........... Arahan Supaya Jangan Ada Usul Tak Percaya Kepada Presiden ! - Mukhriz | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Arahan Supaya Jangan Ada Usul Tak Percaya Kepada Presiden ! - Mukhriz

Saturday, March 12, 20168comments



Najib, Ku Nan dan beberapa pemimpin tertingi Umno sering menasihatkan ahli2 Umno supaya menggunakan saluran yang betul jika ingin bersuara apatah lagi jika mahu membuat teguran kepada kepimpinan parti.

Tapi waktu sama, mereka pula yang bersungguh2 menyekat saluran yang ada .... so apa citer ni ? Cuba dengar satu lagi pendedahan dari Mukhriz yang saya rakam pada 7 hb Mac ketika lawatan beliau ke Kota Baru.




KLiK untuk ke Youtube.

Setiap kali kita nak gunakan saluran yang betul, ada saja arahan daripada atas menyekat kita daripada bersuara.

Ini yang terbaru sekali, di Kedah pun dah berlaku, di negeri2 pun saya fikir dah berlaku... daripada Pengerusi Perhubungan guna Ketua2 Bahagian, dah bagi arahan - cawangan2 yang mula mesyuarat 18 hb Mac ini tak dibenarkan membuat sebarang usul undi tak percaya terhadap Presiden Parti.

Sebaliknya mesti buat usul - menyokong tak berbelah bahagi terhadap Presiden. 

Inilah masalah ataupun barah yang berlaku dalam parti kita, dalam keadaan kita ini (bagai) telur di hujung tanduk. Kalau berubah saja 2% daripada sokongan rakyat terhadap Umno, kita akan tumbang. Dan percayalah ketua2 cawangan yang hadir ini, kalau kita tumbang ... kita akan hilang jawatan Pengerusi JKKK kita dan kalau jadi pembangkang seperti Kelantan ini, JKKP pun akan hilang. Sebab kerajaan pusat pun akan tumbang.

Sekarang ini mungkin kita rasa masih lagi selesa walaupun kita pembangkang di negeri, tetapi kerajaan pusat itu masih BN, jadi kita masih lagi boleh hidup. Tetapi PRU14 ini, selagi DS Najib Tun Razak kekal sebagai Presiden percayalah, kerajaan BN akan tumbang di negeri dan juga di Persekutuan.

Dan kalau ini berlaku, kita akan menyesal tak sudah. Dan waktu itu sudah terlambat keadaan. Itu sebabnya kita mendesak agar Datok Najib ini undur segera, kita nak supaya dia undur dan serahkan jawatan Perdana Menteri itu segera. Dan kita akan gunakan masa yang ada ni, mungkin dua tahun sampailah Pilihanraya ni, untuk memulihkan keadaan. Peluang kita bukanlah saya nak kata cerah, kalau ada perubahan tapi sekurang2nya jauh lebih baik daripada keadaan sekarang ni.  

Sekarang ni, tanyalah siapa sekalipun, orang muda orang lama di dalam bandar di luar bandar pun, nak kata boleh ataupun tidak sokong BN dalam PRU14 ni, rata2 geleng kepala.

Yang kita dengar - tahulah apa kami nak buat PRU nanti !


Memalukan kepimpinan Umno di bawah Najib ni ! PENAKUT ! Takut mahu menerima kenyataan.

Ingat masa PAU baru ni ? Sampaikan Timbalan dan Naib Presiden pun tidak dibenarkan berucap ! Malahan yang saya dengar, nama Tun Mahathir dan Muhyiddin pun dilarang sebut sama sekali ...... macam itu ke gaya seorang pemimpin yang dibangga2kan sangat oleh macai2nya ?

                                      *****************************



 GKCM Mula Bercambah Di Pantai Timur !

Saya juga ingin melaporkan GKCM juga turut ikut serta bersama Mukhriz dalam lawatan ke negeri2 Pantai Timur baru ni. Beberapa orang pemimpin GKCM turut bersama2 Mukhriz bertemu dan berbincang dengan Ketua2 Cawangan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Disebabkan pertemuan adalah bersifat tertutup, maka saya tidak dapat siarkan gambar2 atau video. Saya difahamkan pertemuan2 itu adalah sebagai langkah permulaan dan akan disusuli dengan beberapa lagi pertemuan dalam masa terdekat dan seterusnya melancarkan GKCM Pantai Timur pula.

TERUSKAN PERJUANGAN !


Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2016 at 8:29 AM

Suka saya tengok leaders like Muhyiddin and Mukhriz dah nampak aktif sikit. Sayang Shafie Afdal masih low profile. Ku Li pulak macam tak sehaluan.

Pejuangan suruh Najib undur penting tapi lebih penting siapa yg akan ganti Najib and fix his mess. Dah 2 PM Msia hampeh, jangan the next one hampeh jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
March 13, 2016 at 11:50 AM

Teruskan usahamu Datuk Mukhriz! Kene lebih proaktif lg selepas Deklarasi Rakyat digerakkan. Rakyat mahu mendengar sendiri drp mulut para pemimpin mengenai isu ini supaya mereka boleh berfikir dan membuat keputusan yg tepat utk selamatkan tanahair kita ini. Saya percaya ramai yg masih was2 utk tandatangan Deklarasi Rakyat disebabkan masih 'blur' dgn situasi politik skang ni lebih2 lg para cytro pro-Najib menakut2kan org2 Melayu dgn kehadiran Lim Kit Sial di majlis tersebut. Mereka seharusnya berfikir dari sudut perspektif Tun M dan para pemimpin yg hadir pada majlis tersebut supaya tidak terpengaruh dan terikut2 rentak pro-Najib yg hanya pandai menakut2kan org tapi tak pandai jawab isu langsung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2016 at 6:20 PM

Aku dok kaw dun ayaq hitam...semua org umno dah xsuka mukrehhhh dah..heheh
Org luaq mana tau....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2016 at 7:20 PM

Yelah tu anon 6.20, semua orang dah tak suka, yelah tu sekali lagi. Nanti Kita sama2 tengok betul2 kah orang dah tak suka. Yang tak suka tu setahu akulah kat Ayer hitam orang macam kau. Habuk pun tak dak, macam bashah juga lah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2016 at 1:14 AM

Maruah bangsa Melayu terjatuh dengan perangai kelompok yang di ketuai bangsawan palsu Ah Jibgor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2016 at 3:40 AM

Jangan syok sendiri menganggap Ahli tetap bersatu padu dan akan tetap sokong .Setakat nak datang ke cawangan atau bahagian dengan sambutan paluan kompang, bunga manggar dan membawa sepanduk terus membuat andaian dapat sokongan.Ahli datang pun sebab nak makan free ...minta maaf je lah. Ahli pun dah pandai bemuka-muka tunjuk sokongan walhal dalam hati.....gua benci sama lu. Lu punya pasal lah wa pun kena tempias sama.

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
March 14, 2016 at 4:10 AM

@Anonymous
Takpela anony March 13, 2016 at 6:20 PM, biaq pi la org UMNO tak suka Mukhriz, yg penting rakyat suka dia. UMNO rakyat dah tak suka hang dak tau ka?

UMNO = Untuk Macai Najib Only

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2016 at 2:17 PM

Btl aku bkn org unno aku suka je nukhriz tp benci gile najib

Post a Comment