........... Tun Mahathir - Siapa Pengganti Cerita Kemudian, Yang Penting Najib Turun ! Kita Bergerak Atas Nama Rakyat. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - Siapa Pengganti Cerita Kemudian, Yang Penting Najib Turun ! Kita Bergerak Atas Nama Rakyat.

Sunday, February 14, 201617comments



Dalam pertemuan GKCM bersama Tun Mahathir dua hari lepas, ketika menjawab soalan Siapakah yang layak mengetuai perjuangan dan seterusnya ganti tempat Najib, Tun jawab -

.. bila kita identify orang yang nak ambilalih, ada yang suka dan ada yang tak suka. Jadi kita berpecah. Kita bukan tumpu pada kejatuhan Najib, kita tumpu pada siapa nak jadi PM. Masing2 nak naikkan orang dia. Dengan itu kita berpecah.

Waktu2 ini, bukan masanya. 

Katalah ... Najib jatuh, Tengku Razaleigh naik. Takper .... bila tiba masa pemilihan dalam Umno, kita tentukan siapa yang patut ....

Itu kemudian ... ( isu siapa pengganti ). Yang pertama Najib mesti jatuh. 





KLiK untuk ke Youtube.

Namun pasti akan ada mereka yang ikut serta dengan agenda menaikkan pemimpin pilihan mereka. Standardlah tu .... naik bos, maka naik jugalah mereka ini. Itu dinamakan perjuangan yang berkepentingan peribadi. Perjuangan sebegini kita kena tolak ke tepi dulu.

Begitu juga dengan perjuangan yang berlandaskan kepartian..... kita harus bergerak atas nama RAKYAT MALAYSIA.

Kepada soalan yang bertanyakan keperluan menubuhkan satu parti baru, Tun Mahathir berkata -

.... Setiap kali perpecahan berlaku, separuh pergi ... separuh tinggal. Jadi pecah dua.

... kita semua sayang kepada Umno. Pepatah Melayu berkata, Sayangkan anak tangan2kan .... jangan kita fanatik pasal sayang anak, dia buat pun kita dukung ! Ini bukan Umno yang salah, ( tapi ) pemimpin Umno yang salah.

.... sebab itu waktu ini kita utamakan ... penyingkiran Najib. Oleh sesiapa tak peduli. Dan kita harus bekerjasama dengan siapa saja yang anti Najib. Dan parti lawan memang anti Najib.

Tun beri contoh masa Bersih. Walaupun Tun masih ahli Umno tapi beliau hadir sebagai seorang rakyat yang mendesak Najib letak jawatan.

Jadi kalau kita boleh ketepikan soal kesetiaan kepada parti, (tukarkan ) kepada kesetiaan kepada bangsa, agama dan tanahair. Kita bertindak sebagai rakyat / citizen. Kita tak usah kira parti lawan ke, parti Pas ke, parti Umno ... kita bersatu.




KLiK untuk ke Youtube.

Hmm ... nampaknya bagi Tun, menggunakan jalan dalam Umno sudah tertutup. Dah tak boleh nak harap dah kepada kepimpinan Umno, contohnya MT untuk menyelamatkan Umno sendiri. 

Kemungkaran Najib sudah melangkaui Umno dan kini menjadi tanggungjawab rakyat semua untuk bersatu dalam misi menjatuhkan Najib.  Suara Rakyat adalah Suara Keramat !

Tukar Najib tidak sama dengan Tukar Kerajaan.

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 1:41 PM

Semua anti najib memang harus bergabung sebelum negara tergadai.

Ini termasuk Nazir Razak dan juga TMJ.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 2:25 PM

Dalam negara Malaysia pada hari ini,sudah tidak wujud lagi pihak berkuasa yang melaksanakan amanah dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Ini bermakna Perlembagaan diketepikan,dan Raja-Raja Melayu juga gagal memainkan peranan.Pemegang kuasa tertinggi negara adalah Pahlawan Bugis yang bermaharajalela dengan slogannya 'Cash is King'.Ketua Turus Angkatan Tentera,Ketua Polis Negara,Peguam Negara,dan Ketua Setiausaha Negara semuanya gagal dan dilihat tidak lagi beramanah.Ini adalah satu tragedi kepada Malaysia,dan hakikatnya negara sedang diserang.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
February 14, 2016 at 3:11 PM

Assalammualaikum wmt Bro Din!
Pada fahaman saya, apa yg tersirat disebalik kenyataan Tun M itu ialah Najib Razak hanya boleh dijatuhkan melalui pemilihan Umno - PAU, yg akan diadakan selepas ditangguh selama 18 bulan.

Bila Tun M ambil contoh nama Tengku Razaleigh, maka itulah insan yg Tun fikir sesuai dan mampu tumpaskan Najib di kerusi Presiden Umno nanti.

Maka, dgn kenyataan itu terserahlah kpd orang Umno untuk membuat pilihan. Kalau mereka majoritinya tamakkan duit tanpa memikirkan kepentingan masa depan Umno demi bangsa, agama dan negara, maka akan tertogoklah lagi Najib dimana dia berada sekarang.

Wahai ahli-ahli Umno (para perwakilan), tepuk dada tanyalah IMAN.... dan cubalah elak dari berpresedenkan 'si munafik'.
Wallahhua'lam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 4:19 PM

yang berada disekeliling najib tu, lidah berjelir je, bersedia untuk menjilat segala kelemahan najib yang dikatakan. sebut la, berikan fakta, berikan sumber, semua itu akan dijilat sehingga kering dan tak bersisa.kaitkan najib dengan jhlow, putra turk, semuanya didiamkan. sebutkan keburukan jhlow dan kaitkan dengan najib, diam tak berbunyi para penjilat. serang najib, keluar abis lidah untuk menjilat segala serangan.
jika tiada tekanan terhadap ketua cawangan, mungkin gerakan ini akan berkesan. tapi jika ketua cawangan ditekan dan wujud talam dua muka serta batu api, maka gerakan ini tidak akan ke mana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 4:23 PM

Kepada ahli2 Akar Umbi UMNO diseluruh Negara, yg masih Setia kpd Parti, Rakyat & Negara, Bangkitlah menentang kebathilan didalam Parti bila tibanya Pemilihan pucuk pimpinan UMNO nanti..kerana 99.9% pemimpin2 yg menyandang berbagai bagai jawatan didalam Parti sekarang seHarusnya perlu diberi PENCEN drp Dunia POLITIK Bangsa..Pemimpin2 yg memberi RASUAH WAJIB dijauhi krn Daging2 yg tumbuh dari hasil duit HARAM hanya Api NERAKA lah yg layak menjadi bahan bakarnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 4:33 PM

Cukuplah Tun. Sebelum ini semua pilihan PM, Tun yg tentukan. Apa sudah jadi. Cukup cukuplah. Biarkan Najib kekal sehingga akhir penggal, dan kemudian rakyat sahaja tentukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 5:04 PM

Jatuh JIBNO! Bangkitlah UMNO!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Negaraku!

https://youtu.be/tyDk0VCq--E

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 5:18 PM

Saya boleh bayangkan Trump Card yang akan dimainkan oleh Najib diketuai hulubalang utama dia tg Adnan.

Pemilihan UMNO tahun ini tidak akan diadakan kerana kita ingin tumpukan kepada memulihkan ekonomi Negara.

(maksud: kami perlukan masa untuk tutup segala lobang sebab jika kami jatuh, tiada peluang untuk sesiapa yg naik untuk mendakwa kami)


Pemilihan akan diadakan apabila keadaan ekonomi kembali stabil.

(maksud: sehingga kami telah pasti semua musuh politik kami telah hilang taring dan keupayaan untuk menggugat kami)

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2016 at 5:27 PM

https://youtu.be/i0_s9orjkmM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 5:34 PM

Kesian si Najib.Mmg patut dia di rehatkan sebab banyak sangat terpalit skandal,walaupun belum tentu dia bersalah.UMNO mmg dah nak berkubur,yg ada semua kaki jilat dedak je.Ini semua salah org2 lama termasuk TDM juga.Bukan dia tak tau perangai laki bini Najib dan Kak Ros ni. Dulu pun satu Malaya dah tau dan bercerita,tak kan dia asyik nak kata sebelum dapat kuasa perangai lain dari bila dah berkuasa.Kalau dulu Tun ikhlas,mesti dia dah kekang org2 mcm ni.Itu lah pasal kadang2 org pertikai niat Tun ni juga.Sekarang terpaksa susah payah nak jatuhkan si Najib,mcm Pak lah dulu jugak le. Agaknya,mcm ni jer la kelas pemimpin yg kita ada skg ni.

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2016 at 9:13 PM

Tun Mahathir akan bertindak kalau bukti tu ada dan kukuh. Dia bukan jenis percaya dan menghukum tanpa sebarang bukti. Lagipun Tun dah jelaskan bahawa kuasa Perdana Menteri telah menyingkap sikap sebenar Pak Lah dan Najib. Sebelum tu pijak semut pun tak mati. Nasib baik la perangai si Anwar dan kes salahguna kuasanya terdedah sebelum jadi PM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 10:31 PM

Saya hanya rakyat marhain biasa hanya mampu berdoa suatu hari, bangun pagi ada berita pengumuman Najib meletak jwtn PM Msia serta merta atas sbb2 .... tah lantaklah atas sbb apapun. Janji dia bukan lagi PM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 10:40 PM

Sudah sudah lah najib nak jadi PM pun dah dapat sekarang berhenti ajalah sebab sudah diluar kemampuan bagilah pada orang lain pula yang lebih mampu untuk ambil alih, berhenti ajalah ambil pencen bawa bini pergi main dengan cucu muak dah kita orang tengok muka najib saban hari dalam tv sudah sudahlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 11:18 AM

tidak kah pelik kenyataan tun m sapa naik bincang kemudian janji najib turun, betul betul macam pepatah kalah jadi abu menang jadi arang, kesudahan nya orang melayu tergadai kesemua nya, nilai betul betul kenyataan tun m tu, satu tindakan yang tidak mempunyai wawasan. tun m ini memang dah jadi ketam, memang lah panas dia sekarang kroni dia dah abih lingkup, semalam keluar kenyataan syed mokhtar dah terkeluar dari senarai 10 orang paling kaya di malaysia. sekor melayu pun tak de, padan muka hangpa he3X

....................
Reply To This Comment ...................
February 15, 2016 at 11:43 AM

@Anonymouskan kita dah ada amalan biasa, ikut jer lah. PM mesti dari Umno dan Timbalan Presiden akan jadi PM bila Presiden undur. Selama ini pun itu yang diamalkan.... ( disebalik tuduhan Tun M yang pilih )

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
February 16, 2016 at 12:01 AM

1) Najib mesti diundurkan sebelum PRU 14 kerana kita tidak mahu dia menyamun lebih banyak wang dan harta negara. Sekarang nilainya dalam billion mungkin lagi 2 tahun sebelum PRU14 (jika ada) nilai akan mencecah trillion.

2) Rakyat secara keseluruhannya susah. Tetapi orang2 politik tetap dengan cara mereka baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Semua hendak ambil kesempatan. Di pihak kerajaan, kuat membodek kerana boleh dapat wang yang banyak. Di pihak pembangkang bersikap tidak apa kerana hendak cepat perintah disebabkan kebodohan dan tamaknya Najib.

3) Tun Dr Mahathir tidak pernah menghukum sesiapa tanpa bukti. Jikalau beliau tahu bahawa Anwar pada ketika itu mempunyai masalah moral sudah tentu Anwar tidak akan dilantik ke apa2 jawatan sekalipun dalam UMNO. Begitu juga dengan Pak Lah. Jikalau beliau tahu Pak Lah akan tidur dan semua keputusan dibuat oleh kabinet dapurnya tentu beliau tidak dilantik menjadi PM. Sekarang Najib. Jika beliau tahu bahawa Najib yang diasuh dan didik dengan baik oleh mentornya Tun Abdul Razak akan jadi seorang yang tidak bermoral dipenuhi skandal, sudah tentu Najib tidak dilantik menjadi PM.

4) Berbalik kepada isu paling besar dalam negara kita sekarang iaitu Najib. PM yang paling banyak skandal. Bukan sahaja di negara ini malah di dunia. Skandalnya melibatkan begitu banyak syarikat dalam mahupun luar negara dan melibatkan banyak negara! Malaysia dimalukan oleh seorang PM bernama Najib!

5) Persoalannya kenapa yang disiasat adalah Tun Dr Mahathir bukan Mohd Najib ?

6) Persoalan kedua ialah kenapa blog2 pihak pembangkang yang mengutuk Najib dan ada yang terus-terang menuduh beliau mengarahkan pembunuhan Altantuya tidak disiasat ?

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
February 16, 2016 at 12:36 PM

@Anonymous

Wahai anony February 15, 2016 at 11:18 AM,

Saudara amat suka sekiranya tiada org Melayu yg tersenarai dlm 10 org yg paling kaya di Malaysia ya? Ramai pemakan dedak Najib amat lantang mengatakan Tun M mengkayakan org bukan Melayu tapi lihatlah di bawah pentadbiran Najib, org Melayu terkeluar terus drp senarai yg paling kaya di negara tercinta ini. Adakah ini satu petanda yg bagus kpd org Melayu?

Sekiranya saudara seorang yg berbangsa Melayu, sewajarnya saudara fikirkan secara mendalam bagaimana di bawah pentadbiran seorang pahlawan Bugis membuatkan seorang usahawan Melayu tersohor yg selama ni tidak pernah terkeluar dlm senarai tapi akhirnya terkeluar juga disebabkan keputusan beliau utk "membuat pelaburan strategik" di mana aset2 negara terpaksa dijual kpd negara China disebabkan beban hutang yg sepatutnya tidak perlu berlaku pun. Syed Mokhtar seorang hartawan yg berhati mulia, membina universiti utk pelajar2 muslim dr serata dunia yg dibiayai oleh AlBukhary Foundation. Saya tidak faham mana2 org yg menggelarkan diri mereka Melayu tapi amat suka melihat org Melayu lain jatuh. Mungkin mmg sudah menjadi tradisi org Melayu berpenyakit "PHD" seperti saudara agaknya, sbb tu ramai org Melayu yg sukar utk maju.

Post a Comment