........... Pertikai Keputusan AG - Apakah Kerajaan Anggap Rakyat Yang Guna Otak Itu Bersalah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pertikai Keputusan AG - Apakah Kerajaan Anggap Rakyat Yang Guna Otak Itu Bersalah ?

Wednesday, February 3, 201626comments

Tidak dapat dinafikan majoriti rakyat tidak dapat menerima keputusan AG yang mengarahkan kes Najib RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC ditutup. Ini bukan soal politik dan mereka yang menolak keputusan AG itu pun bukan semuanya kisah sangat dengan Najib tapi hujah AG itu yang tidak dapat diterima begitu saja.

Sebabnya, TIDAK ADA ALASAN yang dikemukakan bagi mengatakan tindakan Najib itu tidak bersalah !

RM2.6 bilion - Adakah label DERMA itu dengan sendirinya membebaskan Najib dari sebarang kesalahan ? Apakah dakwaan kononnya Najib sudah memulangkan baki derma itu maka tindakan menerima derma itu secara senyap2 tanpa melaporkannya adalah tidak bersalah ? 

Bagaimana dengan bahagian yang sudah dibelanjakan ? Apa alasan AG ?

Apa buktinya Najib sudah memulangkan baki derma itu ? 

Malah alasan DERMA itu sendiri amat longgar apabila tidak ada pengesahan resmi dari kerajaan Arab Saudi !



RM42 juta SRC - Yang ini langsung tidak disentuh oleh AG ! Duit sebanyak itu diakui masuk dalam akaun Najib yang merupakan seorang penjawat awam ..... dan seterusnya apa ? Benarkah dari SRC ? Apa justifikasinya ? Belanja kepada siapa ? Kenapa AG kata tidak bersalah ?

Rakyat Malaysia digalakkan berfikir. Digalakkan menggunakan otak. Tapi bila rakyat gunakan otak untuk menilai keputusan AG di atas, rakyat dipersalahkan walaupun otak jelas menolak keputusan dangkal yang diberikan !

Saya mahu berkongsi komen yang ditulis oleh saudara Abu Bakar di artikel sebelum ini ( Semak Semula Keputusan AG - Tindakan Mahkamah Oleh Zaid Ibrahim )yang saya percaya mewakili pandangan majoriti rakyat yang menggunakan otak mereka. 

Adakah saya atau saudara Abu Bakar dan ramai lagi rakyat yang menggunakan otak, bersalah di sisi undang2 kerana tidak dapat menerima keputusan AG yang jelas mencabar kewarasan akal logik fikiran kami  ?

Kepada cai2 Najib kalau nak komen, sila pertahankan hujah AG. Komen lari tajuk tidak akan dilayan.

                                *********************

Prima facie terhadap kes tersebut sudah ada apabila sudah jelas bahawa USD 681 juta wang yang kononnya derma dari Arab itu memang ada dalam akaun peribadi Najib.

Malahan wang RM 42 juta milik SRC International juga didapati ada dalam akaun peribadi Najib.

Keberadaan wang berkenaan dalam akaun peribadi Najib adalah prima facie untuk Peguam Negara Apandi Ali membawa kes ini di mahkamah.

Soal samada wang itu derma dari Arab dan dah dipulangkan sebahagian daripada serta soal Najib kata dia tak tahu menahu pasal wang SRC International ada dalam akaun peribadinya itu, maka Najib bawalah bukti-bukti yang berkaitan di mahkamah untuk membuktikan diri tak bersalah.

Memang benar kenyataan dari Datuk Zaid Ibrahim bahawa Apandi Ali telah bersikap ultra vires atau di dalam bahasa biasa melampaui hak yang sebenarnya terhadap kes ini.

Memang benar jugalah kenyataan dari Datuk Bahri Ketua Penyiasat kes berkenaan bahawa kes berkenaan adalah mudah, wang dah ada dalam akaun peribadi Najib, maka bawalah ke mahkamah, soal bahawa wang itu derma dari Arab, soal kononnya wang itu dah dikembalikan kepada Arab sebahagiannya, soal tak tahu bahawa wang RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib itu milik SRC Internatioal, maka Najib perlu buktikan dengan bukti yang sah, Apandi tak layak untuk buang kes ini kerana tanggungjawab Apandi hanyalah untuk tengok perkara itu ada prima facie untuk di bawa ke mahkamah atau tidak, bukannya hak Apandi nak menyatakan bahawa orang itu atau ini bersalah atau tidak.

Sewajarnya Apandi boleh dipecat dari jawatannya kerana dia kurang cekap kurang berusaha, kerana berdasarkan Peraturan Tatatertib Penjawat Awam 1993, seseorang pegawai awam yang kurang cekap dan kurang berusaha hingga mendatangkan masalah kepada negara serta merugikan negara boleh dipecat dari jawatannya.

Apandi jangan ingat semua orang boleh diperbodohkan olehnya kerana dia berjawatan Peguam Negara, kerana ramai rakyat di negara ini faham undang-undang dan tahu akan peraturan sesuatu perkara melibatkan undang-undang serta perkhidmatan awam di negara ini.

Semoga pihak hakim yang terlibat dalam mengadili perkara ini mempertimbangkan perkara ini atas dasar amanah kepada agama, amanah kepada negara, amanah terhadap kepercayaan rakyat. Sekiranya amanah ini dikhianati, maka khianatlah mereka itu terhadap agama yang menyuruh bersikap jujur, maka khianatlah mereka terhadap negara kerana negara menyuruh berbuat perkara demi kepentingan negara, malahan mereka turut khianat terhadap rakyat yang membayar cukai dan wang cukai itu digunakan untuk bayar hakim yang berkenaan supaya dia bersikap jujur demi kepentingan rakyat dan negara


PS - Baca juga komen berani mati Hamid Bador - KLiK.

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 5:47 PM

Terima kasih saudara Din kerana jadikan komen saya sebagai artikel.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah kes berkenaan sudah ada prima facie untuk di bawa ke mahkamah, subjek kes iaitu wang RM 2.6 bilion atau USD 681 juta dan wang RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib adalah jelas, subjek kes ini adalah jelas dan tidak boleh dinafikan oleh Apandi Ali, lainlah kalau dalam akaun peribadi Najib tak ada wang itu, bolelah Apandi buang kes, sebab tak ada prima facie pada subjek kes iaitu wang RM 2.6 bilion atau USD 681 juta dan wang RM 42 juta itu, tapi wang itu ada dalam akaun peribadi Najib, subjek kes memang wujud, dan sepatutnya subjek kes ini di bawa ke mahkamah untuk dibicarakan dan dikemukakan bukti samada di pihak Najib atau di pihak pasukan penyiasat kes ini untk dibentangkan dan buat keputusan oleh hakim yang mengadili kes ini.

Apandi Ali hanyalah Peguam Negara, tugasnya meneliti ada atau tidak unsur prima facie terhadap subjek kes yang disiasat, bukannya Apandi pandai-pandai beri penghakiman kerana Apandi bukannya hakim yang mengadili kes ini.

Lagi satu, kepada pihak parlimen, kepada pihak JPA, terutamanya Ketua Pengarah Jabata Perkhidmatan Awam, sila lihat perlakuan Apandi Ali ini, beliau adalah penjawat awam yang terikat dengan undang-undang dan peraturan negara dan undang-undang berkaitan jawatannya sebagai penjawat awam.

Dalam isu Apandi Ali, kecuaian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan Apandi Ali untuk menjalankan tugasnya dengan betul dan mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan.

Maka sepatutnya pihak Jabatan Perkhidmatan Awam perlu ambil serius perkara ini, kerana Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai sebuah jabatan yang mengawal selia perkhidmatan awam di negara ini perlu ambil tindakan tegas terhadap kecuaian dan kegagalan Apandi Ali menjalankan tugasnya dengan betul dan berkemungkinan terdapat unsur khianat terhadap tugas yang diamanahkan terhadapnya, maka patutnya Apandi Ali diheret ke muka pengadilan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Malaysia atas kesalahan kurang cekap dan kurang berusaha hingga mendatangkan kerugian serta memalukan perkhidmatan awam serta kerajaan.

Perlu diingat bahawa tindakan Apandi Ali ini akan dijadikan rujukan kes pada masa akan datang, maka dengan menggunakan rujukan kes terhadap kes melibatkan Najib ini, maka akan ramai penjenayah rasuah akan bebas dengan mengatakan itu derma, dah pulangkan balik, tak tahu masuk dalam akaun bank, dan macam-macam lagi alasan bodoh disebabkan keputusan serta hasil kerja yang bodoh yang ditunjukkan oleh Apandi Ali ini.

Maka sangat jelas bahawa Apandi Ali perlu dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Penjawat Awam Malaysia atas kesalahan kurang cekap dan kurang berusaha hingga merugikan negara, serta menjatuhkan imej pentadbiran awam yang dilihat tidak cekap serta bersubahat dengan golongan yang merupakan suspek penjenayah dan boleh mengancam keselamatan negara pada masa akan datang.

Saya akan buat aduan perkara ini kepada Biro Pengaduan Awam dan pihak JPA untuk tindakan diambil terhadap perilaku tidak berhemah Apandi Ali ini.

Perjuangan akan tetap diteruskan demi kepentingan agama, bangsa, dan tanah air.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 5:53 PM

Skrg bukan saja blog2 anti najib kena tutup... kebanyakan komen anti najib pon bnyk kena saring dekat fb dia...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 5:57 PM

alasan paling best haiwan pemakan dedak, AG ada kuasa mutlak. Kuasa mutlak kepala hatok dia.

Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 6:27 PM

Tolong la bro din, kita sekarang dilarang guna otak untuk berfikir. Yang ada hanya ikut sahaja apa yg big bos cakap. Guna kepala lutut macam penjilat najib, apabila dapat maklumat. Rakyat digalakkan guna ju*** untuk berfikir macam penjilat najib berfikir. Tak boleh kritis, kreatif, analitikal dsb

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 6:44 PM

Salam Din

Teruskan usaha En Abu Bakar... kita wajib tukarkan Untuk.Macai.Najib.Only (UMNO) ke United.Malay.Nation.Organisation (UMNO)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 7:02 PM

Kalau kes dibawa ke mahkamah - Najib pasti mampus!. Jadi dia bermati2an mempertahankan sampai tak hingat nak mati!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 7:30 PM

JPA pun tak bleh buat apa2 dlm isu ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 7:33 PM

Apakah Kerajaan Anggap Rakyat Yang Guna Otak Itu Bersalah ?

Sdra Din,

Apakah kerajaan anggap rakyat yang Tak Guna Otak itu betul?

Masaalahnya kbus dalam umno dan mkt yang tak guna otak!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 7:58 PM

Well said Sir!! Undang-undang jangan hanya diguna untuk menghukum rakyat biasa. Orang kaya dan ahli politik dibiar bermaharaja lela pulak. Apandi Ali and Najib Razak is a disgrace to Malaysia rule of law!! Shame on you!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 8:11 PM

Dear Din,

I shudder to think of what may be happening to this country and its citizens in coming days if the culprits for 1MDB and SRC International's sad and sick saga were to go scot free. Not only that they will drag the country to some more financial debacles, but also that they shall do the unthinkable in other fields. In short, the Malaysia we have known all long will not be the same any more.

Hence, what we do together today should make a lot of difference in the future. We owe it to ourselves - and the coming generations.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 9:37 PM

Macam mana kita rakyat biasa dapat bertindak, Polis di bawah kuasa KDN yang bermenterikan Si Zahid Najidi dah dipegang kemas, segala kes terhadap Najib dan puaknya pasti tidak akan disentuh siasat. Kerajaan hari ini adalah kerajaan autokrasi yang berpaksikan kepada "Cash is KIng". Mudah-mudahan Solat hajat kita meminta perlindungan Allah s.w.t agar Negara Malaysia akan terhindar daripada kehancuran akan segera termakbul dan angkatan Najibul ini boleh segera dihapuskan.. Aamiin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2016 at 12:00 AM

Dua kuasa utama yang diberikan kepada Peguam Negara oleh Perlembagaan Persekutuan adalah kuasa pendakwaan dan sebagai penjaga kepentingan awam iaitu hak yang diwarisi melalui undang-undang common law.

Ternyata peguam negara telah melanggar amanah dan sumpah taat setia kerana sewenangnya mengenepikan kepentingan pihak awam dengan lebih mengutamakan kepentingan peribadi seorang perdana menteri seraya berlindung di bawah perkara 145(3) sungguh memalukan tak ubah manusia sesat yang mengambil hanya sebahagian peruntukan perlembagaan dan membuang lagi sebahagian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2016 at 12:06 AM

selepas hampir 60 tahun merdeka sebagai negara yg sering melaungkan demokrasi dan keadilan, tiba2 kita sedar yg perlembagaan negara kita tidaklah sedemokrasi dan seadil yg kita harapkan. harap2 pada persidangan dewan rakyat atau parlimen akan dtg ada usul yg boleh memperbaiki perlembagaan yg sedia ada. kalau x, berulang lagilah kes ni sampai kiamat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2016 at 12:16 AM

Kalau pemimpin/kerajaan dah tak ada demokrasi lagi maka adakah wajar Rakyat menjatuhkan mereka2 ini secara tidak demokrasi jugak??fikir2 kan lah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2016 at 12:34 AM

Satu perkara bagi kita yang beragama Islam harus sentiasa ingat; kuasa mutlak adalah milik Allah Taala.

Tengoklah sekarang, hanya dengan makhlukNya yang kecil iaitu nyamuk Aedes, dunia kini kelam kabut sebab tidak tahu macamana nak melawan virus Zika yang sedang merebak di seluruh dunia.

Najib dan kuncu-kuncunya HANYAlah makhluk-makhluk kerdil.
Allah masih benarkan dia dan orang-orangnya bermaharajalela kerana sifat Allah yg pengasih, yang sentiasa beri peluang kpd hamba-hambaNya untuk bertaubat.

Namun, janji Allah sentiasa benar. Doa orang-orang yang teraniaya adalah doa yang tidak akan ditolak, maka, kita sebagai rakyat Malaysia yang teraniaya kerana kerakusan PM dalam menggunakan kuasanya menggunakan wang rakyat utk ntah apa tu, ayuh kita berdoa.


Jangan berhenti berdoa.

Allah sentiasa bersama kita.... in shaa Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
February 4, 2016 at 12:38 AM

Satu artikal yang perlu dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia, tak kira apa bangsa,jantina dan usia. Tidak banyak tidak ia mampu membuka minda kita agar berfikir dengan waras dan rasional. Ia menyarankan agar kita berpijak di bumi nyata, dan menjadikan kita sebagai insan-insan dan khalifah-khalifah yang hidup berpaksikan keterbukaan, ketelusan, kebijaksanaan, keadilan, kejujuran dan keberanian menentang kejahilan dan kekejaman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2016 at 2:29 AM

Dari perlantikkan jawatan tertinggi oleh Ah Jib Gor,calun calun yg di pilih banyak tidak ada pelajaran tinggi pun. Chairman Tabung Haji bekas penarik kereta,MB Kedah sampai Form 3,Chairman Felda degree tipu..

Saikologi orang2 yang berpendidikan RENDAH ini bila mereka di beri jawatan yang tinggi ni,sifat kesyukuran mereka SANGAT tinggi kepada majikan mereka. Taat setia yang di pulang kepada orang yang memberi jawatan kepada mereka juga amat TINGGI. Kerana kedudukan yang mereka dapat ni,isu integeriti tidak mustahak bagi mereka,yang penting ialah jangan lepas peluang yang telah di beri kepada mereka.

Dengan mentaliti pembesar pembesar BODOH ini dalam kerajaan Ah Jib Gor, orang CERDIK atau pandai ada lah ANCAMAN bagi mereka.Dengan ini akan mula lah process INTELLECTUAL SUPPRESSION keatas rakyat yang berpelajaran agar mereka tidak timbul situasi yang boleh menunjuk kebodohan pembesar pembesar ini. Bloggers2 akan di gertak, website2 akan di block,orang yang kecoh yang buat report polis akan di tangkap.

Budaya ini yang diwujud oleh pembesar2 Ah Jib Gor sekarang ni dah nak sama dengan era pemerintahan di CAMBODIA dimana para intellect negara tu di bunuh beramai ramai hingga 30% rakyat nya. We are now entering into this chronic situation because akan ada besar kemungkinan criminal charges akan di bawak ke atas Ah Jib Gor jika dia berundur.

Ah Jib Gor is taking us back in the dark ages!!!!

alfie
alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2016 at 8:32 AM

Kesian kat Abe Jib..Kak Mah&Co punya game, tak pasal2 dia kena tanggung..
Secara logik AKAL,tak kan Abe Jib tak tau yg money laundering tu salah sampai siap buat Akta bank lg utk membendungnya..tak logik dia dgn TAHU&Sedar boleh bg personal account dia..mesti somebody yg tau everything ttg dia yg sabotaj dia nii..
Apa boleh buat,nasik dah jadi bubur dah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2016 at 11:09 AM

Apa gunanya harta sedunia milikmu jikalau tergadai jiwamu dengan kesesatan pada hari kematian?

....................
Reply To This Comment ...................
February 4, 2016 at 1:09 PM

Kenapa LHDN berdiam dir. Adakah wang derma dan 42 juta yang masuk akaun peribadi Najib saperti di sahkan olih Apandi di kecualikan daripada cukai pendapatan

....................
Reply To This Comment ...................
Nenekghuffran
February 4, 2016 at 4:03 PM

Salam En Din..

Sekarang barulah saya faham kenapa Najib kata dunia penderma tu tak sama dgn dunia kita sbb penderma dah meninggal dunia!!...tu lah dunianya lain..ha..ha..lama2 nanti mereng si Najib ni sbb berkawan dgn org dari dunia lain...😆

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2016 at 4:22 PM

It's all Waste of time.. Najib Is all winning strike With the removal of TSMY DSSA N LATEST DSMM, rakyat still wants him. The rakyat easily can b fooled but the rakyat will still support him

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2016 at 5:56 AM

Jerung bro...jerung.

Lhdn takde telo lah. Kalau rakyat marhaen..punyalah agresif.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2016 at 7:33 AM

Buang masa dan rakyat masih support najib? hahaha itu satu mimpi yang tak mungkin menjadi kenyataan apabila perasaan marah dan benci kepada najib sudah bertapak malah makin membekak sehari demi sehari tidak pernah ada perkataan putus asa kerana the date line is general election 2018, najib pasti dihukum dengan paling hina oleh mahkamah rakyat Insyallah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2016 at 6:35 PM

Bro Din,

Putra Merdeka tak boleh akses ker? Kat sana kami sedang ada turf war....perlukan komen maki hamun pencacai najib untuk menimbulkan dan menyedarkan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
February 5, 2016 at 7:46 PM

@Anonymoussaya baru klik ke sana, masih ok

Post a Comment