........... Jawapan diParlimen 1MDB Akan DiTeruskan - Kementerian Kewangan BLUR Macam Menterinya Jugakah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jawapan diParlimen 1MDB Akan DiTeruskan - Kementerian Kewangan BLUR Macam Menterinya Jugakah ?

Wednesday, March 16, 201610comments

Mkini

Jawapan bertulis Parlimen Kementerian Kewangan kepada soalan samada 1MDB akan ditutup agak menarik untuk dikomen.

Kata Kementerian Kewangan di bawah Najib selaku Menterinya, 1MDB akan tetap diteruskan. Projek TRX dan Bandar Malaysia masih diteruskan, banyak untung kat situ woooo .... 

"Antara pelaburan yang dijalankan 1MDB adalah Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia dan sektor tenaga," 

Tapi bila sebut bab sektor tenaga, kenapa agak melucukan jawapan dari team Najib ?

Menurut Kementerian Kewangan, sektor tenaga pula merupakan satu daripada sektor fokus 1MDB menerusi anak syarikatnya Edra Energy. 1MDB merupakan pengeluar tenaga bebas antarabangsa terkemuka di Asia Tenggara dengan portfolio loji janakuasa dan penyahgaraman di lima negara.

Huh ? ? Apakah Kementerian Kewangan sedang bernostalgia ? Atau Kementerian Kewangan pun ikut sama BLUR macam Menterinya juga ?

Bukan ke Edra sudah dijual sepenuhnya 100% kepada syarikat dari negara China ?

Perlu diingat jawapan di atas adalah satu jawapan bertulis Parlimen, bukannya jawapan spontan yang diberi ketika ditanya ahli Parlimen atau wartawan. Cukup masa diberi untuk dibuat kajian dan menyemak dengan 1MDB sendiri untuk mendapatkan jawapan paling tepat kepada wakil2 rakyat dalam Parlimen. 

Jawapan pula direkod dalam hansard dan boleh dianggap sebagai jawapan resmi buat rakyat kepada sebarang permasalahan yang dikemukakan.

Dan Kementerian Kewangan beri jawapan umpama seorang yang masih diulit mimpi indah kenangan silam sedangkan hakikatnya pasangannya sudah lama lari meninggalkannya untuk bersama teman baru nun jauh di negara China !

Apa Edra, Edra lagi ? Apakah 1MDB masih mengeluarkan tenaga bebas antarabangsa terkemuka di Asia Tenggara dengan portfolio loji janakuasa dan penyahgaraman di lima negara ? ?

Betul lah macam cerita Pak Kaduk !

Ni macam jawapan Kementerian Kewangan tahun lepas mengenai wang tunai di BSI Singapura yang mana akhirnya diakui sebagai satu jawapan bertulis PALSU.

Come on lah, bertanggungjawablah sedikit kalau menjawab kepada rakyat ! Apakah pegawai2 di Kementerian Kewangan ini hidup dalam tempurung, tak tahu apa2 perkembangan pun di luar tempurung mereka ?

Tak baca Utusan ke ? Tak tengok TV3 ke ?

Sebagai rakyat, saya ingin cadangkan .... kalaupun 1MDB ingin diteruskan, pastikan seluruh team pengurusannya serta ahli2 lembaga pengarahnya ditukarkan dengan orang baru ! Dan pastikan ada check and balance ... contohnya jangan jadikan semua peringkat kelulusan diletakkan di bawah orang yang sama contohnya Pengerusi Lembaga Penasihat dan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri , ketiga2nya orang yang SAMA ! 

Apa barang ? Ko yang buat keputusan, ko juga yang luluskan dan akhirnya ko juga yang sain ? Mana check and balancenya ?

Paling penting, letakkan 1MDB di bawah pengawasan yang lebih telus dan terbuka .... setiap keputusan dibawa berbincang dalam kabinet dan jangan lagi berahsia bila membabitkan duit atau komitmen kewangan oleh rakyat !

1MDB cuma sebuah syarikat .... orang yang buat keputusan bagi pihak 1MDB yang harus dipertanggungjawabkan atas apa2 keputusan yang dibuat.

Kalau tubuhkan 2MDB atau 3MDB atau 4MDB tapi orang2 yang sama dikekalkan, tidak akan ada bezanya dengan 1MDB. Entah apa lagi harta negara akan digadaikan kepada negara luar pula nanti ...

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2016 at 12:15 PM

Aku ni org seberang, palimen M'sia ni mcm palimen kangaroo, bole bohong tapi tak dipertanggung jawabkan, tak bersalah langsung? kelakarnya!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2016 at 12:46 PM

Biasa lah...MALAYSIA BOLEH...hanya di malaysia je mcm nie..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2016 at 1:02 PM

Sarawak Report ada buat expose pasal FGV Din.. tak cukup kapal selam, 1MDB, SRC,LTH.. FGV pulak. Nak berapa kaya daa? Tamak dan haloba betul lanun2 Bugis dan Minang ni. Kebas duit banyak pun bukan boleh semakin muda, handsome dan cantik pun. Lagi hilang seri adalah kena sumpah berjuta2 rakyat Msia.

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2016 at 1:02 PM

Salam Bro

Jawapan dari Menteri Kewangan yang juga KETUA AGONG kepada 1MDB, UMNO, Kerajaan Malaysia, SRC, PENERIMA DERMA terbesar di dunia, Sahabat karib Arab Saudi dan JLow, Teman sepermainan Presiden USA....Heh!...macam sampah je...

1. IMDB tak boleh tidak mesti di teruskan dan di dokong oleh kerajaan sebab memang TAK BOLEH TUTUP selagi hutang masih keliling pinggang. Projek yang menguntungkan?...jangan harap...kalau di jual semua harta "1MDB" (harta rakyat sebenarnya) tak akan dapat melangsai hutang 1MDB. Mana Penyata Kewangan 2014?...sampai bulan Mach 2016 pun belum siap...apatah lagi tahun kewangan 2015?...1MDB dah jadi BANGKAI yang tak dapat nak dikuburkan dan terpaksa di pikul oleh rakyat.

2. Terkini, keluar kenyataan akhbar yang Kerajaan Arab Saudi kesempitan wang dan ingin meminjam dari bank untuk menampung defisit belanjawan yang melebihi USD 100 billion!!!!!...walaupun Najib dah pulangkan RM 2 billion masih tak cukup. Heran juga ya dalam kesempitan Arab Saudi dapat MENDERMA kepada Najib sebanyak USD 680 mil....patut le Najib bagi balik DERMA tu...buruk siku benar si arab ni...

3. Jangan kita sebut lagi tentang 1MDB, SRC dan Derma RM2.6bil tu....Tak akan ada apa-apa perubahan selagi Najib tak di UBAH dan dihadapkan kemuka pengadilan. Semua jawapan macam cakap graduan lepasan Universiti Tanjung Rambutan dan Universiti Tampoi je...dia orang tu munkin sebenarnya lebih bijak!....

4. Rakyat Malaysia kini musnah harapan...tiada pembelaan dalam kegawatan dan kesempitan ekonomi yang melanda. Apa yang rakyat boleh lakukan...luahan demi luahan tiada sambutan...Deklarasi Rakyat pun munkin tak menghasilkan seperti yang diharapkan...cuma sekadar luahan yang tak akan diambil peduli...Rakyat memang BANGSAT dan HARAMJADAH!!!!!!!!!....

5. Malang sungguh rakyat Malaysia...pemimpin yang dipilh diPRU yang lepas sebenarnya manusia yang mungkar...sanggup membangsat dan mengharamjadahkan rakyat yang mengundi mereka ketampok pimpinan...menjadi perosak Bangsa dan Tanahair demi tembolok sendiri.

6. Apa lagi yang rakyat boleh lakukan?????.....kalau cakap di Parlimen pun BOHONG...boleh putar belit...cakap mana lagi boleh pakai??????....Taik Palat!!!!!!!......

ADA MATA PANDANG
ADA TELINGA DENGAR
ADA AKAL PAKAI
ADA MULUT...cakap pakai AKAL



....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2016 at 1:46 PM

Kabinet haramjadah namanya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2016 at 1:52 PM

Lebih teruk dari pak kaduk teruk yang berganda2 pak kaduk hanya gadai kampung pak jib gadai negara dengan isinya sekali termasuklah hamba rakyatnya patut la cina Malaysia berani minta macam2 ropanya Malaysia dah jadi barang gadaian cina sekarang baru saya faham kenapa ada nama ah jib gor maka saya pada hari ini mengistiharkan telah standby nama cina pi see lo untuk bekalan kalaulah apa terjadi kat Malaysia yang terbaru saya dengar dari sidang parlimen najib cakap saya tak kisah apa yang orang nak kata pasal 1mdb saya dah serahkan pada PAC patut ka seorang pm cakap macam tu fikir2 kanlah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2016 at 3:31 PM

MT,KB,TKB,NKB Semua sokong najib ni bermakna kedudukan najib dh kukuh, tapi hairan knp la takut sngt nk buat PAU,juak2 najib dlm MT,KB,TKB,NKB patut beri semangat pd najib utk buat PAU tp juak2 ni pn tahu mereka tidak mewakili ahli akar umbi umno

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2016 at 4:15 PM

Apa hukaman tipu di parlimen? Snp haritue Conditional or unconditional . Xjd jual edara ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2016 at 9:14 PM

Cash on delivery ler duit blum masyuk lg kot

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2016 at 10:13 PM

haiii....

kalaulah ketua pembangkang Malaysia tu cerdik orangnya.. ni buat saya mendiang Karpal. Pakcik tu berani soal guna ayat direct.

Apa yg pembangkang buat bila dah diberi jawapan palsu gitu?

Redho jugak ke?

Post a Comment