikan telinga dan membisukan mulut hanya kerana hendak menjaga kepentingan pangkat, kuasa dan wang ringgit??
Di mana perjuangan tulen yg dulu begitu digeruni oleh penjajah??
Lupakah kpd hukum hakam Allah sesuatu perbuatan wajib diadili dgn telus dan adil hingga terbukti sama ada salah atau tidak dgn sahih.
Bagaimana Allah swt hendak merahmati apabila bergelumang dgn perbuatan yg haram?

Hilang sudah maruah sebuah parti yg dulu tinggi daulatnya. Kedaulatan yg dulu dibanggakan kini cuma tinggal dlm lipatan sejarah.

Sedihnya kita apakah ini tanda pengakhiran kita??

Post a Comment