........... Bila Kerajaan Terengganu Nak Iktiraf Jasa MatSaid dan Sultan Yang Telah Menyelamatkan Royalti Minyak Dari Hangus Dek TIA ( 1MDb ) ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Kerajaan Terengganu Nak Iktiraf Jasa MatSaid dan Sultan Yang Telah Menyelamatkan Royalti Minyak Dari Hangus Dek TIA ( 1MDb ) ?

Thursday, March 3, 20167comments

Ingat nak tulis mengenai sidang akhbar Muhyiddin tadi tapi rakaman video yang dibuat tadi ada masalah sound jadi saya tunggu rakan keluarkan segmen tertentu itu dulu baru saya komen. 




Sekadar satu flashback ..... mengenai cadangan Najib yang mahu mencagarkan royalti minyak Terengganu sepertimana didedahkan oleh mantan MB Terengganu MatSaid tahun lepas.

Dengan apa yang kita dapat saksikan sendiri nasib 1MDB yang terpaksa bergolok bergadai menjual segala harta benda untuk membayar kembali hutangnya yang menggunung, ditambah pula fakta bahawa dari segi operasi, 1MDB tidak pernah untung pun ..... agak2lah, apa yang rakyat Terengganu bakal hadapi ketika ini kalaulah ditakdirkan pelan mencagar hasil royalti itu berjaya dilakukan dulu ?

Sudah pasti rakyat Terengganu akan bangkit PROTES ! 

Seharusnya kerajaan negeri Terengganu mengiktiraf Mat Said dan baginda Sultan sebagai HERO TERENGGANU kerana atas sebab ketegasan mereka yang tidak mahu menggadai harta masa depan rakyat Terengganu atas nama 1MDB, maka negeri Terengganu masih tetap menerima royalti minyak tahunannya.

Serius beb ! Entah berapa puluh tahun royalti itu mahu dijadikan cagaran oleh Najib untuk mendapatkan pinjaman bagi menjana modal bagi TIA ( sebelum bertukar jadi 1MDB ).

Tanah2 yang kini dijual oleh 1MDB itu ..... apa yang rakyat dapat ?

Gantikan tanah2 itu dengan royalti minyak Terengganu selama berpuluh tahun  ....... melopong jerlah rakyat Terengganu yang hanya mampu melihat saja hasil minyak disedut keluar dan royalti yang biasa diterima itu digunakan buat bayar hutang pinjaman kerana telah dicagarkan .....

Seharusnya kerajaan dan rakyat Terengganu berterimakasih kepada Mat Said dan Sultan mereka !

Jangan kerana perkara itu tidak berlaku atau kerana berjaya dihalang maka ia harus dilupakan begitu saja. Mencegah itu jauh lebih baik dari mengubati !

Mereka berdua bukan saja berjaya mencegah perkara hina itu dari berlaku malahan mereka juga berjaya mengelak entah apa saja perkara buruk yang bakal berlaku sekiranya ia tidak dihalang dulu. 

Bukan kecik anak jasa MatSaid dan baginda Sultan kepada rakyat Terengganu !


Oya, dari TMI bertarikh 14 Ogos 2015, Mat Said ada berkata -

Banyak perkara yang mencurigakan mengenai TIA, kata Ahmad, bagaimanapun beliau tidak mahu mendedahkannya, mengatakan beliau menunggu masa yang sesuai untuk membongkar segalanya.

"Saya simpan dahulu buat sementara waktu, bila sampai masanya saya akan dedahkan lagi," 

Bila lagi masa yang sesuai itu, Datuk Seri ? Dah masuk 7 bulan berlalu ......

PS - Jika ada yang masih yakin 1MDB itu satu projek berjaya, apakata anda minta MB masing2 supaya hulurkan bantuan dengan melabur atau mencagar harta negeri kepada 1MDB ? Pasti banyak dapat untung nanti, kan ..... 

PS - Takkan kerajaan Terengganu sekadar melepaskan luahan lega ala rakyat - Fuuuuuh, nasib baik ..... kalau tidak la ..... makan bilion2 ringgit tuh !

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2016 at 11:23 PM

Din,
Saya nak tanya, ada tak org UMNO yg sanggup namakan anak mereka Najib? Saya yakin, tahun 2016, takda bayi yg dinamakan Najib dalam Malaysia ni. Boleh check dgn Jabatan Pendaftaran.
Koi org Kuantan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2016 at 2:51 AM

Jika mat said bersetuju cagar royalty minyak terengganu pada saat sekarang ini confirm mat said masih lagi mb terengganu oleh kerana mat said tak setuju cagarlah buat najib marah akibatnya mat said dipecat dari mb kesian mat said dizalimi sedang buat persiapan majlis perkahwinan anak kena pecat itupun nasib baik tak boleh pecat sultan kalau boleh sultan pun najib mau pecat.

Tapi tak apa tak lama lagi rakyat akan pecat najib dengan penuh kehinaan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2016 at 7:53 AM

Sepasangan Ah Jib dengan Jholow itu sungguh dahsyat hasrat mereka - tamak haloba dengki khianat. Orang miskin tidak dikecualikan jadi mangsa tipu helah mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2016 at 11:13 AM

Wassalam. Kita baca dengan sedih nya kisah Mat Said ni. Tapi berapa ramai oran Ganu akan bersimpati dengan nya? Tidak kalo dio oran UMNO sobab duit RM 2.6 bil ado ditangan siBugis tu. Kalo bercakap dio hulur RM1 juta macam si Johor Baru dan RM 2juta pada Mat Maslan. sonyaplah.Diam lah. Cash is King said the Bugis man. Thus your mouth is sealed as soon as the RM is remitted.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2016 at 12:21 PM

Nak sebut nama Mahadhir pun jjenaah mesyuarat takut. Inikan pula nak isytihar Mat Said sebagai pahlawan. Kalau mereka isytihar Mat Said sebagai pelawan, aku tidak terkejut pun.

....................
Reply To This Comment ...................
March 4, 2016 at 12:26 PM

Bro

Syukur rakyat Trengganu terlepas dari malapetaka jadian Najib. Terima kasih kebawah Duli Sultan dan MB Mat Said atas pandangan jauh dan kebijaksanaan mengelak TIA jadi korban kerakusan Najib. Namun rakyat Trengganu tetap sama menanggung beban dan bau busuk bangkai 1MDB bersama rakyat Malaysia yang lainnya. Tiada pengakhiran yang setimpal kecuali dengan mengheret mereka yang terlibat ke mahkamah dan menerima hukuman atas kezaliman dan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia...terutama sekali pemegang watak utama Najib.

Beralih isu bro...ko dah baca interview Najib dengan Arab News di The Star hari ni?...Menyampah...menyumpah yumpah aku...jelek sekali. Begitu agong dan bijaksana Najib menonjolkan dirinya...tapi tak sedar dirinya kotor dan berbau busuk dimata rakyat malahan seluruh dunia... kotoran dan bau busuk tu akan sentiasa menyelubungi dirinya...walaupun pergi haji dan umrah beratus kali..tak dapat mensucikanya...

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/03/04/najib-razak-interview-arab-news/

wasalam.

....................
Reply To This Comment ...................
March 4, 2016 at 12:43 PM

@PutraKrakenSibuk sikit bila on the road ni, insyaAllah bila free saya baca dan komen. Terimkasih di atas link

Post a Comment