........... Arul - 1MDB Tidak Sembunyi Apa2 Kepada Penyiasat. Tapi Kepada Rakyat ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Arul - 1MDB Tidak Sembunyi Apa2 Kepada Penyiasat. Tapi Kepada Rakyat ?

Saturday, March 26, 201615comments

Mkini
Lama dah tak dengar CEO pujaan cai2 Najib ni bercakap ....  semalam Arul Kanda tampil di BFM89.9 dengan kenyataan 1MDB tidak ada sembunyikan sebarang perkara kerana 1MDB sudah melalui proses siasatan menyeluruh oleh pihak berkuasa tempatan mahu pun badan kawal selia asing.

Sebelum kita melenting dan mula hentam mamat ni, ada baiknya kita kaji kenyataannya terlebih dulu. sebab ada kebenaran disebaliknya. Ini masalah 1MDB ..... setiap ayat harus dikaji bagi memahami maksudnya yang sebenar. Tidak boleh diterima begitu saja sebagaimana kenyataan dari syarikat2 lain.

Contohnya, 1MDB tidak ada sembunyi apa2 ...... kita kena pastikan dulu DARI SIAPA ? Dari apa yang kita boleh fahami dari ayat di atas, Arul kata 1MDB tidak ada sembunyi apa2 dari PIHAK YANG MENYIASAT. 

So ..... kita tak boleh nak komenlah sebab kita tidak tahu apa yang telah didedahkan kepada pihak penyiasat dan ini termasuklah pihak Ketua Audit Negara. Masalahnya laporan akhir Ketua Audit itu telah dijadikan maklumat rahsia di bawah OSA. 

Kita cma boleh menunggu bentangan oleh PAC di Parlimen. Itu pun kita tidak pasti apakah yang bakal dibentangkan itu hasil kajian PAC ke atas laporan Ketua Audit Negara atau laporan Ketua Audit Negara itu sendiri ?

Kalau PAC buat keputusan nak sembunyikan maklumat ..... mana kita tahu ? Pendek kata, kita terpaksa bergantung kepada budi bicara Hasan Cari Makan.

OK, kita sambung lagi ......

"Malah, saya ingin jelaskan, berdasarkan siasatan awal oleh pihak Bank Negara Malaysia, peguam negara memutuskan tiada sebarang kesalahan (dilakukan oleh 1MDB),"

Well ..... yang ini kita boleh pertikaikan ! Sebab 3 hari lepas Zeti ada menyatakan -

"Mereka (1MDB) tidak mematuhi arahan, (oleh itu) bank pusat itu akan mengambil tindakan penguatkuasaan pentadbiran yang sesuai seperti yang dibenarkan oleh undang-undang di mana bank beroperasi," ( KLiK )

Ia berkaitan isu 1MDB yang dilihat telah MENIPU semasa buat pengisytiharaan alasan dana dibawa keluar negara konon untuk tujuan pelaburan di Perancis bagai padahal semuanya di'labur'kan di Petrosaudi. Kenapa TIPU ?

Jika tidak ada kesalahan kenapa Zeti kata - "Bank Negara merancang untuk mengemukakannya (cadangan untuk tindakan),"

Sambung lagi ...... Arul kata,  Mengenai dana US$1.83 bilion yang diarahkan oleh Bank Negara Malaysia agar dibawa pulang, beliau menjelaskan ia telah ditukarkan dan dijadikan sebagai unit dana pada 31 Mac 2014, yang bernilai US$2.33 bilion.


Mengikut transkrip program khas Bernama TV With Arul Kanda pada Oktober tahun lepas, Arul berkata, 

14. DANA DI SINGAPURA

Jika anda lihat semula nota akaun kami, adalah jelas dari September 2012, 1MDB telah pada mulanya membuat pelaburan dalam ekuiti dan pinjaman Petrosaudi.

Setelah masa berlalu, dana itu telah diubah kepada unit, jadi sejak September 2012, ia adalah unit dana. Pada 2014, 1MDB menebus unit dana itu dalam dua cara, satu dalam bentuk tunai menerusi jualan oleh pengurus dana dan kedua menerusi jualan unit dana.



Mana satu ni ? Ditukar jadi Unit pada 31 Mac 2014 atau September 2012 ? 

Pemilihan tarikh 31 Mac 2014 yang disebut oleh Arul semalam itu kebetulan sama dengan tarikh akhir akaun tahunan 1MDB ..... tak tahulah samada ada kaitan atau tidak. Kita kena tunggu laporan akaun itu dikeluarkan terlebih dulu. 

Unit dalam apa ? Sampai sekarang kita tidak tahu ...... Mesti ada nama... contoh Unit ASB ke ..... apakah 1MDB sembunyi fakta ? Tidak .... 1MDB cuma tak sebut jer ! Kerajaan pula cuma sebut JUST UNIT.

Itu belum kita ungkit lagi PENIPUAN NAJIB di Parlimen mengenai kononnya ada duit cash di BSI Singapura !

Lagi Arul kata, Mengenai sejauh mana penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB - dalam pelan rasionalisasi syarikat itu, Arul Kanda berkata komunikasi adalah menerusi Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham.

Tapi siapa pula jadi bos Kementerian Kewangan ? Cit, orang yang sama juga ...... Najib Razak juga. Apalah Malaysia ni, takde orang lain ke yang layak jadi Menteri Kewangan ? Asyik2 nama tu juga ..... Dialah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, dialah Menteri Kewangan, dialah PM ... 

Hanya Najib Razak saja yang layak ! 

Dan nampak gayanya Najib TIDAK AKAN lepaskan mana2 satu jawatan pun ..... kenapa ek ? Dah kelam kabut, RUGI BILION2, Jual aset negara nak bayar hutang .... masih juga Najib tidak mahu lepaskan 1MDB kepada orang lain !

Jadi balik kepada tajuk artikel Mkini di atas - 1MDB tidak sembunyi apa2 .....  anda boleh terima ?

Kita terus konsisten, jalan terbaik untuk yakinkan rakyat adalah dengan mengadakan satu sesi soal jawab terbuka dengan pengkritik dan wakil2 dari rakyat di mana kita bebas untuk bertanya apa saja persoalan yang tergantung dan 1MDB kena jawab secara telus. Apa masalahnya kalau benar 1MDB tidak ada apa mahu disembunyikan ? 

Yang rakyat tahu, 1MDB ini banyak benda pelik. Dan Menteri atau pemimpin di pihak kerajaan kalau banyak soal akan dipecat ! Rakyat yang tanya banyak pula akan dilabel pembangkang.

Satu lagi berita adalah kenyataan KBAB yang Polis masih siasat 1MDB dan hanya menunggu PAC bentangkan laporan di Parlimen sebelum siasatan disambung.
Mkini
.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 12:52 PM

Din gambo bwh tu kurang jelas,mata sakit ni..dia tulis polis masih tido ke polis masih siasat??

....................
Reply To This Comment ...................
March 26, 2016 at 12:52 PM

Poorahhhhh!.....

Ade sesiapa yang percaya cakap Kandar ni!....
Mana Annual Audit Report 2014?...
Ini dah 2016 dan sepatutnya Annual Audit untuk 2015 pun patut bermula...

Kalau Annual Audit Report tahun-tahun yang sebelumnya pun banyak sangkut....Buktikan ketelusan dengan "publicise" 2014 report complete dengan nota-nota akaun dan confirmation of balances dari semua pemiutang...SEMUA DETAIL sekali!....

Apa nak sorok...1MDB bukan syarikat persendirian....
Tunjukkan keterbukaan yang sebenar....pastu baru boleh rakyat lihat dan analyse details yang didedah.

Ada berani?.....

....................
Reply To This Comment ...................
March 26, 2016 at 12:56 PM

Mengapa Dana Unit (bukan tunai) kena simpan kat SG & BNM pun tak halang Dana Unit bawa balik pun sebab ianya bukan Tunai... betul tak..?

Apa alasan Dana Unit kena simpan dalam bank, ni unit bukannya liquid asset yang sesiapa boleh tunaikan, simpan laci terkunci kat meja pejabat pun elok kan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 12:56 PM

Din, banyak sangat jawatan dipegang pasal tu semua pun tak perform. Dia perform jawatan suami kepada bini 2nd hand je.

Arul ni dapat jawatan 1mdb ni pasal dia pun species yang sama dengan menteri yang banyak jawatan ni. Lagi satu sifat dia orang ni kebolehan auta selamba tanpa berkelip mata. Bahaya species ni. Bahaya dati yahudi.

Mamat dalam gambar tu pun tunggu jawatan jugak. Dah dijanjikan pun gamaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 1:56 PM

Din walaupun jawapan hasil siasatan tu belum keluar tp kita dah boleh agak jawapannya. Jawapannya ialah Nothing To Hide.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 1:57 PM

Wassalam. During my working days I was exposed to the Japanese concept of 5S-Kaizen. Those who are familiar with this concept will know. But here in Malaysia this concept was introduced by the Japanese companies and we are grateful as the concept improves the productivity of the workers. However, of late we in Malaysia has been exposed to another concept-Malaysian style-6P. P-penyamun; P-pencuri; P-pembohong; P-perompak; P-penipu; P-pengkhianat. Last but not least P-Pe..w...(you know what).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 2:20 PM

Wow!! No doubt it's already proven the 6P concept is smarter than the 5S-Kaizen. The productivity is excellent and richer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 3:08 PM

Cakap lah apa pun orang dah tak percaya aku ulang orang sudah tak percaya makan lah gaji buta arul biar jadi darah daging anak bini pulohan keturunan dari hasil haram kerja menipu & cakap bohong

....................
Reply To This Comment ...................
EverythingToHide
March 26, 2016 at 7:08 PM

Din kalau betul jln 1MDB ni tentu la sejak awal semua berjalan lurus. Ni tak, nape banyak sangat kemusyhkilan dan tanda soal?????

Kalau semua bersih nape banyak mengelak itu ini? Dari situ pun org dah boleh tangkap ada yg tak kena. Kalau betul bersih pergi terangkan dlm COURT la.

Sekarang ni kita semua dah muak dengar alasan2 cakap dgn air liur tapi tak ada bukti sahih. Apa pun dibuat jawapannya tetap sama je. Jawapan yg tak kukuh langsung. Jawapan kartun.

Bila bukak je mulut pasal 1MDB ni kena tangkap, kena dakwa, kena block, kena warning tu maknanya they have everything to hide.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 9:42 PM

Nazir Razak pun tembak 1mdb.

So..masih nak cakap 1mdb takde masalah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 10:43 PM

Salaam bro,
Ini kenyataan dari kawan2 CEO saya mengenai arul....
Dia ni sebenarnya ok,tetapi yg pelik segala kenyataan berkaitan 1mdb ni semua kenyataan bodoh yg mana beliau TERPAKSA buat. Sebenarnya beliau cuma menyampaikan saja satu skrip yg telah di karang. Segala rekod2 beliau dlm memegang jawatan tinggi telah tercemar dgn teruk hanya kerana org itu. Dan kenapa beliau sanggup menggadaikan maruahnya,hanya beliau saja yg tahu. 1mdb adalah lambang kegagalan yg bernilai berbillion ringgit,yg mana sedar atau tidak rakyat adalah penanggungnya.
Utk arul menjadi sebegitu bodoh mmg amat lumayan upahnya! SAMPAI BILA?

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2016 at 11:14 PM

1MDB memang betul2 berpuaka. Dah banyak org jadik mangsa sebab 1MDB. Yg pertama TSMY, TS Shafie Abdal, MM, Tun M, Tun LLS, bekas CEO 1MDB, bekas auditor 1MDB, banker Ambank yg org Aussie tu pun dah kena pecat sebab ada kaitan dgn 2.6B dan banyak lagi. Kevin Morais? Former AG? Itu yg dlm Malysia saje.

Kalau kat luar negara pulak, mangsa2 1MDB termasuklah banker GS Asia Pasifik, yg kahwin dgn Kimora Lee. Selain tu, Mr Yak, banker dr Singapore. Justo, executive Petrosaudi( kena jail), 2 org CEO Aabar Inv, Khadeem Al Qubaisi dgn bisnes partner in-crime dia , Mohamed Al Husseiny. 2 org ni kena pecat oleh Syeikh Mansoor( tokey Manc City).

Goldman Sach US kena siasat oleh pihak berkuasa US dan Swiss sebab ada kaitan dgn money laundering dgn 1MDB. Ada satu bank swiss yg ada cawangan di Singapore pun dah kena jual sebab ada kaitan dgn 1MDB dan 2.6B. Banyak lagi la Din sebenarnya yg jadik mangsa 1MDB ni. Tak larat nak senaraikan. Terlalu banyak. Kalau disenaraikan satu persatu, lagi banyak org yg dapat kesan tak baik drpd org yg dpt benefit drpd 1MDB ni. Padahal company baru wujud 5-6 tahun lepas.

Company 1MDB ni macam takde merit, atau org cakap bayang2 utk jadik company yg berjaya. Baru operasi 5-6 tahun, dah banyak skandal kewangan. Kalau tengok company yg berjaya dan diuruskan dgn baik, biasanya takde atau kurang skandal2 besar macam 1MDB ni. Kalau ada masa, bro Din senaraikan la mangsa2 akibat dr skandal 1MDB yg dalam negara dgn luar negara. Yg saya takut, semuanya melibatkan org2 besar dlm sykt mereka, contoh macam ceo2, bos2 besar dlm well renowned company. Ambik contoh paling dekat, CEO Ambank KL. Ini semua bukan calang2 org, tapi terpaksa jadik mangsa sebab 1MDB dan 2.6B.

Dengar citer company real estate yg kat US tu pun kena siasat sebab jual kondo mewah kat penyamun2 dlm 1MDB. Banyak lagila, tak larat nak tulis..ciao

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2016 at 5:11 AM

Dia tu cuma ikut perintah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2016 at 6:37 AM

Apabila corporate company gagal melaksanakan perkara asas sesebuah syarikat bermakna syarikat itu gagal. mana penyata kewangan, laporan tahunan? urusan syarikat berbilion bilion tapi tiada rekod. bayangkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2016 at 6:39 AM

IGP baru balik dari lautan hindi la tu. tu yg ketinggalan zaman pasal
1MDB.

Post a Comment