........... RM2.6 Bilion - GKCM Hantar Surat Minta Penjelasan Resmi Dari Kedutaan Arab Saudi | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM2.6 Bilion - GKCM Hantar Surat Minta Penjelasan Resmi Dari Kedutaan Arab Saudi

Thursday, February 25, 201626comments


Saudara Isa selaku Naib Presiden GKCM menyerahkan Surat Minta Penjelasan Kepada Wakil Duta Arab Saudi


GKCM sebentar tadi, sekitar jam 12 tengahari telah menyerahkan satu surat/memo kepada wakil Duta Arab Saudi ke Malaysia berkaitan isu RM2.6 Bilion.

GKCM telah meminta pihak Arab Saudi untuk bantu memulihkan semula maruah negara kita yang telah tercemar teruk gara2 isu RM2.6 bilion dan menjadi bahan tawa masyarakat antarabangsa. GKCM menggariskan 10 soalan yang memerlukan penjelasan dari pihak kerajaan Arab Saudi secara resmi supaya segala tanda tanya mengenai RM2.6 bilion ini terjawab.


MR. AMBASSADOR OF SAUDI ARABIA TO MALAYSIA,

THE CONCERN AMONG MALAYSIANS PERTAINING TO THE TRUTHS REGARDING THE RM2.6 BILLION SUPPOSEDLY DONATED BY A SAUDI PRINCE TO THE MALAYSIAN PRIME MINISTER 


Malaysians are proud of their tradition and history. However, Malaysia is not a country it used to be. Of late, our beloved country has been hit by the RM2.6 billion so-called donation scandal by a Saudi prince to the Prime Minister of Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

2 - Because of the scandal, The Malaysia pride has been hit hard. Our reputation has been tarnished. All of a sudden the whole world seemed to have lost their trust in us. Malaysians used to hold their heads high but all of a sudden we have lost everything where dignity and respect are concerned.

3 - The RM2.6 billion scandal has somehow soured the relationship between the two countries , Saudi Arabia and Malaysia. This is really a tragedy  as we have always enjoyed good relations in the past. Thus we need to address this issu fast so that we can continue to experience the good relations that we have always enjoyed.

4 - We beg your Excellency to furnish us with the truth in the Name of Allah as we want the answers to the following questions :

Kami merayu Kebenaran dari tuan yang Mulia, dengan Nama Allah agar dapat memberikan jawapan kepada persoalan2 berikut -

   a - Who gave the money ?
         ( Siapa yang berikan wang itu ? )

   b - When was the money banked in ?
         ( Bila wang itu di masukkan ke dalam akaun ? )

   c - What was the money for ?
        ( Apakah tujuan wang itu diberikan ? )

   d - What sort of donation was it ?
         ( Apakah jenis derma itu ? ) 

   e - Was the money for Dato' Seri Mohd Najib's personal use ?
         ( Adakah wang itu untuk kegunaan peribadi Najib ? )

   f - Was the donation returned as claimed ?
        ( Apakah baki derma itu telah dikembalikan sebagaimana didakwa ? )

   g - Why were there a lot of uncertainties and confusion over the money ?
         ( Kenapa terlalu banyak ketidakpastian dan keraguan berkaitan wang itu ? )

   h - Who is the Saudi prince who donated the money ?
         ( Siapakah putera raja Saudi yang menjadi penderma itu ? )

   i - What kind of relationship does the prince share with the Malaysian Prime Minister ?
         ( Apakah jenis hubungan antara putera Raja Saudi itu dengan Najib ? )

   j - Why was there conflicting arguments about the money ?
        ( Kenapa banyak penjelasan yang bercanggah mengenai wang itu ? )


4 - We really hope that you would be able to furnish us with the answers to thes questions so that Malaysians can salvage the remnants of whatever pride which is left. Hopefully the world would give us a second chance and we can once again hold our heads high.

Your cooperation is deeply appreciated.

Thank you.


The President
Gabungan Ketua Cawangan Malaysia
25 February, 2016


                              ************************

Bagus juga tindakan GKCM yang telah meminta pihak kerajaan Arab Saudi supaya memberikan jawapan/penjelasan mengenai isu ini. Satu bulan telah berlalu sejak AG memberikan arahan kepada SPRM supaya Tutup Kes dan sejak rakyat Malaysia diberitahu bahawa penderma itu adalah salah seorang putera raja Arab Saudi dan sebahagian besar wang itu sudah dikembalikan.

Dan selama itu juga tidak ada langsung sebarang kenyataan resmi dari pihak kerajaan Arab Saudi mengenai perkara ini.


Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 2:05 PM

yahudi Dan musuh Islam akal mendapat maklumat percuma sambil menyambung hasrat mereka melumatkan org Melayu Dan Islam selumat-lumatnya.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 2:34 PM

Wowww....Tahniah....Isi kandungan & soalan yg mantap....straight to the point...Isshhh..Issshh...senangnya soalan...10 soalan jea kot...JWB JGN X JWB!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 3:03 PM

Syabas! Satu langkah kearah jatidiri.

Juga satu langkah membawa pencerahan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 3:22 PM

GKCM juga perlu buat aduan kepada Lembaga Disiplin UMNO, kerana jika wang itu adalah wang derma untuk UMNO, maka tindakan Najib menyimpan wang itu di dalam akaun peribadinya dan tidak pernah menyerahkan wang itu kepada akaun UMNO adalah suatu kesalahan yang sangat serius, itu adalah perbuatan pecah amanah kerana wang itu dikatakan derma kepada UMNO, tetapi Najib mengambil wang itu pula dan tidak memberikan kepada akaun UMNO.

Malahan aduan itu hendaklah meliputi untuk apakah Najib pergunakan wang sebanyak RM 570 juta daripada RM 2.6 bilion itu? Ke manakah wang itu dibelanjakan, untuk apakah wang itu dibelanjakan, di manakah bukti-bukti seperti resit perbelanjaan dan senarai perbelanjaan wang tersebut, adakah pernah Najib berikan resit dan senarai perbelanjaan wang tersebut kepada parti dan jika ya, di manakah resit itu, perlu ditunjukkan, jika tiada resit, tiada senarai perbelanjaan, maka Najib perlu diheret ke mahkamah kerana menggelapkan wang milik parti.

Begitu juga dengan perbuatan Najib 'memulangkan' wang derma berkenaan, Najib tak minta pun persetujuan ahli-ahli UMNO sedangkan bila wang itu didermakan kepada UMNO, maka wang itu adalah harta UMNO, harta UMNO bermakna harta ahli-ahli UMNO seluruhnya, bukannya harta Najib secara persendirian.

Maka tindakan Najib 'memulangkan' RM 2.03 bilion itu adalah suatu kesalahan mengkhianati amanah parti. Itu pun kalau betul Najib pulangkanlah, kita tengoklah macam mana Najib nak buktikan dia pulangkan wang itu dalam pendakwaan disiplin itu nanti.

Malahan itu pun jika Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO adalah telus dan berkhidmat untuk partilah, jika Pengerusi Lembaga Disiplin dan ahli-ahli Lembaga Disiplin UMNO pun pak turut Najib yang bukannya berkhidmat untuk parti, tetapi menjadi balaci Najib, maka ahli-ahli UMNO perlu bangkit menentang golongan pengkhianat ini.

Pertahankan parti, pertahankan hak ahli terhadap parti.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 3:27 PM

Knowing Cash is King, do not expect to hear good response unless the saudis are GOD fearing people.

I do not place too much hope on this. From now on, someone must keep track of where anifah aman is going. With him will be jamil khir baharom and that funny dr wajidi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 3:50 PM

Para 4 2nd last sentence ejaan hold kenapa jadi hole.
Jangan nanti jadi bahan ketawa antara bangsa

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
February 25, 2016 at 4:23 PM

Tahniah GKCM! Satu langkah yg berani dan bijak. Sememangnya kita hanya mahukan jawapan yg tulus dan tuntas supaya isu ini tidak lg menjadi beban di dlm benak fikiran kita. Apabila mendapat suatu jawapan yg tuntas lagi tidak berbelah bahagi, kita sebagai rakyat Malaysia tidak kira yg pro-Najib atau pro-Tun sudah boleh mulakan misi utk menguatkan blk jentera UMNO/BN. Selagi jawapan yg diberikan tidak memuaskan hati lebih2 lagi seolah2 merendahkan intelektual dan pengetahuan kita, selagi itu jgn harap UMNO/BN boleh menjadi kuat utk PRU akan dtg. Cuma keadaan sekarang ini agak bernasib baik disebabkan pihak pembangkang juga berada dlm krisis, kalau tidak mereka sudah tentu melakukan serangan bertali arus yg sudah tentu melemahkan semangat kita semua utk bangkit. Semoga kerajaan Arab Saudi sudi bekerjasama dan memberikan jawapan yg selama ini kita semua amat2 harapkan. Wallahu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Orang kampong
February 25, 2016 at 4:39 PM

Sendiri tk mau cakap sendiri tkmau bagitau sendiri mau sorok sendiri saja yang tahu...sekarang kita,minta,org luar pulak cerita...tahniah dan terbaik....sy selaku mantan setiausaha umno bhgian mendoakan agar isu ini terlerai...biarlah mereka yg terlibat di adili seadil adilnya,di mahkamah dunia...kalu tidak sampai kiamat melayu menanggung aib....penguasa yg zalim perasuah penindas makan harta,rakyat....ingat..SYURGA PASTI BUKAN MILIK ANDA....najib ka zahid ka nazri ka..pertahanlah pemimpin yg adil...yg tidak fasiq dan tidak munafiq...jgn pertahan pemimpin kerana dia pemimpin....pertahankan kepimpinannya..itu ygcterbaik..kalu pemimpin sahaja molek.kepimpinan busuk mcm bangkai..nauzubillah.kerana menjadi pemimpin itu amanah..memilih pemimpin itu lbh besar amanahnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 4:54 PM

Cik Din.
Kalau boleh dilaksanakan, saya cadangkan GKCM buat pungutan derma dari rakyat Malaysia yg perihatin utk kita appoint lawyer. Kita saman WSJ bagi pihak rakyat Malaysia kerana laporan yang nemalukan dan cubaan menjatuhkan PM kita yang dipilih secara demokrasi.

Kalau berjaya, insyaallah kebenaran akan muncul.

Takkan PM nak marah. Kita nak membela dia ni. Menteri2 pun patut sokong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 6:19 PM

Apa kesudahan nya sekira jawapan yg di terima berpihak pada PM. Mampukah GKCM terima dengan hati terbuka atau pun akan di senaraikan 10 lagi persoalan.saja nak tanya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 7:25 PM

Satu usaha yang bagus dari pihak GKCM kita tidak harapkan sebarang jawapan segera dari pihak kerajaan arab saudi malah kita boleh andaikan pihak kerajaan arab saudi akan mengambil sikap berdiam diri.

Namun apa yang pasti kesan daripada surat gkcm itu bakal menarik perhatian kerajaan arab saudi khususnya pihak istana arab saudi betapa najib telah mengheret nama pihak istana dan kerajaan arab saudi malah tanpa segan silu diseret nama putera raja arab saudi kedalam skandal peribadinya tentu hal sebegini sangat2 tidak menyenangkan kedudukan pihak diraja arab saudi kerana ianya melibatkan soal maruah perlu di ingat pihak istana arab saudi cukup2 menitik beratkan soal maruah.

Bersedialah najib hasil siasatan beberapa buah negara luar keatas 1mdb akan diketahui tidak lama lagi sprm sudah pun keluarkan kenyataan media untuk meneruskan siasatan keatas 2.6 billion dan src atas nasihat panel sprm kalau tengok muka najib dalam tv dan akbar jelas air muka najib nampak berserambai berserabut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 7:31 PM

Very unlikely the Suadi's will reveal the truth. Suadi's are Zionist puppet thus they will not let Ah Jib Gor removed. With Ah Jib Gor around , it will be easier for the Zionists to penetrate Malaysia. And of course the Zionists wants Mahathir totally destroyed. Mahathir is the Zionist nemesis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 8:32 PM

Best punya cadangan. Otak kau memang geliga. If you can't get it out, force it out. Macam kasi dia julab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 8:57 PM

Pak Din, suatu masalah sistem pendidikan kita, Bahasa Inggeris tidak diambil berat. Surat rasmi kepada duta negara asing pun penuh dengan typo error. Contohnya:

"Hopefully the world would give us a second chance and we can once again hole our heads high."

I believe Malaysians want to HOLD our heads high don't we?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 9:28 PM

@Anonymous

Cadang yg baik ni bro din. Saya sanggup derma rm 100 kalau gkcm lantik lawyer utk saman WSJ.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 9:30 PM

Najib patut saman sendiri, sebab dia masih ada banyak wang berbaki.. khabarnya dia pun dah siap sedia nak cabut lari dengan segala harta haram yang terkumpul. Dia nak cabut lari ke Hawaii boleh lepak ngan obama yang akan tamat tempoh hujung tahun nie.. Main golf, lepak ngan artis hollywood tajaan Jhow Low lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 10:09 PM

Bagus jg surat tu walaupun ada ejaan yg silap sana sini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 10:22 PM

Congratulations to GKCM, this action is what we are waiting for. Let's see any feedback from them.

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2016 at 10:37 PM

Saya terfikir kenapa Najib pulangkan wang derma sebamyak RM 2.03 bilion ke pak arab. Kenapa tidak di dermakan saja ke IJN untuk membantu kanak kanak yang mengidapi jantung berlobang dan masaalah jantung yang lain kerana setiap masa ada saja berita kanak kanak jantung berlobang menderita kerana ibubapa setta keluarga tidak mampu menanggong kos pembedahan yang mencecah 60 ribu keatas. TV selalu menyiarkan Rosmah melawat kanak kanak kurang bernasib baik bila berkunjung ke luar negara. Jelas sangat itu hanyalah lakonan dan publisiti murahan sedangkan kanak kanak Malaysia menderita.

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2016 at 6:01 AM

Tak usah nak kaitkan pasal islam dan melayu semata2 nk menutup salah laku najib.
Islam xajar umat mahupun pemimpin utk menipu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2016 at 7:47 AM

Dah lah blog disekat ...
Pemakan dedak dok mencelah juga ...
Ha ha ha ... Nampaknya najib menang gelabah ...
Syabas din .... Teruskan perjuangan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2016 at 8:21 AM

Kerajaan Saudi itu bukan berdasar demokrasi: suka hati Raja dan keluarga mengatur undang negeri mereka. Mana ada tanggung jawab kepada rakyat atas perlembagaan undang2?

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2016 at 9:02 AM

Henti salahkan org lain...awak yg jahat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2016 at 11:27 AM

Masih ada juga manusia yang percaya najib pulangkan baki dari wang derma berjumlah 2.03 biliyun?

Sejak manusia dicipta oleh Allah belum pernah seorang manusia menerima wang derma peribadi sebesar 2.6 biliyun dan juga tidak pernah di catitkan dalam sejarah seseorang telah memulangkan semula 'BAKI' dari wang derma sebesar 2.03 biliyun yang tidak habis dibelanjakan tapi hal ini hanya berlaku pada manusia bernama najib seorang manusia istimewa yang tiada tolok bandingan nya satu sejarah yang bukan setakat mencipta rekod dunia tapi telah mencipta rekod dalam peradaban makhluk bernama manusia hahahaha.

Masih ada lagi kah manusia yang percaya dengan manusia ajaib bernama najib ini? hahahaha.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2016 at 3:29 PM

Cerita penglipurlara...cerita mitos era milenium...KISAH PUTERA RAJA PADANG PASIR DENGAN BENDAHARA PADUKA RAJA. Adapun tersebut lah kisah sebuah negara yang diperintah oleh Datuk Paduka Raja......(penulis dan penerbit buku2 cerita mitos dan tahyul bolehlah sambung....)

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2016 at 3:36 PM

Sebarang kesalahan ejaan adalah kesilapan typo saya. Terpaksa menaip semula kenyataan GKCM di sini. TerimakAsih di atas teguran.

Post a Comment