........... Kepada Hasan PAC - PRN Sarawak Pun Dah Dekat Kan ......... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kepada Hasan PAC - PRN Sarawak Pun Dah Dekat Kan .........

Wednesday, February 10, 201626comments

KEMASKINI 11/2/2016 - Dari Mkini

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memutuskan sama ada perlu memanggil lebih ramai saksi berhubung urustadbir 1MDB selepas ketua audit negara membentangkan laporan audit syarikat itu.

"Selepas ketua audit negara membentangkan laporannya dan jika ada keperluan untuk itu, PAC akan mempertimbangkan untuk memanggil lebih ramai saksi, kata Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin dalam kenyataan hari ini.

                                            ****************************

Tiga hari lepas Hasan umumkan dua lagi saksi yang akan dipanggil PAC esok dan lusa ( 11 dan 12 Feb ) merupakan saksi yang terakhir sebelum PAC buat rumusan. 

Mungkin kerana mendengar suara kritikan rakyat yang mempertikaikan kenapa beberapa nama lain yang penting dalam kes 1MDB tidak dipanggil ( contohnya Najib, Jho Low, Zeti, Hazem ), semalam Hassan menjelaskan kenyataannya -

"Tetapi yang pasti, ia boleh melambatkan proses rumusan sekaligus menyebabkan hasrat saya dan PAC untuk membentangkan Laporan PAC berhubung Pengurusan Kawalan Urus Tadbir 1MDB dalam sesi Parlimen akan datang tidak akan tercapai,"

Mkini

Hmmm .... takut lambat ya ........

Sebenarnya yang TELAH melambatkan proses siasatan PAC adalah tindakan Najib tahun lepas yang seolah2 sengaja menganggu perjalanan PAC bila beliau melantik beberapa orang ahli PAC untuk dijadikan ahli kabinet, termasuk melantik Pengerusinya Nur Jazlan untuk dijadikan timbalan menteri. 

Ini secara otomatis telah berjaya menghentikan siasatan PAC yang pada waktu itu mahu memanggil Arul dan Shahrul. Najib telah melambatkan siasatan PAC lebih 3 bulan sebelum Hasan dilantik sebagai Pengerusi PAC yang baru.

( Oya, jolokan Hasan Cari Makan itu diberikan ketika sidang media pada pertengahan November lalu di mana Hasan mengumumkan PAC tidak perlu panggil Najib untuk beri keterangan. )

So ..... sebenarnya tujuan PAC menyiasat 1MDB ini untuk apa ? Bagi membentangkan berkaitan Pengurusan Kawalan Urus Tadbir 1MDB kan ?

Ya, sudah hampir setahun berlalu sejak PAC ditugaskan menyiasat 1MDB. Apa salahnya ditambah lagi beberapa bulan bagi menggantikan 3 bulan penangguhan tahun lepas ?

Yang penting di sini adalah siasatan PAC harus lengkap, setiap mereka yang berperanan penting dalam urustadbir dan perjalanan 1MDB harus dipanggil untuk diambil keterangan. Jangan buat sebarang ANDAIAN. Tugas PAC bukan untuk buat ANDAIAN seperti ini -

"Ia disebabkan segala isu ketika Mohd Hazem menjadi CEO 1MDB sudah dijawab Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin ketika prosiding pada 19 dan 20 Januari lalu.

"Saya berpandangan sebagai pengerusi 1MDB, beliau bertanggungjawab untuk mengetahui secara mendalam operasi syarikat.

"Sehubungan itu, semua maklumat dan jawapan yang diberikan Pengerusi 1MDB sudah mencukupi untuk PAC membuat rumusan berhubung dengan urus tadbir 1MDB,"

Masalah akan timbul jika siasatan tidak dilakukan secara menyeluruh. Kenapa tidak mahu belajar dari episod terbaru di mana AG dilihat sebagai tergesa2 ketika mengumumkan bahawa tidak ada kes dalam isu Najib RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC ? Padahal banyak lagi persoalan yang belum terjawab ...

Contohnya, kenapa tidak diberikan sokongan sepenuhnya kepada pihak SPRM untuk menyiasat bukti2 yang berada di luarnegara ? Kenapa AG buat ANDAIAN sendiri sebelum siasatan menyeluruh dibuat ?

Bila rakyat bising dan pertikaikan keputusan AG, mulalah menggelabah dan nak menyalahkan rakyat pula ..... padahal polemik itu boleh dielakkan jika siasatan adalah MENYELURUH. Kemukakan bukti2 yang ada bagi menyokong keputusan yang dibuat.

Mungkin rakyat akan tetap mempertikaikan keputusan tapi sekurang2nya tidak akan timbul soalan berkaitan siasatan yang tidak menyeluruh. Itu melibatkan integriti dan efisiensi pihak yang terlibat dalam menyiasat.

Sekarang rakyat sudah mula mempersoalkan kenyataan Hasan - Kenapa TERGESA-GESA nak umumkan hasil siasatan 1MDB ?

Nak kejar sidang Parlimen yang akan datang ? Apakah Parlimen tidak akan bersidang lagi selepas itu ? Kalau terlepas sidang kali ini pun, masih ada sidang lain yang akan datang 3-4 bulan lagi.

Prioriti PAC adalah memastikan siasatan yang menyeluruh bukannya mengejar sidang parlimen !

ATAU ....... 

Hasan nak kejar benda ini-


TMI

Pilihanraya Sarawak kalau bukan Mac pun, pasti dalam masa terdekat ...... Harap2 janganlah kerana faktor PRN Sarawak, kerana jika benarlah, kita semua dah boleh agak dah apakah hasil rumusan PAC di bawah Hasan Saya Pun Nak Cari Makan !


Borneopost

“Saya memberi jaminan kalau Najib didapati bersalah dalam skandal 1MDB, saya akan mempertimbangkan semula sokongan dan taat setia kepadanya tetapi selagi beliau (Najib) belum didapati bersalah sokongan itu kekal.

“Ketika ini beliau adalah pengerusi BN dan Perdana Menteri, belum dibuktikan bersalah, maka saya dan BN Negeri harus memberi sokongan dan taat setiap kepadanya,” tegas Adenan.


Bagi mengelak sebarang masalah atau persepsi negatif terhadap PAC, nasihat saya - Laksanakanlah tanggungjawab anda sepenuhnya. Jangan sengaja meninggalkan lompang yang boleh dijadikan bahan kritikan kemudian hari hanya berdasarkan andaian hari ini.

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 2:43 PM

Politik dan demokrasi ini merosakkan negara.Ahli politik adalah musuh utama negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 2:49 PM

Betul sangatlah tu, PRN Sarawak akan jadi penentu tahap sokongan rakyat kat BN juga Najib Presiden Negara CAsh is kIng empowered by 1MDB. MInta sangat pengundi Sarawak boikot Pilihanraya yang penuh dengan korupsi nie.. Masa tue baru PM Cash is kIng ini akan mengelabah sakan dan terbuka pintu hati batu dia untuk mengundur diri jadi perosak Negara Malaysia tercinta ini.. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia ada Pemimpin sebusuk ini. Hari itu dapat tepis kejap jangan si Nuar Jubury naik, malangnya terlepas pulak samdol botak nie pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
February 10, 2016 at 3:35 PM

Asyik-asyik cakap pada pandangan saya. Pandangan rakyat tak pernah nak dengar. Oya, cari makan la katakan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 4:14 PM

PAC ni patut bubar aje. Sandiwara Najib yg buang duit rakyat. What's new right? MACC and BNM recommend to take action against 1MDB but AG vetoed the decision. Katakanlah PAC kata ada kes (highly doubtful), AG agaknya akan kata ada kes ke buang/tutup kes?

Selagi Najib tak berambus, selagi tu kebenaran akan terkambus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 5:12 PM

Tahniah Din blog dah bebas ikatan

....................
Reply To This Comment ...................
February 10, 2016 at 5:26 PM

@Anonymous.my masih di sekat !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 6:11 PM

Din ..jgn berenti, jgn putus asa, jgn sesekali give up, aku tau ko pun penat.. tapi kau bawak la suara rakyat mcm aku ni..nak harapkan KJ ..hmmm..sado jer lebihh.. tapi hausss!!..

Teruskan din..yakinlah!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 6:13 PM

Hassan cari makan pasti akan dapat habuan dedak apabila mensucikan najis Najib.
Apendi dah dapat habuan menjadi ahli lembaga pengarah tabung haji, tidak bergaji tetapi elaun yang lebat.

Hassan pasti dapat cari makan dengan selesanya sesuai dengan hasratnya untuk cari makan.

Nasihat saya kepada Hassan cari makan ... makanlah dedak itu dengan berselera kerana itu yang anda inginkan. Jangan malu2 pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 6:50 PM

Betul ker apa yg Hassan cari makan ni cakap? MasyAllah,bodoh tahap gaban dah,patut la Najib lantik org mcm ni.Dari sini kita dah boleh buat rumusan keputusan PAC ni yg Najib pasti lepas punya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 7:21 PM

Harap jgn sbb nak kejar habuan dari big bos. Buat apa keluar laporan kalau kerja belum siap? Bagi alasan pulak tu.

....................
Reply To This Comment ...................
February 10, 2016 at 7:26 PM

Pada pandangan saya, PAC tak perlu panggil sesiapa lagi untuk beri keterangan. Nak buat apa lagi? Rumusan dan keputusan PAC nanti rakyat dah dapat agak. Pasti sama dengan keputusan AG.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 7:38 PM

Setuju.
Selamat dari Samdol Nuor, tapi dapat Toyol Ajib.
Something very wrong dengan demokrasi Malaysia.
Macam mana boleh dapat naikkan orang macam Bad-awi dan Ajib?
How did a sotong like Wan Azizah boleh jadi opposition leader?
Kenapa si tengkorak Kit Siang masih boleh buat dynasty dalam opposition?
Kita kena musibah diri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 8:26 PM

Buat lah siasatan penuh kalau PAC serious. Panggil saksi2 spt nama diatas juga saksi2 yg menjadi account manager bank luar. Panggil juga saksi dari AmBank. Kalau tidak, tak payah lah terus kan siasatan. Semua ni melencung ajer. Menghabis kan duit rakyat jer bayar gaji. Lapuran siasatan MACC patut di buka semula, lapuran BNM patut di buka semula. Teruskan dgn MLA bersama pihak Swiss, Singapura, Hong Kong, US. Agensi2 tersebut sila compare lapuran siasatan masing2.. dgn pihak penyiasat luar negara. Mungkin PM boleh bersih nama... mungkin yg salah broker dan fund arranger dgn anak org lain. Skrg ni org curiga sbb tak telus... hiding2....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2016 at 9:59 PM

Politik kepentingan nafsu yang mundurkan negara. Pentadbirannya terlalu mahu dari tahap cemerlang.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
February 10, 2016 at 11:33 PM

1) Salah satu sebab penubuhan UMNO ialah untuk menentang Malayan Union. Pada ketika itu orang2 Melayu bersatu-padu menentang Malayan Union. Pelbagai gerakan dilakukan semua dengan satu tujuan iaitu menentang Malayan Union.

2) Apa kata pemimpin2 yang jujur dan berani yang ada mengambil semangat penentangan orang2 melayu pada ketika itu untuk bersama2 rakyat untuk membersihkan negara ini daripada pemimpin2 yang tidak amanah ?

3) Saya berasa teramat malu dengan pandangan masyarakat luar terhadap negara kita yang mereka anggap tersangat korup dalam semua segi.

4) Buat apa kita tunggu keputusan PAC yang ditubuhkan oleh orang yang hendak disiasat sendiri ? Beliau yang melantik sendiri orang2 PAC tersebut yang hendak menyiasat diri beliau sendiri. Memang bodoh dan kelakar bunyinya tetapi inilah kenyataan keadaan di negara kita sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 11, 2016 at 2:50 AM

Memalukan!
Kalau itulah alasan yang cik Hasan ni bagi utk menjelaskan kenapa dia tak mahu panggil saksi-saksi penting yang lain... memang menghabiskan duit dan masa aje laa PAC ni..1

Bayangkan dalam mahkamah ketika perbicaraan kes jenayah, si hakim cakap kepada si peguambela supaya toksah panggil saksi lain laa, yg ada ni dah cukup sebab si hakim dah book tiket nak pi bercuti dua hari lg. Sedangkan si peguambela masih ada 10 orang lagi saksi penting. Tak ke naya si tertuduh! Bagi si hakim, dalam kepala dia OKT tu dah sah bersalah. Toksah nak panjang2 masa lagi.

Adusss.... rosak.. rosak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 11, 2016 at 3:38 AM

Rekod hasan semasa menjadi adun boleh dikira cemerlang di mata rakyat banyak terlibat dalam membangunkan industri dan prasarana ekonomi negeri pahang terlibat langsung dalam pembangunan industri gebeng pembinaan lpt pembesaran pelabuhan kuantan.

Namun sayang semua rekod cemerlang itu hancur lebur punah ranah sebaik jadi mp dan dilantik sebagai pengerusi pac rekod kecemerlangan hasan terhapus malah imej dan nama hasan tercemar menjadi busuk lebih busuk dari telor tembelang semua nya gara gara mau menjadi pembela najib habis malu semua anak beranak pada hasan nak cari makan.

Apabila hasan sudah terang terangan mengaku kerana nak cari makan maka seluruh rakyat malaysia sudah tau akan hasil keputusan pac dalam siasatan 1mdb adalah 100% berunsur nak cari makan jadi tak perlulah hasan susah payah nak panggil sidang media umum hasil siasatan 1mdb rakyat sudah tau hasan nak cari makan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 11, 2016 at 5:10 AM

How many members are in PAC? Why is that only tony voice out loudly? Or is it that the press only cover Tony? Xkan ahli PAC yg lain setuju je dgn Hasan? Sejak jibby tkr ahli PAC 50% hilang kepercayaan lanie 100% xcaya. Kite tunggu n lihat final outcome

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 11, 2016 at 7:22 AM

Berapa suap nasi lagi sebelum diorang pasti bertemu liang lahad?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 11, 2016 at 9:56 AM

Kartun betul lah hasan sampai bagitau akan umum keputusan siasatan 1mdb rakyat lebih cerdik & sudah tau sampai masanya hasan akan bagitau najib dan 1mdb bersih secuci salju sebab bagi sesiapa saja di dunia ini yang kerjanya cari makan dengan boss tidak akan sesekali mendedahkan kesalahan dan kejahatan boss tidak pernah berlaku perkara seperti itu tak perlulah hasan jadi semakin bodoh kerana berfikiran rakyat boleh dibodohkan kalau dah cari makan dengan boss kenalah pertahankan boss secara mati matian tahniah lah hasan walaupun usia semakin tua masih juga sanggup share dosa2 kejahatan boss bukan senang nak cari orang yang ada keberanian sanggup menanggung dosa boss macam hasan cari makan ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 11, 2016 at 10:58 AM

@AnonymousJgn boikot PRN.Pilih BN Sarawak.Jgn jatuh ke tangan DAP.DAP menyusahkan bumiputera.Ingat agenda DAP: nak krangkan kakitangan di semua jabatan.(Ingat: majoriti kakitangan kerajaan adalah bumiputera.Jgn mengigit jari sebab memberi kepercayaan kpd dongeng DAP.)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 11, 2016 at 5:42 PM

Tak sangka pemakan dedak pun berusaha masuk ke dalam blog yang telah di blok ...

Din ... kiranya penulisan engkau ning memang hebat sehingga pemberi dedak dan pemakan dedak gundah gulana ...

Tahniah ... teruskan perjuangan sehingga najib tersungkur dan umno kembali gah ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 11, 2016 at 7:12 PM

Salam bro Din. Rakyat jelata dah meluat, benci dan marah pd Najib dan konco2nya. Tolong lah bgtau mcmana kami rakyat biasa boleh bertindak untuk buat Najib letak jawatan atau dipecat. Rakyat dah tak sanggup nak tunggu PRU akn dtg. Najib dan konco2 bermewah2an tp rakyat hidup tertekan dgn kos sara hidup yg sgt tinggi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 12:04 AM

Reformasi la apa lg..hee
Reformasi brsar-besaran xkira tua, muda, warna kulit, bangsa, agama, laki2, wanita,
Divide by hate,,
Unite by truth.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 12:34 AM

Sekurang2nye DAP Xdela menyusahkan hidup aku. Aku boleh maafkan musuh tp bkn pengkhinat. Kwn aku keje dgn krjaan png xde plak diberhentikan kerja. aku mula rasa Agenda bumiputera yg dongeng.. Macam the american dream

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2016 at 3:20 PM

Di harap pemberontak dlm umno yg benci Najib dpt mula kan gerakan reformasi. Kami rakyat biasa perlu kan pemimpin yg blh yg menjayakan misi ini. Najib dan konco2 nya mesti di tendang keluar sebelum Malaysia jahanam di buatnya. Selamatkan lah Malaysia sblm Allah jatuh kan bala.

Post a Comment