........... SEMAK SEMULA Keputusan AG - Tindakan Mahkamah Oleh Zaid Ibrahim. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SEMAK SEMULA Keputusan AG - Tindakan Mahkamah Oleh Zaid Ibrahim.

Wednesday, February 3, 201615comments

Saya ingin berkongsi kenyataan akhbar terkini yang dibuat oleh Zaid Ibrahim ( KLiK ) yang telah memohon kepada Mahkamah Tinggi meminta supaya keputusan AG untuk tidak mendakwa Najib dalam isu RM2.6 bilion dan RM42 juta baru2 ini di SEMAK SEMULA.

Sebelum ini kita diberitahu bahawa keputusan AG itu adalah muktamad dan tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun. Malah sesiapa yang mempertikaikan keputusan AG itu boleh dianggap sebagai tidak menghormati Perlembagaan ! 

Makanya, tindakan oleh Zaid yang merupakan seorang peguam yang berpengalaman ini, sememangnya menarik dan perlu diikut perkembangannya oleh rakyat yang perihatin. 

Zaid telah menggunakan bahasa yang mudah dan tidak terlalu sukar untuk difahami.




SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PEGUAM NEGARA UNTUK TIDAK MENDAKWA NAJIB


Pada Selasa, 2 Februari 2016 saya telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk relief, melalui semakan kehakiman, ke atas perkara-perkara berikut:


  1. Keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di bawah peruntukan Kanun Keseksaan yang sepatutnya dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009); dan
  2.  Keputusan Peguam Negara mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup fail penyiasatan mereka ke atas kesalahan-kesalahan yang mungkin telah dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.
Alasan substantif bagi permohonan saya adalah: Keputusan yang telah dibuat oleh Peguam Negara adalah tidak munasabah dan merupakan pelaksanaan budi bicara yang tidak berpatutan. Peruntukan yang diberikan oleh Artikel 145(3) dalam Perlembagaan Persekutuan meletakkan tanggungjawab ke atas Peguam Negara untuk melaksanakan budi bicaranya dengan pertimbangan yang sewajarnya, dengan munasabah demi kepentingan rakyat dan dengan pertimbangan keadilan.

Saya juga berpuas hati — berdasarkan laporan dan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh SPRM and agensi-agensi lain yang menyiasat keadaan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International — bahawa terdapat keterangan dan bukti yang kuat tentang kemungkinan adanya salahlaku dari pihak Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, yang berkemungkinan juga melibatkan Pecah Amanah Jenayah dan lain-lain kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Berdasarkan keadaan ini, saya memohon pelepasan dari pihak Mahkamah untuk mendengar permohonan saya untuk menyemak semula kedua-dua keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan arahan kepada SPRM untuk menutup fail penyiasatan mereka.

Sekiranya Mahkamah bersetuju untuk memberikan relief yang saya mohon, maka saya meminta Mahkamah untuk melakukan 3 perkara:


  1. Mengeluarkan Perintah yang bersifat Certiorari untuk mengenepikan keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Dato’ Sri Najib Razak dan arahan yang diberikan kepada SPRM untuk menutup penyiasatan mereka.
  2. Membuat Perintah selanjutnya yang bersifat Mandamus untuk mengarahkan Peguam Negara menggunakan budi bicaranya di bawah Artikel 145(3) untuk mempertimbangkan dengan sewajarnya untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Dato’ Sri Najib Razak.
  3. Mengisytiharkan bahawa keputusan Peguam Negara mengarah SPRM untuk menutup penyiasatan mereka adalah ultra vires kepada bidang kuasanya di bawah Artikel 145(3) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya terpaksa memulakan prosiding ini kerana saya terus-terang merasai khuatir tentang akibat teruk yang mungkin melanda kedaulatan undang-undang di negara ini sekiranya keputusan yang dilakukan oleh seorang individu tidak boleh dipertikaikan, tidak mengira fakta dan keadaan bagi sesuatu kes.

Sepanjang yang telah dinasihatkan kepada saya, konsep “budi bicara mutlak” tidak wujud di dalam undang-undang. Tanggapan budi bicara yang tidak terbatas ini adalah pada asasnya bertentangan dengan kedaulatan undang-undang, dan berdasarkan sebab inilah saya terpaksa bertindak.

Zaid Ibrahim
Kuala Lumpur
2 Feb 2016

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 6:36 AM

Finally a lawyer who walk the talk. Unlike the Bar Council yg tahu menyalak je but no action. So far yg berani take legal actions are Anina and Datuk Khairudin. Can we have more lawyers filing something at court please? Dah ramai dah rakyat biasa buat polis report, time for more lawyers to take the torch.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 6:39 AM

Semua buat kerja. yang dalam UMNO yang luar UMNO. yang dalam barisan yang luar barisan. Ini la masanya. Guna semua saluran demokrasi dan undang2.

AG pun satu, Baru masuk mahkamah je pon. Nak bicara. Bukannya nak sumbat najib dalam penjara terus. Kalau betul salah, baru sumbat dia dalam penjara.

apa yang takut sangat Najib masuk Mahkamah? Najib kan tak salah? Biarlah dia dibicarakan dalam mahkamah dan diadili oleh Hakim yang bijaksana sama ada bersalah atau tidak.

Tak kan AG tak percaya pada sistem kehakiman negara kot. Sampai buat keputusan sendiri.

Come on la AG

Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2016 at 7:37 AM

Mamat Perasaan ni, jgnkan keputusan AG nak dicabar nya, ada pihak nak laksana Undang2 Islam dicabar/ dipersoal nya di Mahkamah. Mamat ni, cerdiknya X tak boleh di ikut, bodohnya X boleh diajar. Biarkan si Luncai ni terjun dgn labu2 nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 9:03 AM

Kes billion2 ni, salah atau tidak buktikanlah dalam mahkamah. Lebih2 lagi kalau tak salah, apa yg nak ditakutkan? Dpd hari2 disumpah seranah dan dimaki hamun org, lebih baik buktikan diri tidak bersalah. Kalau tak salah tentulah ada banyak bukti2 yg menunjukkan diri tu benar. Jadi apa nak takut? Bila terbukti tak salah barulah maruah boleh ditegakkan dan semua org akan diam.

Kenapa nak takut kalau tak salah? Berani kerana benar. Org yg benar tak takut dgn cakap2 org dan tak sekat org dari bercakap. Bukan ke sistem kehakiman kita ni adil dan saksama pada setiap individu, jadi apa nak risau? Buktikan secara terang dan jelas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 10:17 AM

Salam DT,

1. Zaid dah file dan pagi ini Khairuddin pula.

2. Mana manusia lain bernama melayu beragama Islam bawah parti UMNO?

3. Alhamdulillah, saya bukan dari tanah semenanjung tapi di negeri yang tiada UMNO. Tapi hati ini sakit melihat manusia bernama melayu semenanjung TAKUT dan TAK BERDAYA DEK DIKENYANGKAN DEDAK!!!!

4. Mana ulama dan agamawan ku? Kalau khalwat dan vape, kecoh beri pendapat,kalau kazim menyanyi, dikritik cara penyampaian, kenapa membisu dalam kes najib? Manakah negara islam yang dibanggakan?

Sedih......mengenang nasib anak cucu kita kemudian hari....

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2016 at 11:34 AM

Yang HALAL itu JELAS
Yang HARAM juga JELAS

Renung renung kan lah wahai ULAMAK2 di Malaysia dan AG.

Jangan jadi diri kamu bahan bakar.

INSAF LAH INSAF LAH INSAF LAH
kepada semua yang menghalalkan KEBATILAN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 1:06 PM

Ku teringat masa aku dalam umur belasan tahun, ada 2 buah filem koboi yang sehingga ke hari ini mengingatkan aku apa erti baik dan buruk tingkah laku seorang hamba Allah yang lemah.

1. The Good, The Bad and The Ugly - sabarlah zaif, khairuddin serta semua rakyat malaysia yang dizalimi

2. Today Its Me, Tomorrow You - sabar mukhriz.

Allah Maha Besar, Kaya dan Bijaksana.

Laillahailla anta subhanakainni kuntuminazzalimiin

Rabiyyassir walatu"assir

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 1:23 PM

Najib perlu dihukum. Kini timb perdana menteri & jemaah menteri & penjawat awam yg telah didapati bersekongkol juga telah terlibat, maka mesti juga dihukum melalui saluran undang2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 2:37 PM

Jangan cakap loya, ulama2 dan ustad2 yang menentang kebathilan pun senyap sejuk....hahaha pewaris nabi katakan....komedi nyata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 2:56 PM

Prima facie terhadap kes tersebut sudah ada apabila sudah jelas bahawa USD 681 juta wang yang kononnya derma dari Arab itu memang ada dalam akaun peribadi Najib.

Malahan wang RM 42 juta milik SRC International juga didapati ada dalam akaun peribadi Najib.

Keberadaan wang berkenaan dalam akaun peribadi Najib adalah prima facie untuk Peguam Negara Apandi Ali membawa kes ini di mahkamah.

Soal samada wang itu derma dari Arab dan dah dipulangkan sebahagian daripada serta soal Najib kata dia tak tahu menahu pasal wang SRC International ada dalam akaun peribadinya itu, maka Najib bawalah bukti-bukti yang berkaitan di mahkamah untuk membuktikan diri tak bersalah.

Memang benar kenyataan dari Datuk Zaid Ibrahim bahawa Apandi Ali telah bersikap ultra vires atau di dalam bahasa biasa melampaui hak yang sebenarnya terhadap kes ini.

Memang benar jugalah kenyataan dari Datuk Bahri Ketua Penyiasat kes berkenaan bahawa kes berkenaan adalah mudah, wang dah ada dalam akaun peribadi Najib, maka bawalah ke mahkamah, soal bahawa wang itu derma dari Arab, soal kononnya wang itu dah dikembalikan kepada Arab sebahagiannya, soal tak tahu bahawa wang RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib itu milik SRC Internatioal, maka Najib perlu buktikan dengan bukti yang sah, Apandi tak layak untuk buang kes ini kerana tanggungjawab Apandi hanyalah untuk tengok perkara itu ada prima facie untuk di bawa ke mahkamah atau tidak, bukannya hak Apandi nak menyatakan bahawa orang itu atau ini bersalah atau tidak.

Sewajarnya Apandi boleh dipecat dari jawatannya kerana dia kurang cekap kurang berusaha, kerana berdasarkan Peraturan Tatatertib Penjawat Awam 1993, seseorang pegawai awam yang kurang cekap dan kurang berusaha hingga mendatangkan masalah kepada negara serta merugikan negara boleh dipecat dari jawatannya.

Apandi jangan ingat semua orang boleh diperbodohkan olehnya kerana dia berjawatan Peguam Negara, kerana ramai rakyat di negara ini faham undang-undang dan tahu akan peraturan sesuatu perkara melibatkan undang-undang serta perkhidmatan awam di negara ini.

Semoga pihak hakim yang terlibat dalam mengadili perkara ini mempertimbangkan perkara ini atas dasar amanah kepada agama, amanah kepada negara, amanah terhadap kepercayaan rakyat. Sekiranya amanah ini dikhianati, maka khianatlah mereka itu terhadap agama yang menyuruh bersikap jujur, maka khianatlah mereka terhadap negara kerana negara menyuruh berbuat perkara demi kepentingan negara, malahan mereka turut khianat terhadap rakyat yang membayar cukai dan wang cukai itu digunakan untuk bayar hakim yang berkenaan supaya dia bersikap jujur demi kepentingan rakyat dan negara.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 3:38 PM

@AnonymousYes i agree that the lawyers should take action as zaid did.but how many? ' Most depend on gomen projects so what do you expect? -a As for those lawyers in the opposition they can't be bothered as this is not their fight but the Malays. let teh Malays fight among them and the others will be the spectators. When the Malays kalah who benefit? Ha ha. You know who that't what I meant.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 4:00 PM

Here comes shafiee abdullah...AG has ABSOLUTE DISCRETIONARY POWER!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 4:13 PM

Peguam kat mesia ni ramai loyar politik, maka takut untuk bertindak. Sesiapa pun takut jika ada ugutan kepada keluarga

....................
Reply To This Comment ...................
February 4, 2016 at 5:52 PM

Tahniah Datuk Khairudin, akhirnya ada juga yg mengambil tindakan semakan Artikel 145(6) , Artikel 125(3) dan (4) seperti yg saya komen 28Januari lalu. Bila pemecatan AG lama tidak sah, apa-apa tindakan selepas itu oleh AG yg (baru) serta-merta tidak sah.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
February 6, 2016 at 11:00 PM

Alhamdulillah.

Masih ada umat Islam yang berani kerana benar.

Terima kasih Dato' Paduka Khairuddin dan Dato' Mohd Zaid.

Kami menyokong usaha anda dalam mengembalikan maruah tanahair tercinta ini.

Post a Comment