........... Kepada Ahli Umno Yang Menyerang Tun Mahathir, Anda Dah Baca Ke Belum Deklarasi Rakyat ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kepada Ahli Umno Yang Menyerang Tun Mahathir, Anda Dah Baca Ke Belum Deklarasi Rakyat ?

Wednesday, March 9, 201629comments

Sejak hari Deklarasi Rakyat ditandatangani oleh Tun Mahathir dan segelintir wakil2 Ngo dan parti2 politik, tak putus2 cai2 Najib menyemakkan laman sosial dengan serangan2 terhadap Tun Mahathir, pemimpin2 Umno yang telah menandatangani Deklarasi itu.

( Saya masih memanggil Tun Mahathir, Sanusi, Muhyiddin, Shafie Apdal, Mukhriz sebagai pemimpin. Untuk bergelar sebagai seorang pemimpin, seseorang itu harus memiliki ciri2 kepimpinan dan ini mereka masih miliki. Jawatan sekadar platform untuk mereka berkhidmat kepada rakyat )

Melawakkan bila kita lihat perangai cai2 Najib yang seolah2 dikerah untuk menyerang bebas semau hati terhadap pemimpin2 ini.

Setelah beberapa hari berlalu, kita boleh perasan satu trend dalam serangan mereka iaitu mereka hanya menumpukan serangan kepada apa yang mereka gelar sebagai persekongkolan antara Tun Mahathir dan pemimpin lain dengan pemimpin2 dari parti pembangkang khususnya dari Dap.

Sebelum ini pun Tun Mahathir sudah lama menuntut pengunduran Najib dari kerusi PM tapi tak lah sehebat ini serangan balas yang diterima. Tapi hanya kerana Tun Mahathir dan beberapa pemimpin2 Umno lain sanggup bekerjasama dengan Dap untuk menuntut perkara yang sama, dunia macam nak kiamat buat cai2 Najib !

Berebut2 grup2 dalam Umno tampil untuk menyerang Tun Mahathir dan rakan2. Masing2 cuba menonjolkan diri sebagai yang paling berani dan yang paling sanggup ke depan bagi mempertahankan Najib dengan jawatannya. Sekuat hati mereka melalak untuk menarik perhatian Najib kepada 'perjuangan' mereka demi Najib.

Namun tidak ada seorang pun yang mahu beri perhatian kepada apa yang tersurat dalam Deklarasi Rakyat itu !

Perhatian rakyat dan ahli Umno khasnya cuba dialihkan daripada isu2 yang dibangkitkan sebagai alasan utama tuntutan Deklarasi supaya Najib disingkirkan dari jawatan PM.

Secara logiknyalah, bila beberapa alasan dikemukakan bagi menyokong tuntutan Najib disingkirkan, maka mereka yang beria2 tampil mahu mempertahankan Najib dari disingkirkan seharusnya tampil dengan jawapan2 balas bagi mematahkan alasan2 yang dikemukakan.

Ada mana2 pihak berbuat demikian ? TIDAK ADA !

Pendek kata - mereka sendiri tidak punya jawapan ! Yang mereka tahu sebut, Najib harus dipertahankan jawatannya sebagai PM.  Kenapa ? 
Adakah cai2 Najib itu setuju dengan isu2 1MDB dan berasa bangga dengan pencapaian 1MDB yang menjual harta negara semata2 untuk bayar hutang ? 
Apakah cai2 Najib merasakan Najib harus diadili dengan satu set undang2 yang diwujudkan khas untuk dirinya seorang yang mana undang2 negara sedia ada tidak boleh digunapakai untuk mengadili kes yang membabitkan Najib ?
Kalau penjawat awam lain akan dihadapkan ke mahkamah jika menerima wang derma yang tidak diisytiharkan tapi bila Najib yang buat, undang2 sama tidak boleh digunakan ?
Apa hebatnya Jho Low di mata cai2 Najib bilamana Tun Mahathir duduk bersama Lim Kit Siang di satu majlis dikecam hebat tapi bila Najib sekeluarga bercuti beberapa hari di kapal mewah Tatooish bersama Jho Low tidak pula ada yang nak komen ? Jangan lupa, hasil percutian itulah tercetusnya isu2 1MDB !

Hidup Najib ! ? ? ? Bila bergema sorakan itu, kita segera tertanya2 apakah ahli2 Umno akur dan sanggup bersekongkol dengan segala kemungkaran yang dikaitkan dengan Najib ?

Paling tidak pun, kenapa tidak bersuara meminta Najib diadili di mahkamah bagi membuktikan bahawa orang yang dipuja2 itu sememangnya tidak bersalah ?

So .... apakata kepada anda yang melalak menentang Deklarasi Rakyat itu tanpa mengetahui satu habuk pun apa yang tersurat kecuali menuntut Najib turun, supaya baca perlahan2 apa yang tercatat dalam Deklarasi itu.

Kemudian jawap satu2 persatu pertuduhan yang sebutkan itu. Sekurang2nya anda akan berasa puas dan lebih yakin dengan sorakan anda sekiranya anda juga tahu KENAPA anda bersorak.


DEKLARASI RAKYAT



1.       Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.



2.       Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak.



3.       Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013.Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.



4.       Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-“Cash is King”.



5.           Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.



6.       Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.

7.       Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Ianya tidak lagi menjadi Dana Kekayaan.Sebaliknya Dana Hutang Negara. 

8.          1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga yang RM12.1 bilion,melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tamat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga  RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.



9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di dalam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.



10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan pinjaman ke PSI untuk US$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak US$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. Sebaliknya 1MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di dalam dana di Kepulauan Caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KPMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.



11.          1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada Aabar untuk membeli 49 peratus saham di dalam syarikat-syarikat janakuasa 1MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar,  International Petroleum Investment Corporation (IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di dalam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.



12.          1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu, “Aabar Investment PJS Limited”, yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC.



13.          1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke dalam Bank BSI di Singapura.Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di dalam bentuk wang tunai, tetapi aset.Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan “unit” yang bermakna bahawa ianya tidakpun ditebus.Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia.Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di dalam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan.



14.          Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis.Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana mensabotaj ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1MDB.



15.          Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di dalam akaun peribadinya di Ambank.



16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di dalam akaun peribadinya. Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13; kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan.Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi, dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.



17.          Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan.Tetapi jumlahnya kecil.



18.     Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahamah. Tetapi dia tidak berbuat apa-apa.Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.



19.          Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di dalam akaun peribadinya.  Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.



20.          Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis DiRaja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.



21.          Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara, di singkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara.Jawankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan keatas 1MDB.Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.



22. Najib  kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadanganBank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan.



23.          Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.

24.          Peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM.Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut.



25. Peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran dalam bidang mereka.



26.          Penolakanini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang.



27.          Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang Peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal-skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.



28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing.Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.



29.     Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di dalam pentadbiran Kerajaanpunakandilindung daripada pengetahuan awam.



30.          Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion) telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.



31.          Rakyat juga semakin menderita.

32.     GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain.Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran. 



33.          Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.



34.     Hari ini imej Malaysiaamat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik.Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup dalam ketakutan ditangkap dan ditahan.Akta MajlisKeselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima.



35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan dalam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan.Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.



36.     Oleh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong;



a) penyingkiran Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagaiPerdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang amandan mengikut undang-undang yang dibenarkan.



b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya



c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih dan



d) pemulihan integriti insititusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC


35. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 9, 2016 at 1:55 AM

Salam Bro

1. Aku yakin majoriti akarumbi UMNO ada membaca dan memahami Deklarasi Rakyat tersebut. Tapi biasalah...mereka bukan dapat bersuara...atau memang tak mahu bersuara...sibuk dengan kehidupan yang saban hari begitu menyepit. Dedak pun bukan sampai kat mereka pun...Harapkan BR1M je... Yang dapat habuan dedak dan kontrak tak kan nak bersuara...dah tersedak dedak...

2. Yang bersuara tu bukan sape...pemakan super dedak...suara mereka bukan main lantang lagi...teringat aku akan dokumetari dalam animal planet...anjing yang kuat menyalak tu selalunya badan kecik je...kalau tak salah dari jenis chihuahua...

Lagi pun bilangan mereka bukannya ramai...dedak sekarang dah tambah mahal..GST lagi...mana Najib mampu. Sebab tu munkin Najib selalu ke Arab Saudi...kot-kot dapat derma lagi.

3. Kita berbaik sangkalah kepada majoriti akarumbi UMNO ada membaca dan menyokong Deklarasi Rakyat. Mereka sedar dan faham...dan kalau mereka dah sign up pun sape dapat tau...sebab dalam borang sign up tu tak tanya pun keahlian mana-mana parti...cuma Nama, No KP, email dan tarikh je.

Tapi..susah jugak kan...spy UMNO kan boleh semak NO. KP dan nama...kan KuNang ngan Salleh berkuasa...Mat Maslan bijak pulak tu...Zahid ngan Nazri superdog...Azalina kupu-kupu...

Ahhhh!...peduli dengan mereka..tak kan nak pecat semua...lagi pun kalau semua dipecat keahlian...yang tinggal berapa kerat je...semuanya jenis yang menyalak...

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada akal pakai
Ada mulut...cakap guna akal.

Ada nyawa... sokong Deklarasi Rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 2:47 AM

takyah la bro macai najib bukan suka membaca, hanya dengan cakap Najib je. Kalau Najib kata diaorang BANGANG diaorang pun angguk... siap mengaku lagi bangang. kalau mengaku bangang ok lagi... ni siap bangga lagi dipanggil bangang :)

berapa punya Bangang :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 6:47 AM

Broe how to sign the declaration?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 7:08 AM

Kan? Macam dunia nak kiamat. Apalah ssh sgt nak nampak salah laku najob nie? Hmm

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
March 9, 2016 at 7:29 AM

Kami sekeluarga telahpun menandatangani Deklarasi Rakyat. Termasuk lah anak kami yang kini baru di darjah 6.

Anda semua bila lagi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 8:03 AM

Saya hormat Tun dan sokong tapi mintak maaf la selagi ade Dap so sorry ckp apa pun saya xsokong deklarasi ni. Sampai nk bergabung nk jatuhkan saudara islam sendiri sorry. Dh tau Dap tu mmg xsuka islam tpi berpura2 suka. Masih ingat lgi apa Dap buat sampai berani mpersoalkan islam dn hukum2 nya. Dgn puak lgbt nya. Politik dunia mcm ni saya nk jauhkan. Baik berdoa agar Allah semoga negara ini selamat dari ancaman musuh islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 8:13 AM

Boleh pergi blog A Kadir Jasin, he has the online petition there.

....................
Reply To This Comment ...................
March 9, 2016 at 8:25 AM

@Anonymousjadi saudara tidak sokong Tun hanya kerana faktor Dap ?

....................
Reply To This Comment ...................
March 9, 2016 at 8:55 AM

MCA MIC Gerakan tu takde beza pun..DAP lebih jujur dari 3tu..km rasis..dlm ilmu Tuhan,semua manusia mesti d hormati tp org melayu memilih melawan ilmu Tuhan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 9:03 AM

Anon 8.03 am,

Kita hanya menyokong Deklarasi Rakyat demi menyelamatkan Malaysia.

Kita BUKAN menyokong Dap.

Saya penduduk P.Pinang. Di sini, Dap yg memerintah. Saya pula ialah pengundi Pas. Saya tidak akan sekali-kali undi Dap atau sokong Dap.

TETAPI, jika berkaitan isu seperti alam sekitar atau hal2 yg bermanfaat kpd rakyat, saya akan sokong walaupun kelibat pemimpin Dap turut sama mengambil bahagian.

Malah, kalau Netanyahu ada sama terlibat sekalipun, selagi isunya adalah mengenai rakyat, alam sekitar atau apa2 yg bermanfaat kpd manusia umum, saya tetap sokong.

Saya tak suka anjing TETAPI jika ada anjing tersepit, saya tetap akan lepaskan.

HARAM bagi saya menyentuh babi TETAPI jika ada babi tersepit, saya tetap akan lepaskan.

Kenapa?

Sebab anjing dan babi juga makhluk Allah, dan tanggungjawab saya sebagai hamba Allah utk membantu.

Deklarasi Rakyat tiada kena mengena dengan perjuangan Dap.

Orang Umno gunakan isu perkauman utk alihkan perhatian daripada isu sebenar yakni MENYELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA NAJIB dan kuncu2nya.

Orang Umno gunakan sentiment agama untuk alihkan perhatian, bahawa berdosa mendedahkan aib saudara Muslim yg lain. Najib dah sah mengambil dan menggunakan wang yg bukan miliknya!

Kalau rakyat biasa, perbuatan itu dipanggil 'mencuri', kenapa kpd najib, kita tak boleh Nampak perkara yg sama?



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 9:13 AM

kalau kata sokong Najib itu penjilat, sokong mahatir dikata apa pula?
kalau najib itu banyak salah, mahatir tu perfect sanggat ke? kalau perfect tiadalah kes perwaja steel rugi bilion ringgit, tiadalah kes pengerusi Tenaga Nasional letak jawatan , ingat kes Tan sri Aini Arope ?

zaman mahatir segalanya tersekat, penggunaan IT disekat, wasap ..fb juga tiada, sebarang kecurangan dan salahguna mahatir jarang terdedah, kalau bising pasti kena ISA.
Zaman Najib segalanya terbebas, semestinya cabaran era najib 4 kali ganda sukar daripada zaman Madey.

deklarasi rakyat penuh dengan hiasan topeng , disebalik topeng ada wajah yang tersirat, manusia memang bijak mengarang ayat-ayat manis untuk menyedapkan karangan , begitulah dengan deklarasi rakyat ,
penggunaan ayat "deklarasi rakyat" juga tidak betul, adakah deklarasi ini dipersetujui oleh seluruh rakyat? atau hanya persetujuan atas kertas 50 orang ?
rakyat dipaksa menerima ayat deklarasi, deklarasi rakyat yang konon daripada rakyat jelata, benarkah?

siapa sebenarnya pengkhianat? gara2 benci dengan nyamuk maka seluruh rumah dibakar, itukah demokrasi? demokrasi ala stalin !

mahatir cakap tdk serupa bikin, dia ludah dan dia jilat semula, kita pura2 lupa apa mahatir pernah cakap dahulu!
selamat tinggal mahatir, rasa hormat dan percaya pada mahatir sudah hapus hilang seluruhnya dari kami sekeluarga !

undi kami tetap pada BN ! bukan pada pembangkang ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 9:17 AM

perkara 36 pun dah nampak dah tujuan mende ni semua nak guling kerajaan....... Juga Cuba baca perkara 35.... sub item a) & b)......... korang tak nampak ker maruah Melayu bakal tergadai?. Tun tak peduli pun apa yang bakal menanti Melayu di hadaan asalan Najib turun..... perkara mcm ni pun korang masih nak percaya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 9:35 AM

Kau pergi ke....http://goo.gl/forms/klwlJrXZ9m

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 10:03 AM

Pendapat yg betul...bukan jumud..
Jgn takut dgn byang2 Dap...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 10:09 AM

Fitnah yg tak putus2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 11:07 AM

Secara ikhlas saya betul betul dalam ketakutan dan kebimbangan yang mana kerja saya berhadapan dengan orang ramai.Dalam 10 orang yang saya berbicara tentang apa yang terjadi demi allah saya nyatakan kesemuanya nyatakan minta Najib turun dan mereka bukanya bencikan BN/UMNO cuma tidak boleh terima apa yang Najib telah lakukan.Pada Najib janganlah kamu seronok apa yang orang sekeliling kamu katakan tapi kamu kena kaji apa yang di katakan orang di bawah.

....................
Reply To This Comment ...................
March 9, 2016 at 11:18 AM

Pemakan-pemakan dedak dan anon pre-paid ini semua lah sebenarnya yang lebih buruk perangai dari DAP atau Najib sendiri.
Termasuklah menteri-menteri najib sekarang dok plan nak menyedut kekayaan hasil mahsul negara tanpa rasa malu sebab mereka tahu najib dah nak monopous.
Alhamdulilah.. sign dah deklarasi rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 11:36 AM

Encik 9:17am yg nak di suruh lepaskan jawatan tu najib. Pm Malaysia paham. Masa pak lah diasak lepaskan jawatan xde pulak org umno cakap nak gulingkan kerajaan. Jgnlah membodohkan diri sendiri. Najib turun naikkan pemimpin yg baru yg berintigriti menjaga denyut nadi rakyat memegang amanah.nak harap kan timbalan skarang ni rasanya lagi punah negara. Isunya turunkan najib beserta pengampunya diganti dgn org umno jugak. Mana yg jadi gulingkan kerajaan? Mana... Dah lah segala isu yg terpalit kat pm tak dijawap sendiri oleh tuan punya diri. Taunya larikan diri suruh orang lain jawap. Kenapa takut sgt nak jawap? Dgn ketua bahagian boleh jawap apasal dgn rakyat tak nak jelaskan? Kerana apa? Ketua bahagian boleh diberi bahagian ke? Jgn hilangkan akal yg waras hanya kerana menyokong najib.

....................
Reply To This Comment ...................
aku
March 9, 2016 at 11:55 AM

takut dengan DAP? adoi..tolong pergi buang telur anda segera..
Ada nampak syarat2 yg DAP bagi ke untuk duduk semeja dengan TDM? Kalau ada pemimpin kita/Melayu yg bijak, takkan ada DAP yg boleh perintah Malaysia ni..merak hanya boleh menempel je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 2:28 PM

Macam mana kita nak naikkan martabat agama? duk habaq kat satu dunia yg kita ni amalkan kesederhanaan. depa islam yg sebenaq pun x kenai lagi yg kita plak duk promote kita ni sederhana punya islam.

Mcm mana kita nak naikkan martabat bangsa? harta yg duk ada pun kita pi buat niaga serupa buluh kasap.

mcm mana kita nak naikkan martabat negara? kalau rakyatnya semua dah xda jiwa. semua sibuk utk kelangsungan hidup.

formula utk pulihkan semua ni adalah change of leadership. kerjasama dgn pihak kawan ka lawan ka bukan itu yg akan selesaikan masalah. tukar leader dulu. utk tukar leader perlukan kesepakatan semua.

la ni semua org dah duk tersangkut diatas laluan yag sempit. semua kena sepakat bukak jalan di tengah barulah kita boleh towing hat no satu yg paling depan tu. bawak ke belakang. dia punya bumper dah tutup jalan abis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 2:40 PM

36 minta najib turun. 35 pun minta najib turun. maruah melayu ada kat najib ka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 2:45 PM

Anon 8.03am, kami bersetuju ngan anda.. Sebab itu kita boleh terima dengan mudah kerjasama barisan Bertindak Rakyat yang Menandatangani Deklarasi Rakyat. Sebagai orang muslim sejati, kami tahu mana titik sempadan, pertahan agama, bangsa, manakala hubungan sesama manusia juga tidak ditinggalkan. Semua kita rakyat Malaysia merupakan manusia ciptaan Allah yang merupakan hamba kepada Allah, terdiri daripada berbagai bangsa dan agama. Yang hak tetap hak dan batil tetap batil dan wajib ditentang habisan. YAB Najib tolonglah berambus dari Putra Perdana.

....................
Reply To This Comment ...................
March 9, 2016 at 3:16 PM

Aku takut dgn DAP..putarbelitnya..selagi dia ubah perlembagaannya selagi itu dia partu cina chauvinist

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 3:39 PM

Sedarlah bahawa najib bukan rasul
Najib bukan nabi
najib hanya Self proclaimed warrior.
Turunnye najib bukan hancur Islam. Sedarlah bahawa najib yg sign tppa dgn yahudi amerika. najib jugak yg lantik org yahudi jd penasihat. najib jugak yg jual harta/tanah negara dekat china bapak segala org cina. Sudah2lah nak takut kan org dgn dap. Sekurangnye dap is malaysian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 6:27 PM

Yes atas faktor Dap. Mmg tak suka Dap. Jadi lebih baik fokus untk survival sendiri dan ini pendirian personal. Bagi saya selagi ada parti yg sgt vokal thadap islam walaupun tak perlu lagi kesah hal ni. Saya hanya mampu berdoa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2016 at 10:31 PM

Yang umno buat sekarang ni meninggikan maruah Melayu ke? Kawan baik aku ramai Cina tp aku masih Melayu yang tahu batas2 hukum dan prinsip. Melayu sangat ke korang kalau akal tak guna. Yang salah jadi betul? Siapa yang jatuhkan maruah Melayu? Dulu najib suruh jadi masyarakat glokal. Glokal kena ada akal. Tau yg mana salah yg mana betul. Bukan sokong membabi buta... akal letak kat mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2016 at 10:43 AM

627
1)adakah kamu bersetuju dgn tindakan najib????
2)yg pasti kamu takkan bersetuju dgn dap
3)adakah kamu bersetuju apabila najib menutup semua ruang penyelesaian yg ada didalam umno????
Pikir2kan.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2016 at 10:20 PM

Seperti saya katakan selagi ada Dap saya tidak akan myokong sebab mrk ni tidak pernah ikhlas dgn Islam/muslim.itu prisip saya say to no Dap now and forever.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2016 at 11:20 AM

Sitting togather with the opposition does mean that we agrew with their policies and ideology. This is a movement to save Malaysia from the new Firaun. The Bugis guy will not stop at anything that goes against his ideas and thinking. That's why there are so many pencacai to support him. let us all support the Declaration for the sake of our future generations.

Post a Comment