........... Apakebendanya Yang Salleh Keruak Meroyan Ni ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apakebendanya Yang Salleh Keruak Meroyan Ni ?

Monday, March 21, 201621comments


Kesian beb nengokkan si Salleh Keruak ni .....  punyalah dia meroyan sakan dalam blognya menghentam Tun Mahathir semata2 nak pertahankan bosnya.

Tak habis2 duk menfitnah Tun Mahathir mahu menghancurkan Umno dan menjatuhkan kerajaan. Kali ini Salleh menjawab penulisan Tun dalam artikel terbaru Che Det - Demokrasi dan Najib.

Acu baca royanan Salleh - KLiK. dan rujuk kembali pada artikel Chedet.

Sudah setahun Tun Mahathir konsisten dengan tuntutannya supaya Najib berundur. Alasan utamanya adalah isu 1MDB dan kemudiannya ditambah dengan isu RM2.6 bilion.

Semasa Tun enterframe Bersih 4 pun, beliau konsisten dengan tuntutannya supaya Najib berundur. Dalam setiap ucapan dan penulisannya, hanya pengunduran Najib saja yang ditagihnya.

Tidak pernah sekali pun Tun sebut nak gulingkan atau hancurkan kerajaan. Malah dalam artikel yang dirujuk oleh Salleh pun tidak ada disebut tentang menjatuhkan kerajaan atau mahu menjahanamkan Umno.

Yang Tun sebut - Najib TELAH, SEDANG DAN PASTI AKAN menjahanamkan Umno dan kerajaan, makanya Najib wajib dijatuhkan.

Isunya masih 1MDB dan RM2.6 bilion.

Punyalah lama ......lebih setahun isu 1MDB dan 8 bulan isu RM2.6 bilion, masih tak terjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh Tun Mahathir !

Hinggakan point utama Deklarasi Rakyat @ Deklarasi Undur Najib pun berkisar isu 1MDB dan RM2.6 bilion.

Jadi secara logiknya, jalan terbaik dan tidak menonjolkan kebengapan diri sendiri untuk cai2 Najib mempertahankan bos mereka adalah - Jawap isu 1MDB dan RM2.6 bilion !

Takkan itu pun tak terfikir ?

Punyalah banyak kos habis dalam mengerah segala balatentera yang ada dalam memerangi Tun Mahathir, namun kedua isu utama di atas langsung tidak disentuh !  Apa punya banganglah ....

Atau sebenarnya mereka tidak mampu nak jawab ? Makanya diusahakan mereka bersungguh2 untuk mengalih topik.....

Kita cabar cai2 Najib untuk tunjukkan di mana dalam artikel CheDet yang ada menunjukkan Tun menggesa Umno dihancurkan dan kerajaan dijatuhkan ?

Adakah Najib itu Umno dan Najib itu kerajaan ? 

Nampak sangat betapa terdesaknya cai2 Najib dalam mempertahankan peribadi bos mereka. 

Kalau isu 1MDB dan RM2.6 bilion yang menjadi masalah utamanya, kenapa tidak di adakan sesi soal jawab yang disiarkan secara langsung supaya seluruh rakyat dapat penjelasan dan masalah pun selesai .... ? Simple and very the easy.

Tapi mereka tidak akan buat ..... faham2 sajalah kenapa.

Kepada rakyat terutama di negeri Johor, apakata anda hadir bersama Mukhriz dan Muhyiddin, dan anda sendiri boleh bertanya kepada mereka apa sebenarnya yang tersirat dan tersurat dalam Deklarasi Rakyat @ Deklarasi Undur Najib.

Itu pun satu perkara yang cai2 Najib termasuk Najib sendiri tidak mampu buat iaitu - MENJAWAB PERTANYAAN RAKYAT. Habis macamana nak yakinkan rakyat ?

Yang mereka tahu cuma memaksa rakyat terima penjelasan apa yang mereka sediakan. Kalau tanya lebih, itu menunjukkan anda pembangkang.





Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 9:50 AM

Well din..as we all know, he just do his job. Nothing more. Betul ke,salah ke jawab je..janji 'kerja' da buat. Biarlah dia kalau dia masih nk duduk bwh tempurung yg dia sndri buat. Masing2 da bole pikir dn nilai mana yg betul mana yg merapu.

Teringat ucapan Mukhriz, "siapa nama kamu? ,saya dari Kedah!" Hahahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 9:54 AM

Senator salleh keruak apa taraf menteri dia bukan mp dia stakat adun saja sembang lebat kalahkan mp

Pmo duk kutip mana2 mp & adun yg ada rekod dendam dgn tun letak dlm kabinet najib bukan kerana kepakaran yg boleh majukan negara tapi di tawar jawatan bersyarat hanya untuk hentam tun

Salleh keruak di tawarkan sebagai senator dgn jawatan timbalan menteri sebaliknya dia pula letak syarat mau jawatan menteri penuh baru dia akan hentam tun hahaha jawatan punya pasal semua sanggup

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 10:09 AM

Pak Din tanya: "Adakah Najib itu Umno dan Najib itu kerajaan?

Najib telah mengkhianati prinsip2 mulia perjuangan UMNO dan Najib sedang bermaharajalela. UMNO tercemar teruk dan fungsi kerajaan tergadai kepada kuasa mutlak peribadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 10:25 AM

Saya orang sabah dan saya kenal sangat salleh dan rahman dahlan. Di sabah mana ada orang suka sama mereka. Kalau saya, "just ignore these two jokers, give them 20 sen coins and ask them to play far far....:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 10:33 AM

fahami lah yg citizen Declaration

Dibide by hate,
UNITE by TRUTH. Tlg sebarkan kpd yg masih kurang cerdik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 10:36 AM

Najib cukup meluat dgr nu berkata2. Kalau terpaksa dgr mu berkata2 confirm muntah

....................
Reply To This Comment ...................
March 21, 2016 at 11:20 AM

Si Adnan dah mengaku pahlawan ( level paling tinggi untuk membodek), tak lah dia nak duduk diam jea.
Fight beb! Nak maintain income jea ni.
Yang positif nya senario ini kan.... jelas sekarang siapa musang yg berbulu ayam. Dan betapa UMNO dah korup. Berpaksikan pangkat dan duit.
Bapak borek anak rintik. Dan mereka-mereka ini melayu dan islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 12:31 PM

Nak jawab apa bendanya nak menipu lagi adalah.kalau betul2 mereka nak jawab mana akan terburailah pekung yang najib Cuba sembunyikan selama ini.
Cai2 pun akan terpalit bau busuk sebab dah tidur sebantal makan sepinggan dengan najib
Nak kempen sikit.
Dalam dia tiga hari ini banyak tempua yang bersarang rendah.tempua tak akan bersarang rendah Tampa bersebab
Kepada semua ketua cawangan /bahagian janganlah jadikan diri kamu tempua yang bersarang rendah.bersamalah kita bersatu mencegah mahakemungkaran.sesungguh ganjaran tuhan lebih besar dari ganjaran yang ditawarkan didunia ini.
Jangan bersubahat dengan kemungkaran sesungguhnya seksaan tuhan amat perit bukan sekadar digantung atau dilucutkan jawatan saja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 12:52 PM

Najib punya pasal semua keburukan UMNO rakyat boleh nampak sekarang. Samseng2, warlords, dumb and dumber, lanun.. semua ada. Rasanya lepas ni susah rakyat yg neutral nak vote UMNO dan BN lagi. Unless UMNO ada another leader yg berkaliber like Tun Mahathir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 1:27 PM

En. Din....tak nampak isu ni boleh selesai dalam masa terdekat. di satu pihak dok tagih jawapan, yang lagi satu pihak dok mengelak dan kalih isu. bila nak selesai daaa....Alangkah baiknya kalau dipertemukan 2 kumpulan ini untuk berdialog untuk cari jalan penyelesaian ...secara tertutup pun tak apa lah.

Bukan apa din, dah banyak masa dan tenaga terbuang kerana dok layan kes yang tak tau bila nak habis..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 1:42 PM

Bro Din tolong ulas sikit tentang Majlis Peguam lulus usul gesa AG Apandi letak jawatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 3:56 PM

Biaq pi belahh depaa nak pusing kot mana..Asal TunM Konsisten biaq sampai 2.6Bilion Kali Dok Ulang benda yg sama pun takpaaaa...kalu org nyanyuk, konpem tak buleh nak ingat sampai mcm nih..mcm mana depaa kata TunM ni dah nyanyukk?? Ooooo baru cheq perasan kata TunM sebelum ni, MELAYU MUDAH LUPAAAA..Tapi TunM tak pernah nak lupa-lupa pulak bab2 lagu nihhh...Kuat sungguh INGATAN TunM ni nooooo....Terbaekkkkkk TunM..Biaq Depaaa jadi pekak dgn sesi soalan ulangan TunM nihh....

....................
Reply To This Comment ...................
March 21, 2016 at 4:57 PM

Apa kita nak buat dgn salleh keruak ni bila najib dah tersungkur ea?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 6:21 PM

Apa nak heran puak Umno ni. Yang kes KBS RM100 juta disebat, bukti bukti dijumpai dirumah okt, sejak tahun 2011 orang lain buat bising, tengoklah apa KJ cakap. Sama ajer diorang ni semua. Kepala makan rasuah, semua anggota pun makanlah jugak rasuah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 7:29 PM

UMNO dah tak boleh nak diharapkan lagi. Selagi kepala pemimpin tak ditukar selagi tulah rentak umno ni tak berubah....dukla ditakat itu je....tak sudah2 membodek, mengejar wang ringgit, pangkat dn kuasa je. Semua dibuat bekisar utk penuhkan temolok masing2 je.

Umno yg dulu sudah mati. Umno baru mendahulukan temolok mereka dulu sebelum pikir utk agama, rakyat dan negara. Tu sebabnya rasuah dibiar berleluasa hingga tak ada rasa MALU Malaysia dikategorikan negara ke2 tertinggi dgn rasuah. Mereka dah tak kesah walaupun nampak ada KEPINCANGAN di depan mata. Apakah Allah akan memberkati sebuah parti yg bercampur aduk dgn perkara HARAM (rasuah)?

Kalau betul tak bersalah buktikanlah dlm mahkamah. Biar diadili secara adil dan TELUS. Berhentilah dari MENGELAK.

Saya tidak sekali2 memusuhi Umno. Kerana sayangkan Umnolah maka saya tak dapat nak memberi sokongan kpd rasuah yg cukup besar. Tolonglah celikkan mata anda dan selamatkan Umno sebelum kanser rasuah ni merebak hingga menjadi PARAH. Apakah yg akan kita tinggalkan pada anak keturunan kita.....tegamakkah kita nak wariskan amalan rasuah kpd generasi kita???

Macam mana tinggi pun pangkat, walau duit berkepok kepok banyaknya, walaupun macam mana besar pun kuasa kita....yg pasti kita akan MATI.

Janganlah terlampau taksub sangat dlm hal2 keduniaan ini. Jgnlah lupa diri macam boleh menongkat langit. Ingatlah seorg pemimpin akan disoal Allah tentang tanggungjawabnya di dunia.

Cukup cukuplah....bangunlah semua yg masih ada sekelumit iman jangan dibiarkan rasuah menggadai agama, bangsa dan negara. JUJURlah dlm PERJUANGAN agar hidup sentiasa dlm RAHMAT ALLAH TAALA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 7:41 PM

Diaorg ni takot berlaga nantinya... yg merusuhnya lain.. mau fru semua turun.. haish payah settle cam nih...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2016 at 8:10 PM

Buat umpan agaknya bolih ka.takut ikan pun takmau makan geli

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2016 at 1:18 AM

Ini deklarasi rakyat 2020:

1. Memorandum pada majlis raja-raja melayu agar dilupuskan jawatan perdana menteri dari najib dgn serta-merta dan di ganti dgn mahyuddin yassin atas kapasiti beliau sebagai timbalan president UMNO.

2.Pelupusan zahid zamidi dari jawatan timbalan perdana menteri Dan di ganti dgn safee afdal.

3.Memberi ruang pada najib razak peluang pembelaan yg sewajarnya keatas salah laku dan salahguna kuasa beliau ketika menjawatan jawatan perdana menteri.

4.Menubuhkan suruhanjaya perakaunan diraja untuk menyemak jika terdapat unsur-unsur pecah amanah yg dilakukan oleh najib razak keatas dana harta milik negara.

5.Menubuhkan majlis perundangan negara yg di wakili oleh pakar-pakar perundangan di dalam Dan luar negara untuk mengkaji segala perjanjian dan urus niaga yg di lakukan di bawah pentadbiran najib razak dan sebarang perjanjian yg jelas merugikan negara akan diperhalusi untuk pembatalan.

6.Fokus utama kerajaan barisan nasional(BN) di bawah perdana menteri yg baru adalah pemulihan ekonomi dan intergiti serta reputasi negara di mata dunia.

6.Fokus kedua adalah membawa kesemua mereka yg terbabit ke muka keadilan agar proses perundangan yg adil dpt di tentukan.

7.Segala usaha akan dilakukan untuk mengkaji dgn teliti urus niaga yg dilakukan oleh pentadbiran najib razak dan segala harta dan wang ringgit milik negara akan diperincikan. Sekiranya terbukti terdapat kehilangan wang dan harta,segala usaha yang jitu akan di ambil untuk mengesan dan membawa pulang wang tersebut.

8.Isu pembebasan anwar Ibrahim hanya boleh ditentukan oleh majlis raja-raja yg dipengerusikan oleh duli yg mulia baginda agong..

9.Merancang semula pembangunan negara dengan konsep pandang ke Timur dan matlamat wawasan 2020.

10.Rundingan meja bulat antara kerajaan dan pembangkang dengan wakil dari majlis raja-raja agar kata sepakat dlm proses peralihan kuasa ini berjalan tanpa pemberontakan politik dari kedua-dua pihak.

Matlamat utama adalah kestabilan negara untuk kemakmuran rakyat dan pertumbuhan ekonomi serta pelaburan.

Inilah apa yg saya harap-harapkan jika saya merangkakan satu deklarasi rakyat jelata..Entahlah encik din..Wawasan 2020 dirancangkan semasa saya masih bersekolah..Melencong sungguh orang-orang yg di amanahkan sejak dari tahun 2003 hingga 2016 membawa arah dan matlamat negara..Dari memandang ke arah matahari terbit kita kembali ke arah empayar yg terbenam di kala senja, mengharapkan ikhsan pujian dari bekas-bekas peningalan penjajah kolonial anglo-saxon.. kerana "jiwa besar" pemimpin selepas Tun Mahathir sebenarnya kecil lagi kerdil.

Harapan saya.. insyallah kami 3 generasi.ibubapa saya..diri saya dan anak-anak saya agar Malaysia di bawah pemimpin baru yg berani dan berwawasan serta mempunyai maruah diri, dapat mencapai matlamat "Wawasan 2020 ".
4 tahun lagi? So what..insyallah MALAYSIA BOLEH!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
NajibNazak
March 22, 2016 at 5:53 AM

Terbaik....

Tapi kena sepak Najib dulu

....................
Reply To This Comment ...................
March 23, 2016 at 12:53 AM

.....dan juga fake Attorney General @ "A Thorny General" yg terang2 menyalahi the principle of natural justice.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2016 at 5:45 PM

Sokong...!!!

Post a Comment