........... Isu WSJ Tolak Keputusan AG @ Salleh Keruak - Kenapa Kita Tak Percaya AG dan Najib ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu WSJ Tolak Keputusan AG @ Salleh Keruak - Kenapa Kita Tak Percaya AG dan Najib ?

Friday, February 19, 201612comments

FMT

Heboh jugalah rakyat Malaysia bila baca kenyataan dari WSJ semalam yang tetap mengaitkan RM2.6 bilion Najib itu dengan 1MDB. Reaksi itu seharusnya membuka mata kerajaan bahawa rakyat sebenarnya masih skeptikal atau tidak dapat menerima sepenuhnya keputusan AG.

Berita itu mendapat reaksi segera dari Menteri SKMM Salleh Keruak, dari FMT -

“Kenapa kita tak percaya institusi Peguam Negara dan SPRM yang bebas jalankan siasatan sejak dulu lagi. Sedang institusi inilah yang banyak membantu kita dalam penyiasatan.

“Jika kita tak percaya institusi ini bermakna kita telah memperlekeh negara. Kita tidak boleh menghina institusi PM (Perdana Menteri),”

Bukan soal percaya atau tidak, tapi menjadi tanggungjawab institusi PM mengambil pendekatan yang telus dan penuh integriti dalam menjalankan tugas, tidak mengambil mudah atau memperlekehkan tahap pemikiran rakyat. Seperti yang kita sering katakan, jika AG berikan bukti2 bagi menyokong keputusannya dan menjawab secara tuntas segala persoalan yang ditimbulkan, rakyat tidak punya masalah untuk terima dan percaya.

Apakah AG buat begitu ?

Kita tidaklah mengharapkan penjelasan yang menyeluruh itu merangkumi semua kes, tapi memandangkan kes Najib itu menjadi perhatian dunia dan membabitkan integriti seorang PM, sewajarnya lebih perhatian diberikan dalam membentangkan hujah oleh AG.


“Mereka buat tuduhan yang melulu. Kenapa mereka nak campur aduk dalam urusan pentadbiran negara? Sudah tentu mereka ada agenda. Sedangkan tuduhan-tuduhan yang dibuat itu telah dibuktikan oleh Peguam Negara dan SPRM.

.... telah dibuktikan oleh AG dan SPRM ? Bila masanya AG membuktikan kes Najib itu ? Kalau ada, mungkin kita terlepas pandang, maka sayugia AG adakan satu PC dan jelaskan sekali lagi dan kali ini, biarlah PC itu dibuka untuk soalan2 dari wartawan dan rakyat. 

... telah dibuktikan ... jadi tidak timbullah sebarang masalah untuk menjawab pertanyaan2 yang masih bermain difikiran rakyat, kan ?

Dan kenapa Salleh kaitkan pula nama SPRM sebagai sekapal dengan AG ?  Benarkah siasatan SPRM membebaskan Najib dari sebarang salah laku ?

“Najib merupakan satu-satunya pemimpin yang sanggup menyerah diri untuk proses penyiasatan kepada SPRM dan Peguam Negara.

Ya, SELEPAS Peguam Negara itu ditukarkan dan SPRM diganggu ! 

Tak lupa, Najib juga merupakan satu2nya pemimpin yang sanggup LARI dari bersemuka dan berdepan dengan rakyat dan wakil2 dunia dalam isu menentang rasuah sepertimana yang dapat kita lihat semasa majlis Nothing To Hide dan Persidangan IACC tahun lepas.

“Perlu diingatkan Najib telah bersih daripada tuduhan yang dilontarkan oleh pihak luar seperti WSJ,” tegasnya.

Dari segi undang2 yang di bawah kawalan AG mungkin Najib telah bersih tapi apakah Najib telah bersih pada mata rakyat ? Rakyat memerhati tindaktanduk Najib dalam menangani apa yang dikatakan sebagai fitnah itu .... apakah mendiamkan diri saja atau menyuruh orang lain untuk pertahankan dirinya atau tampil berdepan atas prinsip Berani Kerana Benar ?

Ramai yang menggesa Najib bertindak menyaman WSJ demi menyelamatkan MARUAH dirinya yang tercemar teruk bukan saja dikalangan rakyat Malayisa tapi di seluruh dunia. Kita tidak nampak Najib berani untuk menyaman WSJ. Pelbagai alasan diberikan ....


So.... apakata Najib CABAR WSJ untuk membuktikan dakwaan mereka ! ?


Tapi janganlah cabar kosong saja. Semua orang boleh buat begitu, lepas satu2 pihak dicabar tapi bila kantoi, langsung tidak ada kesan. 

Apakata Najib CABAR WSJ untuk buktikan dakwaan mereka, jika WSJ terbukti benar maka Najib akan letak jawatan PM sebab ia bakal menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang PM dan merosakkan nama negara. Jika WSJ pula gagal, WSJ kena buat permohonan maaf secara terbuka di muka depan dan team editor WSJ yang diketuai oleh Ken Brown pula harus meletak jawatan !



PS - Oya, apakah SPRM telah diberikan ruang untuk menjalankan siasatan SEPENUHNYA baik di dalam dan di luar negara ? 

Bagaimana kalau "bukti" WSJ itu datangnya dari luarnegara yang mana SPRM tidak dapat siasat ?

PS2 - Anda boleh tonton video dakwaan dari Ken Brown WSJ itu di SINI

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 6:39 PM

Nak buat macam mana... menteri2 pon macam tin kosong yang penuh dengan karat.... kalau tin kosong biasa tu boleh juga recycle... ada juga nilai... ni kalau dah seluruhnya berkarat... satu sen pon tak guna... senang cakap menteri2 ni satu sen pun tak guna di mata rakyat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 6:50 PM

Era Tun Dr Mahathir - ramai tokoh yang disegani dunia
Tun Daim Zainuddin
Tan Sri Rafidah binti Aziz
Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Semua kelahiran Malaysia

Era Najib Razak - ramai pelawak jadi menteri

Ahmad Maslan - hold 3 jobs
Salleh Keruak - netizens should practise self-censorship
Hamzah Zainuddin - cook in office, pack lunch
Abdul Rahman Dahlan - told Malaysians to move back to their kampungs
Zahid Hamidi - youths reject 3D jobs

Jho Low, Paul Stadlen - party animals

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 6:51 PM

dulu bila laporan dari luar negara, sama ada wsj ke, nyt ke atau apa2pun yang datang dari luar negara akan ditolak. rakyat dimomokkan bahawa media luar cuma berusaha untuk merosakkan sistem dalam negara kita. kini bila mahathir percaya kepada media luar seperti wsj, rakyat pulak dipaksa untuk percaya media2 tersebut berlaku jujur. adakah media, badan penyiasat dan seumpamanya masih lemah, lembab, tiada integriti untuk menyiasat apa2 berkaitan dana 2.6 bilion dan 1mdb? kenapa mesti bergantung kepada media luar untuk kita percaya? kalaupun mereka jujur dalam laporan dan dakwaan, adakah mereka 100% tiada agenda lain kepada negara kita? mahathir boleh jamin ke?

....................
Reply To This Comment ...................
February 19, 2016 at 7:14 PM

Salleh...ko berani ko samanlah WSJ..apa bising-bising. Nak tunggu Najib saman...selasa tak kunjung tiba...

Dasar pemakan dedak...cakap tak guna akal. WSJ kata ada bukti...ko cakap apa bukti?...Rakyat tak akan dapat terima apa jua alasan yang AG,Najib sama juga ko beri...KENAPA?...sebab korang semua mengarut..cerita tak ada konsistensi...Segala perbuatan Najib dalam isu ini langsung tak dapat diterima oleh akal...dan caranya menutup perbuatannya itu begitu menjijikkan...termasuk juga menteri-menteri ternakannya...korang semua telah mencabuli kepercayaan rayat yang mengundi korang...korang semua begitu hina dimata kami...maruah, integriti tiada lagi disanubari korang.

Tahniah!!!! kamulah peniup seruling yang membawa Najib dan sekongkolnya terjun ke sungai....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 7:15 PM

Rakyat nak tengok Kerajaan Malaysia SAMAN WSJ secepat mungkin...
Jangan dok bg pencerahan kat Rakyat lg lahhh...
Rakyat dah tak tahu nak percaya kat SIAPA dah skg nih...
Yg penting skg ni, SAMAN dulu..
Kalau tak Berani SAMAN, Nampak lah SIAPA yg SALAH....

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
February 19, 2016 at 7:22 PM

Saman je la WSJ ni. Nak tunggu hari Selasa yang ke seratus ke baru nak saman? Kalau betul di pihak yang benar, kenapa sampai sekarang belum saman WSJ ni? Kalau betul di pihak yang benar, kenapa banyak persoalan yang masih belum ada pencerahan? Kalau betul di pihak yang benar, kenapa banyak sangat campur tangan dalam siasatan oleh pihak2 berwajib?(cth: tukar AG, lantik org2 PAC masuk kabinet, tolak surat Bank Negara, siasat pegawai2 SPRM, etc). Kalau betul di pihak yang benar, kenapa rakyat always feel that you got SOMETHING TO HIDE???

Bentangkan segala2nya di parlimen la kalau betul2 telus. Bagi details secara kronologi supaya rakyat betul2 faham keadaan sebenar. Ini semuanya harapkan orang2 bawah backup. Pastu mana2 yang bertanya dicantas camtu je, buat rakyat lagi marah. Demokrasi entah ke mana, rule of law entah ke mana.

JUST SHOW US THAT YOU HAVE NOTHING TO HIDE!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 7:49 PM

Saya orang sabah. Orang sabah mana ada respek sama salleh bah. Beliau memang tong kosong....kuat bodek punya orang

....................
Reply To This Comment ...................
February 19, 2016 at 7:58 PM

Aku lebih percaya WSJ dari ag dgn najib .dan semua menteri penyamun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2016 at 9:26 PM

MACC requested for MLA - Mutual Legal Assistance from AG but he swiftly dumped it by saying there is no need for such? Yet the Swiss reminded Apandi on the mutual agreement upon their meeting between the Swiss and Malaysian AGs.

Perhaps Apandi constipated real bad thinking why has he been so stupid to even made this move to :

1) Accepted the AG appointment
2) Created deliberate-cover for the Chief-Pirate

Now that he realised he's in a deep shit as deep as the No. 1 Pirate is! Having second thought, is it all worth the while?

Remember Ken Brown did mentioned that he still got some aces under his sleeve!

Did I hear some ground movement in UMNO?

....................
Reply To This Comment ...................
February 20, 2016 at 12:03 AM

Bukan masaalah percaya atau tidak percaya. Bila cakap Najib tidak salah buktikanlah APA nak takut. Cakap sapa yg Derma, macam mana dia boleh Derma. Kenapa masuk akaun Najib, sedangkan akaun UMNO ada. Tolong tunjuk bukti yg lengkap baru kami percaya Najib.
Jika Derma RM260.00 tak kisah sangat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2016 at 8:28 AM

Anon 6:51ni kalau nak spin kat orang kurang cerdik pemakan dedak boleh la.Dulu mana ada media asing tuduh perdana menteri kita songlap duit siap dgn bukti?Tuduhan sangat berat dan saman jer la kaw2 WSJ tu.Kalau tak,persepsi buruk mcm ni tak akan selesai kecuali dia undur diri. Bukan susah pun pilihan UMNO dan kerajaan,bukan nak menipu hari2 mcm budak2 tak cukup umur. Dah mmg dasar penakut mcm ni la,dapat pulak punahsihat mcm penyamun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2016 at 2:16 PM

Din..sy dh xbleh access lgsung this website via smartphone (android).. .com /.my /.fr... ade alternative link lain ke? klu guna pc still can access.

Post a Comment