........... Mohon Pemimpin Umno Bahagian Teluk Kemang JANGAN Ganggu Majlis Muhyiddin Ini ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mohon Pemimpin Umno Bahagian Teluk Kemang JANGAN Ganggu Majlis Muhyiddin Ini !

Saturday, February 20, 201613comments


Untuk makluman semua, jangan hadir ya !

Itulah mesej Watsup yang disebarkan oleh seorang pemimpin peringkat Bahagian Teluk Kemang kepada ahli2 Umno di Teluk Kemang. 


Selain itu, Pengerusi dan Penyelaras Majlis berkenaan Cikgu Kamarul yang juga merupakan Presiden GKCM ketika ditemui tadi turut memberitahu akan usaha pihak tertentu untuk membatalkan majlis esok.

Majlis adalah anjuran Umno Cawangan Taman TKK dan juga Persatuan Masyarakat Agama Islam Taman Intan Duyung ( PATID ) bagi menghargai sumbangan dan kerjasama mereka yang terlibat dalam program Tuisyen Percuma tahun lepas yang membabitkan hampir 40 anak2 penduduk setempat. Tuisyen adalah untuk murid2 Tahun 6, Tingkatan 3 dan 5.


Tapi kenapa pemimpin2 Umno peringkat Bahagian sendiri cuba sabotaj usaha murni para penduduk Taman Intan Duyung ini ?

Adakah kerana melibatkan Cikgu Kamarul ? Tapi kali ini beliau bertindak atas kapasiti selaku wakil penduduk dan penyelaras program Tuisyen Percuma itu. Disamping itu, beliau juga turut mengadakan program Belajar bahasa Inggeris secara percuma kepada masyarakat setempat. 

Apakah kerana melibatkan TS Muhyiddin ? Tapi bukankah Muhyiddin masih lagi Timbalan Presiden Umno ? Dan lagi, Muhyiddin juga telah menyumbang dana untuk pembinaan surau dan segala keperluan program Tuisyen itu.



KLiK untuk ke Youtube.

SO APA MASALAHNYA DENGAN PEMIMPIN BAHAGIAN TELUK KEMANG yang mahu sabotaj majlis ini ?


Balairaya untuk Majlis Bersama Muhyiddin esok

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2016 at 2:36 AM

penyumbang Dana...... dia ni TPM ker?... Dana Apa? ...Dana proxy????? jangan tak siar yer...... alau sumbangan tu boleh mahallah....kira macam sedekah..... ni DANA. maknanya sumber kewangan yang bukan peribadi... pandai kumpul duit yek..

....................
Reply To This Comment ...................
February 20, 2016 at 3:28 AM

@AnonymousIsunya di sini adalah kenapa mahu boikot program Timbalan Presiden sendiri ?

Soal dana itu .... hmm... kalau orang kampung tu tahu Najib ada bilion2, dah tentu depa pi minta ngan Najib kan, kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2016 at 4:51 AM

Tentera Najib bergentayangan.
Tidak cukup di block blog din turtle ... diterjah juga blog yang diblok dan diberi komen memperlekehkan musuh Najib iaitu Muhyiddin.
Itupun mungkin setelah usaha mereka menyekat kehadiran Muhyiddin ke program anjuran GKCM menemui jalan buntu.
Itupun setelah usaha mereka menyekat kehadiran khalayak ke program tersebut mengalami kesulitan.

Katanya pahlawan bugis berjiwa besar. Apa kebesarnya jika balaci bugis hanya bekerja menyekat musuh mereka berucap.
Atau pahlawan bugis kini goyah, goyang gugup gementar dan dalam ketakutan yang amat.

Ingatlah nya tidak dapat menutup bangkai gajah yang membusuk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2016 at 6:11 AM

Bertapa bodoh kenapa perpecahan di cintai...bosan dgn gelagat bodoh...bangsa lain terkedepan dlm segala hal...
Ingat islam bermula dgn keadaan asing dan akhir zamam juga pengamal ugama islam akan jadi pelik..islam persaudaraan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2016 at 7:30 AM

Memang patutpun kena sabotaj din. Tau sebab apa? Sebab gunakan umno sebagai penganjur. Bukan ke program tu anjuran umno bahagian teluk kemang? Aku bukan setuju program tu disabotaj, tidak sesekali bro. Pada aku, untuk program tersebut tidak.diganggu oleh pemimpin umno bahagian, gunakan entiti lain sebagai penganjur. Apa kata GKCM sendiri tampil sebagai penganjur! Kalau guna nama umno, tak manis la sebab umno kena respek kpd tuan presiden, betul tak din...hehe

....................
Reply To This Comment ...................
February 20, 2016 at 8:31 AM

Hahaha...ape lah....klu setakat Dana yg TELAH disalurkan dan dalam pengetahunan penduduk setempat utk tujuan bangunkan mesjid dan pusat tuisyen.....apa ke halnye?? Nak bandingkan dgn RM2.6bil yg tersembunyi dlm akaun Najib tu ka?? Tak cerah2 lagi pikiran segolongan manusia ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2016 at 9:08 AM

Boleh checkmate najib ni..dana utk majlis ni dtg dari 2.6 bil derma pak arab utk umno.. yg tak puas hati pegi buat report polis.. bukak kertas siasatan dgn sprm sekali.. cai2 najib dah buka pekung bagi bola tanggung

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2016 at 10:50 AM

pak din kalau nak telus mari lah telus segala nya, dana tusyen free dari siapa, nak gak tengok akaun dia, bagi kat siapa, bayar kat cikgu berapa, bayar kat penganjur berapa, lepas tu betul ke wassup tu, pi la check dengan polis mana tau fitnah, baru lah berita ni sahih. nanti orang saman dah nak kena kutip derma lak. kutip derma nak tengok gak senarai penderma nanti jadi macam tabung memali lak, kalau ade hadiah kena check gak hadiah dari siapa kena detail semua pak din baru lah ikut islam dan beriman, insyallah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2016 at 10:59 AM

Toyol belaan akan jaga tuannya mati2an kalau tuan kenyang dia pun bolih tumpang juga Dari mana datang rezeki tu belakang kita jadi dia akan langgar siapa saja yang Cuba menghalang laluan tuannya itu hatta bapak tuannya sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2016 at 2:03 PM

@Mr SaintHood

Bukan tak fikiran tak cerah atau tak cerdik... tapi dedak punya pasal tutup matalah... tembolok dah penuh pun tetap mau makan lagi... selagi tak pecah tembolok tu atau penternak tak mati selagi tu ler buta hati... org mcm ni tak kan berubah... mati tuan dia boleh cari tuan baru... selagi ada yg sanggup bagi dedak... maruah tolak tepi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2016 at 2:05 PM

Hai lucunya...... bila hati sudah gelap... aktiviti silaturrahim pun nak didengkinya...

Anon 2.36 am:
Klu TS Muhyidding kumpul dana dr orang2 yg nak beli saham akhirat, SALAH KE?

Klu TS Muhyiddin derma/sedekah (ikut awak lah nak guna istilah mana satu) kepada kegunaan sebuah surau, SALAH KE?


Anon 7.30 am :

"Majlis adalah anjuran Umno Cawangan Taman TKK dan juga Persatuan Masyarakat Agama Islam Taman Intan Duyung ( PATID )"

Tang mana pulak yg kata ia majlis anjuran BAHAGIAN UMNO? Tak pandai membaca ke?

Klu hati dah gelap....


Anon 10.50 am:

Nak tahu segala butiran, Tanya aje lah penduduk taman tu. Gerenti mereka boleh beritahu.
Ni aktiviti SURAU aje Dik... bukan masjid negeri.

Sepanjang pengalaman saya sebagai guru, klu tuisyen peringkat masyarakat Taman Perumahan ni, upah mengajar tuisyen cuma antara RM10 - RM30 sejam jer... takkan itu pun nak hebah satu Malaya Dik..

Boss adik tu... RM2600 juta pun sembunyi, malu..malu..
Takkan laa hal derma utk surau dan kos biaya program tuisyen peringkat Taman pun nak heboh... kan..kan..?

Klu hati dah gelap... macam tu laa....
Asyik nak cari jalan utk bergaduh aje...
Bawak bertenang laa adik-adik cybertrooper pro-Najib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2016 at 1:47 AM

Hahahaha betul tu anom February 20, 2016 at 2:05PM

Kalau hati sudah gelap dek 2.6 billiyun kebenaran depan mata sekalipun tetap nampak gelap hahahaha dalam perlembagaan umno tidak ada sebutir perkataan menyatakan umno itu adalah milik presiden umno so apa masalahnya untuk umno cawangan menganjurkan program kemasyarakatan kenapa mau disekat, mereka bukan nya menjemput presiden parti dap atau presiden parti kepala lembu mereka menjemput timbalan presiden umno malaysia di ulang timbalan presiden umno malaysia nak kena ulang lagi ker hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 11:32 AM

Harap2 cybertrooper najib akan dtg ke pdm kami semasa pru14 nnt utk jd tukang gantung poster bn sbb rata2 org muda tmpt saya dh meluat dgn umno

Post a Comment