........... Parti Najib - Jika Terus Jadi Lembu, Anda Selamat ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Parti Najib - Jika Terus Jadi Lembu, Anda Selamat !

Friday, February 26, 201618comments

Sebelum ni dah berkira2 nak tulis mengenai komen Nazri yang memperbodohkan Shafie Apdal, yalah, kenapa Nazri ni bodoh sangat mengeluarkan kata2 biadab dan kesat kepada pemimpin2 lain. 

Mereka yang diserang Nazri semuanya punya satu persamaan iaitu - Mereka bukan lembu Najib ! Mereka berani menyuarakan suara rakyat. Mereka bukan jenis yang akur menurut saja apa yang dilakukan oleh Najib. 

Yang lain ? Yang lain semua umpama LEMBU peliharaan Najib, yang hanya tahu mengikut saja arahan bos tanpa sebarang soal jawab. Biar pun jelas perkara itu satu kemungkaran yang dilakukan Najib, mereka tidak akan sekali2 membantah mahupun bersuara untuk bertanya meminta kepastian.

Najib tidak boleh dikritik ! 

Najib tidak boleh dipersoal !

Itulah isu sebenarnya. So siapa Nazri ni tidak penting. Begitu juga Salleh Keruak atau Rahman Dahlan atau Azalina atau yang2 yang sebulu. Mereka ini cuma melakukan tugas yang telah diarahkan Najib iaitu menyerang siapa saja yang mengkritik atau bertanya apa2 mengenai Najib.

TMI

Hasilnya kini rakyat melihat parti Umno sebagai telah dihakmilikkan kepada Najib. Umno sekarang sudah menjadi PARTI NAJIB.

Pemimpin2 Umno kini sudah tidak lagi mempertahankan apatah lagi memperjuangkan prinsip2 murni yang selama ini diperjuangkan oleh pemimpin2 lamanya.

Kini semuanya berkisar Najib.

Tugas utama Umno kini adalah mempertahankan Najib.

Najib pula akan berusaha mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno merangkap Perdana Menteri ... at all cost, kerana tanpa kuasa yang dimilikinya itu, Najib is nothing !

Najib tidak lagi mengikut perjuangan parti. Dia fikir tentang dirinya sendiri. Menjadi perdana menteri dan buat semua perkara, dan jika ia jenayah sekalipun, beliau masih dilindungi.


Di mana suara pemimpin2 lain dalam atau di luar Umno ? Semuanya senyap sepi ...... Semuanya dah jadi LEMBU TERNAKAN NAJIB.

SEMUANYA ADALAH BERKENAAN NAJIB.

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2016 at 4:01 PM

Money is king vs rakyat are king

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2016 at 4:17 PM

Najib dah jadi TOKONG. Sesiapa yang tidak tunjuk taat & kasih-sayang terhadap President ksayangan akan disingkir atau dipecat. Sebeji macam Guan Eng dan bapanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2016 at 4:33 PM

pemimpin yg dok hentam najib pun tiada tjawab pd rakyat, sepatutnya usahakan parti baru demi rakyat, pasti berbondong2 masuk parti yg dipimpin oleh tsmy, mahathir terutama drp ahli umno.
dok bising saja buat habis tenaga saja, sama juga dgn blog din ni, sepatutnya usahakan parti melayu yg baru, tak kemana dgn umno dan najib tu sbb sistem yg dibuat oleh umno tu menybbkan mereka kebal dari segalanya.
kalu tk da jiga parti baru, maka bersedialah dgn DAP akan dominan dlm kjaan baru nanti, org melayu dah muak sgt2 dah, undi utk dap menanti sekiranya pemimpin yg ttg najib tak bergerak membina parti yg lain.

....................
Reply To This Comment ...................
KingKong
February 26, 2016 at 5:20 PM

Bro Din,

Jangan lupa citer P.Ramlee, Bujang lapok...

Sudin : Alif Mim Nun Wau...Alif tendang Wau...Sarkis daaa...

Penuh dengan haiwan.. daa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2016 at 5:28 PM

@Anonymous tubuh parti baru adalh sia2. Tak capai matlamat pun singkir najib

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2016 at 5:41 PM

Aku confirm bg DAP.ABUP

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2016 at 7:04 PM

Pemalan dedak ternakan najib berhujah sakan ...
Cuma aku nak tanya ... Awatlah dok terjah blog yang dah diblok ...
Banyak ko upah najib bagi kat hang ...
Awat adakah najib dah goyah dengan huraian dari blog yang dah diblok ...
Ingatkan najib dapat tidur dengan lena apabila blog yang mempersoalkan tindakannya dah disekat ...
Rupanya najib dok mengigau juga ...
Ha ha ha ... Telur mana telur ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2016 at 7:28 PM

Sah..Muhyiddin Yassin digantung dn jawatan timbalan presiden terlucut. Rahman dahlan cakap slps mesyuarat MT, hr ni hari yg baik utk UMNO.
Well...umno snbrnya dh mati dn kini sepenuhnya bgantung pd mesin. Jika mesin in di off kan, maka bolehlah kita semua tolong kapankn reramai ye...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2016 at 8:28 PM

Steady Tan Sri Muhyiddin,patutlah kenapa Najib selalu memperolok nama dia dengan menyebut Mahyuddin walaupun selama ini dikenali dengan Muhyiddin, rupa2nya lanun bugisial tu dah lama berdendam ngan TSMY, akhirnya dia berjaya memancung di hari Jumaat yang malang buat parti Umno. Demokrasi dalam Umno telah terkubur. Selain perjuangan menentang puak kafir, pakatan haram, satu cabaran baru buat ahli Umno yang tulen, iaitu kita harus bekerja kuat untuk mengembalikan Umno ke Jalan yang sepatutnya. PM Najib Al JIn mesti ditentang habisan, bersama bala tentera pemakan lendir haram jadah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2016 at 8:33 PM

Pak Din, hakikatnya UMNO telah ditendang keluar. Yang tinggal itu menjelma jadi JIBNO - JUST I BANGSATWAN NUTTY ORGANIZATION

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2016 at 10:00 PM

najib sejak dari awal lagi ingin menggantikan umno dan bn dengan parti 1malaysia. Allah Maha mengetahui hasratnya, lalu dinafikan mendapat majoriti 2/3 dalam pru13 walaupun semua ahli parti dan majoriti orang melayu berkorban tenaga dan masa untuk memenangkan nya.
Najib lupa daratan, orang yang sama sama berjuang dalam pru13 ditendang begitu saja demi kepentingan diri dia sendiri. Dia sedang mengharung lautan dalam yang bergelora malah sekarang bukan saja parti umno bermasalah, bahkan halatuju negara pun sudah bercelaru.
Najib fikir hanya aruah Tun Razak sorang saja yang bangunkan negara ini hingga terlupa jasa pemimpin terdahulu dan rakan yang membantu. Begitulah bila wang menguasai diri, ini malaysia ana yang punya. "Awas sakit jantung punca kematian"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2016 at 10:17 PM

Alquran telah menyebutkan bahawa mengikut sahaja pemimpin tanpa peduli haram dan halal adalah mengadakan tuhan lain selain Allah

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2016 at 12:39 AM

Tak di luluskan sebab siapa yg control institusi tu?...Dia tk bagi punya.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 12:43 AM

Pada masa sekarang Parti Najib hanya takut kepada Parti PAS kerana hanya Parti PAS beserta dengan jentera PAS saja yang boleh mengancam kesemua kerusi yang UMNO tandingi kerana itulah blogger pemakan dedak telah diarahkan oleh PMO supaya jangan sama sekali menyerang pemimpin2 PAS tapi halakan peluru pada DAP PKR serta penyokong TUN sahaja dan dimasa yang sama najib dengan pemimpin UMNO lain mengambil sikap berbaik baik dengan pemimpin kanan PAS mereka kini cuba memancing PAS sebagaimana pemakan2 dedak dalam UMNO di pancing dan dibeli.

Aku kompidem PRU14 Parti PAS akan meraih jumlah kerusi lagi besar jika PAS sanggup bertanding di semua kerusi yang UMNO tandingi ini kerana orang melayu yang sebelum ini mengundi umno akan beralih mengundi PAS berbanding umno pkr amanah & dap malah dalam situasi sekarang PAS kelihatan lebih bersih berbanding dengan parti parti lain inilah peluang terbesar bagi PAS untuk memanopoli majoriti kerusi parlimen dalam sejarah pilihanraya.

Selagi Najib menjadi pm selagi bergelar presiden umno selagi itulah next general election umno is a gone case dan sekiranya PAS berkhalwat dengan umno bermakna pas sudah bersedia untuk bunuh diri kerana ibarat memikul biawak hidup najib dalam situasi pada hari ini PAS tidak memerlukan mana2 parti lain sebaliknya parti2 lain yang akan tergila gilakan PAS.

Pemimpin parti najib seperti zahid nazri saleh keruak anuar musa & pemakan dedak yang lain pada hari ini boleh lah mendabik dada dengan menyalah gunakan segala kuasa yang ada namun pada pru14 giliran rakyat pulalah yang akan menggunakan kuasa mereka dan pada waktu itu jangan pula ada pemimpin parti najib yang mahu lari ke airport kerana rakyat tetap akan tuntut keadilan secara cash didunia Insyallah taukeh dedak dan pemakan dedak tumbang dengan hina.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 1:49 AM

Cukup sedih ari ni.

Tak sangka... dalam ramai-ramai ahli MT, takde seorang pun penyokong TSMY? Tak mungkin.... tak mungkin...!

Takkan Shafei Apdal dan Khaled Nordin juga bersetuju dengan pemecatan TSMY?

Dan... dua jam ambil masa utk buat keputusan memecat TSMY?
Itu maknanya... keputusan tersebut BUKAN SEBULAT SUARA Ku Nan oiii..!!!

Sakit ati bila si adnan Mansur ni umumkan bahawa keputusan tersebut adalah sebulat suara. Tak mungkin!

Saya nak tengok.. ada tak sesiapa ahli MT yg berani letak jawatan sebagai protes kepada pemecatan TSMY!

Bab kata dialog dalam "Ola-Ola Bola"... 'kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama!'

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2016 at 1:58 AM

Difahamkan shafie tidak hadir kerana sakit (gout) dan Muhyiddin pula keluar negeri atas urusan yg lebih awal dirancang.

Nanti akan bocorlah maklumat apa yg berlaku ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 2:07 AM

Dia ni troll la...haha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 11:06 PM

umno ni kata ja parti melayu( bohong) tapi gadai
jual maruah tanah ibu pertiwi kat orang asing

Post a Comment