........... Jika Rakyat Sudah Tidak Suka Najib Sebagai PM, Jangan Undi BN Masa PRU14.... Najib Ada Berani Sebut ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jika Rakyat Sudah Tidak Suka Najib Sebagai PM, Jangan Undi BN Masa PRU14.... Najib Ada Berani Sebut ?

Saturday, February 27, 201615comments

Mkini

"Kita bukan kerajaan kuku besi dan mengamalkan 'dictatorship'.

Tu dia .... Najib jawab kritikan dari rakyat yang sejak akhir2 ini ramai yang mula menuduh Najib mengamalkan cara diktator, termasuk Tun Mahathir yang kata Malaysia menuju ke arah negara Korea Utara dan juga dari Muhyiddin yang kata - "Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baru," ( Mkini )


Kemungkinan besar Rakyat akan sambung kenyataan Najib dengan - asal jangan kritik Najib !


Terbukti, sesiapa saja yang kritik Najib atau apasaja yang berkaitan dengan Najib akan dikenakan tindakan. Sebab itu Malaysia dikata mengamalkan sistem Demokrasi Berpilih ! 

Kemudian Najib jelaskan lagi maksud demokrasinya -

“Kita adalah kerajaan yang menyanjung tinggi prinsip demokrasi berparlimen di mana setiap lima tahun kita akan kembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang dikehendaki,"

Itu kita semua akui dan bersyukur kerana hak untuk memilih kerajaan adalah di tangan rakyat berasaskan sistem siapa yang memiliki kerusi Parlimen paling banyak. 

No problem there. TAPI .... yang dibangkitkan rakyat bukan persoalan mengenai menukar kerajaan tapi mengenai menukar Perdana Menteri !

SO .... sesiapa boleh tolong jawab, bagaimana rakyat mahu menukar seorang PM yang dilihat tidak lagi layak untuk terus menerajui kerajaan ?

Apakah Najib dan kepimpinan Umno BERANI untuk katakan kepada rakyat bahawa - Jika rakyat sudah tidak suka lagi Najib sebagai PM, maka jangan undi BN ! ?  Ada berani ?

Sebab persoalan bagaimana mahu menukar PM itu tidak pernah mahu dijawab oleh sesiapa pun. Asal kita tanya je soalan itu, Najib dan macai2nya akan alih isu kepada menukar kerajaan. 

Sekali lagi saya ulang - Rakyat mahu tahu bagaimana hendak tukar seorang PM, bukannya menukar kerajaan. Boleh sesiapa tolong jelaskan ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 6:05 PM

I love PM ... i love PM, my arse ! Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 6:18 PM

Sedih dengar kenyataan Dato Pa di TV tadi. Rasa tak percaya.

Sebagai rakyat Kelantan, kami kenal Tok Pa sebagai antara segelintir pemimpin Umno yg jujur, berintegriti dan cool (sehinggalah beliau tendang kerusi publicly semasa tewas dlm PRU 2001... hahahaa.. terkejut kami!)

Anyway, hari ni Tok Pa dengan wajah yg sukar dibaca, berkata TSMY must go sbb "mana boleh Umno mempunyai dua pemimpin yg sehaluan..."

Hello To Pa! Ini bukan soal tak sehaluan, Ini soal, sorang pemimpin ada skandal, satu dunia duk siasat dan sorang lagi duk nasihat!

Kalau To Pa buang sampah merata-rata dan isteri Dato tegur, suruh buang sampah tu elok-elok dalam tong sampah, adakah Dato akan ceraikan isteri Dato? Adakah menegur satu kesalahan yg nyata itu wajar dianggap sebagai "tak sehaluan" ?

Adusss.... kalau macam tu, banyak lagi penceraian yg boleh berlaku.

Kenapa ni To Pa ooii.... apa dah jadi dengan anak Kelantan pertama dapat ijazah kelas pertama dari Monash University nih?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 7:42 PM

Ooo...kalau org suruh dia letak jawatan pandai pula dia cakap tunggu Lima tahun kembalikan pada rakyat masa dia pecat tsmy dan suruh mukhriz letak jawatan dia tak tunggu Lima tahun rakyat bantah pun dia boleh buat muka seposen.jangan terlalu banyak kumpul dosa nanti tak terpikul pula

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 8:08 PM

Kebanyakan rakyat masih mahu BN memerintah tetapi tidak mahu lagi Najib sebagai PM. ITU pun Susah nak faham ke!...tak kan tunggu rakyat tolak BN terus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 8:27 PM

salam, kita kena ingat kembali sejarah bn menang pru13. masa tu kalu undi najib undi bn. kalu suka najib undi bn, kalu minat najib undi bn, kalu mahu apa yang najib buat undi bn. undi najib untuk bn. bukan lagi undi bn untuk kerajaan yang lebih baik. tapi bila undi bn bermakna menyokong najib. itu seperti apa yang akj tulis la. tu pasal dia cakap untuk orang lain bukan untuk orang yang bercakap. terima wang perlu telus dan dimaklumkan untuk elak rasuah. lastnya dia terima duit masuk akaun peribadi, tapi bukan rasuah walaupun secara senyap. memang dah malas nak ulas dan baca hal politik. nak tunggu masa mengundi ajer untuk lepaskan marah. harap pada tahun 2018 akan kembali artikel yang tak berjawab untuk lihat bagaimanakah ahli mt umno nak jawab dan kbu menjawab. najib memang tak jawab dah. harap dapatkan semua fakta dan dikumpulkan, maka ledakkan pada awal tahun 2018. mau tercirit cai nak jawab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 8:33 PM

Analogy yang cukup baik 6:18

Sedangkan orang berkopiah boleh dialih kan kiblat bila wang dijadikan taruhan.....apa nak heran graduan Monash.

UMNO is a CHRONIC case and going downhill! Problem is, the lap-dogs does not realise is the speed they're going downhill is way faster than normal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 8:53 PM

Apabila umno tewas pada PRU akan datang, Najib beserta punahsihat2 dan pencacainya bakal dihadapkan ke mahkamah, itu yang PASTI!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 9:24 PM

Sebenarnya ramai dari pemakan dedak sudah pun merasakan BN akan kalah pada pru14 namun mereka lebih awal mengambil sikap bila kalah pru14 mereka akan meletakkan kesalahan pada orang lain yakni akan menyalahkan Tun serta pengikut2nya sikap paling haprak apabila menang tak mau akui kemenangan bersama tapi apabila mula rasa nak kalah nak salahkan orang lain pula sedangkan najib adalah punca penyebab utama tak mau diambil kira.

Pru14 selagi najib menjadi PM dan Presiden UMNO aku bersama seluruh keluarga akan tetap kekalkan rekod kami yang tidak pernah sekali undi pembangkang cuma kali ini kami juga tidak akan undi UMNO/BN kami nekad dengan undi protes secuitpun kami tidak akan merasa sesal kami redha bagi kami kali ini biar rakyat seperti kami pula mengambil giliran bangkit mengajar kerakusan pemimpin2 UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 9:25 PM

TSMY...Insyaallah,doa kamu dn ahli umno lain yg dianiaya oleh mereka yg sombong dn angkuh kerana sygkn jawatan akan sampai kpd Allah tanpa hijab.
Kepada mereka yg telah berlaku zalim, balasan Allah akan sampai tidak lama lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 10:38 PM

Kan Tun M ada kata yg masa PRU13 Najib kata rakyat tak suka BN, rakyat suka dia. Rasanya masa PRU14 ada berani ke Najib perasan rakyat suka dia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 10:43 PM

Kempen UMNO sudah hilang seri dan tiada sambutan. Nantikan kempen PRU 14 akan datang pasti kem UMNO sepi dari respon pengundi.
Masa tu calon bertanding tak dibenarkan berucap isu-isu..konon sensitif.
Tapi masa tu ramai yang tidak berpuas hati akan puas memilih untuk menghukum.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2016 at 10:56 PM

Tok Pa yg menyedihkan. Saya dah hilang rasa kagum pada anak kelate ni.

Wassalam
Org kelate jugok

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 12:57 AM

Ah Jib Gor! kalau mu bukan diktator maka jangan bermaharajalela buat syiok sendiri pada pentadbiran kewangan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 4:34 AM

pong pang pong pang...pru nt jibby uloq 3ratuih hampa lentok..pangkah gak bn yg makin menanah dek sebabkan jibby sorg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 7:00 AM

The fall out of muhyiddin yassin when cross referencing with azalina othman's veiled threats on Gani and the others.

There were 3 different individuals and or groups who had briefed TSMY about a crime committed by najib namely Gani (AG office), Zeti (Gov BNM) and the MACC.

a) are the defenders of najib galaxy (NG) disputing and or insulting the intelligence of these personalities?

b) is azalina talking out of guilty feeling as she had the opportunity of having privy to these information prior to suspension of TSMY?

c) was there an issue of TSMY conspiring with others to topple an elected government and its leader?

As an individual, a malay and a muslim, a voter and a tax payer,
a malaysian who uphold the Rukun Negara, it is beyond reasonable doubts that NAJIB IS A CRIMINAL. APANDI IS AN ABETTOR viz 1MDB cover up, RM2.6 bil and Rm42 mil corrupt money. All reasons and explanations given by Apandi when clearing najib defy the logic and a glaring insult to my intelligence and those other malaysians who are voters and taxpayers.

Dear Malaysians, as citizens of once a beautiful country of ours, we can never depend on the authorities to uphold law and order based on Rukun Negara principles. We had no choice but to wait for the 5 or 6 investigating countries to nab najib for his criminal acts. It is up to us to determine those who have abetted with najib to bring them to the ciurt if justice once the dusts have settled.

In the meantime, just ignore zahid, hishamuddin, nazri, salleh, rahman, mahadzir, azalina and other minions. We will see who has the last laugh.

Wallahuaklam.

Post a Comment