........... Bersama Muhyiddin Dan Mukhriz Di Kota Tinggi Johor - Gerenti Tak Lari Punya ! Boleh Tanya Soalan..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bersama Muhyiddin Dan Mukhriz Di Kota Tinggi Johor - Gerenti Tak Lari Punya ! Boleh Tanya Soalan.....

Saturday, March 19, 201614comments



Mesej kepada rakyat Johor yang ingin mendapatkan Kebenaran atau Cerita Sebenar dari tuanpunya badan, bolehlah bertemu sendiri dengan Muhyiddin dan Mukhriz di Kota Tinggi jam 9 malam hari Isnin.

Di jamin Muhyiddin dan Mukhriz tidak akan LARI dari bertemu rakyat dan mereka juga tidak akan ELAK dari menjawab apajua persoalan dari rakyat. Mereka tidak akan lari ikut pintu belakang dewan !



Program Santai Bersama Muhyiddin dan  Mukhriz - Polemik Politik Masa Kini, Ke Manakah Arah Kita ?

Isnin, 21hb Mac 2016
Jam 9 malam
Tempat : Dewan Sri Teratai, Kampung Batu 4. Kota Tinggi, Johor.



Mukhriz pula pada hari yang sama iaitu Isnin 21 hb Mac akan bersama rakyat Johor di :

Pagoh jam 8-10 pagi
Tempat : Pekembar

Pontian jam 12-2 petang
Tempat : Restoran Zainab Bandar Pontian

Johor Baru jam 4-6 petang
Tempat : Restoran Cairo Nasi Arab Plaza Sentosa



Ucapan Muhyiddin di Perasmian Berkelompok Umno Cawangan2 Pagoh semalam -

1. Terima kasih atas ucapan YB Timbalan Ketua Bahagian.

Situasi mencabar ini menuntut keberanian yang luar biasa. Berani menyatakan yang hak bukan yang batil.

2. Kembali kepada pokok perjuangan dalam UMNO. Iaitu untuk membela agama bangsa dan negara. Menuntut kebenaran kerana dengan itu dapat memimpin orang Melayu ke jalan yang benar.

3. Ketika kita menghadapi cabaran yang getir hanya mereka yang berani sahaja akan berjaya.
Hari ini saya hadir sebagai Ketua Bahagian sahaja. Jawatan Timbalan Presiden telah digantung. Tetapi sebelum inipun telah digantung. Hadir perhimpunan agung pun jadi tunggul.

4. Saya melaksanakan satu amanah. Setelah dilantik ke pelbagai jawatan tentunya saya pikul amanah. Apabila ada kemungkaran saya bersuara dan bercakap di dalam kabinet dan di dalam parti. Tetapi apa yang jadi saya dihukum.

5. Saya bukan dilantik tetapi dipilih.

6. Seharusnya dengan sebab ada amanah yang diberikan kepada saya, saya bertanggungjawab melaksanakan amanah. 

7. Tugas membantu Presiden boleh ditafsir dengan begitu luas. Memberikan pandangan kalau ada perkara yang berlaku yang menyentuh urusan negara dan parti tidak boleh bincang seorang diri. Perlu bincang sama-sama untuk beri pandangan menegur dan mengkritik secara membina untuk menyelamatkan parti dan negara.

8. Tetapi antara sebab saya digantung ialah kononnya kerana saya tidak menjalankan tugas. Sebenarnya sebelum digantung jawatan pun saya telah digantung tugas dahulu. 

9. Saya disekat daripada menjalankan tugas. Bukan saya tak boleh bekerja. Mereka tak beri saya buat kerja. 

10. Apakah Presiden UMNO takut sangat dengan apa yang saya nak katakan dalam perhimpunan agung sehingga saya tidak dibenarkan berucap.

11. Presiden masih diselaputi pelbagai perkara yang memalukan kita sebagai ahli Umno. Di Parlimen diberitahu jangan bincang isu 1MDB. Parlimen institusi tertinggi negara takkan tidak boleh bincang isu besar negara. Tentu ada sesuatu perkara besar yang hendak diselindung.

12. Kerana keadaan sebegini rupa orang tidak percaya kepada pemimpin Umno.Tentu ada sebab musabab masalah yang berlaku negara menanggung beban. 

13. Saya jumpa dengan pekebun getah. Harga getah jatuh. Pendapatan bulanan RM200-300 sahaja. Di bawah paras kemuskinan. Mereka kata masalah rakyat berkait dgn masalah kepimpinan.

Saya memikirkan perkara ini bersama Tun Mahathir dan lain-lain. Sekiranya permasalahan besar berterusan, bila tiba pilihanraya rakyat akan buat pilihan. Dulu tak perlu buat pilihan. Terus saja undi BN. Sekarang ketua umno cawangan Pagoh pun tanya saya mereka nak undi siapa dalam pilihanraya. Ini dilema.

14. Punca permasalah besar Umno ialah kepimpinan Najib. Banyak isu yang berlegar di sekitar beliau yang dia tak jawab. Dia suruh DS Zahid jawab di Parlimen. Tapi tak boleh soal jawab di Parlimen. Sedangkan yang tahu ialah Najib. Kenapa dia tak jawab?

15. Jadi keputusan kami ialah desak Najib letak jawatan. Saya bukan nak jatuhkan kerajaan.
Saya bukan pengkhianat UMNO. Saya nak menyelamatkan UMNO.

16. Pemimpin lain bersepakat dalam isu sebesar ini. Kita perlu ketepikan fahaman politik. Pemimpin UMNO, PAS, DAP, AMANAH, PKR, NGO2 semua duduk bersama kerana matlamat kita nak menyelamatkan Malaysia bukan nak menjatuhkan negara. Anwar Ibrahim pun sokong kerana negara.

17. Dalam situasi nak menyelamatkan negara kita mesti bersatu. Ahli UMNO terlebih dahulu mesti bersatu. Ahli Umno Pagoh yang paling awal mesti bersatu. Takkan mereka nak gantung semua 20 ribu ahli Umno Pagoh. Kalau semua ahli UMNO bangkit di 191 bahagian, takkan mereka nak gantung semua.

18. Saya telah lama berkhidmat dalam UMNO dan kerajaan. Saya ada pilihan. Saya boleh bersara dan berehat. Tetapi ramai yang mengharapkan saya melakukan sesuatu. Jadi saya tak boleh berhenti.

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2016 at 12:14 PM

Ahli UMNO Pagoh memang terbaik. Terima kasih kerana tanda tangan deklarasi rakyat semalam.

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2016 at 1:01 PM

Kenapa pahlawan Aceh Ku Nang tak berani nak pecat atau gantung Mahyudin, Shafie dan Mukhriz sebagai ahli UMNO. Adakah pahlawan Aceh hanya berani menggangtung Ainina dan Dato Hamidah saja. Tindakan sebegini menunjukan Pahlawan Aceh tak ada telor. Sama saperti boss nya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2016 at 1:23 PM

Thums up TSMY and Dato Mukhriz. Yang lain bacul,penakut bertuhankan RM. Bangsat sungguh pemimpin UMNO yg lain. Menyokong membabi buta. Nak tanya duit dari mana pun takut..asyik2 derma,toya mat amin apa jadahnye derma??
Ahli2 UMNO yg lain bodoh,benak dan bingai.

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2016 at 1:39 PM

Yg lain2 itu dalam istilah Melayu Johor.... 'Anak Gampang'.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2016 at 1:55 PM

hehe haha masukkkkkk bro masukkkkkkkk rakyat tolak tepi nak pihan rayyat jadi pengemis
mana ada malu itu kerja aka WAKIL RAKYAT
INI KELEJA BAGI PUN AKU TAK MAU

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2016 at 1:56 PM

Sudah tiba waktu dan masa pihak dalam UMNO berfikir apakah tindakan mereka mempertahankan presiden yang 'korup' adalah selari dengan tuntutan nasional? Belum pilihanraya sudah ramai perhati akan nasib UMNO seperti telur dihujung tanduk. Lihat bagaimana sukar keadaan PM kita sekarang yang sudah tidak selesa dengan wartawan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2016 at 4:00 PM

Najib dan konconya merupakan sel2 kanser dalam badan ummat Melayu .... ia sesama makan diri sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2016 at 4:36 PM

Dalam istilah melayu Kedah... Anak haram jadah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2016 at 6:06 PM

Bro Din,

Saya cadangkan Ketua Cawangan UMNO seluruh negara memboikot gerak kerja kempen bila PRU14 nanti.

Mohon Ketua Bahagian, ahli Majlis Tertinggi, calon, balaci najibul ngunnah yang keluar masuk rumah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2016 at 6:25 PM

Persoalannya..adakah ahli akar umbi UMNO berani membuat usul terhadap President?..MUNGKIN..dan saya percaya..walaupun ada usul..semuanya akan di bakul sampahkan kerana yang pasti akan di tolak kerana Ketua bahagian (Pro CASH IS KING) dan orang orang kuat di bahagian yang mungkin telah menikmati CENDERAHATI sebelum itu akan mengagalkan nya..Apakah langkah akar umbi jika usul yang di buat tidak di terima atau di tolak?

....................
Reply To This Comment ...................
samad
March 19, 2016 at 8:12 PM

sorry Mukhriz, UMNO sudah tidak boleh diselamatkan lagi...kami rakyat akan bersatu untuk menjatuhkan UMNO pada PRU akan datang.

Sad but true.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 2:23 AM

Soal UMNO selamat atau tidak terletak sepenuhnya dlm tangan ahli2 UMNO itu sendiri.

Rakyat cuma dapat memerhati saja. Tindakan rakyat akan berpunca dari apa yg diputuskan oleh UMNO. Tindakbalas rakyat adalah bersumberkan "common sense" logik akal dari semua tindakan UMNO berkaitan dgn isu-isu penting yg melibatkan maruah negara, bukti2 sahih dan tindakan susulan yg dibuat bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

Rakyat akan bersuara melalui kertas undi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 5:12 AM

Setuju.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 8:46 PM

Dalam istilah jawa... Binawei

Post a Comment