........... Apakah Ratusan Pemimpin Umno Yang Ada Kini Semuanya BACUL ? ( + Surat Tun Mahathir Kepada Ahli2 Umno ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apakah Ratusan Pemimpin Umno Yang Ada Kini Semuanya BACUL ? ( + Surat Tun Mahathir Kepada Ahli2 Umno )

Friday, March 18, 201610comments

 
Oleh kerana perjuangan UMNO sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi UMNO. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam UMNO kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib. Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbillion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya Perdana Menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbillion atau terima wang sebegitu banyak.
 
Ada satu persoalan yang bermain di fikiran, soalan yang sering mahu diajukan kepada pemimpin tiapkali ada sesi soal jawab atau sidang akhbar namun saya tahan.... kerana saya rasa tidak adil kalau saya bebankan soalan itu kepada mereka. Sebab soalan itu lebih sesuai ditanya kepada empunya diri masing2.

Soalan saya itu - Dalam beratus pemimpin dalam MT dan Ketua2 Bahagian Umno yang dilihat mampu melakukan sesuatu, kenapa hampir semua SENYAP DAN TUNDUK kepada Najib ?

Kalau pun mereka tidak setuju kepada pengunduran Najib sebagai ketua, apakah mereka langsung tidak merasa ada apa2 kesalahan di pihak Najib dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion serta RM42 juta SRC ? Paling tidak mereka bersuara menuntut siasatan dan perbicaraan yang ADIL dijalankan.

Setakat menuntut sebegitu bagi saya tidak salah. Malahan tuntutan sebegitulah yang sewajarnya diminta oleh pemimpin2 Umno. Ia bukan memihak kepada sesiapa tapi memihak kepada KEBENARAN.  Bukankah itu yang dituntut oleh Islam ?

Pelbagai dakwaan telah dibuat yang hampir kesemuanya tidak dijawab. Apakah kesemua pemimpin2 Umno itu sebegitu dangkal pemikiran mereka sehingga langsung tidak dapat berfikir secara logik ? Sekadar bertanya meminta kepastian bukan bermakna menderhaka atau melawan ketua !

Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.
 
Apakah kesemua pemimpin2 Umno yang ada ketika ini jenis PENAKUT ? Terlalu memikirkan kepentingan diri dan survival politik sendiri saja ?

Banyak dah saya dengar cerita tentang pemimpin2 Umno yang hanya tahu bercakap di belakang, secara senyap2 mengkritik Najib tapi bila di depan, mereka tetap sokong Najib. Apakah bangsa Melayu kini hanya memiliki pemimpin2 PENAKUT sebegitu ? 

Tidak ada lagikah pemimpin Melayu ( selain dari beberapa kerat yang tampil setakat ini ) yang BERANI ? 

Jika begitulah jenis pemimpin yang ada dalam Umno, bersedialah untuk menerima penampar sulung dari pengundi masa PRU14 nanti. Bangsa Melayu tidak perlukan pemimpin2 dayus dan bacul sebegitu !
 
..... Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.
 
Dan rata2 rakyat sudah give-up dengan Umno BN untuk PRU14 yang akan datang ini selagi Najib masih di atas. Tidak nampakkah anda ? 

Saya tidak percaya ratusan pemimpin2 Umno di atas itu tidak nampak. Mereka nampak dan tahu apa yang berlaku. Tapi mereka semua PENAKUT ! Mereka tidak fikirkan masadepan agama bangsa dan tanahair. Yang ada dalam fikiran mereka cuma kepentingan diri masing2.

Jika pemimpin yang ada jenis BACUL, maka sudah tiba masanya ahli2 bangkit dan perbetulkan keadaan. Masa semakin suntuk ... usahakan perubahan sementara masa masih ada. Menyesal kemudian tidak berguna.


​Kita tidak boleh tunggu PRU 14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali UMNO kalah ia tidak dapat dipulih semula.
 
                                 ******************
 
 
Saudara-saudari sekalian,
 
Assalamualaikum,
Izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan keputusan saya untuk keluar dari UMNO. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin “UMNO” yang ada sekarang, saya lebih lama berada dalam UMNO. Walaupun saya disingkir sekali dan tinggal UMNO dua kali, saya tidak pernah menyertai parti lain. Saya tetap setia kepada UMNO. Saya sayang UMNO bukan kerana nama-nya UMNO tetapi kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara.
 
​ Hari ini “UMNO” tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Hari ini perjuangan “UMNO” terhad kepada pengekalan Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri. Tidak ada Perdana Menteri terdahulu yang menjadikan UMNO sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Dato Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein. Saya juga tidak menggunakan UMNO untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan.
 
​Oleh kerana perjuangan UMNO sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi UMNO. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam UMNO kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib. Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbillion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya Perdana Menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbillion atau terima wang sebegitu banyak.
 
​ Dalam perjuangan kita perlu menentukan sasaran utama kita. Sasaran kita ialah Najib kerana dia merosakkan imej negara, menjadikan negara yang terkenal didunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.
 
​ Kita lihat di Timur Tengah orang Islam yang anggap orang Yahudi adalah musuh mereka yang sebenar tetapi mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka sehingga mereka berperang sesama sendiri. Akhirnya Israel tepuk tangan melihat orang Islam membuat kerja mereka. Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.
 
​Najib sudah menjadikan UMNO sebagai parti miliknya sendiri. Malangnya kepimpinan Najib melemahkan parti. UMNO tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib. Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada UMNO sehinggalah Najib memimpin UMNO. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah.
 
​Yang menimbul masalah dan kepincangan dalam negara ialah Najib. Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 billion Ringgit kerana 1MDB. Sebilangan besar dari wang ini sudah hilang. Untuk menampung wang yang hilang ini, Najib menjual tanah Kerajaan yang dibeli dengan harga RM60/- satu kaki persegi kepada Tabung Haji dengan harga RM3500/-.
 
​ Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun peribadinya di Ambank. Juga wang sebanyak RM42 juta dari SRC ada bersama. Dakwaan kononnya semua wang ini adalah hadiah dari orang Arab tidak masuk akal. Perdana Menteri Malaysia tidak harus terima wang yang sebegitu banyak dari sesiapa pun.
 
​Pemerintahan Najib kejam. Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Undang-undang baru dibuat untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Najib memasuk dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara.
 
​Kerana semua ini saya keluar dari parti pimpinan Najib dan sebagai rakyat negara tercinta ini saya akan sambut desakan ramai rakyat untuk membuat sesuatu bagi mengembali pemerintahan yang adil ke negara ini.
 
Saya menjemput ahli-ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga
 
​Kita tidak boleh tunggu PRU 14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali UMNO kalah ia tidak dapat dipulih semula.
 
Terima Kasih
 
Selamat bersidang
Dr Mahathir Bin Mohamad
18 Mac 2016

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 18, 2016 at 5:59 PM

Salam Bro

Permintaan jujur dari seorang pejuang bangsa dan tanahair.

Satu pertanyaan saya ingin lontarkan kepada ahli-ahli UMNO...Adakah kepentingan peribadi Tun dalam memperjuangkan kebenaran ini?...Tun tiada kepentingan diri...rayuan beliau adalah semata-mata untuk memyelamatkan dan mengembalikan UMNO kelandasan perjuangan yang asal...Tun sudah berumur, sepatutnya beliau banyak berehat...tapi darah pejuang yang mengalir dalam dirinya tidak kenal putus asa....Baginya...pejuangannya belum selesai lagi....

Apakah semua ahli-ahli UMNO sudah hilang semangat dan keinsafan diri? Where are your Conscience?...atau takut untuk bersuara kerana diherdik oleh ketua-ketua bahagian dan salakan anjing-anjing belaan pemimpin atasan...atau mereka sama sekali berselingkuh?...

Bacul?..Dayus?...apakah itu panggilan yang anda inginkan?...Rakyat yang bukan ahli UMNO tapi PENGUNDI UMNO tak dapat menerima UMNO selagi Najib dan sekongkolnya berada di tampok kepimpinan UMNO. Najib dan sekongkolnya adalah parasit yang membunuh UMNO...

Wahai ahli UMNO...
Kamu semua ada Mata
Kamu semua ada Telinga
Kamu semua ada AKAL
kamu semua ada Mulut

Coba kamu tanya rakyat di sekeliling kamu...
Yang di kampung..tanyalah jiran-jiran
Yang di masjid...tanyalah sesama qariah
Yang di pasar...tanyalah peraih dan pembeli
Yang di pejabat...tanyalah sesama rakan

Adakah UMNO sihat dan subur?...atau TENAT?
Adakah RAKYAT bersama kamu seperti dulu?...

Tanyalah!..Tanyalah!..Tanyalah!..dan terus bertanya...
Tak salah tanya kan?..... Jangan tak tanya...

Atau UMNO memang dah tak pedulikan Rakyat!..
Atau UMNO telah menggadai rohnya!..
Atau UMNO memang Angkoh!...sombong!...

Tanpa sokongan Rakyat UMNO pasti terkubur!

Terima Kasih Tun Mahathir...


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2016 at 6:13 PM

Ya,ayuh bersatu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2016 at 6:21 PM

Sebagai rakyat biasa saya rasakan Din sebab utama pemimpin UMNO banyak yg senyap dari berbunyi sebab dia orang pun korup sama. Mungkin tak juta2 atau beliyon2.. cuma ribu2 atau ratus2 je.

Mintak duit kopi ni macam dah sebati dgn Melayu yg kerja dgn agensi gomen bahagian penguatkuasaan atau bahagian approval. Zakat kita bayar nak tolong orang susah pun pekerja pusat zakat nak ada cut, kalau tak, tak approve.

Sedih tengok perangai Melayu yg mengaku orang Islam. Makan babi jijik sungguh tapi bab makan rasuah atau makan dadah boleh pulak. Walhal makan babi tu lagi kurang kerosakkannya dari makan rasuah atau dadah.

....................
Reply To This Comment ...................
March 18, 2016 at 7:29 PM

Ketua ketua bahagian sebok - "making hays while it's Sunny"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2016 at 7:31 PM

What has Islam taught us? Certainly that among other things we moslems should never be on the side of tyranny (kezaliman). And yet in Malaysia today there are still a lot of us who are moslems who do not mind to be with tyranny – with one excuse or another. And what would that entail? Yes indeed there shall come upon us the retribution (pembalasan) from Allah swt! To dear Tun and friends and others who are trying their best to make a difference, allow me to humbly say: we can only try out best. It is perhaps written already that Umno (which can only be defeated by Umno itself?) shall succumb with the next general election... And with that there would be the emergence of a new Malaysia! Surely that is not so bad?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2016 at 9:41 PM

Mulut2 mereka ini telah disumbat padat sehingga nak berbunyi ahh...pun payah mana mungkin dapat bersuara jangan berharap lagi kepada mereka2 ini suatu hari nanti mereka2 ini akan bergantung harap pada rakyat mungkinkah dendam rakyat akan terbalas ketika itu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2016 at 10:42 PM

Saudara sekelian,
Tun Mahathir tak ada kepentingan peribadi dlm perjuangan beliau. Kalau Tun ada kepentingan baik beliau DIAM dan BISU je kerana RISIKO tindakam bersuara ni lebih bedar IMPAKnya kpd semua kepentingan Tun. Contoh kerana bersuara Tun ada potensi yg tinggi utk dipecat dari semua jawatan2 dan tanggungjawab yg dipegangnya. Kan lebih baik Tun DIAM BISU, tak campur apa2. Dah tentu kedudukan Tun tak diganggu-gugat. Tapi Tun PILIH utk betsuara.

Begitu jugak kalau Tun nak selamatkan kedudukan dan jawatan anaknya DS Mukhriz mantan MB Kedah, buat apa Tun susahkan diri bersuara lantang sampai Mukriz dijatuhkan? Kan lagi baik Tun DIAM je supaya Mukhriz selamat dan terus pegang jawatan MB tanpa diganggu-gugat.

Tapi Tun memilih jln yg BERISIKO sangat TINGGI. Disoal siasat polis, diarah berhenti dari berucap, dipecat dari jawatan2 yg dipegang dam bermacam lagi.

Tun M dah bina negara kita selama 22 tahun. Dari TIADA menjadi ADA. Dari Malaysia tak ada apa hingga pesat dgn pelaburan asing, pembangunan, anak2 Melayu diberi pwndidikan tinggi ramai dihantar belajar ke luar negeri. Lebuhraya, Putra Jaya yg skrg dinikmati penuh dgn kemudahan, KLIA, KLCC banyak lagi kalau nak cerita.

Bagi org yg WARAS adakah dia sanggup tengok semua yg dibina dari kosong (from zero) dijahanamkan dan hanya menjadi sejarah spt Kesultanan Melaka yg tapak istananya pun tidak bersisa? Apakah tegamak Tun melihat semua yg dibuat hancur. Cuma tinggal nama dlm sejarah saja.

Lagi satu hal usia Tun Mahathir pun dah lanjut sangat dah. Kalau Tun nak jaga kepentingan dia buat apa nak pecah kepala pikir pasal rakyat dan negara. Tun bukannya PM lagi. Lagi baik Tun pegi makan angin, main golf, makan sedap2, Tun Siti pon boleh pegi bershopping sakan beli handbag, kasut atau berbiji2 berlian. Kan lagi aman hidup Tun kalau tak bersuara. Tapi Tun PILIH utk bersuara nak SELAMATKAN MALAYSIA, AGAMA dan RAKYAT.

Dulu kita tak sebangsat ini dicaci hina, disumpah seranah org. Dunia pandang rendah pada negara kita dan letak kita dlm tahap negara KORUP. Banggakah kita dgn keadaan sekarang?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2016 at 11:13 PM

Allah Taala akan jahanamkan kumpulan yang korup yang bertuhankan wang ringgit, berkiblatkan pangkat dan kuasa. Satu2 parti boleh jatuh tersungkur kerana adanya kumpulan spt ini bermaharajalela.

Bagi mereka yang dgn sengaja membutakan mata, memekakkan telinga dan membisukan mulut sedang dia tahu akan kepincangan pentadbiran, salah guna kuasa dan rasuah maka diakhirat nanti insya-Allah Allah Taala akan butakan matanya, pekakkan telinganya dan bisukan mulutnya. Berjalanlah dia ke Padang Mahsyar dgn keadaan yg sungguh azab oleh kerana dosa subahatnya itu....ameen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2016 at 5:43 AM

Betul...

Jika anda biasa berurusan dengan majlis perbandaran atau agensi2 bla bla bla...anda pasti akan terkejut dengan wang kopi....eh...derma yang diminta oleh mereka. (Wang kopi haram tapi derma halaaaaaalllll) hahaha

Pusat zakat? No comment. Korang try la berurusan sendiri. Silap2 takde staf kat ofis. Hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2016 at 5:45 PM

Amat bersetuju de gan komen anda.

Percayalah...terlalu ramai di luar sini yang sependapat dengan anda. Dan yang pasti kita semua bukan pemakan dedak.

Post a Comment