........... Tun Mahathir Membawa Perjuangan Ke Pentas Yang Lebih Besar ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Membawa Perjuangan Ke Pentas Yang Lebih Besar !

Monday, February 29, 201616comments



Seperti biasa ramai yang akan buat analisa berkenaan tindakan Tun Mahathir yang keluar Umno. Apakah ia satu tindakan positif atau negatif dalam konteks perjuangannya dalam usaha menyelamatkan negara dari kerakusan Najib ?

Macai2 Najib bersorak riang dan mereka menyindir2 tindakan negarawan kita yang ramai dari mereka sendiri amat sanjungi satu ketika dulu .... kenapa ? Apakah asas keriangan mereka ? Apakah mereka melihat tindakan Tun itu sebagai satu kemenangan kononnya tercabutlah sudah duri dari dalam daging Najib selama ini ?

Apakah pada mereka, Tun Mahathir tidak lagi beri ancaman kepada Najib bila tidak lagi menjadi ahli Umno ?

Cuba ingat kembali masa Tun bertindak sama zaman Paklah, apakah ancaman dari Tun semakin kurang dirasai baik dari dalam mahupun luar Umno ? Waktu itu hanya beberapa kerat saja penyokong Tun ikut sama keluar parti .... apakah Paklah dan Umno menjadi semakin kuat ?

Tidak ! Sejarah menyaksikan tentangan dan protes terhadap kepimpinan Paklah semakin kuat bila Tun keluar Umno sehingga memaksa Paklah sendiri mengundurkan diri.

Sebabnya, dengan keluarnya Tun Mahathir dari Umno, beliau telah membawa bersama perjuangannya kepada rakyat. Rakyat tidak lagi punya keraguan bahawa Tun berjuang atas nama rakyat. Isu yang dibawa Tun bukan lagi dilihat sebagai isu dalaman parti Umno tapi adalah isu rakyat Malaysia. Waktu sama pengaruh Tun dalam Umno tetap terasa kuat.

Saya yakin perkara sama akan berlaku selepas ini. 

Sebelum ini tidak ramai di kalangan rakyat  yang mahu menyertai perjuangan Tun walaupun mereka dapat merasai kebenaran apa yang Tun perjuangkan. Bagi mereka, ia adalah satu isu dalaman parti Umno. Isu Tun Mahathir yang mahu menjatuhkan Presiden Umno. Tun pula berterusan meminta kepimpinan Umno untuk bertindak menukar keadaan. Kesannya jika berjaya, rakyat juga akan ikut sama meraikannya kerana PM juga secara otomatis akan bertukar.

Ditambah dengan percaturan kuasa dalam heirarki Umno, kemudian penglibatan Muhyiddin dan Mukhris yang pergerakan mereka terhad kepada Umno semata2, umum melihat isu Undur Najib ini sebagai isu Umno.

Sekarang bila Tun Mahathir sudah keluar dari Umno dan waktu sama menegaskan yang beliau akan terus berjuang untuk menjatuhkan Najib bersama kemungkarannya, Tun sudah membawa platfom perjuangannya ke pentas yang lebih besar. Tun sudah merakyatkan isu Undur Najib !

Kini seruan bukan lagi Undur Najib dari kerusi Presiden Umno tapi dari kerusi Perdana Menteri. Suara Tun bukan lagi terhad dalam dewan Umno tapi bakal bergema ke seluruh pelusuk Malaysia !

Tidak ada kesangsian lagi selepas ini kepada siapa suara Tun Mahathir ditujukan. Bukan lagi kepada kepimpinan Umno tapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kepada penyokong2 Tun yang di dalam Umno, terserah pada anda untuk ikut sama Tun keluar parti atau tidak. Setiap kita ada peranan masing2 dalam kapasiti kita sendiri. Jika anda merasakan lebih efektif untuk bergerak dalam Umno, maka teruskanlah. Tak perlu untuk anda juga keluar parti di mana keaktifan anda berkurangan.

Kita semua ada peranan masing2, bertindak mengikut apa yang anda fikirkan terbaik. Perjuangan belum selesai ......

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 29, 2016 at 11:55 PM

tak kisahlah siapa dan dalam platform mana .. politikus, ngo, facebooker, hacker, blogger, ilmuan agama, pakar perudangan dan semua individu yang percaya kepada kebenaran dan menentang kebatilan harus bersama.

besuaralah wahai rakyat Malaysia... tunggu apa lagi ? kata yang benar sampai yang benar itu muncul. Bersuaralah

UNDUR NAJIB !! KAMI NAK NAJIB UNDUR

bersatu dan lawan. bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana maufakat. bulat perut macai kerana dedak Najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 12:07 AM

Dengan segala skandal najib dan bermacam2 isu dalam negara keluar pulak Tun dari UMNO kiok lah UMNO pada PRU14 itu sudah pasti ibarat kata UMNO perlu diberi pengajaran oleh rakyat dan sudah sampai masanya walaupun hati aku sedih aku redha UMNO kalah PRU14 demi pengajaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 12:13 AM

Kalau incik Azalina mabuk ketum dengan caj sheet dan bulan Mei 2015, Pak Lah setelah terjaga dari tidur buat seketika tapi seperti incik Azal, dia juga mabuk ketum dengan mengatakan Najib akan membawa Malaysia kemajuan. Shhhh.... go back to sleep Pak Lah, nobody asked you anyway.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 3:00 AM

Salam..
Dalam dunia ni sejarah telah membuktikan sekuat manapun seseorang yang zalim itu sebagai Pemerintah waima Namrud, Firaun, Caesar, Sukarno, Marcos, Mugabe, Suharto, Taksin dll semuanya lambat laun akan jatuh tersungkur tanpa maruah. Ini Hukum Allah, Allah SWT tidak akan membiarkan manusia2 zalim terus bermaharajalela. Sama2 lah kita nantikan hukuman Allah SWT terhadap Najib. Masa akan tiba.

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2016 at 8:47 AM

Text ucapan Pak Lah ditulis oleh macai2 Najib kerana mereka tahu dia akan memberi ucapan dlm tidor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 9:18 AM

Itu bukan lagi parti UMNO tapi parti Najib Nazak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 9:20 AM

Din..baik gak Tun M keluar dari UMNO..sbb UMNO sekarang bukan parti untuk orang2 Melayu dah..UMNO sekarang adalah parti untuk macai2 Najib...UMNO=Untuk Macai Najib Only...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 9:33 AM

Ada kita kisah tdm keluar umno? Tapi yh penting perkara rm42juta src dan rm2.6b perlu diselesaikan di mahkamah. Biar najib jawab, pengerusi jawab, ceo jawab, semua yg terlibat jawab. Kita nak dengar jawapan di mahkamah. Bkn kat pej. Ag dan sidang akhbar tanpa soalan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 10:18 AM

Di hari Selasa yang permai ini, sukacita saya ingin mengucapkan Selamat Hari Selasa kepada Najib dengan pertanyaan Bila Nak Saman WSJ?

Saya mempersembahkan sebuah lagu khas untuk Najib dan macainya sekalian, nikamtilah..........

Selamat Hari Selasa

Selamat Hari Selasa

Selamat Hari Selasa kepada Najib

Bila Nak Saman WSJ

Sila nanyikan dalam irama 'Selamat Hari Lahir'.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 10:39 AM

SATU kan perjuangan kita......jika kita tak mahu di pimpin oleh pemimpin yg menipu rakyat. Kita lantik mereka bukan utk menipu tetapi demi tanggungjawab memajukan negara agar limpahan kemajuan itu dapat kita nikmati bersama tanpa mengira bangsa.
Maka dgn itu amat jelas...TOLAK DAN BUANG PEMIMPIN YG MENSIA2KAN KITA..DENGAN SEGERA.
Sampai bila lagi kita mesti di TIPU? Jadilah warganegara yg bijak dlm membuat keputusan.Ayuh....majulah bangsa ku!
Allah sentiasa bersama org2 yg BENAR.

#waristunkuitam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 11:16 AM

Saya copy paste apa yang saya telah saya tulis sebelum 29 februari yang lalu

Dear Malaysians,

Be patient. The armagedon is coming. Soon enough for rejoice and celebration.

Within march next month, a few continuous but painful "shots" would be heard from the american, swiss, singaporean, british and hongkong investigation teams. Have not received info yet on the french.

By march and thereon, expect "street celebration" and majlis kesyukuran diadakan di seluruh pelusuk negara malaysia.

Get ready.

>>>>>> 29 feb - Saya tak sangka perkara pertama berlaku adalah keluarnya Dr Mahathir dari parti najib

>>>>>> 1 mac - Keluar artikel dari AWS Journal pasal wang masuk ke dalam akaun najib melebehi apa yang ketahui setakat ini.... > USD1 bil

Kita tunggu hari berikutnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 12:48 PM

Merujuk tulisan Tun dalam blog nya berkenaan Musa Hitam... telah mengutarakan suatu yg amat jelas. Beliau melantik mereka yg menentangnya berbanding yg setia dengannya.

Maka hari ini jelas, pemimpin2 dlm UMNO mahupun bekas2 pemimpin tersebut hanya lah mereka yg 'mensabotaj' beliau. Proses ini sebenarnya membuktikan mereka ini tak lain orang yg mementingkan diri berbanding rakyat mahupun negara.

Lihat betapa talibarut2 Najib memutar belitkan situasi seolah2 Tun lah bakal menghancurkan UMNO bukan penjenayah no. 1 negara, Najib!
Dan dlm masa yg sama pendirian mereka juga bercampur aduk (sama seperti muka & hati mereka) ... tetap juga mengatakan tindakan Tun tak memberi kesan kepada UMNO..!

Nak jugak dengar dari Pak Lah...dulu sibuk kata Malaysia Malaysia nak bankrap sebab projek mega Tun M... apa sudah jadi? Tidur ke? Hadari kononnya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 1:12 PM

Be leaving umno behind, it is true that our dear Tun has entered a bigger platform - the whole of Malaysia. But for it to be a success - and we do know the criterion to use to measure it - dear Tun and those behind it need to rally not just Malaysians but also friends of Malaysia throughout the world!

And finally there is a need to remember all along that the future generations are with us in this. May Allah swt too be with us for nothing shall take place without His permission.

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2016 at 3:01 PM

Bro

Syukur Alhamdulillah. Tun M mengambil langkah tepat. Platform baru ini mesti menggabungkan seluruh rakyat tanpa batasan politik yang selalunya punya agenda kepentingan diri. Gabungan Massa ini perlu beriktikad untuk menyelamatkan Maruah Bangsa dan Tanahair.

UMNO(United Malay National Organisation) kehilangan ROH dek dirasuk oleh kumpulan Najib yang telah menggadaikan rohnya kepada iblis. (He sold his soul and UMNO to the Devil). UMNO Najib ini hidup subur kerana dibajai dengan taik dan bangkai yang semerbak busuknya dihidu oleh rakyat. Mereka menanggap ini teknik pertanian yang paling berkesan dan menguntungkan dalam masa jangka pendek. Sesungguhnya pertanian Organik amat bermanafaat kepada manusia kerana tiada pengunaan bahan kimia dan toksik. Namun taik dan bangkai perlu diKOMPOSkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Barulah amalan pertanian ini BERSIH dan lebih berkesan...tak gitu. Lagi pun taik dan bangkai itu kan NAJIS....

UMNO(United Malay National Organisation) pada batinnya telah terkubur, hanya jasad yang tinggal. Rohnya telah dirasuk oleh UMNO (Untuk Mohd Najib Only) yang kini sedang bermaharajalela dengan kuasa dan segala macam salah laku tanpa segan silu. Peduli apa dengan Maruah Bangsa dan Tanahair asalkan trecapai maksud dihati...itulah perjuangan mereka sebenar.

UMNO(Untuk Mohd Najib Only) pastinya menuju kehancuran...Kepada para pemimpin tanahair (tak kira politik, NGO, JKKK, Penjawat Awam, GLC dan Swasta) sedarlah malapetaka yang menimpa kita masakini. Bergabung dan mengembling tenaga untuk memberitahu rakyat semua tentang apa yang sedang kita hadapi dan seterusnya mengambil langkah-langkah menghindarkan permasaalahan ini.

Berlaku jujur, telus dan amanah. We have to get rid of the Devils.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 3:07 PM

Anon 1.12 pm

Here..here...! I second you on that!

It was only a tiny mosquito which Allah sent to destroy the Pharaoh..so much for a person who thought he was so powerful..

In shaa Allah... Allah will help us fight this evil that has befallen on our Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2016 at 3:26 PM

UNDUR NAJIB !! KAMI NAK NAJIB UNDUR

Jadikanlah slogan ini sebagai ucap semangat perjuangan kita.

Post a Comment