........... Halangan Utama Deklarasi Rakyat - Rakyat Masih Takut Untuk Bersuara Secara Terbuka | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Halangan Utama Deklarasi Rakyat - Rakyat Masih Takut Untuk Bersuara Secara Terbuka

Monday, March 28, 20163comments


Ramai yang bercakap mengenai majlis Kongres Rakyat yang berlangsung semalam. Ramai pemidato/penceramah yang memberikan pandangan, meluahkan kegeraman dan cuba memberi kesedaran kepada rakyat akan betapa pentingnya Najib diturunkan dari takhta Perdana Menteri seberapa segera mungkin.

Seperti biasa, bukan pengisian ucapan yang akan dikomen oleh cai2 Najib yang sedaya upaya mencari kelemahan Kongres itu untuk diperlekehkan dalam penulisan mereka. Paling utama strategi mereka adalah dengan bermain dengan bilangan yang hadir, konon tak ramai.

Saya hadir di Kongres Rakyat dan saya lihat dewan penuh dengan hadirin rata2 tidak berganjak dari tempat duduk sepanjang 5 jam kongres berlangsung ! Itu menunjukkan betapa setiap mereka yang berdiri di rostrum berjaya menarik minat hadirin kepada ucapan yang disampaikan.

Di luar dewan juga ramai yang berlegar dan ada yang menonton menerusi TV yang disediakan di luar memandangkan hanya mereka yang diberikan pas saja boleh masuk dewan.

Tatkala Tun Mahathir berucap selaku penceramah terakhir, dewan penuh sesak dan kelihatan ramai yang berdiri memenuhi ruang belakang dewan. Ternyata usaha cai2 Najib selama ini untuk mencemar nama baik dan kredibiliti Tun tidak berjaya.

Bilangan kakitangan media juga begitu ramai ...... ini adalah lebih penting daripada bilangan penyokong yang hadir. Kerana liputan dan sebaran berita mengenai Kongres Rakyat melalu media tidak akan terkira berapa ramai yang mengikuti !

Bukan berapa banyak kepala yang hadir yang penting tapi berapa ramai yang bakal menerima mesej yang disampaikan yang lebih utama.

Jika majlis dibuat dalam bilik kecil tanpa seorang pun penyokong tapi diberi liputan meluas oleh media, itu pun sudah dikira berjaya mencapai sasaran.

Bagi saya, Kongres Rakyat semalam berjaya dalam mencapai matlamatnya dalam menambahkan semangar kepada para penyokong sedia ada dan menarik minat rakyat secara keseluruhannya untuk memahami mesej misi yang diperjuangkan.

Faktor penyokong yang banyak membantu gerakan ini tidak dan tidak bukan adalah ketidakpuasanhati rakyat sendiri terhadap Najib. Gerakan ini menjadi saluran untuk rakyat meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini secara terbuka.

Cuma masalah utama adalah KETAKUTAN rakyat untuk ke depan bersuara. Hakikat ini begitu ketara sekali saya temui di mana2 tempat yang saya kunjungi selama ini. Bukan saja ahli Umno malah rakyat biasa juga begitu takut untuk menonjolkan diri mereka sebagai penentang Najib walaupun mereka begitu gah bersuara dalam lingkungan kehidupan masing2 - sesama rakan dan keluarga dan dalam dunia watsapp.

Makanya dalam banyak2 kenyataan/luahan para penceramah di Kongres Rakyat semalam, saya pilih yang ini untuk dihighlitekan -

Mkini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai menandatangani Deklarasi Rakyat tanpa takut akan akibatnya.

Katanya, apa yang diperlukan deklarasi itu pada masa ini adalah untuk mengumpulkan mereka yang berani menandatanganinya kerana terdapat keperluan menjadikannya sebagai sebuah gerakan rakyat.

Sambil mengakui bahawa beliau memahami bagaimana seseorang yang ketakutan, Mahathir berkata ia disebabkan kerajaan kini mengancam rakyat.

"Jadi rakyat takut dengan kerajaan ini, sukar untuk dapatkan orang ramai tandatang deklarasi itu," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata ada yang keberatan memberi nombor kad pengenalan mereka kerana takut tindakan akan diambil terhadap mereka.

Mahathir, bagaimanapun menyatakan kerajaan tidak mungkin menangkap sejuta orang.


BERANI KERANA BENAR - Itulah juga mesej yang cuba disampaikan kepada rakyat di mana saja gerakan ini pergi. 

Hakikatnya, rakyat Malaysia rata2 masih takut untuk bersuara secara terbuka walaupun sekadar menulis nombor mykad di atas Deklarasi Rakyat.

Namun dalam dunia watsapp, Kita lah Watsapp Warrior !

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 28, 2016 at 1:19 PM

Memang orang Malaysia takut...
Pemimpin takut kebenaran terbongkar...
Rakyat takut periok nasi terancam...

Terutama Melayu...bergantung pencarian dengan kerajaan....majoriti kakitangan gomen...silap cakap, silap langkah...silap berada ditempat awam...silap-silap kena cantas!..takut bro...cari makan!...Business melayu pon harap dengan gomen...tender tu tender ni!...ade jilat...ade kontrak!...

Orang ade LowYat... melayu pon nak loyat jugak...Apa jadi dengan loyat melayu?...Naik loya aku!...Pastu ade pulak baju merah nak terjah Petaling Street...Terrorlah samseng melayu ni!...Ketuanan Melayu konon...Poodahhhh!....

Berbeza dengan bukan melayu...majoriti pekerja swasta atau berniaga sendiri...tak bergantung dengan gomen nak cari makan...mereka bebas...cakap apa saje...buat ape saja...Apa lu kesah...wa cali makan sendili...miaga sendili...wa tatak miaga melayu tak makan woi!...

MALAYSIA NEGARA KORUP!...

Dari Pemimpin sampai ke Kakitangan Kerajaan...(walaupun majoritinya tidak) tapi itulah persepsi rakyat dan dunia...
Tak kira kerajaan atau pembangkang....Bila berkuasa...rasuah berleluasa....

SAMPAI BILA?....

Aku tak pernah kerja gomen...
Mentaliti swasta amat berbeza dengan gomen...
Swasta...Business for profit!...No profit could end your business...
Gomen....Money can never end...tax!...tax!...tax!....money lai!....So while at it...why not pocket some for yourself!...belanja semewah-mewahnya...tender up 500%...benda yang seposen jadi lima posen...dua posen masuk poket...tak gitu?...ptuihhhhh!....

SAMPAI BILA?....

Biarkan!...biarkan!...biarkan!...
Kalau sengsara tanggung sendiri je...tak payah nak sign-sign...ape dapat?...biar orang lain buat...kalau berjaya...tumpang sama...kalau gagal...masih jugak di takuk lama...maleh nak campur hal-hal macam ni...tak gitu?....

Sampai bilakah mentaliti kita akan berubah?...sadarlah wahai rakyat Malaysia...Kalau kita biarkan Najib terus berkuasa...punahlah negara ini dan kita jawablah dengan anak cucu kita nanti...Apa yang kita lakukan?...





....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2016 at 2:25 PM

din deklarasi rakyat ni, kalau boleh buat juga dalah bentuk .PDF file senang orang nak tulis dan sign.. google form tu pun ok. cuma tak dapat nak sign. sertakan email sekali atau alamat yang nak di poskan kemana.

cadangan saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2016 at 3:21 PM

Not to worry too much regarding the attendance on Sunday's event or the signature drive, dear Din, for when Malaysia and Malaysians begin to feel that there is no bottom anymore for Malaysia and Malaysians to go down to, there shall do the necessary. Yes, Malaysia needs to get worse before it can get better... That said, there is probably a need to crowd source ideas to get around the problems with the signature drive. May Allah swt help us to be deserving of His helps.

Post a Comment