........... BOM Baru Dari WSJ ? Sebenarnya 1MDB Mampu Kantoikan Segala Dakwaan WSJ .... Najib Pun Tak Perlu Saman WSJ ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

BOM Baru Dari WSJ ? Sebenarnya 1MDB Mampu Kantoikan Segala Dakwaan WSJ .... Najib Pun Tak Perlu Saman WSJ !

Tuesday, March 1, 201614comments

Hari ini pendedahan oleh WSJ sekali lagi menggegar masyarakat dunia bila mendakwa Najib sebenarnya menerima lebih dari US$1 bilion, bukan US$681 juta sebagaimana yang didakwa sebelum ini.

WSJ

Dan WSJ dakwa kesemua wang itu asalnya dari 1MDB.

Relaks .... jangan gelabah pula bila tengok artikel panjang dari WSJ itu. Sebenarnya WSJ cuma tambah sikit je lagi info dari apa yang sudah dilaporkan sebelum ini.

Masihkah anda ingat dakwaan WSJ pada pertengahan Disember tahun lalu di mana dikatakan 1MDB telah bayar US$850 juta kepada syarikat yang namanya mirip syarikat kepunyaan IPIC ( KLiK ) ? DAN satu lagi dakwaan WSJ pada pertengahan September tahun lalu di mana WSJ dakwa sebanyak US$993 juta yang dibayar 1MDB kepada IPIC untuk menebus Option ke atas saham Edra sebenarnya tidak diterima oleh IPIC ( KLiK ) ?

So, tambahan dakwaan dari WSJ kali ini cuma - kedua2 bayaran yang dibuat oleh 1MDB yang tidak diterima oleh IPIC telah dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited, yakni syarikat yang namanya mirip syarikat milik IPIC dan dari situ sejumlah wang yang tidak disebut secara spesifik, telah disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.






Angka US$2.4 bilion itu adalah jumlah deposit yang kononnya dibayar oleh 1MDB kepada IPIC kerana menjadi penjamin kepada pinjaman Goldman Sachs sebanyak US$1.4 bilion DAN US$993 juta yang kononnya dibayar oleh 1MDB kepada IPIC bagi menebus Option.

Pendek kata - WSJ dakwa, dari syarikat yang namanya milik syarikat IPIC itulah datangnya wang yang masuk ke akaun Najib.

Yang didedahkan sebelum ini dan kemudiannya Najib mengaku terima adalah US$681 juta. Tapi wang yang disalurkan ke syarikat palsu itu hampir US$2.4 bilion. Sebab itu WSJ kata, mungkin lebih dari US$1 bilion telah disalurkan ke dalam akaun Najib.

Faham ? Mudah jer kan .....

Artikel WSJ itu turut disebarkan akhbar berpengaruh di England The Guardian .....glamer lagi Najib !

TheGuardian
                                        ********************************************                 

Penafian dari 1MDB - "1MDB secara konsisten menegaskan bahawa ia tidak membayar apa-apa wang ke dalam akaun peribadi perdana menteri,"

"Justifikasi mengenai serangan berterusan mereka adalah maklumat itu diperolehi daripada sumber yang tidak dinamakan dan tanpa nama.

"Bersandar kepada sumber tanpa nama, yang belum tentu wujud, pihak Wall Street Journal mengkhianati piawaiaan kewartawanan asas dan tersasar daripada membuat laporan yang seimbang," kata 1MDB. - Mkini.


Adooooi ... boringlah jawapan cliche dari 1MDB ni. Sebelum 1MDB jawab pun kita dah boleh agak apa respon 1MDB.


Kalau ikutkan dakwaan WSJ di atas, WSJ tidak pun sebut yang 1MDB bayar wang ke dalam akaun Najib. WSJ sebut wang itu BERASAL ( originated ) dari 1MDB. Adalah entiti atau syarikat di tengah2 yang menjadi pengantara.

Secara teknikalnya, memanglah 1MDB tidak bayar terus ke dalam akaun Najib. Tapi ada atau tidak 1MDB bayar kepada Aabar Investments PJS Ltd ?

Betul ke 1MDB bayar hampir US$2.4 bilion kepada IPICdan IPIC terima sebanyak itu ?

Kenapa tidak dapatkan bukti bertulis ( surat umpamanya ) dari IPIC yang mengesahkan IPIC ada menerima wang itu ?

Kan senang ...... ? Tak perlu nak bertaichi jawap, tak perlu nak ikut sama melemparkan pelbagai tuduhan macamlah 1MDB ini entiti politik, dan paling penting ...... Najib tak perlu menunggu hari Selasa yang tepat untuk menyaman WSJ bagi membuktikan dakwaan WSJ itu palsu !

Nampak tak ? Jawapannya ada di tangan 1MDB ! 1MDB mampu menangkis kesemua dakwaan WSJ tanpa mengeluarkan kos pun. 1MDB juga mampu menyelamatkan maruah Najib yang sememangnya BLUR dalam semua hal ini. 1MDB juga mampu menyelamatkan maruah rakyat dan nama negara dari ditertawakan masyarakat dunia !

APA YANG SUSAH SANGAT 1MDB NAK JAWAB ?

Kesemua dakwaan WSJ itu ada kaitannya dengan perjanjian pinjaman Goldman Sachs yang mana IPIC menjadi penjamin. Sebagai balasan menjadi penjamin ..... ( haaaa ini yang jadi pertikaian ) 1MDB kena bayar deposit US$1.4 bilion kepada IPIC dan 1MDB beri Option untuk memilik 49% saham Edra. Bila 1MDB nak hapuskan Option Edra itu, 1MDB terpaksa bayar pampasan kepada IPIC.

Deposit dan pampasan itu yang didakwa oleh WSJ sebagai tidak diterima oleh IPIC, sebaliknya disalurkan ke sebuah syarikat palsu yang kemudiannya memasukkan wang ke dalam akaun Najib.

Nah, mudahkan senarionya. Sepatutnya adalah satu perkara mudah bagi 1MDB untuk kantoikan WSJ ! Semua bukti ada pada 1MDB. Dedahkan perjanjian penjamin itu, dan segala pembayaran dan bukti penerimaan .... settle.


TAPI KENAPA SUSAH SANGAT 1MDB NAK JAWAP ? ?


Dan nak panjangkan lagi kemelut berkaitan IPIC / Aabar ni ..... JUST UNIT hasil dari pelaburan 1MDB-Petrosaudi juga dijamin nilainya oleh Aabar / IPIC !


Takde syarikat lain ke yang 1MDB ni berurusan selain dari IPIC / Aabar ? Kata international .... takkan dengan SATU je syarikat ? Balik2 IPIC ..... balik2 Aabar .....  Pelik juga kan ....

Dan kenapa susah sangat 1MDB nak jawap padahal semua bukti ada di tangan 1MDB ? Mudah sangat nak kantoikan WSJ tanpa perlu saman menyaman tapi ternyata ..... macam ada perkara yang 1MDB nak sorok !

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2016 at 8:46 PM

Agaknys jawapan yg tak boring dari 1mdb adalah… ya betul najib makan duit komisen… tsk gitu? So boring

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2016 at 8:52 PM

@zariYES !! YES !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 9:27 PM

Penafian dari 1MDB - "1MDB secara konsisten menegaskan bahawa ia tidak membayar apa-apa wang ke dalam akaun peribadi perdana menteri,"

"Justifikasi mengenai serangan berterusan mereka adalah maklumat itu diperolehi daripada sumber yang tidak dinamakan dan tanpa nama.

"Bersandar kepada sumber tanpa nama, yang belum tentu wujud, pihak Wall Street Journal mengkhianati piawaiaan kewartawanan asas dan tersasar daripada membuat laporan yang seimbang," kata 1MDB. - Mkini.

Memanglah 1MDB tidak menyalurkan wang ke dalam akaun peribadi Najib, tetapi disalurkan melalui pelbagai akaun untuk mengelirukan orang ramai, sedangkan hakikatnya wang itu adalah dari 1MDB juga.

Kalau kita lihat pergerakan wang itu, sangat kompleks, pasal apa perlu pengaliran wang itu yang begitu kompleks sedemikian? Apakah urus niaga 1MDB dengan akaun-akaun yang terlibat dengan pergerakan wang itu?

1MDB janganlah menipu lagi, kerana hakikatnya berbilion wang hutang 1MDB itu telah diselewengkan secara curang sedangkan hakikatnya hutang 1MDB itu dijamin oleh kerajaan dan kerajaan perlu keluarkan wang dari perbendaharaan yang mana wang dalam perbendaharaan itu adalah wang untuk rakyat, tak pasal-pasal wang untuk rakyat kena digunakan untuk bayar hutang 1MDB dengan alasan 1MDB adalah syarikat milik kerajaan.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 9:41 PM

"1MDB secara konsisten menegaskan bahawa ia tidak membayar apa-apa wang ke dalam akaun peribadi perdana menteri,"

Alahai....kalau tak betul, apa masalah 1mdb pi saman je wsj kat new york? Ada berani? Ada teloq? Najib? Sindri mau ingatlah chai...

"Justifikasi mengenai serangan berterusan mereka adalah maklumat itu diperolehi daripada sumber yang tidak dinamakan dan tanpa nama."

Kalau macam tu pi la mahkamah usa tuntut wsj berikan nama? Apa masalahnya? Ada brani? Ada teloq? Najib? Sindri mau ingatlah....

"Bersandar kepada sumber tanpa nama, yang belum tentu wujud, pihak Wall Street Journal mengkhianati piawaiaan kewartawanan asas dan tersasar daripada membuat laporan yang seimbang," 

Macha, lain kali jangan buat kenyataan akhbar lebeh2 la macha...tada brani kalu, berniaga nasi kandar lagi ummmphhh!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 9:45 PM

"ya betul najib makan duit komisen… tsk gitu? "

Nasi tambah....duit dan harta rakyat TAK IZIN kan sekaligus HARAM, sprm pun dah bagitau menyalahi undang2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 9:53 PM

Actually there is another party that for so many months could have disclosed whether the Ambank accounts of you-know-who had had just over US$1 billion deposited into (plus the particulars of the senders) - for the depositing information has been around for quite some time (but only now has gone viral). Yes, I am talking about our supposed respectable institution the Bank Negara!

They could have just come out with one single sentence stating out the truth and nothing but the truth. But I guess nothing much could be expected of them - and instead we have to rely on overseas' institutions such as the WSJ.

Shame on us?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 11:15 PM

@zari mati2 ingat najib ade ckp camtu...elok le jujur dari menipu sampai hujung nyawa? Tak malu ke dah tua hidup menipu lagi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 11:37 PM

@Anonymous tu lah .. nak nafi apa lagi kan. sah sah lah dari carta alir yang AG tunjuk sendiri ia bukan dari pak arab .. tapi dari syarikat2 yang ada kaitan dengan kerajaan.

percanggahan fakta adalah dari pihak Najib sendiri :)

dia katakan sumber WSJ dari tanpa nama.. pemberi DERMA najib pun tidak bernama.

KAH KAH KAH

berbelit belit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 11:48 PM

Wpmen's power,.....Rosmah pengganti Zeti,Arul Kanda deputy,dan Apandi penasihat undang-undang Bank Negara.Ini perlu demi memperkuatkan UMNO untuk menghadapi PRU 14.We Love Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2016 at 1:09 AM

Dear Anon 9.53pm,

If you could remember, during one interview You-Know-Who gave to the press, she said that she could be arrested if she said what she is not supposed to say.

See? You-Know-Who mentioned the word 'arrested'. To me, that means she had been warned and threatened. But she would not have been the best in her field if she didn't attempt to wriggle her way out of that invisible claw. That's also why, I believe that she is adamant to make sure that this 1mdb scandal be solved before the end of her tenure. Her words were = this is my mission now.

Even Tan Sri Azman didn't say anything, right?
And every year, we were forced to hear him singing in his croaking voice during Sambutan Ambang Merdeka... hahahaa...

Why no journalists go after Tan Sri Azman?
Why...? Why....?

CEO of LHDN also took his time to answer the question about why the Rm2.6 Billion was not taxed. Now, we know... ooh... it's because the money is a donation... as simple as that!

But what about the RM42 Million that came from SRC Int,? Has the money been taxed? How much?
Is Mr CEO gonna take his time again before he can come up with an answer?
Or is he gonna answer: Well... since najib thought that Rm42 million is also donation money (which he said he had returned), so LHDN cannot tax him.

hahahahaaa..... the invisible claws are everywhere now...

be careful everyone!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2016 at 8:39 AM

If the theory of supply chain management (SCM) is applied to the case of najib viz 1MDB and RM2.6 bil or more, it could have been resolved yesterday. Unfortunately, due to disruption at any one point of the chain, surely we do not expect them to be resolved in this country. Name it at which level....BNM, MACC, AG, PAC, Audit, SC, LHDN, PDRM etc etc...all interrupted not by the procedures but by najib cash is king.

Our only hope dear malaysians will be the external investigations. I am quite positive, in March we will expect explosive reports by these foreign investigating teams.

I AM PRAYING FOR NEWS OF WARRANT ARREST ISSUED BY INTERPOL FOR CASH IS KING.......amiin

....................
Reply To This Comment ...................
March 2, 2016 at 9:19 AM

Najib dah tersepit,1mdb pun tersepit,dah takde jawapan yg sesuai utk d beri jd hentam saja la jawapan pun.janji jawab..pastu wat muka seposen.

....................
Reply To This Comment ...................
March 2, 2016 at 9:31 AM

Apa apa kenyataan dari 1MDB dan cai cai atau barua Najib hanyalah putar belit untuk mengelirukan rakyat umum. Bank negara telah pun membuktikan bahawa 1MDB menipu bila kebenaran untuk pelaburan ke sebuah syarikat tetapi wang telah di selewengkan ke syarikat lain milik Jho Low.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2016 at 10:53 AM

Pendedahan dari wall street journal akan buat laporan audit 1mdb bertambah celaru dan lintang pukang sebab ada lobang baru lagi besar nak kena kambus nampaknya kena tangguh lagi lah bro din turtle setiap kali timbul lobang kena tangguh lah

Sebab tu lah laporan audit 1mdb asyik tangguh saja laporan audit terakhir yang penuh tanda tanya dibentang pada Mac 2014 itu audit untuk tahun kewangan 2013 laporan audit yang punya lama duk tangguh2 sampai makan tahun ni adalah laporan audit bagi tahun 2014 pengerusi pac hasan cari makan bilang nak bentang januari bila nak abis januari tangguh ke febuari dan bagi janji pasti bentang febuari bila nak habis febuari bagi alasan pulak akan bentang awal minggu pertama mac kena ingat yang duk tangguh2 ni adalah laporan audit 1mdb bagi tahun 2014 dan untuk audit tahun 2015 mungkin akan bentang selepas habis PRU14 itu kena tunggu hasan cari makan tanya aljib dulu kemudian aljib pula nak kena sembah tanya mak semah dan jawapan dari mak semah pula kena passing passing macam tu lah baru hasan cari makan boleh cakap bila boleh umum tarikh sebijik cerita dongeng tapi ianya benar.

Moral of the story semuanya kerana nak kencing rakyat

Post a Comment