........... Muhyiddin - Apakah Bila Semua Hutang 1MDB Diselesaikan, Semua Masalah Selesai ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Muhyiddin - Apakah Bila Semua Hutang 1MDB Diselesaikan, Semua Masalah Selesai ?

Tuesday, February 23, 201614comments

Ini merupakan segmen terakhir hasil ucapan Muhyiddin di Teluk Kemang Sabtu lalu. Seperti yang saya katakan, memang padat dan panas .... anda boleh tonton video penuh di SINI dan SINI.

Yang ini Muhyiddin bercakap tentang 1MDB ..... disebalik Plan Rasionalisasi Hutangnya, apakah semua masalah sudah selesai dan kita boleh tutup buku ? Move on .... seperti kata Najib ?




Ada tuan2 dengar 1MDB dapat untung ? Bayar dividen ?

Macamana nak bayar ni ? Dan juga sebab hutang tanggungan yang sebesar itu, yang telah terpaksa ditanggung oleh 1MDB, maka dia takde cara nak menyelesaikan hutang itu ....apa dia buat ? JUAL !

Tanah2 yang begitu berharga dalam bandar, TRX, Bandar Malaysia, tanah di Pulau Pinang, IPP .... terpaksa diGADAIKAN ! Yang ini pun dibeli dengan wang yang dipinjam tadi.

Takde hasil apa pun. Lepas tu terpaksa di JUAL untuk dapat hasil untuk  .... bukan nak bagi tuan2 dividen... takde! ...  nak bagi bayar balik duit yang dia pinjam dari bank !





KLiK untuk ke Youtube

Ada yang berkata, kalau begitu ( selepas habis dibayar segala hutang piutang ) dah selesailah masalah .... saya kata NO !

Yes, dari segi zahirnya selesai masalah ( bila tiada lagi hutang ).... tetapi penyelesaian masalah itu dengan membebankan rakyat dengan tanggungan hutang dan segala harta bendanya terpaksa di JUALkan. Yang patut harta itu milik kita, sudah terkorban hilang kepada bank. 

SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI ?

Rakyat yang rugi ..... Kalau takde 1MDB, tak payah buat macam itu. Dengan sebab masalah 1MDB, terpaksa digadaikan semua harta benda kita untuk menutup lubang dan bayar duit kepada bank. Kan tak betul tu ....


Pernah ke 1MDB mencatatkan untung walau 10 sen dari operasi pelaburan dan perniagaannya ? Pernahlah sekali tu tapi itu hasil penilaian semua harga tanah BUKAN dari operasi perniagaan. Buat pinjaman berbilion2 ringgit walaupun modal cuma 1 juta ..... WOW! Satu kebanggaan kepada cai2 Najib tapi cuba tanya mereka balik - ada untung tak ?

Jika hanya kerana mampu buat pinjaman besar merupakan lambang kebanggaan 1MDB ( bukannya kerana buat untung ), nampak gayanya ada yang tak kena dengan kepimpinan negara kita !

Ada kita nampak apa2 hasil secara fizikal hasil pinjaman berbilion2 itu ? Ada bangunan baru naik yang telah dibina oleh 1MDB ? Dapat tandas satu pun jadilah, boleh juga dapat hasil caj masuk..... ada tak ? 

So ... tang mana yang harus dipuji rakyat tentang 1MDB ni ? Cuba cai Najib cerita .....

Apa masalahnya dengan cerita Muhyiddin itu ? Bukankah itu hakikatnya mengenai 1MDB ? Iaitu 1MDB merugikan rakyat dan negara kita.

Pelan Rasionalisai Hutang 1MDB cuma merupakan satu CARA bagaimana nak selesaikan hutang. Ia bukan satu pelan perniagaan yang membawa keuntungan sepertimana yang cuba digambarkan oleh cai2 Najib.

Dan itu juga merupakan satu kebanggaan oleh mereka ! ? ?

Jika hanya kerana mampu bayar balik hutang dengan menjual harta yang ada merupakan lambang kebanggaan 1MDB, nampak gayanya ada yang tak kena dengan kepimpinan negara kita !

So ... apa yang kita nak sebenarnya ?

Pertama - Kita mahukan KETELUSAN tentang segala urusniaga 1MDB dan kenapa semua ini boleh berlaku. Jika benar kerugian disebabkan risiko perniagaan biasa, itu kita boleh terima. Tapi itu harus dibuktikan terlebih dahulu.

1MDB rugi atau tidak ? Itu pun tidak mahu diakui ....  berbelit2 lidah bercerita menggunakan ayat2 bombastik bagi mengelirukan rakyat. Jawab ajalah - 1MDB RUGI ATAU UNTUNG ?

Kita mahu penjelasan apa yang telah didedahkan tentang urusniaga2 yang banyak menimbulkan persoalan. Dikatakan 1MDB sudah berpuluh kali jawab .... kita katakan, 1MDB tidak menjawab sepenuhnya.

Kenapa tidak diadakan pertemuan antara 1MDB dengan rakyat di mana 1MDB akan menjawab apajua soalan yang dikemukakan ? 

Senangkan ? Jika tidak ada apa2 yang mahu disorokkan, pasti bunyi senang. Tapi jika banyak yang mahu disorokkan dari rakyat, maka perkara yang amat mudah itu akan jadi mustahil untuk dilakukan !

Keduanya, kita mahukan KEBERTANGGUNGJAWABAN atau AKAUNTABILITI.  Siapa yang berkuasa membuat keputusan2 dan meluluskan semua urusniaga 1MDB, orang itu harus bertanggungjawab. 

Sebenarnya orang itulah yang seharusnya tampil berdepan dengan soalan dari rakyat kerana dialah yang buat keputusan dan meluluskan segalanya. Orang itu pasti sudah buat pertimbangan yang sewajarnya sebelum sebarang keputusan dibuat. Makanya orang itulah yang paling layak disoal. 

Logik kan ? 

Tapi kenapa orang lain yang baru kerja, yang tidak terlibat dengan urusniaga lama 1MDB pula yang ditugaskan menjawab ?

PAC yang ditugaskan menyiasat hal 1MDB juga tidak memanggil orang itu untuk disoal ..... kenapa ?

Adakah orang itu tidak tahu apa2 pun tentang 1MDB ? Adakah orang itu BLUR dengan segala keputusan yang dia buat ? Habis tu kenapa orang itu gatal nak pegang kuasa membuat keputusan dalam 1MDB kalau dia sendiri tidak berani memikul tanggungjawab yang datang bersama jawatan yang disandang ?

Kuasa dia nak .... tapi tanggungjawab dia tak nak pikul ! Jenis apakah orang sebegini ? 

PS - Tang mana artikel ini yang berunsur fitnah, cuba cai Najib tunjukkan. Jangan anda pula yang sebar fitnah ....

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 23, 2016 at 3:42 AM

Bro Din don't make najib patience limit exeeded..... nanti dia jadi HULK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2016 at 10:04 AM

The finance bogeysman screwed us all up big time.

....................
Reply To This Comment ...................
February 23, 2016 at 10:13 AM

HARAMJADAH!!!..BANGSAT!!!...antara laungan juang Najib....Siapa yang sebenarnya haramjadah dan bangsat?..

NAJIB DAN SEKONGKOLNYA...isu ini ciptaan Najib dan dilipur larakan oleh ternakannya...Siapa makan isi?....Siapa makan kuah?...Rakyat hanya dapat bangkai dan bau busuknya sahaja..

HARTA DAN MARUAH NEGARA TERGADAI....sungguh keji dan zalim mereka ini...Semoga mereka dapat pembalasan setimpal di dunia dan pastinya di akhirat kelak...

Amiiiinnnnnn.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2016 at 10:48 AM

Tang najib tak bersalah tu yang menjadi fitnah besar bro din jangan tak mengaku pula bro din suruh tunjukan maka saya tunjukanlah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2016 at 11:11 AM

Jual kesemua aset 1mdb yang ada pun pun masih tak cukup untuk selesaikan semua bentuk hutang 1mdb oleh kerana nilai hutang 1mdb yang bersifat aktif ianya bergerak menggunung setiap hari berpunca dari kadar interest keatas pinjaman yang tinggi manakala 1mdb sudah tidak lagi menjana sebarang hasil pendapatan berikutan penjualan ipp hatta segala kos pengurusan dan pentadbiran pada waktu ini bersifat defisit yakni hutang dan tunggakkan.

Pelan rasionalisasi sudah tidak rasional kerana untuk menyelesaikan kesemua hutang 1mdb termasuk hutang interest hanya dengan satu cara saja yakni kerajaan terpaksa menganugerahkan kan 'sekali lagi' samada tanah2 bernilai tinggi atau sebarang bentuk aset harta milik kerajaan kepada 1mdb untuk 1mdb lelong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2016 at 2:24 PM

Don't worry najib club will come to rescue. Haha

....................
Reply To This Comment ...................
February 23, 2016 at 4:33 PM

Terbaik Abg. Din. Hujah yang bernas.
Jadi PM, dia nak. Jadi Menteri KeWANGan, juga dia nak. Tapi bab menjawab, dia tak nak.
Dimana hebatnya pengalaman 40 tahun dalam Politik, kalau nak menjawab pun tak nak. Dia upah orang lain untuk jawab bagi-pihaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
February 23, 2016 at 4:34 PM

@PutraKrakenBetul tu. Najib yang buat 'haramhadah, bangsat' tidak lagi kesat.

....................
Reply To This Comment ...................
February 23, 2016 at 4:39 PM

@AnonymousTangkap semua yang terlibat dengan 1MDB, termasuk Menteri yang terima RM1 & 2 Juta. Rampas semua harta-benda mereka, (macam kes pengedar dadah) untuk bayar semua hutang 1MDB, lepas tutup-kedai. Kalau tak cukup juga. Baru guna WANG Rakyat. Harap-harap tak banyak.

....................
Reply To This Comment ...................
February 23, 2016 at 5:13 PM

Amin3x

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
February 23, 2016 at 7:32 PM

Assalammualaikum wmt Bro Din!
Memang benar TSMY kini lebih lantang bersuara. Sebelum ni dia berdiam diri kerana mahu mengumpul maklumat dan bukti soheh mengenai penyelewengan dan salahlaku PM Najib.

Justeru, bila segalanya telah diperolehi, dgn garang dan berani beliau mencabar SUA Umno memecatnya kalau dia ada buat salah dari segi perlembagaan Umno. Nampak agak serius bila TSMY beri amaran sedemikian.

Kepada saya. TSMY telah ada semua bukti memgenai penyelewengan dlm 1MDB dan SRC serta duit derma Raja Arab. Kalau mereka berani pecat, pasti TSMY akan dedahkan semua bukti yg dia ada. Kalau tidak, masakan beliau berani cabar Ku Nan untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Sama-sama kita semua nantikan apakah Ku Nan dan Nazri Aziz berani mengusahakan penyingkiran TSMY dari Umno.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
February 23, 2016 at 8:50 PM

Apandi Ali kata Najib tidak membuat sebarang kesalahan. Cuma Zeti dan Abu Kassim tak pandai buat kerja macam Khilid Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2016 at 8:00 AM

Selepas solat subuh, saya terbaca dalam TMI iaitu panel oversight macc firmly stood their ground that najib should be charged!!!! Reported that there will be a press conference anytime today as their term as panel oversight committee will expire by today.

What further argument apandi and the macaiscan give?

Ya Allah ya Tuhanku.... moga ditunjukkan siapa yang telah membuat kezaliman....

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2016 at 6:05 PM

No news on macc panel hmm :(

Post a Comment