........... Isu 1MDB - Arul Dan Nazir BerKOMPLOT Nak Jatuhkan Kerajaan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu 1MDB - Arul Dan Nazir BerKOMPLOT Nak Jatuhkan Kerajaan !

Monday, March 28, 201613comments

Mkini

Biar betul apa yang saya baca ni ..... Arul jadikan isu 1MDB sebagai contoh yang boleh diambil iktibar supaya jangan diulangi ! ?

Kita hanya jadikan satu2 perkara itu sebagai pengajaran jika ada kesilapan .... haaa belajar dan jangan ulangi kesilapan yang sama .... yang biasa kita dengarlah.

1MDB ada kesilapan ? ?  Bukan ke 1MDB itu satu konsep yang Too Idealistic  / Terlalu Idealistik ( sempurna ) sepertimana dakwaan Najib di New York ?

Tapi Arul Kanda ( selain dari Jho Low ), CEO pujaan Najib dan cai2 nya pula berkata -

"Antara pengajaran yang boleh dipelajari daripada pengalaman 1MDB ialah penggunaan hutang yang berlebihan harus dikurangkan."

Kenapa tidak ada cai2 Najib yang komen kritikan dari Arul ni ? Patutlah Najib labelkan sebagai Bangang !

Meh kita tolong back up kan ......


Alo Arul .... Tidak timbul soal hutang banyak kerana dana itu digunakan untuk pembelian aset2 yang strategik. Setiap pelaburan menggunakan duit pinjaman itu sudah dikenalpasti oleh panel2 pelaburan yang professional bagi memastikan projek2 itu berdaya saing dan mampu menjana pulangan maksimum bukan saja untuk bayar kembali hutang dan interest tapi juga membawa keuntungan besar kepada 1MDB dan rakyat Malaysia.

Dan yang paling penting sekali, jumlah aset yang dimiliki 1MDB melebihi jumlah laibiliti ! So what is your problem ?

 

"Pengambilan beberapa projek yang begitu besar dan kompleks di bawah satu syarikat sahaja juga mungkin perlu dilihat kembali,"

Arul .... Arul .... Arul ........ 1MDB adalah syarikat pelaburan strategik negara yang megendalikan sovereign wealth fund negara. Syarikat yang BESAR, hutang pun BESAR maka projek pun kenalah dilihat BESAR ! Barulah BESAR !

1MDB adalah syarikat induk dan setiap projek BESAR dikendalikan oleh anak syarikat yang juga BESAR. Jadi tidak ada masalah seberapa banyak pun projek BESAR yang dikendalikan oleh 1MDB. Lagipun, 1MDB membawa nama 1Malaysia, nama Najib PM negara kita ..... jadi apa2pun kenalah BESAR.


Beliau berkata syarikat milik kerajaan seperti 1MDB harus berkomunikasi secara berterusan, telus dan terbuka serta perlu menjawab isu yang berkaitan dari awal lagi, iaitu sejak tahun 2009, bukannya mulai 2015.

Dey Arul .... apakah anda lama bertapa di bawah tempurung ?  What you talking man ? Puad Zarkashi dilaporkan Sinar berkata -

“Perdana Menteri sudah 48 kali menjawab isu 1MDB tapi orang ramai masih mainkan isu ini." 

48 kali ! Forty eight times you know ! Dan itu yang pihak JASA dah kira setakat bulan Ogos tahun lepas. Kalau dikemaskini, mungkin dah mencecah 70-80 kali !

Apakah Arul Kanda sudah mula buat Uturn ? Kita tidak boleh ada mana2 pegawai yang berkhidmat di bawah kerajaan @ GLC yang banyak komplen tentang apajua tindakan kerajaan.

Maka dengan ini, diharap pihak kerajaan dapat mengkaji semula kedudukan Arul sebagai CEO 1MDB. Kita tidak mahu ada sesiapapun yang makan gaji dengan kerajaan tapi tidak menyokong penuh Najib !

UNDURKAN ARUL KANDA ! Stupid .....

                         ***************************

Rupanya bukan Arul Kanda seorang yang komplen, adik kepada Najib iaitu Nazir Razak Pengerusi CIMB turut sama meluahkan pandangan yang sama - Belajar dari kesilapan dan jangan ulangi !

Mkini
"Masa depan ialah tentang memastikan bahawa 1MDB - tidak berlaku lagi. Dalam usaha untuk memastikan 1MDB - tidak berlaku lagi, kita perlu melihat masa lalu dan memahami apa yang berlaku supaya kita belajar daripadanya. "

Apa ni ? Adakah Arul dan Nazir BERKOMPLOT atau BERKONSPIRASI untuk menjatuhkan kerajaan ? Bagaimana mungkin kedua mereka beri komen bersifat negatif  kepada 1MDB pada waktu yang sama .... kecuali mereka sudah berpakat.

Timingnya pula .... kenapa komen mereka dikeluarkan dalam kita menanti laporan dari PAC tidak berapa lama lagi ? Kita sudah jangkakan Hasan dari PAC akan berikan lampu hijau kepada 1MDB makanya mereka berdua cuba sabotaj.


"Supaya mereka yang bertanggungjawab untuk itu, dipertanggungjawabkan untuk itu dan tiada siapa melakukannya lagi,"


Satu dunia tahu 1MDB adalah Najib dan Najib adalah kerajaan Malaysia ! 

Diharap pihak kerajaan akan turut ambil tindakan terhadap Nazir. Kita tidak boleh berkompromi dengan sebarang fitnah terhadap 1MDB kerana jika tidak ditangani segera, kerajaan bakal tumbang.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2016 at 4:13 PM

Bangkai gajah mana buleh tutup.pusing lah kat mana pun tetap nampak juga bangkai gajah tu.... Kalau seekor gajah mungkin xbusuk tp kalau dan sekumpulan bangkai gajah xdapek den nolong ehhhh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2016 at 5:14 PM

Wah! Pak Din anda cukup sarcastic! Tapi Ahjibhor itu berkulit gajah ... perlukan pedang keramat untuk menikam binate

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2016 at 6:45 PM

Mungkin dedak yang diterima oleh Arul dah berkurangan ....
Dedak di mana kau dedak
Dedak man
Dedak warior
Senua ada
Asalkan ada dedak ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2016 at 7:27 PM

Laaa....bro din turtle dah u-turn, ke dah turned turtle? Awat hang pi sokong kerajaan lak ni? Perjuangan kita dah berjaya menarik arul kanda kedalam barisan kita (nazir memang dah member kita dari mula lagi) kenapa pulak hang nak sabo? Dengan adanya kekanda arul bersama kita dan juga sebagai CEO 1MDB, maka kita dah ada orang dalam.....senang nak buat keje untuk takeover 1MDB. Ooops....kita sebenarnya nak buat apa nih: takeover 1MDB ke nak overtake najib? Dah lupa lak isshhh....konpius!

....................
Reply To This Comment ...................
March 28, 2016 at 8:39 PM

Saya sokong....masanya dah tiba...
Arul dan Nazir berkomplot nak jatuhkan KERAJAAN MALAYSIA...Badai si Nazir kembali melanda sementara Arul munkin baru bertukar musim...

Hooraay!....

Bro

Arul munkin dah bengkak kepala otak....atau dia dapat hidayah dari Allah SWT....Arul dijemput untuk menyandang CEO 1MDB setelah 1MDB hancur lebur....Penulis skrip dah tak larat nak pusing dan pusing dan pusing....seontaro dunia dah tahu....mana nak drama tu drama ni lagi....

Baguslah Arul...insaf dan jangan ko jadi kuda kepang Najib...
Jangan berpantun berkias lagi....dedahkan apa yang sebenarnya berlaku...Let the floodgates open....be the MAN!...that is if you still have your soul...



....................
Reply To This Comment ...................
Pemerhati babi
March 28, 2016 at 8:48 PM

Kalau sinazir tu saya bleh jgk percaya.
Tapi..
Kalau si arul batang kayu tu, saya rasa tak patut kita percaya.
Berpada padalah, puak jibby ni bkn boleh percaya. Dulu B, harini A esok B...lusa dah jadi I..maka lengkaplah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2016 at 8:54 PM

Dalilnya Arul nasi kandar mahu cari makan tempat berlainan....nasi jibby tengah tukar jadi bubur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 12:13 AM

Arul dah pening sudah habis ilmu silap mata dia tapi tak jalan jugak sekarang imej dia rosak teruk gara2 cuba pertahankan 1mdb yg pada awalnya dia ingat one malaysian development berhad tapi dia baru sedar yg betulnya 1ndb one najib development berhad apa pun imej arul sudah rosak teruk hingga ke peringkat antarabangsa selepas ni siapa lagi sanggup guna khidmat orang yang imejnya sudah tercemar dok guna skepeng

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 1:04 AM

Mungkin Arul dah tak larat nak spin isu 1MDB nih.

Mungkin Arul, disebalik tabir, telah sentiasa menasihatkan PMO supaya come clean dan be honest dengan isu pengurusan 1MDB tetapi agaknya dia pulak yg disumpah seranah oleh 'pembuli-pembuli' yg Mukhriz pernah sebut tu.

Mungkin bagi Arul, enough is enough. Lagipun, saya yakin dia dilantik ke jawatan CEO 1MDB semata-mata utk tolong langsaikan seberapa banyak hutang 1MDB berdasarkan track record beliau di syarikat2 terdahulu ( sama lah macam CEO 'MAS' sekarang - si mat saleh tu).

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
March 29, 2016 at 7:01 AM

Assalammualaikum wmt Bro Din!
Dah lama saya tak dapat akses blog tuan. Tak tahu tetiba lepas subuh ni blog tuan dapat saya kunjungi. Entah kenapa saya tak tahu. Mungkin saya tak berapa pandai dgn sepak-terajang 'komputer' atau 'media sosial' ini.

Apapun, terima kasih kerana siarkan apa yg Arul dan Nizar ungkapkan mengenai 1mdb mutakhir ini. Mungkin Arul dah bosan dgn janji penasihat Najib yg ternyata baginya adalah bohong dan bersifat 'kong-kalikong' semata-mata. Apa yg mereka janji untuk suruh dia buat semuanya tak menjadi dan semakin terserlah 'pembohongannya'. Semakin hari semakin tak mampu ditepis. Bukan saja pendedahan dari dalam negeri tapi dari luar negara yg tidak mampu diikat oleh kekangan penasihat Najib. AG dan PDRM pun tak mampu nak tutup. Semakin hari semakin terlambak.

Si Arul tu 'orang cerdik'. Sementara Najib/Rosmah dan para penasihatnya sekadar 'orang pandai'. Biasanya, si pandai adalah makanan si cerdik.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
March 29, 2016 at 7:46 AM

@Anonymous
saudara cuba cari maksud reverse psychology

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
March 29, 2016 at 7:48 AM

Assalamualaikum Bro DT,

Makan dalam punya PERLI...hahahaha
Itu jawapan, jawapan dari "mereka" juga yg bro guna..ayoyo!...tak dapek den nak nolong eh..hahaha
Mohon ada yg terasa...terasa kaw-kaw eh...hahahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 9:36 AM

kalau berhutang besar,besarlah beban..belum tentu untung..belajarlah drp kejatuhan bbp syarikat AS bbp dekad yg lepas..besar mana pun lingkup juga...cuba tanya Soros..

Post a Comment