........... Apakah Masih Ada Pihak Yang SIasat 1MDB, RM2.6 Bilion dan SRC RM42 juta ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apakah Masih Ada Pihak Yang SIasat 1MDB, RM2.6 Bilion dan SRC RM42 juta ?

Saturday, March 19, 20169comments



Apa lagi perkembangan yang masih boleh dinantikan oleh rakyat dalam mencari kebenaran di sebalik isu 1MDB, RM2.6 bilion dan SRC RM42 juta ? Apakah ada pihak yang masih menyiasat ?

1MDB 

PAC - Ketua Audit Negara sudah selesai siasat tapi laporan itu diOSAkan. Kini laporan itu ada pada PAC yang akan bentangkan laporan mereka kepada Parlimen. Selepas itu baru laporan Ketua Audit akan bebas OSA. 

Saya tidak pasti apakah laporan Ketua Audit atau laporan PAC atau kedua2nya sekali yang akan dibentangkan di Parlimen. Begitu juga saya tidak yakin dengan dakwaan kononnya selepas PAC bentang laporan di Parlimen, laporan Ketua Audit tidak lagi jadi rahsia. 

Dari PAC kita harap dapat penjelasan mengenai keputusan2 meragukan yang dibuat oleh 1MDB terutamanya berkaitan kerjasama 1MDB-Petrosaudi contohnya kenapa tergesa2 buat keputusan, kenapa diluluskan pembayaran US$700 juta kepada akaun bukan milik 1MDB-Petrosaudi, kenapa menipu Bank Negara Malaysia semasa mengisytiharkan pengeluaran untuk dilaburkan dalam Petrosaudi, apa cerita tentang Just Unit, apa cerita tentang deposit dan option IPIC, kenapa beli IPP harga mahal, apa cerita tentang cagaran pinjaman dengan Deustch Bank sehingga bank itu kejar pembayaran awal dari 1MDB dll.... 

Pendek kata - PAC harus ada jawapan kepada persoalan2 kewajaran / justifikasi sesuatu keputusan meragukan itu dibuat. Bukankah itu tujuan PAC menyoal saksi2 kan ?

Rakyat juga nak tahu kenapa rakyat diminta berbangga dengan 1MDB ini yang menyusah rakyat sehingga terpaksa jual aset kepada pihak luar hanya untuk langsaikan hutang !

Sama2 kita tunggu perkembangannya ...... cuma perlu diingat, Laporan PAC dengan Laporan Ketua Audit adalah dua perkara yang berbeza. 

Polis "Kalau kita tidak tunggu siasatan Ketua Audit Negara ini, siasatan kita tidak lengkap. Kita perlu kenal pasti kesalahan untuk kita jalankan siasatan," katanya sambil menambah bahawa pihaknya perlukan laporan Ketua Audit negara sebelum ia boleh menyelesai siasatan. ( Mkini 13 Okt 2015 ) . 

Tapi sejak laporan Ketua Audit itu siap, tidak kedengaran pula yang pihak Polis sudah menyambung siasatan mereka ke atas 1MDB. Dan tidak pula kita baca yang laporan itu ada diserahkan kepada pihak Polis. Mungkin ada cuma tidak dihebahkan .......

Kita juga masih menanti hasil siasatan pihak Polis yang telah berjumpa dengan Xavier Justo di Thailand. Apakah benar fakta2 yang disebar oleh Sarawak Report dan The Edge merupakan fakta palsu yang sudah diubahsuai dari apa yang mereka terima dari Justo ?

Di harap dapat ditunjukkan fakta mana yang palsu itu .....

Pihak Luar Negara - Yang ini kita tak boleh nak komen apa2, kita hanya mampu tunggu saja apajua pendedahan mereka.

So ... selain dari PAC dan Polis, pihak mana lagi yang boleh kita tunggu perkembangan mengenai 1MDB ?

1MDB - Hujung bulan Mac adalah tarikh akhir 1MDB kena siapkan lapuran akaun tahun 2014 setelah diberi lanjutan sehingga setahun. Untuk laporan 2015, 1MDB punya 6 bulan untuk disiapkan ..... itupun kalau tidak minta tangguh.

Dikatakan transaksi penjualan Edra kepada CGN juga akan diselesaikan pada bulan Februari 2016. Bulan Februari dah berlalu, apakah semuanya sudah selesai ? Boleh ceritakan tentang harga jualan RM9.83 bilion dan berapa sebenarnya hutang yang turut diambilalih oleh CGN ?

Mengenai perjanjian tukar aset 1MDB-Ipic, sebab 1MDB dan kerajaan suka berahsia, maka kita kena tunggu sehingga bulan Jun untuk dapatkan info tepat apa dan berapa sebenarnya yang terlibat.

Najib - Najib nak tampil jawab ? Hahahahahaha .....


Hmmmm ..... mohon tambah jika saya tertinggal apa2 maklumat.


RM2.6 bilion

AG dah arah supaya tutup kes. Tapi rata2 rakyat masih membicarakannya kerana terlalu banyak persoalan yang tidak dijawab dan dibiarkan tergantung. 

- Apa buktinya yang duit itu merupakan derma politik ?

- Apa buktinya yang duit itu dibelanjakan sebagai derma politik ? 

- Apa buktinya yang RM2.03 bilion sudah dikembalikan kepada penderma ?

- Benarkah hasil siasatan SPRM kata yang Najib tidak bersalah ?  Jika iya, kenapa perlu AG kembalikan kertas siasatan kepada SPRM ?

- Bagaimana dengan tafsiran undang2 SPRM sendiri yang menyatakan penjawat awam yang menerima derma adalah merupakan satu kesalahan ?

- Kenapa tidak ada sebarang pengesahan dari pihak Arab Saudi ? Siapa pendermanya ?

- Bagaimana dengan dakwaan terbaru dari Mukhriz yang berkata Najib sendiri mengaku sudah belanjakan RM1.5 bilion dari duit derma itu ? Jika benar, bagaimana mungkin Najib pulangkan RM2.03 bilion kepada penderma kerana baki hanya RM1.1 bilion setelah ditolak RM1.5 bilion itu ?

Itu antara persoalan yang ditanya oleh rakyat tapi tidak dijawab oleh AG.



SRC RM42 juta

AG langsung tidak menjawab tentang SRC selain menyatakan yang Najib tidak tahu wang yang masuk dalam akaunnya adalah dari SRC. Tapi faktanya - wang itu masuk. dan wang itu dibelanjakan Najib. So.... apa penjelasannya tentang itu ?

Najib dalam jawapan bertulisnya di Parlimen kata SRC tidak ada sebarang rekod mengenai RM42 juta itu sedangkan AG sendiri telah menunjukkan satu gambarajah aliran wang dari SRC yang mana akhirnya masuk ke dalam akaun Najib ! Ni apa ceritanya ? ?


Apa penjelasan AG tentang RM23.5 juta kepada 17 penerima dan pembayaran kad kredit RM3.2 juta dari SRC sepertimana yang ditunjukkan oleh AG itu ? ( KLiK )

Apa cerita tentang Nik Faisal Kamil dan Suboh Md Yassin, dua orang pengarah SRC yang menghilangkan diri tanpa sesiapa pun buat repot Polis terhadap kehilangan mereka ? Malah Najib pernah mempertahankan kedudukan mereka berdua sebagai ahli lembaga pengarah SRC -

"Justeru itu, persoalan mengenai kedudukan mereka sebagai ahli lembaga pengarah SRC adalah tidak timbul sama sekali," katanya. - Mkini.


Punyalah lama hilang tapi Najib masih pertahankan kedudukan mereka dalam SRC ?  Adakah mereka hilang kerana tugasan ? Mereka dah pulang ke tanahair ? 

Masih adakah pihak yang menyiasat tentang SRC ini kalau SPRM sudah diarahkan supaya tutup kes ? Kalau tidak ada yang siasat, bagaimana rakyat mahu dapatkan penjelasan ?



Di mana lagi rakyat mahu dapatkan Kebenaran tentang persoalan2 di atas ? Semua persoalan di atas punya satu persamaan iaitu semuanya berkaitan dengan NAJIB. Nak harap Najib tampil beri penjelasan ...... Hahahahahahahaha ......

So, apa kesudahannya ?

Bagaimana cerita tentang akaun Rosmah yang turut menerima limpahan berjuta2 ringgit ? Apa penjelasannya ? 

Malangnya bila kita tanya persoalan2 di atas, cai2 Najib akan balas dengan dakwaan2 tentang zaman silam Tun Mahathir ..... apa punya turr la ....

Kemudian berharap segala persoalan di atas akan dilupakan oleh rakyat sehingga langsung tidak ditimbulkan lagi dalam kempen PRU14 ! 

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2016 at 5:01 PM

Masa saya budak duluuuu
...kalau saya buat salah mak saya akan cakap ,kalau hang tak malu kat orang pun malu la kat anjing.Malang sekali pahlawan bugis ni bukan kata anjing kepada alam dan sekelian isinya dan penciptanya juga tidak ada sedikit pun perasaan malu diatas semua kesalahan yang dilakukan .yang ni betul2 pahlawan kerana masih berani menjaja muka seposennya untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya hingga ketitisan darah terakhir
Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Demi Bini pertiwi

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2016 at 5:11 PM

Salam Bro

Relaks la Najib tak akan buat apa-apa dan sementara menunggu hari SELASA yang entah bila...kita berdendang lagu Tiga Malam...

Tiga malam kumencarimu
Tiga malam hatiku sunyi
Dimanakan engkau sayang
Kuingin lekas kau pulang

Tapi kini tak kutemui
Berangkatlah daku sendiri
Ke medan bakti kuberjanji
Mungkin dikau kan jumpa lagi

Kuizinmu oh sayang
Untuk lepas engkau berjuang

Relakan aku oh kekasih
Membela nusa bangsa

Tiga malam kumencarimu
Tiga malam hatiku sunyi
Dimanakah engkau sayang
Kuingin lekas kau datang

Buat para pejuang Bangsa dan Tanahair...teruskan perjuangan mu.

Bro.

Dalam negara masakini...manakah institusi dan agensi kerajaan yang boleh kita percaya?...Ade ke?...

1. PDRM...lama dah padam...pilih bulu ade le...
2. PAC...cari makan
3. BNM...AG masukan tong sampah..
4. Auditor General...OSAkan...
5. Parlimen....tempat berbohong...
6. Majlis Raja-Raja....Najib perlekehkan...
7. Mahkamah....AG buat roadblock...nak tunggu hari Selasa tak kunjung tiba.
8. SPRM boleh dipercayai...tapi apakah kuasa SPRM...menyiasat je pas tu bagi kat AG...Gulung jugak!....

Sape bro yang dapat diharapkan?...TAK DE....
HANYA RAKYAT mampu mengubah kerajaan....tapi nak tunggu PRU yang masih jauh...Negara semakin hancur....

Pecah palak mikir!...

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2016 at 5:35 PM

Kalau memilih isteri alah abang...
Biar betul-betul.
Jangan tersalah pilih alah abang...
kena Queen Control.

Nasihat Seniman Aging.

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2016 at 6:36 PM

Dulu PDRM & KBAB tak sabar sabar nak soal siasat Xavier Andre Justo. Setelah berbulan bulan siasatan dijalankan sehingga hari ini tiada sebarang tindakan keatas portal berita The Edge yang konon nya mengubah suai email dari Petro Saudi.

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2016 at 8:43 PM

Betul Abang Din.

"Malangnya bila kita tanya persoalan2 di atas, cai2 Najib akan balas dengan dakwaan2 tentang zaman silam Tun Mahathir ..... apa punya turr la ...."

Setiap kali saya tanya cai-cai Najib dalam blog yang pro-Najib, bagaimana RM2 Juta masuk akaun peribadi Rosmah, mereka akan tanya balik, bagaimana anak-anak Madey (Mamakutty dan lain-lain gelaran yang pernah dipopularkan RBA DAP) dan kroni-kroni boleh jadi kaya.

Mereka lupa bahawa 'kroni-kroni Dr.M telah 'membuka' beribu-ribu peluang pekerjaan kepada Rakyat dan Kerajaan juga dapat kutip cukai dari kekayaan mereka.

Langsung mereka tak jawab apa yang Rakyat dan Negara dapat dari Razak Baginda, Deepak Carpet dan Jho Low. Berapa keuntungan yang dihasilkan oleh 1MDB dan berapa ribu Rakyat yang bekerja dengan 1MDB?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2016 at 10:04 PM

Salam Bro Din,

1. Nak tambah sikit pasal hutang 1MDB (yg jumlah2nya hanya lebih kurang dan sejauh ingatan penulis yg dikutip dari "public domain" dgn izin):-
a) Jumlah hutang setakat 2013 ialah rm51biliyon termasuk rm5b Sukuk & rm4b KWAP;
b) Yg dah dibyr setakat ini, rm7b/rm10 (rm1b Deutche Bank & rm6b/rm9b (jual Edra)), bakinya masih rm44b/rm51b;
c) Duit yg 1MDB terima hasil jualan tanah TRX ialah utk buat byr faedah bank dan bknnya utk byr Prinsipal.

2. Jadinya, sape yg akan byr baki hutang rm44b/rm51b tersebut?!

3. Juga, sape yg akan byr hutang PFI drpd KWSP sebyk rm25b?!

4. Kerajaan Najib dah takde duit utk byr hutang2 di atas, jadi kalu bkn rakyat sediada dan generasi mendatang yg akan membyrnya (melalui cukai2 baru dan pengurangan dan atau penamatan pelbagai subsidi) sape lagi yg akan membyrnya?!

Sekian Bro Din. Tk. Wassalam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2016 at 10:12 PM

RD...
Jawaban yg TEPAT.Malangnya,masih ramai lagi yg percaya,hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan bodoh...itu lah menteri kabinet kayu najib. Ada upah tuan RD,buat mcm mana....

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 12:09 AM

Din patutlah blog ko ni kena block.

Tapi aku sarankan ko teruskan kupasan-kupasan skandal duit dan korupsi ni sebab org kita mudah LUPA....
Apalagi bila diDODOIKAN dgn lagu2 pembangunan, kemajuan, keuntungan, pembaharuan yg tak keruan dan semua an-an......org kita mudah jadi LUPA Din.

Jadi kita perlu ada org2 macam ko Din utk MENCELIKKAN mata yg ngantuk dibuai lagu2 dan cerita2 dongeng marang kerapu marang sekeper.....

Syabas Din, kupasan yg bernas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2016 at 5:12 AM

Sebab itulah GST dilaksanakan dan subsidi ditarik satu demi satu. Sebab nak cekau duit secepat mungkin dari rakyat untuk tolong bayar hutang...

Ingat lagi tak? Sebelum isu 1mdb dll tu meletup...boleh je kerajaan tunda tunda tunda pelaksanaan gst kan?

Post a Comment