........... Shut Up ! - Last Warning Dari Nazri Aziz Kepada Muhyiddin | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Shut Up ! - Last Warning Dari Nazri Aziz Kepada Muhyiddin

Monday, February 22, 201615comments

MMO

Tu dia .... dah ada yang melompat susulan ucapan berapi dari Muhyiddin Sabtu lepas di Teluk Kemang. Kita layan dulu LAST WARNING dari Nazri Aziz seperti yang dilaporkan Malaymailonline ( versi Melayu ) -

- "Ini amaran terakhir, Muhyiddin tidak bertindak dengan betul dan kita tidak boleh membiarkannya,"

- "Jika beliau tidak boleh bekerja dalam pasukan dan masih terus menyerang presiden, saya akan cadangkan di mesyuarat MT agar beliau digantung [keahliannya]." 

- Sebagai ahli biasa Umno, tambah menteri pelancongan, seseorang boleh mengkritik pemimpin parti tetapi timbalan presiden tidak boleh berbuat begitu.

- "Perlembagaan parti menyatakan beliau mesti membantu presiden dengan sedaya-upaya," katanya.

- Ahli parlimen Padang Rengas juga berkata Muhyiddin tidak wajar berfikir beliau itu seolah-olah “utusan Tuhan” untuk Malaysia.

- Nazri juga mendakwa ramai anggota Umno tidak suka pada Muhyiddin dengan alasan beliau seorang yang sombong.

Pendek kata - Muhyiddin, u shut up !

Kalau nak bercakap apapun, jangan kritik Najib atau apasaja yang ada kaitan dengan Najib. 

Sebab apa yang Muhyiddin dan semua orang duk cakap sekarang ini adalah berkaitan dengan Najib saja. Mana ada orang kritik Umno sebagai sebuah parti ?

Apakah yang ditakrifkan sebagai "membantu Presiden" ?

Muhyiddin di Teluk Kemang sudah pun menjelaskan yang selaku Timbalan Presiden, beliau sudah melakukan tanggungjawabnya sebaik mungkin iaitu membantu Presiden dalam memperkasakan Umno.

Saya percaya Muhyiddin tidak boleh terima ungkapan "membantu Presiden" sebagai memBODEK Presiden ! Atau mempertahankan salahlaku Presiden. Muhyiddin sudah memberi nasihat dan akibatnya, beliau dibuang dan digantikan dengan oranglain yang lebih pandai menyokong peribadi Presiden.

"Membantu Presiden" seharusnya dilihat dalam konteks parti Umno dan BN bukannya secara peribadi. Masalah2 yang diperkatakan rakyat ketika ini adalah berpunca dari masalah2 yang dicetuskan oleh Najib secara peribadi. Tidak ada kaitan dengan Umno tapi Umno telah diheret masuk sama oleh Najib.

Pemimpin2 seperti Nazri, Zahid, Mat Maslan, Azalina, Rahman, Salleh, KuNan, Annuar dan lain2 yang telah akur dan ikut sama menjadikan masalah peribadi Najib sebagai masalah Umno dan kerajaan.

Soal ancaman digantung dari parti, Muhyiddin sudahpun menjangkakannya dan telah mencabar tindakan itu diambil .... asal saja dikemukakan bukti2 sokongan.

Utusan Tuhan atau dalam omputeh God-sent ? Huh ? Apahal Nazri ni ? Kenapa dikaitkan sebegitu ? 

Bukankah menjadi tanggungjawab semua umatNya untuk menegur dan mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata ? Dan tanggungjawab itu menjadi lebih berat kepada mereka yang mempunyai kuasa. Seperti yang disebut oleh Muhyiddin baru ni apabila menghuraikan maksud sabda Rasulullah mengenai mencegah kemungkaran -



KLiK untuk ke Youtube

Mengenai komen terakhir Nazri yang kata orang tak suka Muhyiddin sebab dia sombong ..... well, mungkin beliau mahu jadikan dirinya sebagai contoh yang lebih baik, sebagai pemimpin yang rendah diri dan tidak sombong.

                               *****************

Kenyataan Nazri di atas hanya menyokong pandangan rakyat bahawa usaha2 sedang giat dilakukan oleh pengampu2 Najib supaya mulut pengkritik Najib ditutup !

Kebebasan bersuara semakin disekat .... semuanya sebab apa ? Sebab Najib sorang !




KLiK untuk ke Youtube

Untuk pengetahuan Nazri dan yang lain2 pengampu Najib, apa yang disebut oleh Muhyiddin dan Cikgu Kamarul di atas turut dipersetujui oleh ramai lagi rakyat.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2016 at 4:52 PM

apa lah yang boleh diharap dari nazri ni Din oiii...

hanya sekadar binatang sabung untuk najib razak je...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2016 at 5:06 PM

Yang sombong adalah nazri dan amaran yang diberi nampak sangat bodoh sebab tak faham ucapan TSMY.

Kesimpulan : nazri memang booh sombong!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2016 at 5:27 PM

Tuan Muhyiddin menyokong nasib rakyat jelata! Pak Nazri menyuap nasi Taigor Jib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2016 at 6:01 PM

Sebenarnya nazri dengki dan atau takut muhyiddin dah dapat banyak bukti kesalahan najib viz 1MDB dan RM2.6 Bil.. maklumat ini DIRECT FROM THE HORSE'S MOUTH namely former AG Gani, BNM, MACC dan lain2 sumber yang semesti sahih.

Apabila mengetahui situasi, nazri konon bertindak pertahankan najib

Nazri.....read the acronym correctly....STFU

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2016 at 6:20 PM

Setuju benar kalau dilabelkan Nazri Aziz ini adalah BINATANG SABUNG NAJIB RAZAK.

....................
Reply To This Comment ...................
February 22, 2016 at 6:48 PM

How far can nazri go...Umno bukan bapak dia punya dan bukan Najib punya...TSMY teruskan korek dan kita mengharapkan masaalah dalam Umno ini diselesaikan dimahkamah biar rakyat tahu segala keburokan punca dari isu 1MDB dan 2.6billion serta SRC dan harus diingat jika TSMY dilucutkan tidak mengikut perlembagaan parti TSMY boleh membawa kes ini kemahkamah biar semuanya terbongkar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2016 at 1:29 AM

Heran...

Sungguh ..sungguh heran...

Saya masih ingat zaman Nazri dalam pemuda. Dulu dia dan zahid hamidi memang kamcing/follower Anwar. Masa tu imej Anwar ialah 'warak... bekas presiden Abim'... so bagi saya, followers tegar dia tentulah orang yg begitu jg.

Tak sangka semuanya dah berubah... :D

Nazri, yg dulunya halus budi bicara, sejak dapat isteri muda, lagak makin 'keras', bercakap makin 'keras'... pakaian pun dah macam org muda... lucu pulak.

Nazri dan Azalina ialah bekas peguam, tp kalau takde tulang belakang, macam tu lah jadinya... kah..kah..kah..


P/s:
Teringat lg respons Tan Sri Shafei Abdullah (peguam tersohor tu.. bakal AG baru kut?), sehari selepas Gani Patail dipecat. Katanya, "Tan Sri Gani is ill, I know this personally... I mean, he's really..really sick .."

mati..mati..saya sangka jawapan tu bermaksud Gani Patail was bed ridden. Rupanya Gani Patail dapat berjalan ke hulu ke hilir sihat ajer.

Gitu lah orang yg Tuhan bagi otak bijak berbicara kan... jadi peguam..jadi auta...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2016 at 1:29 AM

Berapa dari 2.6 billion yang dicekup oleh Nazri? Tidak? Sila maklum untuk anak, isteri, bapa, mak, abang, seluruh keluarga dan orang ramai dengar, "Saya Nazri dengan ini maklum untuk semua orang tahu,bahawa saya tidak terima sebarang wang daripada Najib Razak." Sila umum...

....................
Reply To This Comment ...................
February 23, 2016 at 1:33 AM

Bro Din..

Ni hadis jelas suruhan Allah spy cegah mungkar..


Allah suruh manusia cegah kemungkaran kalau tidak Allah cela di akhirat nanti. Dari Abu Said Al-Khudri meriwayatkan bhw Nabi saw bersabda "Jangan salah seorang dari kamu menganggap dirinya hina. Sahabat telah bertanya, Apakah maksudnya "menganggap diri hina?" Baginda berkata, bila dia melihat satu perkara yang mana dia dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mencegahnya, akan tetapi dia hanya mendiamkan dirinya sahaja dalam hal itu. Maka di Hari Kiamat, Allah Taala akan berfirman kepadanya "Apakah perkara yang telah menghalang kamu dari berkata sesuatu dalam perkara sesuatu dalam perkara itu dan ini?" Orang itu akan berkata, Aku tidak berkata apa-apa kerana takutkan manusia kalau-kalau mereka mengapa-apakan aku. Allah berfirman, " Akulah lebih berhak untuk engkau takuti".

Dan ayat Quran ni lagi power..

Surah Al-Maidah [78-79]
Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.

Beghat nanang mung najib...

By Zahari
FB: www.fb.com/KepokLekorTranung

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2016 at 1:45 AM

Salak la nazri oi selagi bolih menyalak ketahuilah olih mu nazri hukum karma tetap berjalan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2016 at 2:59 AM

Nazri Aziz ni tak peduli siapa jadi presiden umno, betul salah tak penting... yang penting presiden mesti disokong 200% walaupun yang jadi presiden tu beruk sekalipun... memang dari dulu sekarang dan selamanya perangai dia macam tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2016 at 5:34 AM

When you are no longer a YB, we will see what happen to him....:D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2016 at 10:01 AM

Semakin lama semakin tidak berprinsip pemimpin yg ada sekarang. Saya tertanya-tanya, apakah mereka ini tidak pernah kenal dosa dan pahala, qada dan qadar, serta benarnya hari pembalasan nanti. Nauzubillahi min zalik..bila agaknya akan ada kesudahan? Sesungguhnya hanya Allah yg Maha Mengetahui...sehingga tiba saat itu, kita hanya mampu berdoa..Allahumma ameen..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2016 at 10:34 AM

Macam ni lah bila setiap kali burung tiong bersuara ahli yang lebih bawah tidak boleh menegur presiden umno tapi boleh memberi amaran keras pada timbalan presiden umno... kepala bana dia lah.

Lebih baik tiong betulkan dulu anak jantan dia yang mudik ke hulu turun ke hilir melompat disko berkepik dengan gro kerusi chenderoh pru14 sudah tak selamat buat tiong tunggu saja lah masa tu suara tiong bertukar jadi suara katak panggil hujan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2016 at 3:01 PM

Sekarang ni nak pegang jawatan menteri untuk tempoh yang lama tak susah... amalkan saja ;- harta negara dijarah, keringat rakyat diperah dan periuk nasi sendiri diutamakan.

Post a Comment