........... GLC Yang Sepatutnya Buang Penasihat Bukan Petronas Tapi 1MDB ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

GLC Yang Sepatutnya Buang Penasihat Bukan Petronas Tapi 1MDB !

Saturday, March 12, 201611comments




Berita Tun Mahathir ditamatkan pelantikan sebagai Penasihat Petronas tersebar luas lewat petang semalam. Ada yang komen Tun Mahathir sudah lebih awal menulis surat perletakan jawatan itu pada tahun 2013 ( KLiK ) tapi ditolak oleh Najib ketika itu.

Itu menunjukkan yang Tun Mahathir tak sior pun pada jawatan itu. Takde hal pada Tun.

Berita itu langsung tidak mengejutkan kita. Malahan jika niat Najib mahu memalukan Tun Mahathir melalui tindakan itu, sebenarnya ia bakal terpercik ke muka Najib balik. Ia hanya menguatkan tanggapan rakyat betapa tidak matangnya Najib dalam soal pengurusan kerajaan !

So very the childish.... Macam budak2 ....

Petronas tidak punya sebarang masalah pengurusan ketika ini. Petronas sendiri berada dipuncak atas daya usaha dan kebijaksanaan Tun Mahathir. Petronas adalah salah satu ikon kebanggaan negara Malaysia dan kita harus berterimakasih kepada Tun Mahathir yang berjaya membawa Petronas sebagai antara sebuah syarikat paling berjaya di peringkat dunia !

Petronas adalah salah satu legasi Tun Mahathir. Setakat digugurkan dari jawatan penasihat tidak sekali2 mencacatkan jasa dan nama Tun Mahathir pada Petronas.

So .... jika Petronas tidak bermasalah, kenapa Tun Mahathir dipecat ?


KENYATAAN MEDIA

Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan “Deklarasi Rakyat” bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.

Kabinet berpendapat oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mendokong Kerajaan yang sedia ada, sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia.

‎Dengan itu, Kabinet hari ini bersetuju secara sebulat suara untuk menamatkan perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.


Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya
11 Mac 2016

Versi omputehnya -



Oooooo.... rupa2nya sebagai tindakbalas kepada Deklarasi Rakyat yang dipelopori Tun.  Hahahahaha ...... memang SAH Najib ni bersifat keanak2an. Nak balas dendam rupanya ....

Sepatutnya dalam hal2 berkaitan GLC biarlah sebarang keputusan itu dibuat secara professional bukannya mengikut emosi. Kalau beginilah caranya kerajaan Najib mengurus GLC2, hancurlah jawabnya ......

Yang pasti, Najib tidak akan tercapai akalnya untuk berfikir secara professional. Sebab apa ? 

Sebab jika keputusan berkaitan GLC dibuat secara professional, GLC yang WAJIB buang penasihatnya bukanlah Petronas tetapi adalah 1MDB !

Jauh sekali membawa keuntungan kerana operasinya langsung tidak pernah untung malahan sehingga  terpaksa menjual aset2 negara kepada pihak luar semata2 nak bayar hutang ! Kemudian MEMALUKAN nama negara di seluruh dunia gara2 skandal kewangannya. Pendek kata - tidak ada satu pun hasil halal dari kewujudan 1MDB. 

Jauhnya perbandingan Petronas dengan 1MDB ni umpama langit dengan bumi ! Dan siapa penasihat 1MDB ? Nah..... kenapa kerajaan tidak lucutkan jawatan penasihat 1MDB yang tak guna satu sen pun itu ?


                                           *****************************

Saya ingin menarik perhatian kepada satu perenggan kenyataan PMO di atas -


Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.

atau dalam omputeh -

The declaration aims to topple the democratically elected Government led by the Prime Minister, and is therefore against the law and the Federal Constitution.


Patutlah macai2 Najib semuanya begitu galak menyamakan usaha menjatuhkan Najib sebagai usaha menjatuhkan kerajaan ..... rupa2nya PMO pun sama !

Ni mesti ada arahan dari PMO kepada macai2 Najib sekelian ..... hahahahaha ....

Memang benarnya sangatlah kata Tan Sri Sanusi di artikel sebelum ini ( KLiK ), macam keanak2an ! ( oooops .... kenyataan 'keanak2an' itu saya potong sebab tak mahu panjang sangat videonya )

Apa kaitannya jatuhkan PM dengan jatuhkan kerajaan ? Bengong nya lah !

Najib letak jawatan, orang lain dalam Umno boleh gantikan. Status Kerajaan tak diusik langsung. Sebelum ini pun PM2 terdahulu letak jawatan juga ..... ada kerajaan Umno BN tumbang ? Malahan setiapkali jawatan PM bertukar tangan, BN akan menang besar sebab rakyat punya harapan tinggi kepada orang baru.


OK serius ..... jika benar Tun Mahathir dan rakan2 serta rakyat yang menandatangani Deklarasi itu bercadang mahu bertindak secara menyalahi undang2 sepertimana dakwaan PMO di atas secara bertulis, kenapa tidak pihak berkuasa bertindak saja ! ?

Apa ni Pejabat Perdana Menteri pun bermain dengan persepsi macam ni ? 

PMO seharusnya tampil dengan hujah2 bagi menyokong dakwaan seserius itu. Jangan sampai rakyat pula melihat PMO sebagai menFITNAH !

Buktikan bagaimana usaha Deklarasi Rakyat itu dikatakan sebagai menyalahi Undang2 dan Perlembagaan Negara.

                            ***********************

Pendek kata lagi - mengikut kenyataan PMO itu, rakyat diminta menerima konsep Najib itu Kerajaan dan Kerajaan itu Najib.

Tolonglah jangan buat lawak .....

Apakah sikap dan cara Najib itu melambangkan cara kerajaan Malaysia ? Dan semua kabinet serta penjawat awam harus mencontohi cara kerajaan Najib ?  Aduuuuuuh ..... HANCUR !

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2016 at 12:25 PM

Salam Bro

Aku dok bengong...macamana ada manusia seperti Najib...tak kesah bro..aku ada lagu khas untuk Najib.

Satu pagi di Kelas Permata…kanak-kanak berdendang sebelum guru masuk kelas.
(Nyanyi ikut irama lagu bangau oh bangau…ok.)


Najib oh Najib kenapa engko bohong?
Macamana aku tak bohong..sebab aku korup.

Najib oh Najib kenapa engko korup?
Macamana aku tak korup...sebab aku nafsu besar.

Najib oh Najib kenapa ko nafsu besar?
Macamana nafsu aku tak besar....sebab aku berkuasa.

Najib oh Najib kenapa ko berkuasa?
Macamana aku tak berkuasa ....sebab menteri aku semua bangang.

Najib oh Najib kenapa menteri ko semua banggang?
Macamana semua menteri aku tak banggang....sebab mereka makan dedak.

Najib oh Najib kenapa menteri ko makan dedak?
Macamana menteri aku tak makan dedak....sebab UMNO aku punya.

Najib oh Najib kenapa UMNO ko punya?
Macamana UMNO tak aku yang punya....sebab rakyat bangsat.

Najib oh Najib kenapa rakyat ko bangsat?
Macamana mereka tak bangsat.....sebab mereka haramjadah.

Najib oh Najib kenapa rakyat haramjadah?

(irama bertukar ikut ala rap)

Ah!...sudah....

akulah raja...
akulah duit...
AG aku punya...
PAC aku punya...
KPN aku punya...
BNM aku punya...
SPRM...pun AG cakap aku yang punya....
Bloggers aku punya...walaupun tak semua...

Jahanam WSJ!...
Jahanam Sarawak Report!...
Jahanam The Edge!...
Jahanam Malaysian Insider!...

Jahanam Deklarasi Rakyat!...

Malaysia aku punya...
Rakyat bangsat...
Rakyat haramjadah...

PRU aku punya…..oopppss.....matilah aku....aduuuhhhhhh....

(guru kelas masuk)

Guru kelas : Oi!...lagu apa ko nyanyi ni?

Murid-murid: lagu baru cikgu…bagus …irama seloka dengan rap…boring la lagu yang selalu…asyik-asyik IM4U…I LovePM….I Respect PM…tak ada soul!.

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2016 at 12:36 PM

Makin benci la rakyat kat najib jwbnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2016 at 1:00 PM

Din
As expected .
The DICTATOR will get rid of anyone comes in HIS WAY .
Next , sacking of Muyhiddin and Mukhriz .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2016 at 1:57 PM

Rasanya kat GLC2 lain & dalam kementerian sendiri, banyak lagi staf & orang2 pentingnya yang menjadi penyokong kuat pembangkang. Najib tak nak buang ke mereka semua?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2016 at 1:59 PM

saja je tu ada lagi binatang pemakan dedak yang lapor tu. Dia ingat semua orang kemaruk nak jawatan gamaknya. Kita tengok la nanti lingkop pulak petronas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2016 at 3:20 PM

It seems like he has confirmed his path all the way to the grave ... and drastic loss beyond.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2016 at 4:07 PM

Najib curi duit terang2 Tun Mahathir cakap....Tukang sapu sampah lebih mulia dari najib kerana mereka menjalankan tugas demi untuk mencari rezeki yang halal. Najib diberi ananah dia khianat....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2016 at 9:00 PM

Wassalam. No love loss Tun. They can have the others as well. with that you have more time to attack him. After all you have retired from your position as PM Thus this is not a shock to me. Well done Tun for the Declaration. You get my support.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2016 at 2:51 AM

Semalam saya tonton rancangan Lanskap kat TV1.

Rancangan ini mmg propaganda totok kerajaan. Sejak isu 1mdb nih, saya mmg dah berenti tgok. Tak sangka Syed Munawar yg saya sangka seorang cendiakawan, boleh tetap teguh menyokong najib.

Tp semalam TERRRtengok. Waaahh.... hebat betul propaganda kali.

Tajuk yg dibincang ialah Persepsi Terrorisme (perception terrorism). I wonder if such name was coinage by those punahsihat at Malaysian PMO.

Rupa-rupanya Datok Sahlan Ismail, bekal setpol najib yg kalah dlm PRU13 tuh dah pegang jawatan yg vukup powerful di PMO, dalam unit anti-terrorisme.

Waah.... cara dia explain semalam, macam dia nak implied bahawa semua isu berkaitan 1mdb, scorpene deals, src international dan 2.6B derma.... semuanya adalah mainan persepsi oleh Daesh/IS.

Kononnya, tujuannya ialah untuk menumbangkan Kerajaan.

Sounds familiar ajer...?

Dan panel sorang lg, presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jammaah dgn cepat, sambal petik ayat qurang sedikit, mengatakan menumbangkan kerajaan itu haram.

Waah.... double waaaahhh....!!!

Sejak bila menumbangkan pemimpin korup itu HARAM?
Sapa yg ajar nih?

Nak biarkan Najib jadi seperti Bashar Assad di Syria tu ke? Yg sanggup biarkan jutaan rakyat dia jadi pelarian, berbunuhan sesama sendiri hanya kerana nak pertahankan jawatan Presiden (yg sebenarnya dia warisi dari bapa dia yg jg seorang dictator... sama macam Presiden Korea Utara sekarang ni laa).

Kalau Bashar tu pentingkan Negara, dah tentu dia sanggup letak jawatan.

Dan sekarang, si Datok Sahlan tu duk ugut kita dengan Arab Spring.

Bila tgok MP BN begitu teguh menyokong najib, ni yg buat saya terpikir.... agaknya macam tu lah Hitler dapat perintah Jerman sekian lama, dan melakukan kezaliman sekian lama...sbb menteri2 dia sokong kezaliman yg dia buat...

Semoga Allah selamatkan kita dan Malaysia tercinta... aamiiinn

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2016 at 1:31 PM

Bro jgn samakan hitler dgn najib
Hitler atleast nk conquer negara lain luaskan territory for the german but najib malukan n jual harta negara sgt berbeza

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2016 at 12:27 AM

Absolutely correct

Post a Comment