........... Ibrahim Ali Dan Mukhriz - Permatang Pauh Panas Semalam ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ibrahim Ali Dan Mukhriz - Permatang Pauh Panas Semalam !

Sunday, March 27, 20168comments


Semalam Perkasa Pulau Pinang menganjurkan satu majlis ceramah di Permatang Pauh dengan tajuk Politik Selepas PRU14 - DiManakah Melayu, dihadiri Presidennya Ibrahim Ali dan tetamu khasnya Mukhriz.

Mengikut kiraan pihak 'berkuasa', hadirin sekitar 700 orang, ramai tuh ! Disebalik usaha2 sabotaj last minit bertujuan menghalang ahli2 Umno sekitar kawasan dari hadir, ternyata perasaan ingin tahu cerita sebenar dari Mukhriz di kalangan rakyat, amat tinggi dan mereka hadir untuk bersama Perkasa semalam.

Secara directnya, disebabkan perasaan marah dan tidak puashati rakyat pada Najib dan Umno di bawah Najib. Kalau semuanya OK, saya tidak nampak keperluan mereka untuk menyusahkan diri hadir semalam. 

Saya kongsikan beberapa sedutan video dari ketiga2 penceramah semalam. Ketiga2nya begitu bersemangat berucap dan penonton memberikan respon positif sehingga tamat majlis. TAHNIAH dan TERIMAKASH !





KLiK untuk ke Youtube.

YDP Perkasa Pulau Pinang Tuan Haji Marzuki membuka pentas dengan ucapan yang pendek tapi padat. Beliau telah memulakan rentak dengan mempamerkan semangat perjuangan bangsanya yang kental dan menggesa orang Melayu supaya Berani Bersuara Demi Kebenaran .... demi mempertahankan apa yang kita ada.

Ternyata Marzuki yang pernah menjadi Exco Pemuda Pusat ini seorang pemimpin yang punya potensi besar .... Beliau juga seorang Ketua Cawangan Umno , so .... GKCM, cepat2lah melamar !




KLiK untuk ke Youtube

Tok Him berucap hampir sejam dengan penuh semangat sekali. Bermula dengan huraian panjang pengalamannya dan sejarah Perkasa dalam memperjuangkan agama dan bangsa yang isu2 yang tidak dihiraukan oleh Umno, Tok Him mempertahankan maruah dan kewibawaan Perkasa  dan dirinya dalam berdepan dengan serangan dan kritikan hebat yang diterima ekoran insiden beliau bersalam dengan Lim Kit Siang semasa Deklarasi Rakyat.

Tok Him menyatakan Perkasa tidak menandatangani Deklarasi itu kerana apa yang terkandung merupakan perjuangan Perkasa selama ini. Mungkin juga playsafe memandangkan ramai ahli Umno dalam Perkasa .... dan mereka bebas untuk menyokong Tun Mahathir atau Najib.

Itu baginya adalah pendirian politik masing2, cuma diharap mereka yang berbalah itu boleh terus bersatu dalam Perkasa.

Tok Him melepaskan geramnya kepada beberapa ahli Perkasa yang telah keluar dari Perkasa baru2 ini hanya kerana insiden bersalam dengan Kit Siang. Cukup marah Tok Him ! 

KENA TONTON !




KLiK untuk ke Youtube


Ini sesuatu yang baru dari Mukhriz ! Satu lontaran persoalan dari Mukhriz - sekiranya pemimpin2 yang ada ketika ini semuanya hampeh, tiada lagi integriti ... baik dari Umno mahupun dari parti2 Melayu lain - Apakah perlu sebuah parti politik yang BARU ditubuhkan ?

Siapa kata orang Melayu wajib menyokong Umno dan Pas saja ?






KLiK untuk ke Youtube
  
Bermula dengan menjelaskan apa yang beliau percaya dan pegang melalui perjuangannya, dan menyeru hadirin supaya Berani Kerana Benar, diakhiri dengan satu ledakan semangat yang pertamakali saya lihat dari pemimpin yang sebelum ini begitu tenang setiap kali berucap - Mukhriz hentak meja ! Membujur lalu Melintang patah tetap kita perjuangkan !

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2016 at 9:56 AM

Aduh.....abang Din.Saya dah penat nak layan politik daa......panjang sangat citernya? Bila nak abih movie nie?..............rakyat terasa bosan dan mahu Touch N Go dengan segera.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2016 at 11:07 AM

Di antara Politic dan Salah Guna Kuasa serta Rasuah juga Menipu disamping meneruskan Kuasa dengan apa cara walau dilihat SALAH di mata rakyat....itu, anon 9:56 am, adalah perkara yang sangat berbeda.

Tidak bermakna berkuasa memegang tampuk kuasa melalui Politic di bolehkan segala onar dan salah laku dibiar kan saja.....saudara penat dan letih, berihat lah...tidak tidak nya beri semangat kepada yang masih berjuang untuk memperbetul kan keadaan.

Berpegang kepada kekata sesuatu yang Baik, Indah, Berharga dan Luar Biasa, tidak ada jalan mudah eg. Emas dan Permata dan Merdeka memerlukan pengorbanan yang cukup besar dan rumit sebelum boleh ia nya dikecapi.

Terima Kasih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2016 at 11:38 AM

Mukhriz yg cool tu pun dah hilang sabar dengan Melayu UMNO yg lembab bertindak walaupun Presiden dan orang2nya dah sah korup. Skandal 1MDB ni menunjukkan yg majoriti Melayu UMNO korup jugak kot. Itu sebab dia orang relax je dgn Najib.

Tengok je lah perangai Bank Rakyat yg "islamic" tu. Relax je dia sapu RM15j duit dividen ahli untuk yayasan BR. Ahli yg empunya duit tak tahu langsung. Senang2 dia pau 3.8% dari duit ahli (0.5%/13%)..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2016 at 12:26 PM

Salaam.....
Nak tau ada lagi tak power BN ni,mintak seorang dari wakil rakyat/ahli parlimen letak jawatan dan buat pilihanraya kecil....tapi kalau ramai yg letak jawatan lagi bagus!
Umum dah tahu bahawa kabinet yg ada pada hari ini adalah yg paling lemah dari segi idea dan keberanian. Sikap lebih sayang jawatan walau dilihat sungguh bodoh bagi mereka tak pa...
Sebagai rakyat pula masih ada yg tidak mahu menerima kebenaran walau berjela bukti salah laku di fakta kan,masih jugak nak sokong. MENGAPA? Apakah maruah rakyat semurah br1m,semurah rumah kos rendah atau sehina meminta2 dari mereka yg kononnya dipanggil pemimpin?
Cukup panjang senarai mereka yg tak layak utk memimpin,yg mereka tahu ampu dan bodek lah pm nescaya hidup senang. RAKYAT?Kuasa di tangan KITA.
Hanya dgn fakta yg di pusing2kan masihkah kita mahu percaya dan menyokong penjilat dan kabinet kayu ini?
Apakah Malaysia akan mati jika pm pujaan hati ini di buang? Apakah akan terhenti ekonomi jika mereka2 yg tidak berkaliber ini di bersarakan? Paling memalukan mana suara yg kononnya ULAMAK? Anda sepatutnya lebih arif,namun tetap gagal kerana anda tidak berilmu....hanya perlu jubah dan serban utk bergelar ulamak.....pergh....mudahnya!
Soal letih atau penat seperti kata anon 9.56 tu amat jengkel sekali malah tak langsung bernilai. PERJUANGAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA TAK PERNAH KENAL ERTI LELAH!
Bersemangat lah.....kerana perjuangan hari ini adalah utk generasi di masa depan. Dan GENERASI ITU ADALAH CUCU2 KITA!

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2016 at 4:25 PM

Tadi saya kata letih,itu sebenarnya pendapat gambaran keseluruhan mental rakyat Malaysia.Sesiapa ada cadangan yang lebih baik.....di persila kan.Tapi,itu lah hakikat sebenar erti sifat bangsa Melayu.........tanyalah abang Din,kakak,makcik,pakcik,abang dan adik,malah sesiapa saja.......kami rakyat marhaen memang lemah,tiada pilihan dan sukar nya teguh Semangat.Hanya pemimpin sejati yang ikhlas dapat MENGERAK KAN KAMI dan BANGUNKAN KAMI dari tidur seperti yang telah di lakukan oleh Dato Onn Jaafar ketika menentang Malayan Union.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2016 at 4:34 PM

Din rakyat yang tak setuju dgn cara kepimpinan sekarang ni akan memangkah pembangkang dan dipercayai jumlah besar org cina pasti tetap dgn DAP atau PKR.
Malah kali ini bilangan mereka akan bertambah lagi bila org cina marah dgn kes Guan Eng.

Pada mereka kenapa tidak ada keadilan di situ, kenapa isu Guan Eng diketengahkan sedangkan isu 2.6b dan 42 juta tu dilewatkan dan disenyapkan dan najib tak pulak digesa mengambil cuti sebagaimana ditejan atas Guan Eng.

Org cina ramai menyoal kenapa isu Guan Eng yg jumlahnya lebih kurang dari 2.6b dan 42 juta tu ditekan secara agresif tapi tidak pada isu skandal 1MDB dan skandal duit berbillion tu?
Org cina nampak di sini spt ada satu "permainan".

Sebenarnya kita sepatutnya beri tumpuan padu utk selesaikan masalah 1MDB, isu wang 2.6b dan 42 juta tu dari heboh dgn silap org.
Silap kita sendiri pun masih berbelit2, bersimpul2.
Rakyat dan dunia sedang memandang kita kenapa isu2 ini tak diselesaikan dgn bukti2 sahih?
Kenapa tidak ada inisiatif utk selesaikannya segera??

Perjuangan umno sekarang nampak lebih menjurus kpd memertabatkan dan mempertahankan pemimpin dari berjuang demi agama, maruah bangsa dan negara.
Itulah sebabnya keyakinan rakyat dan ahli2 umno sendiri makin hari makin luntur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2016 at 9:48 PM

Ada citer baru dari mat said

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2016 at 9:21 AM

Muhyiddin patut berani menggerakkan usaha merampas kuasa dalam UMNO.Kenapa takut sekiranya kita yakin yang kita di pihak yang benar?Kita adalah teramat DAYUS bila hanya melihat dan membiarkan sahaja penjahat menguasai UMNO.Najib dan kabinetnya itu bukanlah UMNO,ini sangat jelas.Bagi saya ini bukan permainan politik lagi,...ini adalah pengkhianatan tahap paling hina oleh orang yang diberi amanah.Raja-Raja Melayu sepatutnya saat dan ketika inilah bertindak demi kedaulatan negara.Malangnya majoriti mereka masih bersikap seperti zaman dulu ketika menggadaikan tanah kepada Inggeris,sehinggalah munculnya Dato' Onn Jaafar.Raja Nazrin Shah jelas murka dengan Najibur,yang lainnya duduk selesa disinggahsana.Kamu semua menjadi raja dan pemimpin kerana adanya rakyat.Jangan lupa itu.Tanpa kedudukan itu,kamu cuma manusia biasa.

Post a Comment