........... Untunglah Rakyat Johor Boleh Minta Khaled Nordin Perjelaskan Isu RM2.6 Bil dan Isu SRC ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Untunglah Rakyat Johor Boleh Minta Khaled Nordin Perjelaskan Isu RM2.6 Bil dan Isu SRC .....

Tuesday, February 9, 201620comments

Sinar
Umno Johor terima keputusan AG menutup kes Najib ..... Umno negeri lain bila pula nak buat pengumuman ? Nak tunggu Zahid melawat setiap negeri dulu baru nak umumkan ?

Hmmmm ..... nak kena umumkan, ya ... kenapa , ek ?

Apakah setiap keputusan AG, Umno negeri kena umumkan pendirian ? Tidak kan ...... Tapi kenapa dalam kes RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC ini Khaled Nordin kena umumkan pendirian Umno Johor ?

TERNYATA ..... Najib sudah goyang ! Hingga terpaksa meraih sokongan terbuka dari Umno negeri bagi menyokong keputusan AG. Dengan katalain, memaksa ahli2 Umno menerima keputusan AG ! Yalah, kan mengikut pemimpin2 Umno sekarang, ketaatan kepada pemimpin harus lebih diutamakan daripada parti atau negara.

Apakah sokongan terbuka dari Pengerusi Umno negeri benar2 mewakili pandangan ahli2 akar umbi ? Atau ia lebih berupa syok sendiri di pihak Najib konon 3 juta ahli Umno masih setia menyokongnya ? Kenapa tidak parti2 lain dalam BN tidak ikut menyatakan sokongan terbuka yang sama ? 

Ramai cai2 Najib yang memperlekehkan suara kritikan rakyat sebagai tidak membawa kesan atau impak kepada Najib. Tengoklah, Najib relaks jer kat atas tu. Takde tanda pun Najib nak turun....

Hahahaha ...... Siapa kata Najib relaks ? Kalau Najib relaks, takde lah sampai kena minta Ketua Umno negeri keluarkan kenyataan terbuka sokong keputusan AG sepertimana kes di atas !

Tapi Najib tak turun pun  ! ?  Memanglah .... sebab Najib tak mampu nak turun ! Kalau Najib turun walaupun untuk SEMENTARA KES DI SIASAT, itu bermakna Najib sudah tidak punya kuasa atau pengaruh lagi. Saya percaya keadaan tidak akan sama sepertimana yang berlaku sekarang ini jika Najib tidak lagi punya kuasa.

Sebab Najib punya kuasalah maka Timbalannya dilucutkan jawatan hanya kerana menegur supaya kes 1MDB dan RM2,6 bilion disiasat dengan telus dan segera ! Kenapa tidak suruh je Muhyiddin pergi bertemu pak Arab yang kononnya penderma itu sebelum beliau dilucutkan jawatan ? Atau ceritakan yang baki duit itu sudah dipulangkan semuanya ? Mungkin saja ..... Muhyiddin akan pertahankan Najib sekiranya beliau terima bukti2 tersebut.

Begitu juga dengan AG lama ...... dan Hamid Bador ... dan Zeti ....  dan Mukhrz .... tak lupa juga Tun Mahathir ! 

Kenapa tak buat ketika itu ? 

Paling menghairankan, kenapa tidak disebut yang baki duit itu sudah dipulangkan, semasa Najib bercakap secara siaran langsung wawancara di TV3 atau ketika beri taklimat kepada perwakilan Umno ketika PAU baru ini ? 

Jadi jangan salahkan rakyat yang merasakan ia tidak lebih dari satu lagi skrip babak yang baru direka dalam drama Derma RM2.6 bilion !

Si Penderma pula ..... bila kes dah jadi perhatian dunia sehingga menyusahkan dan memalukan sipenerima ( Najib ), tidak lupa juga telah memalukan negara Malaysia serta seluruh rakyatnya, kenapa masih berdiam diri ? Kenapa tidak tampil buat pengakuan demi menyelamatkan maruah si penerima derma dan 30 juta rakyat Malaysia yang kini menjadi bahan tawa masyarakat dunia ?

Tak masuk akal langsung !

Balik kepada kenyataan Khaled Nordin di atas ...... beliau berkata -

"Kita perlukan titik penutup dan perlu segera kembali mara ke hadapan,"

Baguslah Khaled dah faham dan terima keputusan AG. Rakyat Johor yang masih tak puashati dengan keputusan AG bolehlah jumpa Khaled dan minta beliau jelaskan mana2 bahagian RM2.6 bilion itu yang masih belum terjawab. Jangan lupa minta Khaled jelaskan tentang kes RM42 juta SRC.

Lepas itu bolehlah kongsikan penjelasan itu bersama kita di sini. Kita pun mahu tutup kes ini dengan segera dan kembali mara ke hadapan. 

Tapi tutup kes dalam ertikata semua persoalan terjawab bukannya tutup terpaksa.  ( dek sebab perkara2 lain .... )

PS -Pendek kata - Dalam keadaan biasa, seorang pemimpin akan meletakkan kepentingan parti, bangsa dan negara di hadapan. Jika beliau sedar dirinya sudah menjadi liabiliti, beliau akan mengundurkan diri. Mungkin orang lain mampu memperbaiki keadaan. Sebab parti, bangsa dan negara lebih penting dari diri sendiri.

Tapi jika pemimpin itu tetap berdegil juga .... well, itu menunjukkan keadaan yang BUKAN biasa.

                             *******************

TMI ada satu artikel menarik wawancara dengan bekas duta kita ke Kanada, Dennis Ignatius mengenai impak kes RM2.6 bilion ini kepada reputasi negara di mata dunia luar. - KLiK.

Saya copypaste sebahagian -

TMI: Pada pendapat anda, sejauh mana laporan-laporan antarabangsa ini merosakkan Malaysia?

Ignatius: Tidak syak lagi, begitu banyak pendedahan tentang rasuah dan salah laku penguasa serta tindakan keras ke atas pembangkang, sekatan atas media dan Internet, sekatan atas kebebasan awam dan keseluruhan perdebatan mengenai hudud, sangat merosakkan reputasi Malaysia.


Reputasi Malaysia sebagai sebuah negara sederhana, stabil dan progresif, reputasi yang mengambil masa beberapa dekad untuk kita bina, kini hancur, disia-siakan pemimpin yang hanya mementingkan kuasa peribadi dan kepentingan diri. Hari ini, kita dilihat sebagai korup, tidak demokratik, tidak stabil dan mundur, negara yang menuju ke arah ekstremisme dan tiada toleransi.


Kesan-kesan ekonomi juga sama dahsyatnya. Pengulas kewangan yang disegani seperti Bloomberg melaporkan kemerosotan keyakinan pelabur. Terdapat terlalu banyak ketidaktentuan politik, terlalu banyak laporan rasuah, salah urus dan kebatilan, yang selalunya membuatkan pelabur jadi gementar.


Bukan tiada sebab tahun lepas pelabur asing menjual sejumlah AS$7.4 bilion saham dan bon Malaysia serta ringgit jatuh 19%.


TMI: Apa yang boleh atau harus Putrajaya lakukan, sekiranya menteri terus dengan reaksi spontan mereka menolak laporan antarabangsa? Atau adakah perlu lebih diplomasi?


Ignatius: Diplomasi? Saya tidak tahu diplomasi ada peranan dalam semua ini. Diplomasi tidak boleh melindungi skandal dan rasuah. Ia sememangnya tidak direka untuk berbuat demikian. Kerajaan perlu memantapkan pentadbirannya, terima hakikat dan buat pembaharuan yang bermakna.


Ia perlu meyakinkan rakyat Malaysia dan dunia yang ia boleh berubah menjadi lebih baik. Malangnya, tidak ada tanda-tanda ke arah itu. Strategi mereka adalah untuk menafikan segala-galanya, terus menegaskan segala-galanya dalam keadaan baik, memburuk-burukkan pengkritik dan berharap semuanya akan reda. Ini kaedah Mugabe, saya rasa.


Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 11:13 AM

Sebab Najib bawa t@h1.. ramai keldai dan monyet terpalit. Ramai orang penting UMNO dah hilang moral compass. Masih bersungguh nak menegakkan benang yg basah. How pathetic..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 11:35 AM

I just don't care about UMNO anymore. Priority is to put all those UMNO in cabinet to Sungai Buloh.Any party willing to do that will get my vote.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 11:52 AM

Bro. Din, Najib Bogeysman and his craving cuckoos are now malignant cancer in the masyarakat of Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 11:55 AM

Johoreans.....are you with khaled nordin or with the sultan?

Yes only you johoreans can answer

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2016 at 12:46 PM

Perbicaraan Yak Yew Chee di Singapura sekarang akan menelanjangkan Najib dan Apandi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 1:14 PM

MARUAH dan INTEGRITI Malaysia HANCUR LEBUR dek kerana Najib dan menteri-menteri, AG, KPN dan ketua-ketua bahagian UMNO lembu cucuk hidung pemakan dedak...

Wahai rakyat Malaysia..bangkitlah dan tebus kembali maruah kita. Bersusah payah generasi pemimpin kita terdahulu menaikkan Malaysia dipersada antarabangsa namun sekelip mata lesap dek Najib.

Kalau dulu aku tersenyum bangga sebagai rakyat Malaysia, kini aku malu...teramat malu...

WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG MASIH BERMARUAH, baik yang lama mahupun yang kini...Bangkitlah dan bersuaralah dengan lantang dan pimpinlah kami rakyat Malaysia yang tertindas dek Najib ini...Bersatu kita dan gegak gempita kan suara kita untuk mengangkat semangat juang BERANI KERANA BENAR....

InsyaAllah perjuangan kita tak akan sia-sia demi tahan air tercinta dan anak cucu kita.

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2016 at 1:19 PM

Yalah, kan mengikut pemimpin2 Umno sekarang, ketaatan kepada pemimpin harus lebih diutamakan daripada parti atau negara.

SALAH. IANYA SUDAH LAMA BERLAKU.. KETARA SGT, SEJAK ZAMAN MAHATHIR.
SEMUA YG TERJADI, PUNCA DR MAHATHIR.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 5:08 PM

Abbasbestarigold,

Your logic does not make sense.

1. Was at any one time billions of ringgit went into mahathir's personal account when he was a president of umno and PM?

2. Are you being told that at least RM42 mil of any GLC's money being placed in mahathir's personal account when he was president of umno and PM?

If you cannot prove it, fly kite.

On issue of party viz individual loyalty, rafidah's definition and of comments are very true.

Would you be loyal to your father if he keeps mistress and your mother was not informed?

Would you be loyal to a thief now being protected at all cost?

Would you be loyal to a leader who is a munafik...see his video on political donation and party account viz corruption?

Please talk sense, otherwise talk to any kindy students who would say....AGREE, SIR

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 6:04 PM

Seperti Mugabe?

Aduhhh....malu wehh...!!! Seteruk itu ke arah haluan Negara ku tercinta ni?

Saya sedih dengan perkembangan UMNO Johor. Tahun lepas, bila skandal 1mdb mula-mula pecah dan isu RM2.6 B timbul, bukan ke Pemuda Johor yg paling bersuara minta The Boss beri penjelasan?

Mula-mula Sultan Johor minta kita maafkan Najib atas alasan semua orang buat silap.

Sekarang UMNO Johor pulak suruh 'letak noktah dan mara ke hadapan'? Amboi, kalau kaki duk berdarah sebab paku berkarat masih tertanam dalam betis, macam mana nak heret kaki untuk mara ke hadapan? Celecer laa darah di sepanjang jalan!

Umno nak mengorak langkah berdarah ke?

Di mana GKCM? GKCM cawangan Johor takde suara ke?
Atau.... Cikgu Kamarul pun dah 'dibisukan' ?

Saya juga heran dengan BERSIH. Bukan ke selama ni beria-ia mereka berarak, tahun demi tahun, kononnya nak minta pilihanraya bersih... bla..bla..bla...

Tapi bila The Boss bagi bola tanggung dengan mengakui bahawa 'derma' itu ialah untuk membantu BN menang pilihan raya, di mana BERSIH?

Kenapa si Maria Chin tak berkokok minta semua orang berkumpul di jalanraya? Maria pun dah 'dibisukan' ke?

Atau...

Puak-puak pembangkang duk seronok tengok Umno sibuk menggali kubur sendiri?

Veteran-veteran Umno juga nak terus tutup mata ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 6:52 PM

Mungkin juga mereka tak nak PM bertukar skrg supaya mereka boleh menang PRU14. Ada kemungkinan kalau Presiden UMNO masih org yg sama UMNO akan kalah. Tapi pemimpin2 dlm UMNO masih perasan rakyat sokong mereka.. sorry lah kalau Presiden UMNO masih org sama undi sy kpd parti lain...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 8:13 PM

Exactly.Pembangkang mcm burung botak,tunggu masa nak makan bangkai.Tu la sikap perjuangan diorang.Kalau Najib masih ada,tak perlu kerja kuat nak menang PRU.UMNO akan self destruct jadi bangkai.Pembangkang ni pun 2x5 jer,bukan nak perjuang rakyat pun.Perut sendiri jugak.Tapi president UMNO ni dah kenyang sangat dah,tak payah nak kesian2 lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 8:52 PM

Khaled riso dia akan terima nasib macam Mukhriz la bro...jumlah pejuang memang sikit, pengaut untung yang ramai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 9:42 PM

Bagi aku la ... Khalid Nordin sudah goyah. Tentera Najib dah menyerang Khalid Nordin. Mula dengan khabar angin bahawa ada lagi MB yang akan ditukar. MOnya mudah sahaja.. Kumpulkan adun ramai, ketua bahagian dan lagi baik ketua cawangan. Apabila dapati majoriti sudah berpihak kepada Najib, istiharkan bahawa sudah hilang kepercayaan kepada MB. Tawarkan jawatan kepada yang berkenaan dan projek kepada yang berkaitan. Sudah pasti sokongan akan diperolehi. Bawa menghadap sultan bahawa pimpinan umno telah hilang kepercayaan kepada MB. Bawa apa2 isu yang MB gagal tangani.

Sultan terpaksa akur. MB terpaksa letak jawatan. MB akan gagal mendapat sokongan pembangkang kerana DAP dan PAS tidak sebulu. Ini telah terbukti dalam kes perletakan jawatan MB Terengganu dan Kedah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2016 at 10:30 PM

Of coz we are the johorean with sultan..not with khaled or umno itself..them,the partie yg announce bukan BANGSA JOHOR!A

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
February 9, 2016 at 11:37 PM

Benarlah.... seorang pahlawan bugis ada berkata..."wang itu RAJA".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 12:38 AM

ini game politik. Lebih2 lagi dalam situasi sekarang yang mana Najib bertindak diluar undang2 yang sedia ada dan mendapat sokongan peguam negara.

Hanya mereka yang benar2 tiada kepentingan dan yang berani saja boleh ubah game politik ni.

Pembangkang juga tidak akan buat apa2 sehingga PRU. Sebab membiarkan Najib terus berkuasa akan mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 8:45 AM

Salah Mahathir?Kau pengkhianat negara,...penyokong peliwat sentiasa salahkan Mahathir walau pun orang itu liwat tetap liwat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 12:30 PM

Presiden UMNO aka Najib & talibarut2 dah disconnected dgn realiti. Kat Johor ada hospital bahagia aka hospital Tampoi- elok rekomen rakan sekerja Khalid Nordin & bos dia sekali terima rawatan psikiatari...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 1:03 PM

Aikkk ?.... org lain yg duit masuk akaun ratus juta... Tun pulak yg salah ker... confuse

....................
Reply To This Comment ...................
February 10, 2016 at 11:29 PM

Kalau macam ni harus DUN N43 Permas untuk next PRU Lim Kit Siang yang akan bertanding... itu pun kalau DS Khalid tak buat "homework" from the date of above statements being made...
DT - finally found the links, good job bro DT...

Post a Comment