........... Laporan Akhir 1MDB Di RAHSIAkan .... Nak Sorok Apa ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Laporan Akhir 1MDB Di RAHSIAkan .... Nak Sorok Apa ? ?

Saturday, March 5, 201626comments

Sejak semalam tumpuan media adalah kepada Deklarasi Rakyat Turunkan Najib yang diketuai oleh Tun Mahathir. Saya ada rakam dan muatnaikkan ucapan Tun di SINI.

Buat masa ini saya lebih suka memerhati cai2 Najib melompat2 beri komen dalam usaha mereka memperlekeh dan memperkecilkan usaha Tun Mahathir itu. Tanpa mereka sedari, keterujaan dalam mengkritik Deklarasi itu sendiri telah mendedahkan kerisauan mereka akan impaknya kepada senario politik negara. Apatah lagi bila disebut bukan Najib saja bakal berdepan dengan rakyat tapi mereka yang taksub mempertahankan Najib.


Ada satu lagi perkembangan penting yang dilihat tenggelam dalam kesibukan melayan Deklarasi semalam iaitu keputusan mengOSAkan ( Akta Rahsia Rasmi ) laporan akhir siasatan 1MDB oleh Ketua Audit Negara.

Huh ? ? ! ? ! !

Satu tahun menunggu ....... TUNGGU AUDIT!  TUNGGU AUDIT!  adalah jawapan yang sering diberikan oleh cai2 Najib satu ketika dulu setiap kali kita bertanya mengenai 1MDB, akhirnya kita diberitahu laporan itu adalah rahsia ! ?

Masa diserahkan laporan interim tahun lepas dan dikategorikan sebagai rahsia, saya sudah bertanya apakah laporan akhir kelak juga akan dirahsiakan .... ternyata benar.

Serius beb ..... APA YANG RAHSIA SANGAT DENGAN 1MDB NI  ? ? ?  Nak jaga kepentingan siapa ?

Cai2 Najib beria2 kata 1MDB takde masalah, semua urusan 1MDB dijalankan mengikut prosedur, jangan berspekulasi, tunggu jerlah audit di mana semua akan diperjelaskan bla bla bla .... akhirnya ia dirahsiakan juga. 

Masih nak kata 1MDB tidak ada masalah ? Kalau tidak ada masalah kenapa ia dirahsiakan ?

Pengerusi PAC berkata -

Keputusan Jabatan Audit Negara ini dilakukan berikutan ada maklumat dalam Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB yang dibentangkan kepada PAC pada Julai lalu, dibocorkan pihak tidak bertanggungjawab secara berpilih bagi mencetuskan laporan negatif sehingga menjejaskan kredibiliti Jabatan Audit Negara dan jawatankuasa ini sendiri. - TMI.


Huh ? Bukankah dengan mendedahkan keseluruhan laporan itu dengan sendirinya akan menggagalkan sebarang laporan negatif yang bersandarkan kebocoran berpilih ?

( contohnya ... bila saya sering siarkan secara penuh rakaman video mana2 majlis Tun Mahathir, tujuannya adalah supaya anda dapat menilai sepenuhnya apa yang disebut oleh Tun daripada hanya bergantung kepada laporan2 pendek yang dipotong2 mengikut isu2 tertentu sepertimana yang sering kita baca di media. Ia boleh dijadikan sumber rujukan sekiranya timbul perdebatan mengenai apa yang Tun maksudkan melalui laporan2 pendek itu )

Saya tidak dapat menerima logik alasan Hasan di atas. Yang pasti, kita rahsiakan sesuatu jika kita tidak mahu orang tahu tentangnya.

Jika alasan diberikan adalah mahu mengelakkan kebocoran berpilih, kita juga boleh kata, ada kemungkinan ia dirahsiakan supaya dapat dilakukan penyebaran berpilih ! Di mana hanya maklumat2 yang berpihak kepada 1MDB dan mungkin Najib, saja yang dikeluarkan sementara maklumat2 yang bersifat negatif akan dirahsiakan.

Spekulasi lagi .......

Makanya jalan terbaik untuk mengelak spekulasi adalah pendedahan sepenuhnya laporan itu !


Hasan turut memberi jaminan PAC akan meneliti laporan audit hari ini bagi melengkapkan laporan mereka berkenaan 1MDB yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat nanti

Beliau turut menyeru rakyat agar meyakini laporan itu kelak yang dirumuskan daripada panel disertai pemimpin pembangkang dan Barisan Nasional (BN).


Maknanya kita hanya akan tahu mengenai laporan akhir siasatan 1MDB oleh Ketua Audit Negara selepas ianya ditapis terlebih dahulu oleh PAC yang diketuai oleh Hasan Cari Makan ?

Dan kita diminta supaya terima dan yakin apa saja yang sudah ditapis itu ?

Bagaimana kalau ada persoalan tentang apa yang bakal didedahkan itu ( selepas ditapis oleh PAC ) ? Apakah PAC akan jawab sepenuhnya atau akan dijawab dengan jawapan - oh, itu rahsia kerajaan.

Alasan PAC turut dianggotai oleh ahli pembangkang tidak menyakinkan. Sebagai contoh, selepas laporan interim 1MDB diserahkan kepada PAC tahun lepas, Tony Pua berkata -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada cara yang mudah untuk menghentikan segala kekeliruan dan konflik akibat daripada dakwaan dan spekulasi mengenai pihak mana yang benar, siapa yang mengubah suai dan memalsukan dokumen 1MDB. 

"Najib hanya perlu beri arahan Ketua Audit Negara mendedahkan laporan interim kepada umum," - TMI 23 Julai 2015.


Adakah laporan itu didedahkan kepada umum ? Tidak..... dan rakyat pun terus berspekulasi.

Kini laporan akhir juga dirahsiakan ...... 

Bagaimana pula dengan titah Majlis Raja2 yang meminta supaya siasatan 1MDB dipercepatkan dan didedahkan kepada umum secara telus ?

Kenapa perlu laporan akhir itu dirahsiakan ? ? Nak sorok apa ? ?

Kenapa ada perkara tentang 1MDB yang perlu dirahsiakan ? Kalau dulu kita sering diminta TUNGGU AUDIT!, sekarang kita diminta supaya PERCAYALAH HASAN CARI MAKAN!



PS - Baca juga artikel dari JMD mengenai isu sama - KLiK.

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2016 at 2:33 PM

Jadi kenapa buang masa untuk carry it out. Buang duit taxpayers bukan. Adalah lebih baik dibuat "mesyuarat audit" ini dibelakang dapur pengerusi PAC.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2016 at 2:37 PM

beli nyawa lagi ke...

pelik sungguh kata tak bersalah.. tapi tindakan macam orang bersalah kenapa ?

kalau tak bersalah tunjukan anda tidak bersalah. APA YANG SUSAH SANGAT ?

adakah ini nama dia BERFIKIR DILUAR KOTAK yang mana buat tidakan yang lain dari lain ?

ini bukan berfikir diluar kotak ini berfikir DILUAR OTAK.. senang cerita BANGANG

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2016 at 3:22 PM

Dasar yg selalu dibuat oleh orang yang tersepit... Kalau boleh semuanya disorokkan. Bimbang kalau2 Ada banyak lagi yang terbongkar...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2016 at 3:33 PM

Sdra Din,

Awal pagi tadi saya ada baca artikel terkini pasal bagaimana jho low dan rakan2 MEROMPAK !MDB dengan restu najib.Ini bukan fitnah kerana besertakan dokumen2 yang berkaitan.

Masaalah kerajaan dan orang2 umno malas dan takikel ut membaca artikel ini kerana ianya ditulis dalam bahasa ENGLISH. Saya ambil masa satu jam untuk memahaminya.

It is beyond reasonable doubts that NAJIB is a Thief with the help of jho low his associates.

Forget about audit report. forget about PAC. The only solution is an RCI. From thereon a court hearing...........IT IS CLEAR AS WATER AT SCUBA DIVING SITE IN SABAH.....hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
March 5, 2016 at 3:57 PM

Hasan cari mkn ni jd penoreh getah je la kalau tahap tu je kerja dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2016 at 4:21 PM

Serupa xpyh ada pac. What kind of madness is this.. Pape pun selagi ada tony have little faith.

....................
Reply To This Comment ...................
March 5, 2016 at 5:33 PM

Memang betul lah spekulasi rakyat selama ni....memang ada yg d sembunyikan........faham2 ajelah!...

....................
Reply To This Comment ...................
March 5, 2016 at 6:18 PM

Bro

HASSAN CARI MAKAN!!!!!.....itu pengakuan beliau sendiri. Dari mula lagi aku memang tak percaya dan langsung tak nak ambik pusing Laporan Audit Negara ke....Laporan PAC ke....Laporan AG ke...semuanya mengabiskan boreh je....Semua badan-badan tersebut dibawah pimpinan mereka yang tadak teloq...cari makan je...PDRM macam mana?....hancus...terjun longkang lagi bagus...hampeh!!!!!!..Satu lagi...Annual Audit 1MDB olih juru odit syarikat dah siap ke belum?....pun sama hancus,,,,

Apakah yang perlu di OSA kan?...kesemua laporan tersebut penting untuk umum tahu...jahanam dengan ketelusan dan integriti kesemua jentera kerajaan dibawah Najib....Pegi mampos!!!!!

Aku betul-betul marah ni bro....2129...2129...2129....jahanam ko semua...Inilah luahan rakyat haramjadah dan bagsat.....SPRM dan BNM disampahkan olih AG paloi.....

Najib tuyuk...paloi...Awas ko semua PRU nanti....dasar pemimpin tak berhati perut...Ingatlah perbuatan kamu kini akan di tanggung oleh jenerasi akan datang, anak cucu kamu sendiri...BERBANGGA lah kamu nanti bilamana nama kamu tercatat dalam sejarah sebagai PENGKHIANAT BANGSA DAN TANAHAIR...PEROSAK masa depan... Waktu itu kamu sudah MATI...ko dengarlah sumpah seranah anak cucu kamu dan semua rakyat yang mewarisi MALAPETAKA ini...bukan doa kesejahteraan alam akhirat yang mereka titipkan...berbahagialah kamu dalam kubur...

Malaysia tergelincir dari landasan...hancur lebur...MARUAH entah kemana...HARTA negara tergadai....Malu...jijik...Hiduplah ko Najib dan macai-macainya...berpestalah kamu dengan dosa dan pengkhianatan terhadap rakyat...

AYUH BANGSAKU MALAYSIA....teruskan perjuangan demi maruah Malaysia yang masih kita cintai ini...BANGKIT dan sokong gerakan mendesak petualang Najib dan sekutunya turun dan dihadapkan kemuka pengadilan....Turun je tak cukup!!!!!!..kita nak tahu yang sebenarnya dan yang salah dihukum...dedahkan semuanya...

RAKYAT BERHAK TAHU

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2016 at 8:10 PM

Yang anggotai pac tu antara bangla 1.5 juta tu ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2016 at 9:47 PM

Hari ini zahid komedi dedahkan ancaman Sulu merebak ke pantai barat Sabah.

Tahun 2013 sejurus insiden Lahad Datu, zahid komedi berjanji mahu mendedahakan dalang pencerobohan Sulu. Sampai ke sudah senyap.

Banyak kemudahan ATM terletak di pantai barat Sabah. Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Pangkalan TUDM Labuan. Susulan pendedahan zahid ini memberi persoalan sama ada kemudahan tentera ini tidak selamat dan boleh diserang bila-bila masa.

Isu keselamatan tiba-tiba menjadi tumpuan semasa kedudukan najib semakin goyah. Perfect timing untuk public diversion.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2016 at 10:47 PM

Laporan tangguh 1mdb lah senang kira

Mangkuk hayun punya mamat cari makan menyusahkan orang saja kalau nak letak bawah osa kenapa dari awal tahun dulu tak bagitau ni bodoh ker apa, dah lah tu bagi jaminan pulak akan teliti laporan audit nak plengkap dengan laporan pac dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat nanti, nanti tu bila? sidang dewan rakyat bila punya tahun depan pulak ni? yang nak lengkapkan laporan audit kepala bana pedia pac badan tertinggi mengatasi tugas audit negara ker? orang mau laporan audit negara bukan laporan pac kalau betul akan dibentangkan laporan dalam dewan rakyat diharap mp2 termasuk mp2 pembangkang meminta salinan laporan 'SAH' audit negara bukan laporan pac kerana pac boleh memanipulasi fakta dan boleh terlepas tapi audit negara tak boleh menipu kerana terikat dibawah undang2 perkhidmatan awam.

Oleh kerana laporan audit syarikat sarat hutang 1mdb secara mengejut di letakkan dibawah osa maka selayaknya dan tidak menjadi satu kesalahan bagi rakyat menerima segala laporan dan keterangan yang didedahkan oleh 'THE WALL STREET JOURNAL'.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2016 at 11:25 PM

Oh lupa plak bro din turtle nak mohon tumpang taruk info

Kepada rakyat malaysia yang ingin menyatakan sokongan kepada Deklarasi Rakyat, boleh berbuat demikian di pautan :

Malaysians wish to express their support to Citizen Declaration could do so at this link :-

http://goo.gl/forms/klwJrXZ9m

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2016 at 12:36 AM

Rakyat sudah tidak percaya lagi kepada semua pemakan dedak...sudah boleh bersedia untuk menjadi pembangkang

....................
Reply To This Comment ...................
March 6, 2016 at 5:28 AM

Terkenang lagu lama.....

Hasan anak tok penghulu
Hari hari kerja mengampu
Rakyat semua dah tahu
Menipu & kuat menyudu

....................
Reply To This Comment ...................
NajibNazak
March 6, 2016 at 10:37 AM

Saudara Othaman, Salam...

Yang part perkataan menyudu tu patut kepada Apandi AG...

Sebab kalau tengok betul2, mulut Apandi AG macam itik @ Donald Duck...

Kerja asyik menyudu saja Apandi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2016 at 11:07 AM

Aku respek langkah Tun Dr Mahathir dengan deklarasi rakyat kemas & padat sehingga sekarang tidak ada seorang pun wakil jurucakap najib boleh menjawab keatas deklarasi rakyat semua terkebil2 & terkuncil.

Dari bapak gajah pemakan dedak hinggalah kepada kuli batak pemakan dedak habis meroyan meraban seolah2 esok sudah mau khiamat tak pernah berlaku sebelum ini semua mereka seperti dipanah petir hala lintar ada yang terduduk ada yang bangun duduk terus meniarap ada yang kunyah rokok sekali dengan lighter ada yang berak tak tubik pendek kata semuanya ada hingga kerja pun tak jalan semua kerana penangan dasyat Tun hahahahaha

Ok pass batton pada bro din turtle lah untuk huraian selanjutnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2016 at 4:13 PM

Ini laporan rahsia. Itu transaction rahsia. Apakah awak ini government of Malaysians atau private family business?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2016 at 8:55 PM

Rakan-rakan Panglima Bugis mula kecut, telan air liur tak lepas!Tun terus menggoncang!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2016 at 10:10 PM

1 Malaysia Di Bangangkan (1MDB)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2016 at 10:23 PM

Wassalam. Saudara Din- isu 1MDB tak bolih dikaitkan dengan isu isu lain. Kita kena beri concentration kita untuk menyelesaikan isu 1MDB ini. Keselamatan Sabah isu lain tiada kaitan dengan 1MDB. Olih itu zahid Hamidi jangan pandai nak peson kan rakyat. You are trying to under mind our intelligence. Please don't an idiot. Let the rakyat determine your faith in PRU 14. As an UMNO member I am a shame that Umno is the scrape goat while those who are entrusted to look after it get scott free.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2016 at 11:05 PM

Anon 4:13.. sy tlg jwbkn.. dia igt Malaysia ni bapak diorg yg punyaaa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2016 at 9:00 AM

Dahsyat betul. Negara malaysia yg x sebesar mana ni duit rakyat boleh kena swindle sampai 40 billion. rakyatnya x sampai pun 40 juta org. kenapa perlu disorokkan? sensitif sangat ke bisnes yg kerajaan jalankan tu? depa kata depa buat strategic investment je. kalau laporan tu terpaksa rahsia, kerajaan wajiblah mengaku gagal dlm buat investment tu. kalau dak kementerian2 dalam kerajaan sendiri akan gunakan hal ni utk buat ugutan terhadap kerajaan. tu yg tetiba banyak peruntukkan kena tarik. menteri lain buat bodoh jer.

xdpt bayangkan kalau kerjaan macam ni perintah negara besaq mcm usa. mau satu dunia punya duit dia swindle.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2016 at 5:53 PM

Boleh bro din buat article macam mana sign declaration

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2016 at 5:55 PM

Orang sarawak plsss dont vote for bn!aka najib pls buka hati n minda

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2016 at 8:38 PM

Aku rasa 1MDB nie business jual dadah kot tu yang dok penuh ngan rahsia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2016 at 11:51 AM

Kalo terpaksa kita korbankan UMNO utk menjatuhkan najib...maka itulah yg kita perlu lakukan...dan kepada semua pemimpin2 UMNO...ketamakan dan keegoan kamu untuk mendengar hasrat akar umbilah yang menjatuhkan UMNO bukan TUN.
p/s: Makanlah nasi jgn makan DEDAK

Post a Comment