........... 1MDB Bukan Saja Rugi, Nak Jawab Isu Pun Rakyat Kena Tanggung Kos Lebih RM600k ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Bukan Saja Rugi, Nak Jawab Isu Pun Rakyat Kena Tanggung Kos Lebih RM600k !

Tuesday, March 15, 201615comments

Mkini

Kerajaan telah membelanjakan lebih RM600k untuk menerbitkan buku "1MDB - Siapa kata Tidak DiJawab" ....... huh ? Ada sesiapa pernah lihat dan baca buku ini ?

Apakah benar isu 1MDB sudah dijawab ?

Yang nyata ia merupakan satu lagi PEMBAZIRAN yang boleh kita kaitkan dengan isu 1MDB !

Banyak persoalan yang sedari dulu kita bangkitkan sehingga kini masih belum terjawab. Contoh mudah adalah persolan mengenai perjanjian 1MDB-Petrosaudi, kenapa masih belum dijelaskan ?

Kemudian penjelasan mengenai urusniaga yang melibatkan IPIC/Aabar di mana timbul isu2 berkaitan pembayaran yang dikatakan tidak diterima oleh IPIC ? Mengenai Option dan deposit yang dipegang oleh IPIC ?

Bagaimana dengan penjelasan tentang harga IPP yang dibeli oleh 1MDB dengan harga yang jauh melebihi harga pasaran ?

Kalau dah dijawab, kenapa perlu di rahsiakan laporan Ketua Audit Negara ? Dikatakan selepas PAC bentangkan laporan mereka di parlimen, laporan Ketua Audit itu tidak lagi rahsia ..... well, sama2 kita tunggu. Saya sendiri tidak pasti apakah laporan dari PAC atau laporan Ketua Audit yang dimaksudkan ....  

Dari awal lagi kita mengharapkan pihak 1MDB sendiri tampil mengadakan sesi soal jawab dengan wartawan dan para pengkritik. Bukankah itu yang lebih baik ? Tak perlu kos pun dan lebih efektif !

Soalan2 yang memerlukan jawapan panjang boleh diberikan terlebih dahulu supaya pihak 1MDB boleh buat persediaan. Waktu sama 1MDB juga kena bersedia untuk jawab soalan2 susulan ketika sesi itu berjalan. 

Bukankah itu yang terbaik ?

Dalam keadaan biasa yang melibatkan syarikat yang biasa, mungkin itu yang terbaik tapi nampaknya 1MDB ini bukan syarikat biasa dan keadaannya juga amat luarbiasa. Maka segalanya tentang 1MDB mengundang perkara2 pelik yang luar dari kebiasaan.


Bernama

Namun disebalik segala keluarbiasaan itu, yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun adalah - 1MDB langsung tidak menguntungkan rakyat dan negara !

Bukan saja operasinya merugikan, nak buat penjelasan pada rakyat pun terpaksa kerajaan tanggung kos.... sedangkan apapun tak dijelaskan lagi !
 
PS - Kos RM600k itu baru kos terbit buku. Kos2 lain ? Justo apa cerita ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2016 at 12:07 PM

Salaam bro din,
Duit kerajaan? Itu cuma istilah. Segala duit2 yg ada pada kerajaan ini adalah hasil rakyat atau lebih tepat lagi duit KITA. Di AMANAH kan kpd kerajaan yg memerintah supaya ekonomi dan pendapatan kita bertambah....jika kerajaan itu BIJAK.
Namun apa yg kita ada hari ini adalah sebuah kerajaan tuli dan bengap dlm mentadbir urus kuasa mahupun amanah yg kita berikan. Tanpa KITA siapakah mereka2 ini? Memiliki kerajaan yg BEBAL akan menyusahkan kita semula,maka sbb itu ada kelompok2 yg kayaraya dgn hasil yg boleh di persoalkan. Dgn melumpuhkan pemegang kuasa undang2 buat masa ini mereka2 ini selamatlah.....tapi mereka LUPA,sampai bila? KITA rakyat takkan lupa.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2016 at 12:25 PM

Uh...biasalah kat Malaysia nie,nak tunjuk kat rakyat yang mereka sebenarnya berkuasa...lupa pada dosa,lupa pulak anak bini....semuanya ke neraka...hebat...alangkah sabarnya mereka nak masuk neraka.Saya respect betul kat Muslim yang berperangai dajjal kat rakyat...bukan nya apa...itulah calon ahli neraka...siang malam susahkan hidup orang lain...nauzubillah...Ingat lah..Allah pasti menyeksa mereka dengan hebatnya sampailah ke akhirat !

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2016 at 1:16 PM

Ada org untung di sebalik keluarkan buku ni..peduli apa asal dia untung..jwb tak jawab lain cerita,janji msk..siapa berani sangkal

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2016 at 2:38 PM

Itu celah gigi atau taik gigi je bro din. Yg RM42 juta tu duit gi pasar je untuk dia. Yg RM 2.6 Billion tu duit sedekah je bro din....yg berbillion2 hilang tu baru berapa je bro din....takpe bro nnt kita ambik beloh lain pulok...gst ada,rege minyok buleh ngejas,buleh belake2 bro din.

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2016 at 4:39 PM

Buntu buntu kalau yang dituduh tak ada perasaan insaf dan iman , syaitan akan menjadi lebih rapat dan lebih kuat buat kamu untuk berada di kemuncak nafsu untuk menguasai kerajaan hingga ke titisan akhir dan syaitan tak akan lepas untuk terus menggoda degan wang ,kuasa dan perempuan....kami menunggu yang dituduh mahu membersih dan membela diri .come on relax, step down sebentar untuk beri laluan untuk penyiasatan tanpa prejudis bolih dibuat, supaya nama kamu dan keluarga bolih dibersihkan. Jika benar kamu tulus dan lurus takde apa yang harus di gentarkan. Biar padang permainan samarata dengan yang menuduh, jangan takut jika kamu benar.jangan biarkan syaitan menjurumuskan kamu tersungkur ke tahap paling hina, masih ada masa untuk kamu bertaubat dan muliakan diri kamu disisi manusia dan Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2016 at 6:20 PM

600K buat bayar gaji staf gomen dah boleh berapa org dah? Depa buat macam duit tu mak pak depa yg punya.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
March 15, 2016 at 7:26 PM

Jangan risau wahai rakyat Malaysia. Kos perbelanjaan RM600k untuk menerbitkan buku tersebut merupakan derma dari KERAjaan Arap Sodi yg mana bakinya akan dipulangkan (sekiranya berbaki).

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2016 at 7:28 PM

Yang jelas, Najib hanya akan membazir lebih banyak lagi WANG Rakyat, selagi dia tidak TURUN. Yang untung adalah penjilat beliau, penerbit dan pencetak buku-buku itu. Cuba selidik siapa dapat 'kontrak' menerbit dan mencetak buku-buku itu.

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2016 at 7:37 PM

Kenapa buku 1MDB kerajaan yang bayar? Patut 1MDB la yang bayar ==!

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2016 at 8:18 PM

Sebab duit kerajaan adalah duit UMNO Najib.

Sebab tak jujur lah maka RM 600,000.00
Dibelanjakan untuk buat penerangan pada rakyat.

Kerja orang bodoh dan cetek akal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2016 at 10:10 PM

Ucapan pertama Najib setelah menjadi PM antaranya ialah,"zaman kerajaan tahu segalanya sudah berakhir".Inilah natijahnya bila kerajaan tak tau apa.Orang-orang bodoh ini sangat angkuh dan sombong.Mereka sangat rajin mempamerkan kebangangan yang mereka sangka sebagai kebijaksanaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2016 at 12:54 AM

Kihkihkih mykmu tk siar komen negatif btl2 tkde buah mcm boss mereka da

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2016 at 10:35 AM

600K dibazirkan semata2 untuk balas kerja bodoh yang mereka sendiri buat. Memang bang$@* punya orang.

sedangkan pada masa sama rakyat diGSTkan...dicukaikan.. jika gst 6% sepatutnya income tax dikurangkan sebanyak 6% juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2016 at 11:11 AM

Belanja 600k?? wtf. Makin melampau2 kerajaan sekarang. bukan lg menenangkn tp lg menyakitkan hati. lg sakit hati bila tgk muka najib & xnk jwb soalan2 berkaitan derma 2.6 bil & more. ayat2 bodoh dri menteri & mmperlekehkan, memperbodohkan rakyat. tapi masih ade lg manusia yg menyokong mereka ini. Suka diperbodohkan bangga diperlekehkan. Malaysia is nt the same country anymore..full with stupid ministers appointed by certain rakyat too.. sighhh I hope someday these people will totally open their mind and all the opposition, NGO to work harder n go meet the kampung2 folks n explain what's going on to this country. I've done my part to explain to my parent n relatives specially abt Najib wrong doing. I hope all Malaysian do this as well - go back to kampung2 and talk to your parent n their friends. Little by little we could help them to open their mind. =(

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2016 at 10:01 PM

Setuju dengan Anon 11.11 AM, sekarang kita kena jalankan peranan kita. Rasa saya, inilah antara jalan terbaik sekarang, iaitu pergerakan secara mikro tetapi massa.

Kalau setiap dari kita terangkan kepada anggota keluarga kita tentang skandal 1mdb, terangkan secara jelas, direct dan cara mudah. Bagi analogi kalau mereka tak faham, maklum lah, orang yg takde background dalam finance sukar utk faham ttg isu duit keluar masuk syarikat-syarikat atas angin, kemudian parking sekejap di Cayman (yg notorious sebagai syurga bagi duit haram) dan akhirnya kena beku di Singapura.

Kita explain kenapa kita marah.
Kita jelaskan apa kesan perbuatan najib tu kepada Negara.
Kita beritahu apa yg najib telah buat kepada orang-orang yg cuba tanya (sekadar bertanya!) tentang isu 1mdb nih.

Semoga usaha kita dipermudahkan Allah.

Post a Comment