........... DULU Umno... Bersama Rakan Seperjuangan, KINI Umno ..... Bersama Rakan SePerdosaan ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

DULU Umno... Bersama Rakan Seperjuangan, KINI Umno ..... Bersama Rakan SePerdosaan ! ?

Tuesday, March 1, 201618comments



Berikut adalah reaksi GKCM kepada tindakan Tun Mahathir keluar parti Najib. Apa yang menariknya kenyataan GKCM ini adalah dakwaan bahawa Parti Najib kini dibarisi oleh Rakan2 SePerdosaan  ( bukan seperjuangan ! ) .... adeeeeh ....  yang buat dosa sebagaimana ditulis itu pasti tak tidur lena.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, jika anda merasakan kehadiran anda di dalam Umno dapat menyumbangkan kepada perjuangan menentang kemungkaran, maka teruskanlah.

Tapi kepada mereka yang hanya senyap membisu walaupun mengaku Umno itu sudah rosak teruk, anda juga dikira bersyubahat sama. Mungkin banyak manafaat yang anda dapat dari Umno kot hingga nak bersuara pun takut..... wallahualam.

                                ******************



Keadaan UMNO semakin gawat. 

UMNO kini merupakan sebuah parti politik yang sedang sakit tenat yang diurustadbir oleh pemimpin-pemimpin yang sakit kurap korup. 


Setelah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan UMNO, akhirnya Tun mengambil keputusan utk meninggalkan UMNO kerana beliau mendapati bahawa UMNO dibarisi pemimpin yang mempunyai jiwa yang sudah sakit.

Ramai di kalangan ahli dan masyarakat yang bertanya kepada GKCM mengapa tiada suara dari kalangan pemimpin yang mahu bersuara diatas salahlaku presiden yang semakin lama semakin membukit. Mengapa? 

Kita tidak perlu mempunyai otak Einstein utk mendapatkan jawapannya. 

Mana mungkin ada di kalangan MT yang berani bersuara menentang presiden kerana semua yang ada dianggap sebagai RAKAN SEPERDOSAAN diantara satu sama lain. 

Jika kita amati barisan kepimpinan termasuk MT yang sewenang wenangnya menggantung Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden, kita pasti akan mendapat jawapannya. 

Mereka semua mempunyai rahsia hitam yang hendak dirahsiakan sesama mereka sendiri. Mereka tahu bahawa rahsia ini akan digunakan ke atas mereka jika mereka berpaling tadah. 

Dari sudut sejarah pemimpin Melayu sering dikaitkan dengan masalah politik wang rasuah, seks haram dan salahguna kuasa. Apakah pemimpin UMNO yang ada pada hari ini masih dibelenggu oleh masalah ini? 

Apakah mereka takut rahsia ini akan terbongkar dan mereka akan kehilangan kuasa? 

Apakah akan terjadi dengan keputusan Tun Mahathir meninggalkan UMNO?  Sudah pasti ahli dan masyarakat umum akan rasa sedih dan kecewa.

Namun Rakan-Rakan Seperdosaan dalam barisan kepimpinan UMNO tidak langsung terkesan dengan tindakan Tun itu. Malahan mereka lebih selesa selagi dosa mereka tidak diketahui umum atau tindakan diambil terhadap mereka.

1 - Siapa yang meninggalkan isteri untuk bersama gadis yang selalu menemani ketika kesunyian? 

2 - Berapa jumlah yang ada dalam akaun? 

3 - Siapa yang membeli 4 buah rumah sekali gus dalam perumahan yang sama ketika rakyat miskin hanya mampu melihat semua rumah tidak mampu dimiliki? 

4 - Siapa yang dapat kontrak menyalakan PWTC setiap malam hari? 

5 - Siapa yang anak-anak remaja mereka hidup dalam serba kemewahan dan berpoya poya? 

6 - Siapa yang sentiasa meminta komisen setiap kali ada yang memohon sesuatu? 

7 - Siapa yang membeli hartanah di Australia yang melebihi harga pasaran semasa? 

8 - Siapa yang menguruskan pembelian hotel di London dan apa habuannya? 

9 - Siapa yang dapat apa dengan pembelian hotel di PD? 

10 - Siapa yang menguruskan GLC seperti syarikat miliknya? 

11 - Siapa yang mempunyai hubungan baik dengan lembu yang menelan belanja ratusan juta? 

12 - Siapa yang kontraknya akan tamat dan mengharapkan ia disambung? 

13 - Siapa yang mempunyai anak yang mempunyai salahlaku jenayah? 

14 - Siapa yang pasangannya mempunyai kepentingan dalam syarikat itu dan ini? 

15 - Siapa yang anaknya atau adik beradiknya mempunyai hubungan dengan towkay itu? 

16 - Siapa yang selalu tidak pulang kerana ada 'meeting' di tempat rahsia dengan alasan ada urusan yang tak dapat dielakkan? 

17 - Siapa yang kalah pilihanraya dan diberi nyawa semula untuk menjadi samseng kampung yang dibayar oleh UMNO? 

Apa reaksi GKCM ekoran keluarnya Tun dari UMNO? 

Kami akan melihat perkembangan terkini dalam negara. Buat masa ini kami akan terus menjadi lidah kebenaran yang berani bersuara dalam UMNO yang kini dipelopori oleh Majlis Rakan Seperdosaan. 

Kami akan menyokong tindakan dan langkah yg diambil oleh Tun walaupun kami masih berada di dalam. Tidak tahu berapa lama kami akan berada dalam UMNO. 

Hanya masa yang akan menentukan.


Presiden GKCM
KENYATAAN AKHBAR
SELASA 1HB MAC 2016

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 3:49 PM

Apa UMNO boleh buat kalau semua ahli UMNO akar umbi keluar?Biar tinggal Ketua Bahagian yang makan rasuah dan pengkhianat bangsa sahaja.GKCM, sila keluar dari UMNO dan lebih baik wujudkan platfom baru untuk penyokong 'mahathirism' berjuang.Bagi saya kini, istilah mahathirism adalah sesuatu yang sangat patriotik sifatnya.Saya bangga menjadi pejuang Che Det dan MAHATHIRISM,daripada menjadi petualang dan menyokong lanun Bugis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 3:53 PM

yang kamu benci itu Najib , tapi yang kamu kondem dan hina itu UMNO, yang kamu mahu undur itu Najib tapi yang sekarang kamu mahu hancurkan itu UMNO, yang kalah kelak bukan Najib tapi umno, yang hancur besok bukan najib tapi umno,
tapi kamu masih mengaku sayang umno, kamu masih mengaku ahli umno, kamu masih kata demi umno, sebaliknya perbuatan kamu , tulisan kamu ini hanyalah meruntuhkan umno, buat orang semakin jauh dengan umno,
kamulah propaganda pembangkang ...kamu talibarut pembangkang, kamu lebih syaitan daripada syaitan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 3:56 PM

PM pi Arab Saudi lagi.

kali ini atas alasan menghadiri Jeddah Economic Forum. Ntah..ntah dia sorang jer kut peserta forum bertaraf Ketua Negara?

Acap benar Ketua Negara sorang ni pi Arab Saudi ya..?

Nak mintak apa lagi laa agaknya? Di negeri dia sendiri Wahabi difatwakan 'sesat'... errkkk.... tak takut Arab Saudi marah ker?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 4:08 PM

siapakah anak nya tersenarai dalam 50 orang billionire di malaysia, siapakah ketua menteri yang duduk di nombor 20 senarai billionare di malaysia, siapakah bini nya pakai skirt sahaja diluar negeri sedangakn bila duduk dimalaysia sentiasa duduk di kalangan orang yang berjubah, siapakan yang suruh orang keluar duit tabung haji sedangkan dia menikmati dividen tabung haji. siapakah yang meliwat tapi tidak mengaku sehingga kes dibicara lebih dari 8 tahun,

....................
Reply To This Comment ...................
anak perak
March 1, 2016 at 4:16 PM

SDR,

Apakah mungkin pemakan dedak dan kabinet mengatakan..

Kenapa mempertikaikan umno menerima "derma" bilamana DAP dan parti pembangkang lain pun terima dana bila menghadapi PRU.

Yang jadi masalahnya ialah parti pembangkang tidak menyusahkan rakyat. Mereka hanya berjuang untuk tumbangkan umno.
Tapi umno yg selama ini menjadi parti yg dulunya menjadi "payung" org melayu telah berubah. Parti umno kini lebih banyak menyusahkan rakyat.
Pelbagai cukai yg rakyat terpaksa bayar, semuanya kerana salah guna kuasa. Pemimpin umno sekarang pertahan presiden. Seolah2 kuasa yg diberikan oleh rakyat kekal selamanya.

Bukan nak kata DAP bagus, tapi budaya "cantas mencantas" INI hanya meluas dalam umno. Kemelut politik dalàm DAP Dan PAS pun Ada tàpi taklah seteruk dalam umno sekarang. Pemimpin mereka pun jarang sangat keluàr kenyataan "bodoh". Sekurang2nya tak ada lagi yg dilabel "pelawak", bodoh, bengap Dan sebagainya. Malu "1 Malaysia" kerana ada Melayu semacam INI...

Pemimpin umno kini hanya membuka ruang seluas-luasnya untuk diserang. Tak payah lagi susah2 untuk DAP,PAS PKR berkokok, rakyat kini dapat menilai siapa sebenarnya pemimpin-pemimpin petualang, samseng, bodoh, bengap, penyamun, pencuri, penipu, pengampu, dan dan ...

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2016 at 4:27 PM

@AnonymousIngatkan selepas disekat oleh SKMM, takde dah orang Umno atau yang pro Najib nak masuk baca ..... rupanya ada lagi ! YESS !!! alhamdulillah ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 4:44 PM

@Anonymous sebab kebodohan pemimpinya ..

buat masa ni menguborkan UMNO satu satunya jalan yang tinggal .. kalau itu diperlukan untuk memperbaiki parti & negara ... (Selain Parti, Negara adalah lebih utama)

anda pikirlah wahai pemimpin UMNO .. anda boleh korban seorang manusia sahaja untuk selamatkan UMNO.. Najib. Ya najib anda cuma perlu korbankan Najib untuk selamatkan UMNO dan Negara.

Sebab Najib dah korbankan ramai orang adakah isu selesai ? .. tidak :)

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2016 at 5:11 PM

GKCM Hantar Surat Minta Penjelasan Resmi Dari Kedutaan Arab Saudi jadi Najib pergi sana untuk selesaikan penjelasan tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 5:53 PM

Najib dapat kuasa dari UMNO... Nak jatuhkan Najib saja tidak boleh kerana UMNO telah dijadikan kubu untuk Najib berlindung. Nak jahanam kan Najib terpaksa jahanam kan UMNO sama. Tambahan pula parti UMNO Baru sudah bertukar nama dan rupa menjadi parti penyamun. Maka tak salah kalau pencinta UMNO menjahamkan parti penyamun. Bila sudah selesai....buat parti UMNO yang lebih Baru.

Berapa kilogram sudah telan dedak ?

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2016 at 6:03 PM

Bro

Kaedah Perjuangan SINGKIR NAJIB.

1. PERANG SARAF. Gembling usaha untuk me war-warkan segala yang tidak betul dikalangan Najib dan seluruh penjilat nya. Bongkar habis-habisan. Taburkan segala maklumat ini keseluruh pelusuk negara. Tak kira pusat ke...negeri ke...bahagian ke...atau cawangan. Segala salah laku mesti disiarkan...gunakan surat layang...buku 555 pun bolih...Tabur di tempat awan..pasar ikan, pasar sayur, supermarket..Lekat kak pokok, tembok macam iklan along tu...

2. PERANG PERUNDANGAN. Kepada para pengamal guaman, cuba fikirkan cara untuk mengheret Najib ke muka pengadilan. Aku tak tau...tapi munkinkah kita sebagai rakyat dapat mengemukakan "Class Civil Suit" kerana kita menanggung beban dari olahan beliau.

3. TINDAKAN MASSA. Kita sama-sama kibar terbalikan bendera BN seperti yang dilakukan rakyat Kedah dan Johor...Kenapa tidak dianjurkan keseluruh negara?...Ini tanda protes rakyat. Bendera UMNO atau gambar Najib dan ternakanya pun bulih...semuanya kita terbalikan.

Kepada semua...KITA MESTI BERANI TUNJUK PERASAAN KECEWA KITA..tak usah gembar-gembor dan berhimpun sana sini...nanti kena tangkap...

Tunjukan perasaan kita secara massa dan kolektif...tak salah kan?....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 6:07 PM

Pemakan dedak umno sekarang dah menjadi hak milik najib. Sesiapa yang menentang najib bermakna menentang umno.

Bagaimana mahu mempertahankan umno jika pada masa yang sama mempertahankan najib yang jelas korup itu. Apakah kita perlu menjadi terkukur yang merakam dan menuturkan sahaja alasan najib tanpa menganalisa alasan yang diberikan. Pakai main percaya sahaja. Dikatakan wang masuk ke dalam akaun dengan jumlah puluhan juta ringgit dan kemasukan itu pula tidak diketahui. Di manakah akal di manakah fikir. Bagaimana seseorang boleh berbelanja untuk kenewahan diri sedabgkan dia tidak tahu bahawa wang puluhan juta ringgit masuk ke akaunnya. Bagaimana pula dia berbelanja untuk kenewahan diri. Jika dibenaknya wang itu adalah derma untuk melawan is kononnya ataupun digunakan untuk pru. Adakah pru itu dibuat di Amerika, Tidakkah itu bermalna dia sudah melakukan pecah amanah.

Er ... Satu lagi soalan untuk pemakan dedak ... Blog ini sudah diblok ... Adakah kamu tidak yakin dengan usaha kerajaan menyekat akses ke blog ini sehingga sanggup meluang masa untuk merintih nempertahankan najid dengan alasan mempertahankan umno.

Kamulah syaitan bisu. Yang mendiamkan diri sedangkan kejahatan jelas di depan mata kamu.

Jangan sesuka hati mebempelak orang sebagai syaitan ... Sedangkan kamu tidak kurangnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 7:18 PM

Sorry Panjang sikit...

Dari Al-Quran Surah Al-Saafaat Untuk ahli UMNO yang menyokong bulat-buat kepimipinan UMNO sekarang…


37 :18 Jawablah (wahai Muhammad): "Ya, benar !(Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina ".
37:19 (Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).
37:20 Dan (pada saat itu) mereka berkata:" Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!"
37:21 (Lalu malaikat berkata kepada mereka): " Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya ".
37:22 (Allah berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah -
37:23 "Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka.
37:24 "Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal:
37:25 "Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?"
37:26 (Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);
37:27 Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.
37:28 Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu".
37:29 Ketua-ketuanya menjawab: "(Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!
37:30 "Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.
37:31 (Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).
37:32 "(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat"
37:33 Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 8:17 PM

Timakasih
Kalu kita tidak melakukan sekarang...jadikanlah peringatan utk masa akan datang...maklumlah iman tu ada pasang surut...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 8:21 PM

Tertinggal satu poin..
Agong dan sultan bangun...jgn dok tido jeaa...kalu nak tido sangat...nuh kat kubor...tidolah puas2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 8:25 PM

Alaaah bro din.kat blok dia org apakebenda yg ada...takde klass langsung.bnyak illusi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 11:31 PM

UMNO=Untuk Mohd. Najib Only dah rosak teruk.Tak perlu sesiapa jadi tali barut.Najib dan pemakan dedak sekelian adalah tali barut yang paling atas sekali.Kau adalah contoh penyokong membawa rebah yang sempurna.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 11:37 PM

Kepada semua penyokong Najib,.....blog ini sudah disekat,...kenapa kamu semua curi masuk juga?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2016 at 12:42 PM

Menteri mkn rasuah hang nak label apa?,malaikat ka? Menteri korup pm korup pon sokong buta tuli. La ni pm korup duk gilap sana sini nak pulih imej najis dia.umpama tahi lembu yang dihias bunga dan minyak wangi. Buat buku nak penaik balik. Ingat org bodo ka nak. Jilat la pmimpin korup tu jgn x jilat.

Post a Comment