........... HOT ! Ucapan Muhyiddin di Kota Tinggi ( Full Video ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HOT ! Ucapan Muhyiddin di Kota Tinggi ( Full Video )

Tuesday, March 22, 201614comments


Malam tadi di Kota Tinggi, rakyat Johor berpeluang menyaksikan satu lagi ucapan panas dan penuh bersemangat dari Muhyiddin. Mungkin berbekalkan sokongan padu yang diterima dari mereka yang ramai hadir dan turut di sokong oleh Mukhriz yang berucap lebih awal, Muhyiddin yang awalnya bermula perlahan menjadi semakin bersemangat.

PANAZZZZ .... sebab ada beberapa pendedahan baru yang pasti hangat dibincangkan esok ! Saksikan video penuh rakaman nya yang dibahagi kepada tiga bahagian.

Video Part 1





KLiK untuk ke Youtube

Min 11:20 Najib ni slow and steady..... kadang2 terlalu slow  :)

Muhyiddin beri contoh waktu Paklah meletak jawatan, apakah Umno dan kerajaan tumbang ?

Min 13:30 Muhyiddin bercakap tentang statistik dan trend penolakan rakyat terhadap Umno BN

Min 18:40  Muhyiddin mula bercakap tentang 1MDB

TIDAK ADA SIAPA TAHU tentang 1MDB sehinggalah timbul masalah nak bayar hutang

Kelas cara Muhyiddin terangkan isu 1MDB secara mudah faham.

Video Part 2




KLiK untuk ke Youtube

Min 1:10 hutang 1MDB mencecah RM50 bilion bermakna kalau dibandingkan dengan belanjawan tahunan negeri Johor sebanyak RM1 bilion, liabiliti 1MDB bersamaan 50 tahun belanjawan negeri Johor !

2:45  1MDB bukan Sovereign Wealth Fund tapi Sovereign DEBT Fund.

Min 3:20 Muhyiddin ditemui bekas CEO 1MDB  yang berkata - Surat perlantikan saya yang ditandatangani oleh PM diserahkan kepada saya oleh JHO LOW ! Siapa Jho Low itu ? Kalau ikut dalam rekod, dia tak ada di situ. Tapi cukup berpengaruh ! 

Beliau ( bekas CEO 1MDB ) diminta untuk cari 5 bilion melalui pinjaman yang disokong oleh kerajaan tapi beliau tidak boleh apa2 dengan duit itu. Eh, macamana you tak boleh buat apa2, you CEO ? Bukan saya yang mengaturkan, ini Jho Low yang susun ! buat itu buat ini ...

Min 5:18  Jadi bila saya lihat struktur 1MDB ni agak luar biasa, saya bertanya, apakah ia sebuah syarikat yang nak mencari keuntungan ataupun satu skim untuk menipu ?

Seorang bekas Menteri Kewangan berkata, it is a scheme to scam ! Skema untuk menipu.

Min 6:30 Najib adalah Pengerusi Eksekutif 1MDB. Najib juga PM. Jadi Najiblah orangnya yang memutuskan keputusan2 penting 1MDB

Jadi bagi saya, tanggungan berpuluh bilion yang ditanggung oleh 1MDB itu tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kegagalan Perdana Menteri menguruskan, yang menyebabkan rakyat menanggung beban sebanyak 50 bilion pada hari ini !

Min 11:50 Semasa Muhyiddin bercuti, ada kertas yang dibawa ke kabinet yang dipanggil Penstrukturan Semula 1MDB. Yang diputuskan dalam mesyuarat itu berkata kalau sesiapa yang tidak  menyokong cadangan itu, sila serah surat dan boleh letak jawatan !

Min 14:28 Najib ketika nak buang Muhyiddin pun tak reti nak bercakap. Hanya angguk geleng jer kepala... Muhyiddin dipecat kerana tidak menyokong Najib. Takkan saya nak sokong benda perbuatan yang mungkar ?

Min 21:30 Saya diberikan tawaran dua perkara .... yang pertama Gabenor Pulau Pinang ( Yang DiPertua ) .... kedua, Chairman of PNB.

Min 23:00 Tidak ... saya tidak boleh mengorbankan prinsip perjuangan saya hanya kerana ada tawaran jawatan walau setinggi mana sekalipun ..

Video Part 3



 
KLiK untuk ke Youtube

Muhyiddin bercakap mengenai Deklarasi Rakyat, Bank Negara, AG, SRC dan duit yang masuk akaun peribadi Najib.


Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 2:42 AM

nampak macam tak ramai sangat yang hadir?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 4:05 AM

Panazzzzzzzz.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 5:00 AM

Sesiapa yg sign deklarasi rakyat nanti sama macam lim kit siang... hahahahaaa.terus lawan tsmy dsmm jangan undur maju terus. Buat jelajah seluruh sambil edar borang deklarasi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 5:22 AM

kali ni ucapan Muhyiddin ada "roh" mmg pasti kena pecat lepas ni. Terima kasih Tan Seri sebab terus bersuara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 7:18 AM

Din aku tanya, negara kita ni ada SISTEM KEHAKIMAN ke tak? Macam ni besar punya rasuah, penipuan pun kita nak diam ke??

Tak ada ke yg berani nak bawak perkara besar macam ni ke mahkamah.
Betul ke, salah ke kan boleh dibuktikan dlm mahkamah.

Sampai bila nak DIAM?? Kita nak duduk BISU tunggu sampai Malaysia ni melingkup MUFLIS ke??

Kalau dah melingkup baru nak bertindak memang tak guna dah. Nasi dah jadi bubur. Dah tak ada apa yg tinggal. Yg ada beban hutang yg betimbun dibebankan atas kita. Sedangkan yg kaut duit rasuah tu bole hidup senang lenang 14 keturunan pun makan tak habis. Yg susahnya kita.

Kalau negara dah muflis masa tu pelaburan asing tak berani nak masuk, syarikat2, kilang2 banyak yg tutup, pengangguran bertambah, kuasa membeli kurang sebab ramai dibuang kerja, ekonomi jatuh. Bisnes pun banyak yg bungkus.

Aku tak nak jadi Brazil. Skrg tahap rasuah kita kurang sikit dari Brazil. Kata majalah Time, Brazil no 1 kita bawah sikit no. 2. Tunggu sikit hari lagi kita naik tangga no. 1 pulak.

MALULAH sikit dulu negara luar segan dgn kita. Dia org pandang kita tinggi. Tiba2 sekarang dia org semua kutuk kita. Akhbar2 barat hari2 duk kutuk kita. Dia org pandang rendah dgn RASUAH tahap yg tertinggi kita.

Apa nak jadi dgn Malaysia ni?? Semua sanggup bekerjasama dgn RASUAH, semua sanggup BERBOHONG dan belakon PURA2 kononnya amanah dan baik. Tak sedar macam mana belakon pun jahatnya tetap org nampak.

Terlaknatlah org yg hidup atas duit ringgit HARAM dan mkn hasil RASUAH.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 8:34 AM

bodoh piang....cakap mende yang samà jer...... kaau benda batu pun bukan lah baru.... setakat selongkar Dan bat cerita buruk macam orang.... sampai satu hari nanti spender favourite atau colour spender Apa Najib suka pun di cerita...... bodohbtaraf.... nak Tanya.... masa paklah turun dulu tu ada ker kerjasama ngan pembangkang macam ni.... Siallah........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 11:37 AM

Pendedahan demi pendedahan tp penjenayah masih bebas.. Sian rakyat malaysia tertindas oleh pemimpin melayu sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
March 22, 2016 at 3:08 PM

@Anonymous
Bro

Memang ada sistem kehakiman dalam negara Malaysia. Hakim dan mahkamah pon banyak. yang jadi punca permasalahan ialah "MANUSIA" yang menjadi pemain dalam sistem tersebut. Dari hakim tertinggi, pendakwa raya, peguam dan agensi kerjaan yang membuat siasatan....semunya disandang oleh MANUSIA...

Manusia tetap manusia...ada nafsu, ada akal...Soalnya ialah adakah mereka jujur, amanah, bercakap benar, bertanggung jawab, telus, menjunjung prinsip keadilan dan menjalankan tugas?....

Dalam senario skandal negara ini...AG adalah satu-satunya manusia yang boleh atau tak boleh membawa sesuatu kes tersebut ke Mahkamah. Dalam hal ini AG kata tak ada kes!....Terima atau tak terima beliau telah MEMUTUSKAN begitu!...Soalnya adakah AG membuat keputusan tersebut kerana ada kepentingan atau beliau telah menjalankan tugas ...PENUH AMANAH, BERTANGGUNG JAWAB DAN MRNDUKUNG PRINSIP KEADILAN?....

Kita semua sangsi dengan keputusan tersebut...bukan begitu?...

....................
Reply To This Comment ...................
March 22, 2016 at 3:19 PM

@Anonymous

Kamu ni cakap ikut sedap je...orang sebut yang sama je sebab benda ni belum selesai...

Contohlah...Kamu dihempap sebatang pokok...kamu tak mati, tapi tersepit tak dapat keluar. Setiap orang yang lalu lalang kamu cakap masaalah kamu...tapi orang tak peduli. Adakah kamu akan cakap benda lain sedangkan apa yang menyusahkan kamu orang tak ambik peduli?...Siap ada yang cakap balik...kenapa lah ko bodoh sangat?... sebab waktu pokok tu nak tumbang kenapa ko ada kat situ?....dah tu kenapa pulak pokok tu tumbang?....

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada akal pakai
Ada mulut....cakap guna akal..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 3:22 PM

Jikalau kita benar2 faham tentang masalah itu, maka penyelesaiannya akan timbul dari fahaman itu, oleh sebab sesuatu hikmah tidak terpisah daripada masalahnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 5:26 PM

@Anonymous dulu nak selamatkan UMNO je skang nak selamatkan UMNO dan negara.. kalau anda rakyat yang sayang UMNO dan negara sepatutnya sokong .. masalah hanya seorang manusia.. NAJIB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 9:39 PM

Hang yang singkat akal,...tak tercapai dek akal maksud 'beyond'.Pemakan dedak adalah orang yang menghalalkan rasuah.

....................
Reply To This Comment ...................
March 23, 2016 at 12:25 AM

Perbuatan jahat pemimpin akan dilaknati olih Allah, balasan pasti didunia atau diakhirat. Dalam scenario kini dengan kuasa dan permainan wang ditangan pihak pemimpin najib umpama firaun yang terus rasa dirinya amat berkuasa dan bolih melakukan sukahatinya, tunggu, kamu takkan selamanya berada diatas.sebenarnya najib maha lemah maha blur maha kejam tak layak langsung jadi pm kits

....................
Reply To This Comment ...................
March 26, 2016 at 12:42 AM

Sama level dengan kerajaan Fir'aun dan Namrud

Post a Comment