........... Saranan Yang Bakal Menghancurkan Umno ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Saranan Yang Bakal Menghancurkan Umno !

Friday, February 12, 201635comments



Terimakasih saya ucapkan kepada Salleh Keruak kerana artikel terbaru blognya yang mengkritik ucapan Muhyiddin di Pagoh buat saya cari ucapan berkenaan. Terlepas la pulak .... 

Dari TMI -

"Tugas beliau bukanlah untuk melemahkan atau menggoyahkan perahu. Ucapannya di Pagoh baru-baru ini boleh menimbulkan spekulasi ia merupakan satu lagi cubaan Muhyiddin untuk memandang rendah dan melemahkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,"

Jom kita layan ucapan Muhyiddin itu yang saya copy dari  FB GKCM -

INTIPATI UCAPAN TSMY DI PAGOH
10 Februari 2016


1. Negara kita telah mencipta banyak kejayaan. Perdana Menteri terdahulu bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat pelbagai kaum juga berusaha gigih untuk memajukan negara.

2. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini negara kita dirundung masalah. Perasaan ketakutan semakin meresap. Orang hendak bercakap pun kena tengok baik-baik. Seolah-olah kebebasan telah hilang.

3. Situasi politik hari ini tidak berapa menentu. Ada orang cakap kalau esok diadakan pilihanraya BN akan kalah.

4. Ekonomi negara kita juga semakin teruk. Harga barang semakin mahal. GST 6% tetapi harga barang naik 20% hingga 30%.

5. Mengenai kejatuhan matawang, PM kata mana-mana negara pun matawang jatuh. Tetapi negara kita jatuh lebih teruk berbanding negara-negara lain. Ini kerana wujudnya sentimen negatif terhadap Malaysia. Rasuah berlaku amat luar biasa.

6. Saya bercakap atas dasar hak dan kebenaran. Kerana itu saya dibuang. Bukan kerana saya buat apa-apa kesalahan tetapi kerana saya bercakap terus-terang. Bukan depan cakap lain, belakang cakap lain.

7. RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi PM tidak salah. Kalau begitu pegawai-pegawai kerajaan pun boleh terima duit berjuta-juta masuk ke dalam akaun peribadi atas nama derma. Ini tidak betul.

8. Kerajaan pula tidak mempunyai wang yang cukup. Perbelanjaan untuk rakyat terpaksa dipotong. Bajet 2016 dinilai semula.

9. Orang sudah tidak percaya kepada kerajaan. Mereka tiada keyakinan lagi. Pelabur mahu datang ke Malaysia pun tunggu dulu. Ini kerana faktor ekonomi yang tidak menentu dan rasuah yang berterusan.

10. Imej negara kita makin hari makin menurun. Ada orang Malaysia yang pergi ke luar negara malu hendak mengaku dari Malaysia.Takut orang tanya dari mana PM Malaysia dapat banyak duit. Ada orang kata derma. Ada pula yang kata 'pelaburan'. Tidak tahu mana satu yang betul.

11. Ada orang parti beritahu saya mereka juga tidak tahu apa hendak buat. Samada hendak pilih BN atau tidak dalam pilihanraya nanti. Mereka kata disebabkan masalah peribadi Najib, BN boleh kalah.

12. Rakyat kena pilih antara parti dan individu. Sebahagian ahli parti berada dalam dilema. Ramai orang kata kepada saya jangan fikir pasal parti lagi Tan Sri. Tetapi fikir pasal negara. Negara sedang menjunam dan mesti diselamatkan.

13. Kita tidak mahu negara kita rosak, hancur, rakyat miskin. Kalau perbuatan pemimpin menyebabkan negara kita rosak, kita mesti buat sesuatu.

14. PM mesti bertanggungjawab. Turun ke bawah. Tanya berapa ramai rakyat yang sokong dia. Balik fikir. Jangan asyik terima saja yang orang lain cakap yes sir, yes sir, semuanya baik-baik belaka.

15. Rakyat mesti berani bercakap yang benar. Beritahu PM perkara-perkara tidak betul yang dibuat.

Hmmmm .... OK apa .. Apa yang diucap oleh Muhyiddin tidak lari dari apa yang majoriti rakyat duk sebut2 setiap hari. Muhyiddin tidak ada sebut apa2 perkara yang baru. Beliau sekadar menyuarakan apa yang selama ini terbuku di hati rakyat.

Pendek kata - Muhyiddin berkata benar !

Apakah kebenaran itu sesuatu yang menjengkelkan Salleh ?  Apakah Salleh tergolong dalam mereka yang Muhyiddin sebut di perenggan 14 sebagai orang yang sentiasa melaporkan yes sir, yes sir, semuanya baik-baik belaka  ?

Pemimpin perlu tahu keadaan sebenar apa yang berlaku di peringkat rakyat. Najib kena tahu dan sedar bagaimana pandangan rakyat ( atau lebih tepat lagi PENGUNDI ) terhadap diri dan kepimpinannya serta parti. Bukan Najib saja tapi seluruh kepimpinan parti yang memerintah negara harus peka dan reseptif kepada pandangan rakyat.

Jika anda mahukan kepastian, maka bertindaklah dengan turun padang ! Atau lakukan satu Pungutan Suara samada di kalangan ahli parti atau di kalangan rakyat untuk mengetahui tahap penerimaan terhadap kepimpinan Najib.

Kalau Najib sudah tahu/sedar rakyat menolak kepimpinannya, maka sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar yang meletakkan kepentingan parti dan rakyat di depan berbanding kepentingan peribadi, maka berundurlah segera supaya usaha pemulihan dapat dilakukan sementara masa masih ada sebelum Pilihanraya.

Tapi kalau Najib jenis degil yang tidak dapat menerima kenyataan atau kerana ada sebab2 lain yang menghalang beliau dari melepaskan kuasa, maka atas kepimpinan partilah ( Majlis Tertinggi ) pula untuk bertindak.

MT berkuasa untuk bertindak dan mengubah keadaan. Jika MT juga jenis degil yang tidak dapat menerima kenyataan atau kerana ada sebab2 lain yang menghalang mereka dari bertindak, maka bersiap sedialah untuk menerima hukuman dari rakyat ( Pengundi ).

Ketika itu tidak ada guna lagi dah nak meletakkan beban kesalahan atas bahu Najib seorang kerana anda ( MT ) juga bersalah sama ! Anda juga akan dianggap bersalah kerana gagal bertindak walaupun amaran telah diberikan dan kenyataan berada di depan mata.

Laksanakanlah Referendum atau Pungutan Suara itu bagi membuktikan kenyataan bahawa rakyat sudah menolak Umno di bawah Najib atau membuktikan bahawa semua itu hanya sekadar propaganda mereka yang tidak menyokong Najib.

Muhyiddin sudah beri peringatan, Tun Mahathir juga sudah berbuih mulut beri peringatan, malah setiap hari mereka yang menyokong Umno juga turut beri peringatan.

Kami semua beri peringatan kerana kami masih sayangkan Umno dan mahu Umno terus kekal memerintah. Cuma kami bukan lembu yang akan terus akur menerima Umno yang sudah teruk dicemari perkara mungkar angkara pendekatan Cash Is King Najib.

Ramai yang sudah mula fed up dan sudah malas nak komen lagi. Pemimpin yang perasan akan anggap diam itu sebagai akur/sokong tapi sebenarnya diam itu kerana mereka sudah Give-up dan buat keputusan untuk menolak Umno. Mereka sudah malas nak layan pemimpin2 yang punya kepentingan diri melebihi kepentingan rakyat dan yang tidak perihatin kepada teguran2 yang dibuat.

Graf dan sentimen penolakan rakyat semakin hari semakin naik. Jangan sampai rakyat menolak Umno secara total.

Pendek kata lagi - Saranan oleh Salleh Keruak adalah saranan untuk menghancurkan Umno !

Share this article :

+ comments + 35 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 6:46 AM

Salam Semua,

Hari ni saya gantung Jalur Gemilang di rumah sebagai simbolik protes terhadap kerajaan Najib Razak.

Setelah sekian lama kerajaan seolah2 tidak mendengar dan membaca pendapat orang ramai, kali ini saya mahu pendirian saya dapat dilihat pula oleh mereka.

Hari ini satu, esok lusa mungkin beribu.

Bersatu Selamatkan Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 6:52 AM

yes sir..yes sir three bags full. one for my master..one for myself and one for the bootlickers

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 7:39 AM

Najib ni hantar bala tentera cap tin kosong utk pertahankan imej konon. Buang masa. Najib harus faham imej dia dah berkecai. 99.9% warga Malaysia tak kira kaum , tak suka Najib sebagai PM Malaysia. Mandat 2013 yg slim majority lah yg diguna utk berkuasa sebagai diktator yg hancurkan umno dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 8:01 AM

Kebajikan UMNO dulu adalah seumpama kapal yang memanfaatkan orang ramai; yang disebutkan si Keruak perahu itu adalah JIBNO yang bakal membawa diorang elit saja. Muhyiddin telah meluahkan kebenaran kepada orang besar yang berpenuh dusta.

....................
Reply To This Comment ...................
February 12, 2016 at 8:33 AM

Apa kah pilihan yang ada pada pengundi yang tidak mahu menyokong BN selagi Najib menjadi preesident UMNO tetapi juga tidak mahu menyokong pembankang yang ada sekearang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 9:01 AM

OK Din..... aku malaslah nak ulas semua bebelan muhyiddin tu.... yg muka aku nampak makin laa makin malap.... (aku org JHR).... stu jer paling simple yg aku pilih nak ulas..... kalau benda simple ni pun muhyiddin susah nak hadam.... korang pikir sendirilah Apa niat muhyidin ni Dan si Din turtle ni..... aku Tanya lah yer perkara 7.... yang SPRM dok tunggang langgang siasat dan sahkan Wang yangbdi masukkannke akaun tu sebelum nyabsudah di dahulukan denganbdua Tiga Surat pemakluman Kepada BNM. Dan BNM memberi kebenaran Dan ambil maklum.Au agak2 kalau pegawai kerajaan ad berani ker melalui proses tu? kaau dia terima darai harta MAK bapak dia dah tentulah dia takut.... tp agak hang alau kakitanan kerajaan tu terima dua Tiga Kita macam tu jer kau rasa dia berani ker? alaslah sah2 dia terima dari ntak tok arab mabuk mana ntah sebagai derma... lantak pi dialah. yg pasti kalau dia Dari kontraktor yg mungkin ada kaitan ngan Jabatan dia memang bodohlah kalau Kita boleh telan itu semua juga adalah derma. adak pakai muhyidin woiiiiii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 9:01 AM

Takyah pikir lah pasal pilihanraya, buang masa. kucuali masukkan janji ni dalam manifesto pru. umno akan terjang najib dari semua jawatan yang dia sandang. Kompom menang dengan majoriti 2/3.

Kah kah kah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 9:38 AM

Malang.inilah pemimpin2 akhir zaman yang telah digambarkan oleh Rasulullah lebih 1400thn yg lalu. Mana pergi org2 yg budiman, mengapa org hina yang jadi pemimpin. Kita melihat tapi masih tidak mampu berbuat apa2 dlm masa yg singkat ini. Nak tunggu PRU14 lama lagi. Masa tu mungkin dah terlewat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 10:22 AM

Statement Salleh Kruak selari dgn statement Nazri Aziz smlm yg suruh jgn peduli ckp pemimpin2 spt Tun M, rafidah & TSM dll...

Realitinya Najib & talibarut2 nya hanya menanti hukuman dihadapan & cakap2 manusia buas yg gila & rosak.
Maaf saya katakan seperti sifat babi yg suka makan bangkai, kotorannya sendiri & kotoran manusia pun dimakannya.
Ada pengkaji yg mengatakan bahawa babi kalau terpaksa, Mau makan kotorannya sendiri. Kalau haiwan lain masih ada harga diri, sanggup mati dr makan kekotorannya sendiri...

....................
Reply To This Comment ...................
February 12, 2016 at 11:21 AM

Najib Razak dan sebahagian kabinetnya berada di dalam situasi 'Riding the Tiger Syndrome'. Harimau yang di tunggangi adalah 1MDB yang diciptanya sendiri. Dia akan terus menakutkan orang dengan harimaunya tetapi masalahnya, dia sendiri tidak boleh turun dari harimau itu sebab sekiranya dia turun, harimau itu akan membaham dia dan kuncu2nya.Tun M dahulu pernah dikatakan berada dalam situasi yang sama, tetapi dengan kebijaksanaan Tun, harimau itu berjaya dijinak dan dibunuh selepas krisis kewangan 1997-98, dan Tun dapat turun dengan selamat. Sebaliknya harimau Najib semakin sihat dan membesar sehingga seolahnya sudah tiada jalan lagi untuk turun. Sehingga saat ini, tidak nampak lagi sesiapa yang dapat menjinakkan harimau itu termasuk Najib sendiri. Bagi memastikan harimau tsbt terus hidup, maka rakyat jelata kena lah bagi dia makan untuk tidak dibaham.

....................
Reply To This Comment ...................
February 12, 2016 at 11:55 AM

Bro

Tak guna cakap lagi. Najib dan menteri kabinet, KB Umno ternakannya yang termakan dedak sampai tersedak-sedak memang dah pekak dan buta hati pemikiran mereka tak akan faham rintihan dan keluhan rakyat. Saya dah give up dan mual dengan mereka semua. Kuasa kita adalah di PRU nanti.

Kepada UMNO, selagi Najib dan ternakannya memegang tampuk pimpinan, selagi itulah rakyat akan menolak UMNO. Selama ini aku walaupun bukan ahli UMNO tapi menyokong UMNO dalam PRU semasa UMNO dibawah pimpinan Tun Mahathir. Selepas itu UMNO semakin tergelincir dari landasan asalnya hingga ketahap menjijikan dibawah pimpinan Najib.

Biarlah Putrajaya bertukar kerajaan kerana kerajaan yang ada kini memang tidak layak untuk dikekalkan. Selepas itu barulah kita dapat berikan nafas baru kepada UMNO dengan kejatuhan pemimpin yang ada kini. Seperti juga manusia, dah kena serangan sakit jantung baru sedar. Kita tidak ketandusan pemimpin, cuma yang kita mahukan adalah pemimpin berjiwa rakyat dan bukan penternak pemakan dedak seperti yang ada masakini.

Kalau UMNO dengan perangainya sekarang, biarkanlah..kita rakyat mesti bijak menilai dan gunakanlah kuasa kita di PRU. Kita yang menentukan masa depan anak cucu kita.

THE RAKYAT ARE NOT STUPID.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 12:22 PM

Serius aku tak faham apa sebenarnya nak disampaikan anon 9.01am.. marah beno sampai tunggang langgang tulisannya..

Orang Johor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 12:23 PM

@Anonymous

cuba nak baca .. tapi sampai mampus aku tak paham apa yang ko sampaikan.

betulkan gaya penulisan.

Tolong la jangan jadi macam menteri. cerita panjang2 belit belit. tapi maksud tak sampai.

cita simple je tak yah la masuk sampai alam lain.

please...

kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 12:57 PM

Salam semua..

Saya setuju dengan saranan anon 6.46am..kita protes dengan kibar bendera Malaysia samada di kereta atau kediaman..sebagai satu tanda cintakan Negara...bila bendera ini berkibar merata-rata...tanda kita bersatu untuk protes...
saya dah buat..anda?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 1:18 PM



8.33

Kalau saya, jika Najib masih PM pilihan saya adalah seperti berikut:

1. DUN - BN dapat undi saya jika
calon dia bersih, jujur dan
amanah.

2. PARLIMEN - sorry laa. BN dan
Pembangkang tak akan merasa
undi saya.

3. Bebas mungkin akan dapat undi
saya jika calon dia ok.

.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 1:42 PM

Haha... Aku ingat aku sorang je yg tak faham...

Orang Melaka

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 3:04 PM

Same le yop...org perak pun x faham

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 4:10 PM

anak keruak si salleh tu, talibarut kesayangan najib rosmah Cik Din.dia ni dbayar gaji utk melakukan jilatan2 supaya najib rosmah nampak'suci'sbb tu najib rosmah sayang Sgt kat Salleh Bajau ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 5:33 PM

lepas najib turun, dia dan semua pengikut dia mesti kena hokum...semua KB UMNO yang kaya hasil rasuah juga mesti kena hokum...kerana mereka inilah jahanam Negara ni. dari zaman TDM lagi mereka ini semuanya lepas. Dulu ada yang kena tangkap dengan SPRM siap ada duit cash tetapi sekarang sudah berpangkat DAto Seri. dalam penjawat awam pulak ada yang kontraktor tolong bayar bil dentist, sekarang jadi lagi berkuasa, siap dapat Dato Seri juga.

Kesimpulan, di Malaysia ni semua yang duduk di atas tu sudah menjahanamkan Negara ini..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 8:16 PM

gerakan tolak najib yg saya tahu setakat ni:
1. gkcm sambut cabaran ku nan kumpul sokongan ketua cawangan. ada tekanan dari ketua bahagian.
2. khairudin mohon mahkamah semak keputusan ag.
3. anina tgh sangkut sbb ag umum duit derma dah pulangkan kat arab. asalnya anina dakwa duit derma dipulangkan balik pada umno sebab utk umno.
4. rafizi buat petisyen online minta raja2 siasat balik kes najib. sekarang 30,000. harap sokong. raja2 pun kena jaga air muka diorg kalau tak buat apa2.
5. bendera bn terbalik kat kedah. rasa lagi efektif dari gantung bendera malaysia. tapi tak tau kena tahan tak kalau buat kat tempat lain

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 8:25 PM

Betul tu..pening aku baca komen dia..haha

Orang Sabah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 9:05 PM

Kalau di utara dia tulis macam tu mungkin sebab dia kena ayaq ketum,....sambil tulis dia lena.Ini di selatan....?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 9:11 PM

Dah pasang bendera di Sri Damansara!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 10:36 PM

Nk mengaku org phg malu...
Rasanya najib sama arul je yg fhm ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 11:55 PM

Salam. Kalau orang Sabah, tau sangatlah siapa si Salleh Said Keruak ini. Serupa macam idola dia jugak - tumpang nama bapak. Selebihnya temberang saja yang lebeh. Kampung halaman dia kat Kota Belud tu sampai sekarang masih jauh tertinggal. Yang hebat cuma aroma tahi kudanya saja. Rakyat daif tapi si burung kruak ni poketnya berkepuk-kepuk dengan dedak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 12:19 AM

Memang dia ni tak kesah kalau UMNO hancur sebab asalnya dia ni USNO united sabah bukan united malay.

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2016 at 12:32 AM

Seikhlasnya saya dah jengkel dgn kepimpinan parti keramat ini. Mungkin dah tuhan takdirkan ianya wajar d kuburkan saja kerana pimpinannya sudah jauh tersasar samaada utk kpntingan melayu atau kesucian agama.Pru mendatang biarlah ianya terkubur dn dganti dgn parti dn barisan baru. Sya doakan pimpinan skrg ini sempat sedar dn bertaubat drpd terus mengaibkan 30 juta rkyat malaysia. Kasihan klu terawal tutup mata tk smpat taubat rugi besar mereka!!!!...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 1:44 AM

Saleh ketuak tak perlu lah nak bercakap soal kepimpinan dalam umno si salleh ni jenis katak bukan bermula dengan umno malah dia hanya kenal umno melalui Tun M yang membawa masuk umno ke sabah sebelum tu salleh ketuak ni ahli parti pbs hanya tahun 1991 dia melompat masuk umno dia ni digelar katak dari sabah.

Apa kelayakan salleh ketuak nak kondem tsmy seorang ahli parlimen dan tokoh besar dalam umno yang bermula dari umno dan sudah puluhan tahun berada dalam umno salleh pula bukan ahli parlimen pun sekadar sebagai senator yang dikutip najib kemudian lantik pula menjadi menteri bagi membersih kekotoran di punggung najib itu lah tugas utama si salleh nampaknya salleh telah jalankan tugasnya dengan baik sekali.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 2:38 AM

TSMY bukan timbalan presiden!!!... TSMY adalah mantan Timbalan Perdana Menteri.
Apalah SK ni..... dia siapa TSMY tu kan Timbalan presiden. Bukankah orang diatas dlm UMNO tak boleh di beri pandangan.... nanti kena pecat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 4:44 AM

Salleh keruak ni setiasa merasakan dia la yg pandai dan tau semua...tidak menghormati langsung kpd Tun M. Tunggu la satu hari d hari najib ( d suruh ) turun. Dia pun mcm najib tak sedar yg ramai dah piss-off dgn manusia ni. BERLAGAK MCM DIA TU TAU DAN PANDAI SEMUA. Tun M pun dia malukan..hoi salleh rakyat kedah dok aram hg....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 4:52 AM

Manusia tu masa peperiksaan PMR dulu dia BM karangan gagal kot...itu sebab penulisannya dia sorang saja paham. YG Saya faham dia tidak setuju dgn tuan Din dan TSMY.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 4:58 AM

Orang n9 disini pun xfhm anon 9:01, dah bc tiga kali dah still xfhm. Harap re comment sy xkan undi siapa2 sje yg pasti xkan undi kabinet 1mdb

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 1:12 PM

si keruak ni kalau dia mai Kedah mintak sapa-sapa penampaq dia.Dia ni biadap terhadap Tun Mahathir,dan inilah ulaq ayaq penjenayah politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 4:14 PM

Salleh keruak ni siapa yang tak tahu tebiat dia suka menempel kat orang yang senang dan ada kedudukan. Dulu bapak dia ni parti Usno di Sabah. Kemudian dia parti Berjaya masa Harris Salleh. Kemudian lompat ke PBS parti uniti in diversity kat Sabah. Kemudian lompat lagi masuk Umno. Kerja dia lompat-lompat. Di mana ada kesenangan kemenangan di situ ada Salleh Said Keruak. Orang Sabah kenal benar siapa dia. Tak lama dia jadi jurujual obat si Najib ini. Bukan orang Kedah dan lain-lain negeri je yang teringin nak bagi penampaq kat dia. Orang bawah bayu ni pun teringin sangat. Sebab dia kurang hajar sangat kat Tun Mahathir dan TSMY.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 11:00 PM

Terima kasih saudara.Lagi best kalau orang Sabah sendiri yang penampaq dia.

Post a Comment