........... Apapun Agenda DiSebalik Deklarasi, Rakyat Tetap Tagihkan Penjelasan Dari Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apapun Agenda DiSebalik Deklarasi, Rakyat Tetap Tagihkan Penjelasan Dari Najib !

Tuesday, March 29, 201613comments


Sejak diumumkan Deklarasi Rakyat, kita dapat lihat betapa menggelabahnya cai2 Najib. Masing2 berusaha hendak mengalihkan tumpuan rakyat daripada apa yang tercatat dalam Deklarasi itu kepada isu2 remeh yang sengaja diadakan. Heboh dicanangkan Tun Mahathir bersekongkol dengan Lim Kit Siang hendak menjatuhkan kerajaan, direkanya label Deklarasi Mahathir, Deklarasi Lim Kit Siang, kemudian dicanangkan konon semuanya itu adalah satu agenda peribadi Tun Mahathir bla bla bla ....namun segala dakwaan yang dinyatakan dalam Deklarasi itu langsung tidak disentuh mereka !

Seperti kata Anina di bawah -



KLiK untuk ke Youtube

Ramai pihak yang bertanyakan tentang agenda di sebalik Deklarasi Rakyat. ... apakah ianya merupakan agenda peribadi yang dibawa oleh Tun Mahathir, adakah ianya agenda peribadi Lim Kit Siang ataupun adakah ianya agenda untuk menjatuhkan kerajaan BN ?

Namun sehingga kini, belum ada seorang pun di pihak Najib yang tampil untuk menjawab walau satu pun soalan yang ditimbulkan oleh rakyat dalam Deklarasi Rakyat. Misalnya soalan berkaitan dengan SRC, 1MDB dan RM2.6 bilion.

So ... Najib, bila lagi nak jawab ? Rakyat sedang menunggu ....


( Anina dah berhenti dari jadi pensyarah dek tekanan dari dunia politik ! Kini beliau jadi usahawan Baju Kurung Kedah secara online. KLiK - FB Anina Saadudin Exquisite dan berikan sokongan anda )


Kalaupun Deklarasi Rakyat itu merupakan deklarasi Mahathir ..... Najib masih perlu jawab isu RM2.6 bilion dan lain2 .

Kalaupun ia deklarasi Lim Kit Siang, apakah Najib tidak perlu beri penjelasan tentang RM2.6 bilion dan duit SRC yang masuk akaunnya ?

Kalaupun ia agenda peribadi Tun Mahathir, duit bilion2, juta2 ringgit itu masuk akaun siapa ? Dan siapa yang belanja sakan dengan duit itu ? 

Malah kalau ia agenda mahu menjatuhkan kerajaan sekalipun, apakah FAKTA tentang duit yang masuk akaun Najib itu tidak perlu dijawab ?

Terbaru, Umno juga menghasilkan satu deklarasi sendiri, Deklarasi Putrajaya, yang diedarkan ketika mesyuarat cawangan2 Umno dan ahli2 diminta sain untuk dijadikan usul. Tak pernah dibuat oleh Umno sebelum ini !

Kalau bukan teracam dengan Deklarasi Rakyat, apa lagi ? Kalau bukan menggelabah dengan gerakan jelajah yang dilakukan oleh Muhyiddin, Mukhriz, Tun Mahathir dan GKCM, kenapa perlu diminta ahli2 setuju gerakan seumpama itu dihalang ?

Di bawah adalah salinan Deklarasi yang diberikan kepada cawangan2 Umno Selangor untuk di sain ahli (KLiK) -




Sama juga persoalannya - Apakah dengan adanya Deklarasi Putrajaya itu maka Najib tidak perlu jelaskan isu2 RM2.6 bilion dan berjuta2 ringgit lagi yang masuk ke dalam akaun peribadinya dan telah dibelanjakan itu ?

Ini bukan fitnah tapi kenyataan ! Rakyat mahukan jawapan dari Najib !

Kenapa Najib TAKUT nak jawab ? Bukan saja pada rakyat malahan dalam Parlimen pun Najib mengelak ..... alahai Najib, Najib ......

Bukan soalan spontan saja malahan soalan bertulis yang diberikan notis supaya jawapan dapat disediakan lebih awal pun, Najib tak boleh nak jawab !

Ahli Parlimen yang mengemukakan soalan, sekiranya soalan itu ditolak akan diberikan sekeping surat pemberitahuan dan ditulis sebab kenapa ia ditolak. Di bawah adalah contoh jawapan yang saya terima dari seorang ahli Parlimen yang mana soalannya berkaitan RM2.6 bilion telah ditolak. 



Soalan ditujukan kepada PM meminta penjelasan rasmi kerajaan berkenaan penafian Menteri Arab Saudi, Adel al-Jubeir bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Dato' Seri Najib Razak bukan derma politik dan bukan dari Kerajaan Arab Saudi tetapi adalah satu pelaburan dari rakyat awam.

Dewan telah menolak soalan itu dengan alasan - Pertanyaan-pertanyaan bolehlah diarahkan kepada Menteri-menteri berkenaan dengan : (a) hal-hal yang dalam urusan jawatan mereka.


Adakah alasan itu membawa maksud yang 'derma' itu bersifat peribadi dan PM tidak jawab ?

Kita membicarakan soal integriti, sifat jujur dan amanah pada Perdana Menteri ! Sifat2 yang wajib ada pada seseorang untuk beliau memegang jawatan PM. Ia berkenaan LAYAK ATAU TIDAK Najib memegang jawatan PM. Apakah itu juga tidak relevan untuk ditanya ?

Habis tu, BILA dan Di MANA rakyat boleh tanya Najib soalan sebegitu ?

APA YANG PAYAH SANGAT NAJIB NAK JAWAB NI ? ? ? 

Duit masuk juta2 buat senyap2 ....... belanja juta2 pun buat senyap2  .... bila rakyat tanya pun, nak buat senyap2 ?

Ni apa punya Perdana Menteri yang kita ada ni ? ?

Pendek kata, sebanyak mana pun Deklarasi yang ada, apapun niat mereka yang kritik ...... Najib TETAP kena jawab kepada rakyat !

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 10:48 AM

betul bro..rakyat mahukan penjelasan..ni lari sana sini x nak jawab..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 11:00 AM

Well said Sir! Hear! Hear! Rakyat wants answers from Najib. Awat bila dapat duit beliyon2 dia senyap je? Kata derma dari Arab Saudi. Derma pada kerajaan Msia ke derma pada UMNO ke derma pada Najib sorang? Cuba jawab yg tu je dulu. Bila dah jawab baru soalan susulan akan datang.. yelah tanya banyak2 kan takut conpius pulak :P

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 11:20 AM

Ahjibgor dan macai2 mahu menipu orang Melayu yang lembab akal. Taping Taigor Jib tak sedar bahwa ramai orang Melayu yang cerdik dan tulus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 11:28 AM

Bagus Abang Din ! Cara bertulis dan gaya beginilah mampu bangunkan Rakyat dari TIDUR. Kadang kadang terleka,terlupa,tertipu dan asyik dengan rutin kehidupan seharian,NAMUN RAKYAT JANGAN LUPA FAKTA mengenai Najib Tun Abdul Razak dan segala pembohongan nya ! Teruskan Abang Din ! Ibarat kata Tun Dr.Mahathir,kalau rakyat TAK TAHU apa yang berlaku pada negara,maka ketawa besar lah PENYANGAK,PENYAMUN DAN PEROMPAK negara Malaysia !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 11:32 AM

Dah jawab. Lama dah jawab. Jawapannya ialah derma, penderma nak masuk akaun peribadi tak mau masukkan ke akaun amanah. Duit nak lawan is. Duit utk pilihanraya. Duit sebelum itu semua tak masuk akaun saya. Duit itu tak ada dalam aksun saya fitnah tdm dan wsj. Duit itu pm guna ikut suka pm pasal dia presiden. Duit dah terima, kenapa tak sokong. Lastnya duit tu najib tak tahu ada dlm akaun, dia ingat duit derma. Juga bukan tuan punya akaun yg jawab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 11:40 AM

hahahhahahaha......Komedi di masa kini, ambo tunggu kat ATM....dah 6 purnama, tak de pulak yang masuk akaun ambo duit derma... hehehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 12:30 PM

Syabas Anina atas keberanian anda..... Inilah suara seorg wanita sang pejuang yg berani hingga terpaksa menggadaikan periuk nasi sendiri....Negara agak ketandusan jiwa2 besar spt Anina.... betul2 tamparan maut bgi yg berserban & berkopiah tuu.... yg majoriti telah diserang penyakit bisu & pekak badak! Utk anda... bak kata Anina baik simpan jea janggut & kopiah anda dlm almari!!! Cukup laa menggunakan agama semata2 hanya utk meraih undi..... Rakyat tidak bodoh utk menilai yg mana permata & yg mana kaca.... Kebenaran akan menang jua akhirnya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 1:21 PM

Yang buat macam2 deklarasi tu bukan berniat nak tolong najib pun.
Selagi laba masih ada mana berlumba2lah mereka menonjolkan diri bahawa merekalah kaki bodek dan kaki kipas yang paling unggul
Kalau ditakdirkan najib jatuh mana jatuhlah sorang2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 3:04 PM

Empat Penjuru...oh empat penjuru...

Tak malukah kamu semua wahai pemakan dedak najip?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 6:00 PM

Tak mau bagi penjelasan tak apa fine tapi wajib letak jawatan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 8:33 PM

Code name 'Mr.X'

Hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2016 at 11:31 PM

Tadi sorang lagi ahli MT Umno dari Sabah (yg dah lama tak berbunyi sbb sakit tenat) buat kenyataan bodoh.

Katanya, "dulu masa Anwar dan penyokong2nya buat demostrasi jalanan, berpuluh ribu yg keluar, Anwar mintak Mahathir letak jawatan tapi kita semua sokong dia. Sekarang dia kata pemimpin Umno pekak dan bisu hanya kerana tidak sokong dia"

Laa.... abis tu, dulu MT Umno sokong pertahankan Mahathir bukan sebab yakin bahawa Anwar tu peliwat ke? Maknanya... MT Umno ni memang jenis tak reti berfikir sendiri tapi hanya tau mengikut telunjuk ajer ke?

Semakin banyak mereka ni bukak mulut demi nak pertahankan Najib, semakin terserlah sifat mereka yg sebenar.

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2016 at 12:17 AM

Najib tak akan boleh jawab hingga hari kiamat sebab apabila kebenaran kita tegakkan maka yang bathil akan kalah

Post a Comment