........... Muhyiddin - Pemilihan Parti Tahun Ini Wajar DiAdakan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Muhyiddin - Pemilihan Parti Tahun Ini Wajar DiAdakan !

Friday, February 5, 201620comments



Ramai yang bila ditanya peluang BN untuk menang PRU14 dan  kekal menjadi kerajaan, akan menganggap pertanyaan itu satu lawak jenaka. 

Kalau dulu ..... lawak itu ditujukan kepada pembangkang kerana jika diletakkan tunggul pun, BN akan tetap kekal jadi kerajaan. Tapi itu duluuuuuu ..... sekarang ?

Sekarang lawak itu dikembalikan kepada Umno BN. Ramai yang teramat yakin bahawa jika keadaan tidak berubah dengan Najib masih di atas, maka Umno BN akan TEWAS PRU14 !

Populariti Najib jatuh merudum dan terus jatuh dari hari ke sehari. Kajian Merdeka Centre tahun lepas membuktikannya. Tak perlulah diperdebatkan hasil kajian itu, kita boleh tanya sendiri rakyat di luar sana apa pandangan mereka.

Melayu atas pagar yang sebelum ini menjadi penentu kepada kemenangan Umno BN pada PRU13 sudah ramai yang bertekad tidak akan beri peluang kepada Umno lagi selagi Najib kekal PM. Kebencian mereka kepada Najib sudah melebihi ancaman Dap ! Apa nak jadi pun jadilah .... kalau Najib masih PM, sori lah .....

Umno sudah tidak boleh cari makan lagi dengan isu Dap. Dap sudah tidak mampu lagi menjadi faktor penyelamat kepada Umno untuk PRU14.

Rata2 ahli Umno sedar perkara ini. Ramai yang bercakap mengenai ini di belakang .... namun senyap di depan. Mungkin bagi ahli Umno, takperlah, kita redho jer .... kita salahkan Najib kalau kalah !

Sepertinya ahli Umno sudah tidak berupaya untuk bertindak mengubah satu ketentuan yang mereka nampak bakal datang melanda nasib Umno. Tidak ramai yang punya kekuatan untuk bersuara apatah lagi bertindak bagi mengubah nasib parti mereka sendiri.

Umno = Pasrah

Saya teringat kata2 Muhyiddin di PAU 2014 lalu ....  di mana Muhyiddin mahu ahli2 dan kepimpinan Umno menimbangkan untuk diadakan Pemilihan parti pada tahun ini dan tidak ditangguhkan sebagaimana yang telah diputuskan.

If Change Does Not Happen, We Have To Engineer The Change ! 

Ramai yang bersorak menyokong ketika itu, tapi apakah ada perubahan ? 

Lebih setahun berlalu ... ketika itu isu 1MDB belum panas lagi dengan pelbagai pendedahan dan isu RM2.6 bilion belum juga belum timbul .... apakah Umno sudah semakin kuat ?

Nak tunggu apa lagi ? Tsunami yang lebih besar bakal melanda Umno dan bangsa Melayu, apakah kita masih mahu diam menunggu berlaku keajaiban tanpa mahu bertindak sendiri mengubah keadaan ? 




KLiK untuk ke Youtube


53.    Kita tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku. Kita perlu merekayasa perubahan. If change does not happen, we have to engineer the change. Justeru pada hemat saya, wajar untuk kita pertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut kehendak Perlembagaan UMNO dan tidak ditangguhkan selepas pilihanraya umum seperti yang pernah dibuat sebelum ini.  

Saya juga mencadangkan pindaan Perlembagaan UMNO diadakan tahun hadapan dengan memperuntukkan pindaan yang sesuai untuk membolehkan barisan pelapis muda menyumbang peranan dan khidmat bakti yang lebih besar kepada UMNO. Saya percaya UMNO tidak akan berpecah sekiranya pemilihan diadakan. Pemimpin UMNO tentunya cukup matang untuk menghadapinya. Saya sendiri akan sentiasa berdiri bersama-sama YAB Presiden untuk merealisasikan perubahan dan peremajaan parti kita.
.

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2016 at 9:01 PM

Jika DAP dijadikan sandaran bahawa MARA akan ditutup ... la ni pun pinjaman MARA dah tidak dibuka ... hanya untuk penajaan yang terhad sahaja ...
Jika DAP dijadikan alasan tanah melayu akan dijual kepada cina ... la ni dengan 1MDB ... tanah melayu dah dijual kepada cina begitu juga power stesen.
Jika DAP dijadikan alasan untuk takutkan melayu yang TPPA atau penguasaan syarikat asing ke atas syarikat malaysia ... UMNO telah menandatangani TPPA.
Jika bahasa melayu dijadikan momokan menakutkan tentang DAP ... siapakah yang membunuh tulisan jawi .... UMNO .... dan jika DAP buat pun ... apa bezanya ... kerana UMNO telahpun membuatnya ...
So ... apakah bezanya undi DAP dan undi UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2016 at 9:58 PM

Kerana asyik membincang hal Najib ... akhirnya satu isu yang besar telah dipinggirkan..Pelajar CINA lulusan UEC kini telah boleh diterima masuk ke dalam Universiti Awam. Maknanya Malaysia kini mempunyai dua sistem pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan, iaitu sistem yang dibuat oleh kementerian pendidikan dan sistem yang dibuat oleh mereka yang tidak duduk pun di kementerian pendidikan dan tidak mempunyai jatidiri sebagai warganegara Malaysia. Dalam hal ini UMNO ataupun Barisan Nasional telah jatuh tersungkur di kaki bangsa cina. Tidak perlulah umno bermegah bahawa dia mempertahankan ketuanan melayu. Tidak perlulah kementerian pendidikan bermegah bahawa sistem mereka adalah terbaik untuk rakyat Malaysia dan menepati kehendak Perlembagaan Malaysia. Bagi saya Menteri Pendidikan telah gagal dan Menteri Pengajian Tinggi telah tewas. So saya boleh ucapkan selamat tinggal umnno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2016 at 10:10 PM

salam bro Din,

sepatutnya kita memilih calon bebas dari kawasan setempat tanpa apa-apa parti di belakangnya. Calon ini lebih mengutamakan masyarakat yang diwakili bukan mengutamakan parti.

Kita harus terima hakikat iaitu parti berasaskan kaum sudah tidak relevan lagi di Malaysia ini. Sudah tiba masanya kita menjadi satu bangsa Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Kedah Mai
February 5, 2016 at 10:16 PM

@Anonymous Tepat sekali. Spot on!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2016 at 11:31 PM

Memang akan tumbang.

Rakyat cakap jgn buat gst...dia buat jugak.
Rakyat cakap jgn sign tppa...dia sign jugak.
Rakyat cakap segera letak jawatan...dia nak jugak jadi pee em..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2016 at 11:38 PM

bagi aku lebih sakit lg jika dikhianati bangsa sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2016 at 11:42 PM

Hasil kerja si kitul.

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2016 at 12:01 AM

Modal politik menyalahkan DAP dan pembangkang saja dah basi, dah tak laku lagi.... Hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan Melayu yang bodoh saja.

Sejak DAP memerintah Penang dan PKR memerintah Selangor, PAS memerintah Kelantan, berapa banyakkah tanah orang Melayu atau tanah Reserve Melayu yang tergadai? Adakah mereka merampas hak Melayu? Adakah mereka telah merosakkan Bangsa dan Bahasa Melayu? Adakah mereka telah mengancam agama Islam? Adakah mereka telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu? Buktikan..., jangan hanya menuduh dan mentohmah mereka yang bukan-bukan saja.

Jika kata DAP menentang Hudud dan justeru dituduh menentang Islam, apakah rakan-rakan UMNO - MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBS dll, menyokong Hudud dan justeru menyokong Islam?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
February 6, 2016 at 12:35 AM

1) Masalah utama UMNO ialah Najib.

2) Masalah kedua UMNO ialah pemakan2 dedak Najib atau orang2 yang sanggup menggadai maruah diri, agama, bangsa dan negaranya untuk Najib kerana wang.

3) Sekiranya Najib dan pemakan2 dedaknya tiada maka UMNO adalah parti yang baik.

4) UMNO masih mempunyai pemimpin2 dan ahli2 akar umbi yang masih setia berjuang kerana Agama, Bangsa dan Tanahair.

5) Walaupun adanya Najib dan pemakan2 dedaknya, UMNO masih tidak sama dengan DAP.

6) UMNO masih boleh diselamatkan jika adanya pemimpin2 dan ahli2 yang tidak boleh dibeli dengan wang menguasai kepimpinan tertinggi parti.

7) Pemilihan UMNO mesti diadakan dan tidak boleh ditangguh lagi.

8) Najib mesti berundur.

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2016 at 1:29 AM

Ape lagi diharap pada si dia...yg dibuang semakin menghilang..langkah disusun sekerat jalan...janji diluah masih x berbuah...mengapa masih mengharap pada yg x sudi...ambillah langkah ubahlah diri...gerak langkah biar gagah..biar pecah jgan sekali mengalah..ku sangka guruh petanda hujan, rupanye guruh cuma mainan...satu tumbang beribu mendatang...perjuangan bukan tok kamu yg mengaku kalah tapi tok kami yg telah bersumpah, takkan melayu hilang di dunia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 1:55 AM

Melayu perlu dijajah sekali lagi oleh bangsa lain (D*P) sebab Melayu mudah lupa. Selepas dapat pengalaman dijajah barulah akan lahir semula majoriti pemimpin yang ikhlas berjuang untuk agama bangsa dan tanah air.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 7:13 AM

dari apa yang saya lihat dilema orang UMNO adalah nak menang pilihanraya dalam masa nak dapatkan kebenaran dari Najib, yang mana satu2 jalan yang tinggal adalah dengan menurunkan Najib. Kalau Najib tak turun maka kemungkinan besar BN akan kalah.

Masalahnya untuk turunkan Najib jalan yang saya nampak buat masa ini hanyalah dengan mengalahkan UMNO dalam PRU saja baru boleh Najib dapat disiasat sepenuhnya

Persoalanya, adakah orang UMNO sanggup untuk menguborkan UMNO dalam PRU untuk mendapatkan kebenaran ?

jika tidak.. maksudnya lupakan saja perjuangan menuntut kebenaran dari najib teruskan saja sokong & memenangkan UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 7:45 AM

Kat Malaysia ni, jika undi pembangkang, cina yang akan dapat segala2nya. Jika undi bn, pun cina jugak yang dapat. Undilah sesiapa pun, cina tetap menang, tetap dapat habuan dan tetap dapat kelebihan. Melayu bagaikan melukut di tepi gantang. Walau pun undi melayu terbanyak sekalipun, melayu tetap terpinggir.

Apa yang melayu dapat hasil dari mengundi dalam pru ?

1. Penghapusan isa dan ordinan darurat
2. Penghapusan deb
3. Penghapusan mecd
4. Penggunaan kalimah Allah di Sabah Sarawak
5. Sekolah vernakular tetap dikekalkan walaupun bertentangan dengan perlembagaan persekutuan
6. Penghapusan kuota bumiputera

Melayu akan kekal merempat sampai bila2 selagi melayu liberal menjadi pemimpin melayu. Melayu liberal ialah wajahnya melayu, tapi berjiwa cina. Hakikat yang harus diketahui ialah melayu perlukan tongkat dan tongkat adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 1:39 PM

Kantoi dah: Wang dalam akaun Najib untuk pelaburan, bukan derma, kata menteri Arab

 
Dalam laporan New York Times (NYT), Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir tidak fikir wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dari kerajaan negara itu. 

Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir tidak fikir wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dari kerajaan negara itu atau ia satu sumbangan politik, lapor New York Times (NYT).
Beliau juga dilaporkan berkata, wang itu disalurkan kepada sebuah "pelaburan di Malaysia".
"It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia (Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dan dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia)," katanya dalam satu temu bual dengan NYT disiarkan semalam .

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2016 at 1:57 PM

Kenapa nak asyik salahkan DAP PAS PKR. Bukan mereka yang laksanakan GST, naikkan tol, hapuskan beras bersubsidi, pecat peguam negara, iktiraf sijil UEC, jual tanah bandar 1Malaysia, jual IPP, beli jet executive, adakan SOSMA, MKN dan pelbagai lagi. Masaalah kepada pengundi atas pagar menjelang PRU14 siapa pilihan ysng ada sekiranya Najib masih meneraju UMNO pada masa itu. Sekiranya ini berlaku saya ingin cadangkan agar Mukhriz Mahyuddin Tengku Razaleigh Shafie Apdal dan anggota GKCM menubuhkan parti baru supaya senang pengundi atas pagar yang benci Najib dan tidak suka pembangkang membuat pilihan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 10:47 PM

Masalah Umno tiada kaitan dengan DAP. HArta negara bukan DAP yang jual ke Cina Benua. Hantu-hantu yang menipu dalam isu 1MDB juga Cina - Cina yang tak sokong DAP. Mereka sokong $$$, itu sahaja. Projek-projek yang diberikan kepada Bumi di alibaba ke orang Cina - Cina yang sokong Umno/BN. Bukan Cina DAP. DAP di P Pinang kemas pemerintahannya. Orang Melayu tak bersungut pun.... Cukulah orang Umno main sentimen kaum. Diri kita yang lemah tapi nak salahkan DAP/Cina..... Tanah dan harta pula habis dijual kepada Cina Benua.... Siap yang jual? DAP ke? Bagi kami DAP mempunyai prinsip dan integriti jauh lebih baik daripada kebanyakan pemimpin Umno dan PAS sekarang.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 10:51 PM

Tolong jangan salhkan DAP. Yang membawa masalah kepada negara sekarang Umno. Umno itu Melayu bukan Cina. Tak usahlah kita hidup berpura2 kononnya Cina/DAP musuh kita.... Orang Cina hanya mahu hidup cari makan dengan aman. Kuasa politik di tangan Umno. Yang merosakkan negara sekarang pun pemimpin Umno. Kucing kurap dalam Umno harus disingkirkan terlebih dahulu....

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
February 7, 2016 at 12:32 AM

Kenapa begitu banyak komen memberi sokongan kepada DAP sejak akhir2 ini ?

Isunya ialah Najib si perosak UMNO ?

DAP tidak disalahkan dalam hal Najib merosak UMNO dan nama Malaysia.

Jika tidak bersalah, kenapa perlu terasa ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2016 at 8:24 PM

Proses peremajaan UMNO telah terencat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2016 at 8:34 AM

Strategi merosak dari dalam lebih berjaya seperti runtuhnya Kota Melaka. Sultan Melaka ketika itu amat lemah, pembesarnya tamak haloba, ada sikitol membantu musuh dan ia seakan2 hampir jadi kpd negara hari ini. Siapa sikitol yang menjadi penasihat kepada PM? Siapa yg tamak haloba? Siapa pula musuh yang berdendam untuk mengambil alih pemerintahan negara ini sejak gagal menghalau semua melayu balik kampung? Oh lupa ada satu perbezaan era Najib dgn Kota Melaka; di zaman sikitol tidak dilaporkan ada main pawang pun!

Post a Comment