........... Muhyiddin Beri Analogi Mudah Faham Isu SRC RM42 Juta | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Muhyiddin Beri Analogi Mudah Faham Isu SRC RM42 Juta

Sunday, February 21, 20167comments


Semalam saya siarkan video penuh ucapan TS Muhyiddin di Teluk Kemang. Sememangnya panas ! Portal2 turut menyiarkan sedutan2 pendek ucapan beliau mengikut isu2 yang mereka mahu highlight kan.

Saya siarkan semula dua lagi petikan pendek dari video pertama ucapan Muhyiddin di Teluk Kemang semalam yang tidak diberi tumpuan oleh portal lain.

Yang pertamanya adalah analogi mudah faham yang diberikan oleh Muhyiddin mengenai isu SRC RM42 juta. Bagus untuk disebarkan kepada mereka yang masih tidak berapa nak faham akan isu SRC ini. Apa masalahnya dan kenapa kita berterusan membangkitkan isu ini walaupun setelah AG mengarahkan SPRM supaya tutup kes.



KLiK untuk ke Youtube.

Bayangkan kita ada RM10 ribu dalam akaun....  Bangun pagi esok tengok dah 10 milion ! Kita pasti tertanya2 macamana 10 ribu boleh jadi 10 milion ? Silap komputer bank kah ? Ada orang tersilap masuk duit ke dalam akaun kita kah ?

Kalau kita bersifat amanah, apa kita buat ? Kita akan minta kepastian dari pihak bank macamana duit kita boleh bertambah dengan begitu banyak sekali. Sebab kita sendiri sedar yang itu BUKAN duit kita ! Mana mungkin duit itu boleh beranak ...

Jika pihak bank maklumkan memang ada pihak yang masukkan duit itu ke dalam akaun kita,  pasti kita nak tahu siapa dia. Apakah kaitan orang itu dengan kita sehingga nak beri duit sebanyak itu ? Siapa tak nak wang TAPI kita juga pasti nak tahu apakah DUIT HARAM ATAU DUIT HALAL ?

Itu kalau kita beramanah ......

Atau kita akan diamkan saja seperti mana yang dilakukan oleh Najib yang telah menerima sejumlah wang yang lebih besar ( RM42 juta ) ? Apakah tidak penting untuk kita tahu SIAPA, DARI MANA dan UNTUK APA duit sebanyak itu diberi kepada Perdana Menteri kita ?

Tapi Peguam negara kata semua itu tidak perlu - Tutup saja kes ! 

Jawapan yang diberikan oleh Peguam Negara adalah, PM kita tidak tahu menahu tentang perkara itu. ( The Prime Minister did not know about it )

Adakah anda boleh percaya jawapan sebegitu ? Takkanlah dia tak tahu ! Dan dia dah belanja pun ... memang ada bukti2...

Mengikut apa yang ditunjukkan oleh Peguam Negara seperti yang dipamerkan oleh media, dia kata ini datangnya dari sumber SRC.

Apa dia SRC ? 

SRC adalah sebuah syarikat milik kerajaan di bawah Kementerian Kewangan. Asalnya dulu milik 1MDB yang digunakan untuk pinjam duit Kumpulan Wang Amanah Pencen sebanyak RM4 bilion. Konon tujuannya untuk dilaburkan di luar negara.

Tetapi kerana dah lebur, tak dapat untung, dan kerana wang itu dipinjam dari KWAP .... maka dengan senyap2 PM telah ambilalih syarikat SRC atas nama Kementerian Kewangan dan  bayar hutang KWAP supaya KWAP tidak menanggung hutang.

Bagaimana dengan duit yang dimasukkan ke dalam akaun Najib itu ? Telah dibuktikan oleh Peguam Negara bahawa sumbernya adalah dari SRC yang melalui dua pengantara lain iaitu syarikat Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana sebelu dimasukkan ke dalam akaun Najib.

Dunia persoalkan, kenapa pihak peguam negara tidak ambil tindakan ? Alasan yang diberikan adalah -

a. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM mengetahui dan/atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau; ( tapi Najib TAHU ada duit yang banyak dimasukkan ke dalam akaunnya ! Seperti analogi di atas, jika Najib seorang yang amanah, apakah beliau akan mendiamkan diri tanpa mahu bertanya dari mana sumbernya dan terus membelanjakannya ? )

b. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau; dan


c. Keterangan menunjukkan pada masa-masa yang material, YAB PM mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu.
( padahal akaun di mana sumbangan itu dimasukkan sudah pun diTUTUP setahun lebih awal dan dikatakan bakinya sudah dipulangkan
jadi bagaimana Najib boleh percaya yang duit itu merupakan sebahagian dari sumbangan pak arab ? )


Makanya rakyat masih bertanya.


                                             ********************************


Video kedua pula Muhyiddin mempersoalkan kenapa Najib dan 1MDB masih tidak mahu mengambil tindakan menyaman WSJ walaupun berulangkali WSJ membuat tuduhan yang didakwa sebagai fitnah oleh Najib dan 1MDB ?




KLiK untuk ke Youtube.

Apa hal takut ?

Semua ini hanya menimbulkan tandatanya pada rakyat. Rakyat bukannya suka sangat dengan hal saman menyaman itu tapi rakyat cuma nak tahu cerita sebenar. Dengan tindakan saman dan bila dibawa ke mahkamah, maka cerita sebenar akan terserlah.

Yang menjadi masalah kepada parti dan kerajaan hari ini, orang sudah hilang kepercayaan. Rakyat masih sokong parti BN tapi tidak kepada Presiden.

Ramai yang bertanya kepada Muhyiddin kenapa beliau masih berada di dalam Umno walaupun Umno sudah begitu teruk dikecam, beliau berkata -

Persoalannya bukan parti. Parti dilihat kepada perlembagaannya. Semuanya elok2 belaka. Apa objektif Umno, apa tujuan Umno.... kenapa sejarah Umno sejak awal ditubuhkan sehingga kini, tidak ada cerita apa ?

Ada pemimpin yang baik, yang kurang baik, yang lemah, ada yang kuat ...  tetapi tidak terpalit dengan masalah sebegini hingga menjejaskan kenyakinan rakyat terhadap pemimpin dan parti !

So the burden today is not the leader himself but also the party. ( Beban bukannya ditanggung oleh pemimpin secara peribadi tapi turut melibatkan parti )

.... dari tinjauan saya di mana2 .... saya panggil anak2 muda di tepi jalan dan bertanya, berapa ramai dari anda yang menyokong BN dan Umno - TIDAK ADA ! ( None )

Mengikut keputusan pilihanraya2 yang lepas ketika Muhyiddin menjadi Pengarah Pilihanraya sebanyak 18 kali, lebihkurang 55 - 60% orang Melayu, Bumiputera Islam dan Bukan Islam menyokong parti BN. Ikut tinjauan terkini, sudah turun 30% saja. Ini fakta !

Ada ahli2 Umno yang mengadu kepada Muhyiddin berkata mereka tidak mahu keluar mengundi pada PRU14 sebab mereka marah pada Presiden.

Jadi dia telah membawa beban dan kesan yang besar kepada parti kita. Fakta menunjukkan petanda penurunan sokongan orang Melayu kepada Umno dan BN.


                                                   **************************

Muhyiddin telah bercakap secara ikhlas dan berterus terang tentang keadaan politik Umno ketika ini. Apakah kerana itu maka beliau perlu disenyapkan ? Kerana bercakap benar ?

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2016 at 8:07 AM

Ah Jib Gor, dalam perkataan yang digunakannya sendiri, adalah Bangang dan Jemuan. Kalau dia keturunan pendekar Bugis dia mesti saman Wall Street Journal untuk lepas dari pengaduan Tan Sri Muhyiddin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2016 at 9:51 AM

Kali ini kita persoalkan tentang integriti peguam negara yang telah mencatitkan satu sejarah hitam negara dengan bertindak mencemarkan institiusi badan perundangan yang sebelum ini bebas dan telus.

Peguam negara telah melakukan penipuan yang amat besar apabila membuat kenyataan terbuka dengan menyatakan najib tidak tahu menahu tentang perkara RM42 juta masuk kedalam akaun bank peribadinya nya sedangkan dalam kenyataan bertulis najib yang dibacakan oleh peguambela nya didalam mahkamah (bicara najib vs ling liong sik) najib mengakui mengetahui RM42 juta masuk kedalam akaun bank peribadinya tapi tidak mahu menyatakan siapa pemberinya sebaliknya meminta ling liong sik untuk membuktikan duit tersebut datangnya dari src.

Dalam masa yang sama dihadapan para petugas media peguam negara dalam keadaan agak tertekan secara tidak sengaja telah mempamirkan graph money trail hasil dari laporan sprm bagaimana RM42 juta duit src masuk ke dalam akaun bank peribadi najib itu jugalah yang menjadi salah satu faktor penyebab kenapa peguam negara menangguhkan pertemuan dengan panel sprm kerana khuatir persoalan tersebut akan dibangkitkan oleh panel sprm.

Perbuatan subahat peguam negara dalam melindungi satu kegiatan jenayah berskala besar telah mengakibatkan seluruh institiusi perundangan negara runtuh tercela pada pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Tidak kah kamu wahai peguam negara sedar beberapa buah negara turut serta mengambil langkah menyiasat skandal ini kerana ianya turut melibatkan pihak bank di negara meraka dan adakah kamu wahai peguam negara sudah bersedia untuk menghadapi penghinaan setelah negara2 tersebut nantinya mendedahkan bukti hasil siasatan mereka dan seterusnya mengambil langkah pendakwaan keatas mereka yang terlibat, sudah bersediakah kamu wahai peguam negara?.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2016 at 12:51 PM

I am convinced beyond reasonable doubts that the "donations" came from 1MDB disbursed through other countries NOT ARAB SAUDI. The donor is not an arab. Where as the 42mil from SRC, it is also beyond reasonable doubt that it comes from the company through the singapore banks

I do not believe the monies were ever returned to the alleged donor/s. There was not an iota of evidence to show its alleged return.

To me those umno guys are fools to believe najib and apandi.

I read somewhere members of public are encouraged to lodgevpolice report on AG, IGP for failure to fulfil their obligations under their respective responsibilities according to civil service codes of conduct.

Go go members of public

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2016 at 1:48 PM

Selagi duit yg ada pada najib tak habis kita janganlah berharap sangat nak jatuhkan najib atau nak tegakan undang2 keatas najib cash is the king.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2016 at 4:52 PM

Kalaulah Ketua Polis Negara dan Ketua Turus Angkatan Tentera benar-benar berpegang kepada sumpah jawatan mereka dan tidak terlalu mesra dengan ahli politik.... kita, rakyat marhaen pasti masih ada harapan untuk memperbetulkan keadaan kepimpinan Negara yang dah haru-biru ni.

Kadir Jasin telah menukar mod blog beliau kepada seruan untuk satu gerakan massa.

Mungkin sebab Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berlalu begitu sahaja... one glittering light dah padam...

Sesungguhnya saya tidak mahu Malaysia menuju ke arah apa yg berlaku di Syria akibat kedegilan Assad.

Saya menyeru pemimpin UMNO yang masih ada maruah, masih pentingkan agama, bangsa dan Negara untuk melakukan sesuatu mengenai Najib... tolonglah...!

Jangan tunggu rakyat bangkit! PRU14 masih jauh... anything can happen between now and 2018..

Semalam bila tgok interview wartawan TV3 dengan pengampu2 di majlis pelancaran N87... rasa nak muntah... pujian melambung-lambung kepada najib... aduss...tak tahu nak kata apa lagi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2016 at 9:42 AM

Semenjak kebelakangan ini, TV3 melampau-lampau melambung Najib...dgn ulang tahun 40 thn Majib sbg ahli politik!
Malang...!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2016 at 2:34 PM

aku ni rumah kata pergi kubur kata mari tu ajelah komen aku
jom jnguk lahad liang ///takuuuuuuuuuuuuuuuuut bh

Post a Comment