........... Kesempatan Terhidang, Tapi Duk Bercerita Tentang Balak dan Bauksit .... Kenapa Najib Tidak Perjelaskan Isu Bilion2 | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kesempatan Terhidang, Tapi Duk Bercerita Tentang Balak dan Bauksit .... Kenapa Najib Tidak Perjelaskan Isu Bilion2

Sunday, March 20, 201620comments


Nak komen sikit pasal kenyataan Najib - Saya bukan pencuri harta rakyat semalam. Cuba kita baca artikel Mkini yang bersumberkan Bernama itu.

BANYAK dan PANJANG Najib bercakap di depan orang ramai semalam ! Gerenti Berbuih2 mulutnya .....

Maksud saya - Najib BOLEH bercakap ! Najib tak bisu !

Kalau dah boleh bercakap panjang di depan khalayak ramai, kenapa duk bercakap tentang balak, tentang bauksit, hentam Tun Mahathir bla bla ...... KENAPA TIDAK BERI PENJELASAN TENTANG RM2.6 BILION DAN/ATAU TENTANG DUIT SRC ?

Logik kan ? ITU yang rakyat nak dengar, terbaik kalau dari mulut Najib sendiri. Nak takut apanya ? Bukankah AG dah kata yang Najib tidak bersalah ? So .... gunakanlah kesempatan itu untuk terangkan apa2 yang masih menjadi tandatanya rakyat !

Yang pi cerita tentang balak atau bauksit itu apa kehal ? Straight direct to the point jer lah.

Perjelaskan tentang duit yang dikatakan derma itu .......

Perjelaskan tentang duit juta2 ringgit yang masuk dalam akaunnya sendiri dan kemudian telah dibelanjanya  tanpa beliau perlu tahu dari mana datangnya duit itu ...... ( sebagai bukti beliau tidak bersalah )

Perjelaskan tentang duit juta2 ringgit yang masuk ke akaun isterinya ....  

ITU YANG RAKYAT NAK DENGAR !


Kalau Najib boleh perjelaskan itu dengan sempurna dan jika diterima rakyat, saya yakin sedikit sebanyak Najib mampu memenangi semula hati rakyat. Tak perlu membazir air liur bercakap tentang hal2 lain untuk yakinkan rakyat tentang dirinya atau menyerang Tun Mahathir supaya rakyat tidak terpengaruh  ......

Penjelasan menyakinkan dari Najib tentang isu2 peribadinya adalah senjata utama dalam menyelamatkan dirinya, Umno dan kerajaan dari kritikan2 Tun Mahathir !

Tapi kenapa Najib mengelak dari beri penjelasan  itu sedangkan kesempatan terbaik sudah tersedia di depan mata ? Anda fikirkanlah ......

Kalau isu 1MDB itu mungkin Najib boleh tunggu laporan dari PAC di Parlimen tidak lama lagi, tapi isu RM2.6 bilion dan SRC sudah tidak ada mana-mana pihak lagi yang siasat. Sudah tidak ada sesiapa yang bakal tampil beri penjelasan kecuali diri Najib sendiri.

Apakah Najib mahu tunggu ada pihak lain yang tetiba tampil dengan PENDEDAHAN GEMPAR baru beliau nak tampil beri penjelasan ? Kalau begitulah, then rakyat akan tertanya pula - kenapa tidak jelaskan sebelum itu ? Kenapa tunggu isu meletup lagi baru nak jelaskan ?

Bukan saja rakyat Malaysia, malah satu dunia menantikan penjelasan Najib ! Tapi Najib bercerita tentang balak dan bauksit ...

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2016 at 1:58 PM

Bro Din... apa yang tuan perkatakan itu betul, Sahih kata orang arab ataupun sah.
Dan apa yang di katakan Najid si pengecut juga betul (agaknya lah).
Kecoh pasal 2.6 billion dan yang sewaktu dengannya bukan pasal balak atau yang lain-lain.
Ini lah orang politik, yang terdesak lalu terang-terangan membodoh-bodohkan rakyat. Lebih malang, Sengaja merendah-rendahkan maruah rakyat negeri Pahang sendiri. FAM dah fail, ditambah malu pulak dgn kes 1MBD ni.
Bila pemimpin sebut "cash is king", dalam kepala hotak seluruh rakyat Malaysia terfikir "SPESIS" pemimpin ini. Regu jadi sempurna dengan kelakuan "first lady"nya.
Tuan Puan jangan jadi bacul... sign dah deklarasi rakyat?


....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2016 at 2:33 PM

Nak bgtau yg konon nya dia baik sgt la tu..penyokong pun melopong tengaga..cuba tengok muka adnan yaakub..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 3:00 PM

Din aku pelik sejak hari pertama lagi hal mengelak dari menjawab soalan pasal duit berbillion tu dah jadi....sampai ada yg dipecat, ditukar jabatan, dijatuhkan, digantung kerja, wartawan asing dihalau balik, akses blog diblock, sampai ada yg terpaksa gulung tikar cam Malaysian Insider, The Edge dan macam2 kejadian2 ganjil berlaku........aku jadi pelik kalau betul BERSIH dan SUCI nape besusah payah sangat mengelak, menepis bila ditanya pasal duit berbillion tu????? Yg macam2 benda jadi tu bukan utk mengelak ke?? Cakap ajelah terus terang. Kalau tak salah apa nak takut? Duduk bersoal jawab dgn rakyat dan wartawan dgn TELUS. nak takut apa kalau betul benar. Cakap benda lain boleh pulak tapi soal duit billion2 tu nape DIAM?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 4:00 PM

bro din, najib pun serupa saya juga. saya mengaku dan bersumpah saya tidak kenal perempuan mongolia, saya tak ambil walau sebatang pokok balak, saya tak ambil bauksit, semua tu memang saya tak ambil. memang mudah nak cakap dan bersumpah. memang mudah untuk bercakap benar. saya boleh kata duit RM2.6 billion tak masuk akaun saya, sebab saya bercakap benar. tapi najib tak boleh cakap bab RM2.6billion pasal mungkin ada kebenarannya, nak sumpah RM42 juta dari src tak masuk akaun najib sendiri, mana mungkin. kad kredit dibayar src, tak mungkin untuk diceritakan kepada orang ramai. balak dan bauksit itu memang tak ambil kerana masih muda lagi ketika itu, dan bukan kak mah isteri najib. senang untuk cerita yang benar kerana ada dalam kapla otak dan sukar untuk menipu cerita benar kerana banyak fakta salah yang berkeliaran di luar kepala otak. boleh bikin banyak cerita di lain tempat, cerita sama tetapi fakta berlainan,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 4:15 PM

Habis semua bahagian dikerah angkut orang sambut najib siap di war warkan setiap orang yang datang dapat RM50/- hahaha punya lah terdesak

Lepas tu syarah pasal balak & bauksit ingat orang pahang bodoh hanya tau tentang balak & bauksit saja rata2 yang terpaksa datang menjuihkan bibir sesama mereka ramai juga yang mengeleng2 kepala mendengar najib merapu hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 4:23 PM

Pak Din, si bangsatwan dia memang pandai berpidato, hanyasanya dia bisu kerana penuh dengan kedustaan. Tapi kita rakyat tersiksa dikorbankan untuk dunyanya.

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2016 at 4:27 PM

Ye le... Kawan pun tak terfikir yg najib boleh bercakap lagi...

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2016 at 5:58 PM

"Yang pi cerita tentang balak atau bauksit itu apa kehal ? Straight direct to the point jer lah."

Heh!...Heh!...Heh!...
Hahahahahahaha!.....Hahahahahahaha!.....Hahahahahaha!...
Hahahahahahaha!.....Hahahahahahaha!.....Hahahahahaha!...
Hahahahahahaha!.....Hahahahahahaha!.....Hahahahahaha!...

Bro

Najib punya senapang... larasnya bengkok...melengkong menuju ke badan sendiri....matilah beb!....

Najib bukan main berkobar-kobar...kalau depan "penyokong" yang dibayar dan ditaja....Terpekik terlolong macam kena rasuk....

Woi!....
MOHD NAJIB BIN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA, BOHONG DALAM PARLIMEN!...
Kalau di luar Parlimen....sape nak percaya PEMBOHONG professional muka tebal, tak tau malu, tak ada soul punya manusia ni.

Sebenarnya Najib (nak) kata yang tersurat dan tersirat dihatinya:...
Bangsat ko rakyat...haramjadah ko rakyat....
Tak kan lah aku seorang Perdana Menteri Rakyat sebodoh tu...ambik duit rakyat masuk akaun peribadi....Bodoh punya orang "sebelah sana tu"...tuduh aku macam tu...
Ini Najiblah...anak jati Pahang keturunan bangsatone booges...Aku tak makan duit Rakyat...Duit yang masuk dalam akaun peribadi tu duit aku...penat lelah aku uruskan 1MDB dan SRC...pas tu orang bagi "derma" aku terimalah....Ko ingat senang jadi Perdana Menteri Rakyat ni?...Tak ada duit jangan nak jadi Perdana Menteri....sebab tu lah aku mesti ada banyak duit...Ko semua sakit ati ke aku banyak duit?...Ko nak ko jadi Perdana Menteri lah...POWER!...CASH IS KING!....

Najib oh Najib...cuba cakap STRAIGHT TO THE POINT macam tu....kan senang....jujur, telus dan terbukti jantan ada teloq...
Orang pun tak akan tanya lagi...kan?....kan?....kan?.....

Heh!...Heh!...Heh!...
Hahahahahahaha!.....Hahahahahahaha!.....Hahahahahaha!...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 6:05 PM

Kesian, berita awani melaporkan satni, penyokong solidarity bagi najib yg menunggu ketibaan beliau di Pekan tadi cuma 5000 orang.

Kesian...walaupun dah dijanjikan Rm50 setiap seorang.. cuma ramai tu aje yg datang.

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2016 at 6:48 PM

Apasal Najib cuma sebut pasal CURI BALAK & BAUKSIT............?????
Adakah dia nak sindir Sultan and Raja Muda Pahang..........????
KIHKIHKIH....tula bila nak bercakap kena pikir-pikir dulu,
walaupin discripted. Orang yang terlibat dengan curi BALAK &
BAUKSIT di Pahang tu bukan calang-calang orang.
Silap-silap hari bulan, mereka b uat U turn dan cakap
jangan sokong NAJIB!!!!!
Antara Sultan, Raja Muda Pahang & Najib siapa rakyat lebih sayang....???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 7:08 PM

Lagi baik umumkan pilihanraya umum supaya mandat baru boleh diberi. Masa tu nanti baru tahu siapa yg rakyat sokong. Dpd asyik bagi alasan demi alasan baikla terus buat pilihanraya seluruh negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 7:17 PM

Najib cakap apa pun dah tak laku yang datang kerana terpaksa & dipaksa kalau sekali menipu orang tak akan percaya lagi dah dia ini bukan sekali menipu sudah acap kali menipu rakyat mana lagi nak percaya cytrooper najib cerita lah akan baik najib pusing lah supaya jahat orang lain tapi sudah tak boleh ubah dah pada pandangan rakyat najib wajar berundur @ di undurkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 7:55 PM

Aku puji cara Lim Guang Eng menjawab tuduhan tentang pembelian banglow newah miliknya.

Kaedahnya mudah dan berani ...
Dicabarnya orang yang menuduh itu bersenuka dengan nya di pejabat Menteri Besar ... Dan pastinya orang yang nenuduh itu tidak akan datang.
Disiapkannya barisan peguam yang akan membuat draf saman fitnah sekiranya orang yang menuduh itu datang dan mengulang pertuduhan tanpa bukti yang jelas.
Dibawanya pemberita ke rumah banglow yang menjadi persoalan itu ...
Satu tindakan yang berani dan anak jantan.
Aku sedang menunggu tindakan yang sama yang Najib akan buat .... Khabarnya pada hari Selasa nanti.... Mungkin pada hari selasa takala ayam tumbub tanduk ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 8:12 PM

Sekarang macam2 hal jadi. Dgn penuh bangganya Malaysia megah berada di persada dunia tahap ke2 negara paling korup selepas Brazil. Dan research tu pulak dari media cetak yg berpengaruh Time.

Di masa ni Malaysia begitu amat terkenal kerana satu dunia bercakap pasal kita. Nama M'sia menjadi begitu harum disebut2 dunia di sana sini tentang MISTERI MEGA BILLION2 kita.

M'sia menjadi negara paling happy sebab berjaya mengajak dunia bergelak ketawa tentang cerita kartun yg dihidangkan.

Sistem kehakiman Malaysia paling terrrrbaekkkk dan dihorrrrmati dunia kerana tersangat adil dan berjaya dlm mencegah kemungkaran, pemalsuan dan pembohongan dgn tanpa dibicarakan.

Kita kini dipandang begitu tinggi oleh dunia atas kejayaan demi kejayaan kita dlm sektor ekonomi dan kewangan negara. Segala kewangan dan ekonomi negara dijalankan dgn penuh TANGGUNGJAWAB, AMANAH, LURUS lagi SUCI.

Kalau nak bandingkan dgn zaman Tun Mahathir memang macam langit dgn bumi. Zaman Tun dulu mana ada kejayaan yg macam ni. Ini ialah kejayaan paling tinggi dan membanggakan yg pernah kita capai.

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2016 at 10:07 PM

Sdra-sdri sekelian, sila baca ucapan YAB pm kita yg masih dalam simpanan saya.

"Setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik samaada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politikmenyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian. Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan dalam akaun parti. Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan. Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan..”
(Najib Razak, February 2012)

Kpd penyokong2 pm Najib, sila tampil beri penjelasan
Kenapa tiada resit dikeluarkan terhadap sumbangan derma Tok Arab itu... Kenapa double standard...???? Yang ini saya yakin 'A Thorny General' Pak Pandir pun tak boleh jawab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 10:23 PM

Betul la kata Mukhriz, org tanya lain, dia jawab lain. Bebal punya PM. Apa la nasib rakyat Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2016 at 11:12 PM

Setuju cara LGE.......sapa brani tuduh dia.....datanglah.
Yang sorang ni orang yang tuduh minta di saman......pun masih tiada tindakan.....tersangat lah lucu.....itupun org umno masih sokong....agak2 dedak yang dah di makan telah di jampi dengan ayat2 bodoh!

....................
Reply To This Comment ...................
March 21, 2016 at 2:47 AM

Maaf jika aku tersalah tempat, kerana aku dan keseluruhan sanak saudara mara ku adalah UMNO. Kami maseh menyokong parti UMNO tetapi bukan pada Najib. Jika parti UMNO maseh cuba menyelamatkan saorang individu seperti Najib. KAMI mendoakan "INNALILLAHI WA INNA ILAIHI ROJIUN" pada parti UMNO.Kuasa "RAKYAT" bukan dimiliki oleh Najib dan juga bukan dimiliki oleh UMNO. Aku hanya mampu berdoa dan mengharapkan. Maseh ada di dalam Parti UMNO yang berani meneguh Najib yang sedang meruntuhkan UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 4:02 PM

PM dah mengaku yg duit RM2.6B(Derma) & RM400Juta(SRC) memang ada Dalam Akaun PERIBADI dia...Dia mengaku dlm Mahkamah masa perbicaraan dia saman Tun Ling Liong Sik tempohari..tapi mana ada TB3 KECOHHHHHH..Semua buat Diammmm jer....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 8:10 PM

Apa nak heran Saudara Othaman,
Kuasa RM, USD, Pound Sterling telah terbukti berjaya menggugat keimanan. Kuasa tarikan RM, Dollar tu boleh membuat cempedak menjadi nangka. Buaya menjadi naga. Intan menjadi berlian. Semua boleh bertukar2 mengikut kehendak semasa.

Post a Comment