........... Kepada Bos LHDN - Bagaimana Kalau RM2.6 Bilion Itu Satu Pelaburan ? Kena Cukai Tak ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kepada Bos LHDN - Bagaimana Kalau RM2.6 Bilion Itu Satu Pelaburan ? Kena Cukai Tak ?

Thursday, February 18, 201610comments

Mkini

Semalam ramai yang komen bila bos LHDN kata dana RM2.6 bilion Najib tidak dikenakan cukai kerana statusnya sebagai sumbangan politik tidak tertakluk kepada cukai pendapatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak tertakluk untuk membayar cukai pendapatan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya dari seorang putera Saudi.

Ini adalah mengikut Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam (LHDDN), Tan Sri Mohd Shukor Mahfar ketika ditanya sama ada sumbangan politik boleh dicukai merujuk kepada dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.

Katanya, jika pendapatan tidak tertakluk kepada (cukai ) pendapatan, maka pihaknya tidak boleh mengenakan cukai dan derma politik tidak tertakluk kepada cukai.

Omputehnya -

“To me, if the income is subjected to tax, (then we can tax); if income not subjected to income tax, then we cannot tax,” Inland Revenue Board (IRB) chief executive officer Mohd Shukor Mahfar said when asked about political donations.


Jangan kita serang KP LHDN pula sebab beliau hanya berikan jawapan mengikut SOP. Ia jawapan secara umum kepada soalan yang diberikan.

Jika dana RM2.6 bilion itu adalah sumbangan politik maka ia tidak dikenakan cukai. Ok ? Standard lah tu . Kita pun akurlah kalau bos LHDN dah kata begitu. Rasanya semua bentuk derma bukan saja derma politik tidak dikenakan cukai.

TAPI bagaimana kalau dana itu BUKAN sumbangan politik atau bukan derma ? Haaa... soalan yang ini kenapa wartawan tak tanya ? Bagaimana kalau ianya satu bentuk Pelaburan sebagaimana pandangan Menteri Luar Arab Saudi ?

Sudah hampir 4 minggu berlalu sejak keputusan AG membebaskan Najib dari sebarang salahlaku isu RM2.6 bilion. Sejak itu rakyat masih tidak puashati dan persoalan2 yang masih tergantung dalam isu RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC menjadi bualan hangat. 

Tapi ada AG layan ? Ada Najib layan ? Apakah bagi Najib, pandangan rakyat tidak penting ? 

APA BUKTINYA YANG DANA ITU SATU BENTUK DERMA ATAU SUMBANGAN POLITIK ?

Saya cabar pro Najib untuk buat satu bancian bagi mendapatkan peratusan berapa ramai yang terima keputusan AG itu !

Amat menghairankan juga bilamana kerajaan dan keluarga diraja Arab Saudi juga sepi dalam hal ini. Mustahil mereka tidak tahu apa yang berlaku. Mustahil mereka tidak tahu isu ini sudah menjadi satu perbualan hangat diperingkat antarabangsa dan nama/imej keluarga diraja Arab Saudi juga sudah terpalit dengan skandal ini.

SiPenderma itu pula ..... jika niat asalnya murni, konon tidak mahu dikenali tapi keadaan sekarang menuntut beliau tampil bagi menjernihkan suasana. Tindakan memberi derma kepada Najib dulu sudah membawa lebih besar kesan negatif daripada positif !

Lagi pun, jumlah derma bukan lagi US$681 juta kerana menurut AG, US$620 juta sudah dikembalikan. Jadi derma sang putera Arab Saudi adalah USD$61 juta. 

Penampilan beliau selaku siPenderma yang budiman itu akan menjernihkan keadaan dan mengembalikan maruah rakyat Malaysia yang tercemar teruk dek keengganan si Penerima derma untuk membuat penjelasan dan suka berdalih. Lebih teruk lagi bila orang2 suruhan Najib pula asyik menukar2 cerita mengenai dana itu sehingga orang pun sudah tidak mahu percaya lagi alasan yang mereka berikan.

Jadi di sini kita harap siPenderma atau keluarga diraja atau kerajaan Arab Saudi dapat memberi kerjasama untuk beri penjelasan seterusnya membantu membersihkan nama negara kita dari aib yang dipalitkan oleh Najib. Tidak mustahil, tindakan itu juga bakal menyelamatkan maruah Najib .... 

Setakat ini, kenyataan paling resmi adalah dari Menteri Luar Arab Saudi yang menyatakan dana itu kemungkinan besar adalah satu bentuk pelaburan.

So ..... kepada bos LHDN, kalau ianya satu pelaburan, apakah dikenakan cukai ?

Bagaimana pula dengan tindakan Najib yang MENYOROK perkara itu selama lebih dua tahun ?


Bagaimana pula dengan dana RM42 juta yang Najib sendiri tidak tahu apakah datang dari SRC atau dari sumber mana dan pihak AG juga tidak nyatakan apakah derma juga atau status lain ? Apakah pihak LHDN tidak mahu tahu status dana itu ?

Bagaimana dengan RM juta2 yang ada dalam akaun Rosmah ? Apakah statusnya boleh dikenakan cukai ?

Apakah LHDN ada siasat bagaimana keluarga Najib Rosmah boleh hidup dengan begitu mewah melangkaui pendapatan Najib ? Senang citer, Najib ada bayar cukai tak ?

Diharap bos LHDN dapat berikan pencerahan persoalan2 di atas.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2016 at 1:40 AM

Menteri luar arab saudi menyatakan 2.6 billiyun adalah duit pelaburan bukan duit derma maka menjadi satu kewajiban kepada lhdn menyiasat status duit tersebut bukan mengandaikan ianya adalah duit derma semata mata berpandukan kepada dakwaan tuan punya akaun peribadi sekiranya lhdn mengambil pendekatan menerima bulat2 alasan pemilik akaun peribadi tersebut makanya lhdn wajib melepaskan ratusan ribu mungkin juta pemilik akaun rakyat malaysia dari dikenakan sebarang cukai kerana mereka juga mempunyai alasan mereka sendiri.

Apabila 2.6 billiyun diakui masuk dalam akaun peribadi najib gegak gumpita langit dan bumi hingga seluruh rakyat turut gelak ketawa kerana dikatakan ianya adalah duit derma belum lagi reda rakyat ketawa di kabarkan pula baki duit 2.03 billiyun dipulangan semula kepada penderma berguling lintang pukang ayam itik kerbau lembu kambing pun turut sama kerana tak tertahan joke of the year, satu soalan kepada lhdn 'kamu ada buat kerja ker atau kamu sekadar makan gaji buta'?



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2016 at 2:02 AM

Sedih.....sedih....

No one cares...

Semalam bila tengok penjelasan Bekas Hakim ttg kenapa "No AG in Malaysia will want to charge PM even if there is a case against him..", rasa sedih dan sebak hati ini. Jawapan Hakim tu menjelaskan juga bahawa jika dia berada dalam AG's shoes, he would do the same.

Makna kata, prinsip asasnya ialah: jaga periuk nasi dahulu. Soal kepentingan Negara, tolak ke tepi.

Masa Tanah Melayu dijajah Inggeris, kemudian Jepun, kemudian Inggeris semula, arwah moyang saya telah buat keputusan untuk ikut perjuangan Mat Kilau menentang Inggeris. Nenek saya masih bayi ketika itu. Isterinya iaitu ibu nenek saya juga masih muda. Tapi dia nekad. Demi membebaskan tanahair, dia tinggalkan isterinya dengan dua anak kecil dan masuk hutan, berjuang dengan pahlawan2 yg lain.

Nenek saya dan abangnya membesar tanpa ayah. Ibu mereka terpaksa bekerja utk menyara hidup mereka 3 beranak.

Itu harga yg perlu dibayar utk satu perjuangan membebaskan Negara.

Pasti, jika moyang saya masih hidup, dia pasti sedih kerana generasi sekarang yg hidup senang-lenang hasil pengorbanan dia dan rakan-rakan, tidak sanggup dipecat kerja demi menyelamatkan Negara daripada pemimpin-pemimpin korup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anak Bukit Jelutung
February 18, 2016 at 8:49 AM

Berbaik sangka.

DSN mungkin telah bayar zakat.

HIDUP MELAYU.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2016 at 9:52 AM

Ketua Pengarah LHDN memberikan kenyataan tidak berpandukan SOP sebaliknya kenyataan beliau dibuat mengikut arahan pihak yang lebih tinggi sekiranya Ketua Pengarah LHDN mengikut terma SOP beliau sekurang2nya akan menyatakan akan membuat semakan atau telah membuat semakan serta menunggu butiran lanjut dari pihak Bank Negara berkenaan dengan status duit tersebut samada dikenakan sebarang cukai atau ada pelepasan cukai.

Kenyatan secara terus Ketua Pengarah LHDN akan ketidakperluan dikenakan sebarang cukai keatas satu isu besar yang belum pernah dihadapi oleh negara maupun oleh jabatan LHDN sendiri bahawasanya kenyataan Ketua Pengarah LHDN jelas sekali dibuat kerana mengikut arahan pihak atasan.

Betapa ramainya sang 'Pengecut' dan sang 'Pensubahat' yang lebih mengutamakan tembolok mereka sehingga sanggup mengenepikan amanah rakyat dan negara dosa kepada Allah boleh diampunkan tetapi 'ingat' dosa kepada setiap batang tubuh dari sekelian rakyat tidak akan diampunkan selagi rakyat tidak maafkan kamu tanggunglah kamu nantinya, Allah Hu A'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2016 at 10:02 AM

...Ha ha..ha..apa yg terjadi sekarang, talibarut2 Najib semua memberikan 'tertimoni2'....pembohongan di atas penipuan di atas pembohongan..
Bak kata Zahid Hamidi... ' Najib mempunyai KESABARAN yg tinggi'...cewahhh...
Seperti pernah saya komen sebelum ni berkenaan sifat 'babi'... sanggup makan najis sendiri utk hidup...itu lah ibaratnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2016 at 10:27 AM

Berattt nang nangg doh LHDN nihh...org yg sudah tak kerja(berhenti) masih hantar Surat supaya bayar cukai,kalau tak bayar kena denda..tak kan lah dia tak tau org dah berhenti kerja..kalau PCB tu tak ada,maknanya dah tak berkerja lahh...
Tapi yg kes RM2.6B + RM42J dlm akaun PERIBADI, satu DUNIA dah tahu tapi boleh pulak buat DEKKKKK jer...
Maybe LHDN dah bermaksud yg lain dah skg nihh??? Lembaga Hasil Dato Najib kot skg nihhhh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2016 at 3:12 PM

Korang fikir depa tu hebat sangat ke? Buat surat pun asyik salah je. Lagipun..Depa mana ada telur. Dengan rakyat marhain boleh la tunjuk hebat....tapi dengan jerung..siap subahat pulak? Pergh

Itu isu surirumah ada duit juta2 dlm akaun peribadi tu....derma jugak ke? Apsal tak siasat? Nampak sangat macam xbayar cukay tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2016 at 3:14 PM

Dengan jerung..tutup mata telinga dan mulut.

Dengan rakyat biasa..baru berani keluar taring.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2016 at 3:16 PM

Kononnya derma utk umno..jika dah byr zakat pun..SEBAB APA TAKDE DALAM AKAUN UMNO?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 5:27 PM

Bos LHDN mungkin juga dari spesis pemakanan dedak...

Post a Comment