........... Isu Derma - WOI ! Najib Dah Kantoi Oooiii !! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Derma - WOI ! Najib Dah Kantoi Oooiii !!

Saturday, February 6, 201634comments

Woi .... Najib kantoi isu Derma oooiiii !!!

Huh ? Punyalah kuat mamat tu menjerit dalam mesej watsup sampai terdengar suaranya  .... 

Tu ..... baca tuh ..... Menteri Arab sendiri dah sahkan duit itu bukan derma ! Hahahaha .... Najib dah kantoi !!

Relaks bro.... sat kita baca dulu ... TMI..


Kan .... Kan ? Najib dah kantoi oooiii !!

Sabar ..... kita cek Mkini pula ..... sama juga laporannya -

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir dilaporkan berkata beliau tidak fikir RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan politik atau ia berasal dari kerajaan Arab Saudi.

Sebaliknya, menteri itu dilaporkan berkata, wang itu adalah daripada "pelaburan" yang tidak dinyatakan.

Dalam satu laporannya semalam, The New York Times melaporkan Al Jubeir sebagai berkata beliau percaya ia (dari) warganegara persendiran Saudi, dan dana itu pergi kepada satu pelaburan di Malaysia.

Bagaimanapun, Al-Jubeir dilaporkan berkata beliau menerima pendapat Peguam Negara Malaysia bahawa tidak ada salah laku yang dilakukan.

Laporan itu juga memetik dua sumber berasingan yang tidak mahu dinamakan yang mengesahkan bahawa wang itu bukan sumbangan.

Menurutnya, mereka mendakwa wang itu, sebenarnya, sebahagian daripada satu "urusan perniagaan"
.
Menurut laporan itu lagi, seorang ahli keluarga diraja dan seorang sekutu keluarga itu - yang bercakap dengan syarat tidak mahu nama disiarkan - berkata wang itu datang dari seorang putera Saudi dan mengesahkan bahawa ia bukan sumbangan.

Manakala sekutu keluarga itu mempersoalkan jumlah yang dilaporkan, tetapi berkata dana itu adalah sebahagian daripada urusan perniagaan.

Hahahaha .... Najib dah kantoi oooii !!

Relaks la bro .... jap, kita cek ngan New York Times sendiri  ....



Actually kenyataan itu bukanlah berita gempar by itself, ia terselit dalam artikel bertajuk No End to Scrutiny Over Millions Sent to Malaysian Leader's Accounts, bertarikh 5 Februari 2016.




In Saudi Arabia, Foreign Minister Adel al-Jubeir said that he accepted the attorney general’s opinion that there had been no wrongdoing, but he also said that he did not think that the money had come from the Saudi government or that it was a political donation.

“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia,” he said in an interview on Thursday.

One member of the royal family and one associate of the family, speaking on the condition of anonymity, said that the money had come from a Saudi prince and confirmed that it was not a donation. The associate questioned the reported sum but said the funds were part of a business deal.

Nak kata ia satu kenyataan resmi dari kerajaan Arab Saudi pun tak boleh juga sebab ia lebih berupa satu kenyataan peribadi oleh Menteri Luarnya. 

Penggunaan perkataan he did not think dan I believe .... menunjukkan itu hanya pandangan peribadi Menteri Luar Arab Saudi itu.

TAPI ..... sekurang2nya kenyataan ini LEBIH BERAT berbanding dengan laporan BBC yang hanya menggunakan satu sumber yang tidak mahu dikenali minggu lepas ! Dan laporan yang tidak bersandarkan sumber yang sahih itulah yang heboh digunakan oleh cai2 Najib bagi menyokong kenyataan AG, kononnya memang benar dana itu adalah satu derma.

Jadi betullah .... Najib dah kantoi !! 

Err .... ikut pandai korang lah ...  dahlah blog ini kena sekat, nanti disekat lagi sekatan yang ada ... sapa nak menjawab ?

Apapun, setelah lebih 10 hari AG ( 26 Januari lalu ) mengarahkan kes Najib itu ditutup, amat menghairankan kerana sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan resmi dari pihak kerajaan Arab Saudi bagi mengesahkan dakwaan AG itu.

Keluarga diraja Arab Saudi adalah kerajaan Arab Saudi ! Negara itu diperintah secara monarki atau sistem beraja. 

Tapi .... kenapa isu ini masih hangat diperkatakan bukan saja oleh rakyat Malaysia, tapi juga seluruh dunia ? Kan AG dah kata Najib tidak buat sebarang kesalahan dan telah mengarahkan kes ditutup ?

Sekali lagi kita katakan - Sebab kenyataan AG itu LONGGAR. Susah hendak diterima akal yang waras jika tidak disertakan bukti2 sokongan. 

Bukan saja isu RM2.6 bilion itu masih tergantung, malah isu RM42 juta SRC juga langsung tidak dijawab ! 

Semua ini membuatkan kita tertanya2 ...... kerajaan BN ni serius ke nak menang PRU14 ?

Share this article :

+ comments + 34 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 4:50 PM

Wah investment instead of donation masuk private accounts? Macam-macam perkataan gantian untuk bribe sekarang ni ye..

Dia orang bukan fokus nak menang PRU14 Din. Lebih fokus nak cover their a$$e$.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 5:12 PM

Kan dia tu Saudi Arab bukan negara demokrasi? Ramai sungguh putera-puteri Saud yang bertindak nafsi-nafsi atas nama Raja Saud. Cuma Ah Jib Gor yang tamak haloba kena con saje.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 5:36 PM

satu prsatu pembohongan akan terbarai.byk lagi rahsia2 besar akan trbongkar,kita tggu aja Cik Din.masanya akan tiba

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 6:00 PM

Pihak yg mberi pun dh serba salah. Kalau politik nnti kena kutuk bagai jdi isu ni nnti mcm Pihak jutawan yahudi bgi derma supaya yg mnang mesti myebelahi israel dn yahudi.

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2016 at 6:09 PM

Macam mana ni? Selepas berbulan-bulan mendiamkan diri akhirnya PM Najib kata derma. SPRM kata derma dan telah menyiasat dan bertemu dengan si penderma. Zahid pun dah sahkan dia sendiri dah pergi berjumpa dengan orang-orang Arab yang telah menderma. AG pun sahkan wang derma dan dah pun dipulangkan balik kpd penderma.

Menteri dan Kerajaan Arab kata bukan derma. Ia adalah bentuk investmen (pelaburan) dalam perniagaan.

Anehnya, jika ini pelaburan dalam syarikat mengapakah wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM Najib? Sepatutnya masuk dalam akaun 1MDB atau syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya. Mengapa masuk dalam Akaun Bank Peronal PM Najib?

Nampaknya, kes PM Najib ini tidak selesai lagi walaupun AG kata begitu. Semakin hari semakin timbul keraguan dan kong-kali-kong, terutama kononnya baki wang derma @ RN2.03b telah dipulangkan oleh PM Najib.

Nampak macam PM Najib, TPM Zahid, AG dan SPRM tak telus, dengan mengemukakan pelbagai alasan yang kontradik antara satu sama lain dan tidak masuk akal.

Apa dah jadi.....! Sampai bila pun tak habis lagi..., apa dah jadi...!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 6:24 PM

pekung Najib lama2 terbuka seluas2 nya...ini duit derma pak arab songlap dari duit 1MDB...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 6:33 PM

Yg bebal yg bodoh adalah Ketua2 Bhgn UMNO. Mereka inilah yg akan menangis tak henti2 sambil nyanyi lagu 'Anak Kecil Main Api'lepas UMNO BN kalah PRU14. Najib? Oh dia akan lari ke luar negara dgn alasan pelarian politik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 7:09 PM

Macam kes dari tunai bertukar kepada aset dan akhir sekali unit ... just uniit ... satu unit tak tahu berapa nilaiannya ... just unit .... pemakan dedak tetap percaya dan setia ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 7:35 PM

Harap teori RAHMAN tu tak betol. Kalo betol, "N" yang terakhir itu menandakan PM yang terakhir dari parti keramat melayu. Lepas tu akan hancurlah parti yang menaungi orang melayu selama ni.

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2016 at 7:52 PM

Apalah penyamun.. kasi rosak lahhh ana punya programmm

kata P.Ramlee dlm Ali Baba Bujang Lapok

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 9:31 PM

Hahaha...KANTOI.

selama ni dok kata derma tak salah. Nah..skrg itu bukan derma. Maka confirm menerima wang dlm akaun peribadi adalah kesalahan jenayah.

Apandir...oooh apandir....skrg apa cerita?

Pencacai pemakan dedak....oooo pencacai pemakan dedak....tak rasa berdosa ke bersubahat mempertahankan si penyamun?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 9:39 PM

klu org laen confirm masuk lokap dulu.. tkira tau ke tak duit tu masuk acc.. jd pm senang wat salah.. pihak berkuasa tunggu jap erk nnt sy terangkan.. klu org laen? kena gari masuk bilik soal siasat dulu le jawabnye.. double standart.. tkadil langsung...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 9:58 PM

AG Apandi sahkan the donor is a living saudi prince but no name mention.

Saudi foreign minister said not a donation but a business deal

Members of royal family confirmed it was not a donation but a business investment.

Now which is which?

AG Apandi came very strongly on whistleblowers but very soft on thieves and robbers.

Are we living in malaysia, a muslim nation????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 10:07 PM

Duit untuk PELABURAN rupanya. BUKAN DERMA la.. Boleh kah wang pelaburan dimasukkan ke akaun peribadi? Bolehkah wang bisnes digunakan untuk belanja parti politik?

Ya Allah...alangkah penipunya mereka semua itu. Semoga sebesar besar kehinaan ditimpakan kepada mereka yang terlibat. Amiiin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 10:36 PM

Orang Umno harus cepat-cepat menolak Najib kalau mereka sayangkan parti.... kebodohan dan cakap bohong pemimpin tidak boleh diterima. Hancur negara dibuat mereka..... Umno perlu sedar jika benar-benar mahu menolah bangsa dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2016 at 10:47 PM

Statement yang akan memeningkan kepala Peguam Negara kerana beliaulah yang mengumumkan secara rasmi melalui sidang akhbar bahawa dana tersebut adalah "derma". Mungkinkah kita akan melihat lagi Peguam Negara bertukar ganti?

Sebagai Menteri Luar dan sebahagian daripada kerabat diraja, beliau harus menidakkan tujuan dana sebagai derma kerana menjaga reputasi kerajaan beliau sendiri. Beliau tidak mahu dunia melihat negaranya sebagai sebuah negara yang cuba mempengaruhi perjalanan demokrasi sebuah negara asing dengan habuan wang.

Jangan terkejut selepas cuti tahun baru cina ini, akan keluar lagilah kenyataan-kenyataan bodoh daripada "jurucakap-jurucakap" DSN dari kalangan jemaah menteri ataupun hulubalang sibernya.

Sekian.



-Shahrizal Kamal-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 10:53 PM

Yg terbaru duit tu Derma dari planet Marikh..Depa bg masa angkasawan M'sia pi hari tu..kalau tak percaya tanya UFO..hihihi

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
February 6, 2016 at 10:57 PM

Sudah terang lagi bersuluh.

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Najib sudah kantoi banyak kali. Agak mustahil untuk selindung semuanya. Satu dunia sudah tahu.

Satu dunia pelik dengan pihak berkuasa di negara Islam Malaysia yang langsung tidak ambil tahu atau mahu menyiasat dakwaan salah laku PM kita. Pelik sungguh!

Dahulu PDRM amat digeruni kerana mereka begitu menjunjung kalimah Allah SWT dan membawa nama nabi Muhammad SAW dalam menjalankan tugas2 seharian yang dimanahkan kepada mereka. Sekarang mereka senyap sunyi.

Dahulu, institusi kehakiman negara juga merupakan sebuah institusi yang amat dihormati kerana adil untuk semua peringkat masyarakat. Malangya pada masa ini, seperti ada berat sebelah dalam mengadili kes, dibeza-bezakan disebabkan status seseorang.

Ya Allah, selamatkan negara Malaysia yang ku cintai ini dari sebarang musibah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2016 at 11:22 PM

Dah agak dah. Kerajaan Arab Saudi and the Saudi nation as whole kena bijak menjawap supaya jangan terjebak/terlibat dengan skandal ni. Sekarang ni, diorang tak confirm Najib salah, Najib tipu atau tak ada duit masuk ke akaun Najib. Semua persepsi pulang balik kat Malaysia..hihihi. Licik jugak Pak Unta ni. Satu Malaya tau sebenarnya siapa punya angkara ni dan sikap tamak haloba yang menjadi-jadilah yang sampai tahap macam ni. Tengok bil credit card berjuta ringgit dari exposure AG tu pun dah boleh agak dah. Tipu sini-sana untuk tutup lobang dari kerakusan seleweng duit dah jadi tahap gaban sekarang ni. Pembesar2 UMNO patut sudah-sudah lah memperbodohkan diri sendiri. Ramai rakyat yang atas pagar dan berdiam diri tak semestinya termakan dengan kebodohan mereka ni.

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2016 at 11:30 PM

Agak2 apa pulak Rahman Dahlan, Said Keruak, RPK/MT dan blogger upahan Dan Cybertrooper UMNO nak spin Kali ini......akan kita dengar teori2 bodoh dari Universiti UMNO.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2016 at 2:02 AM

Sebab mereka2 yg bertanggungjawab utk handle kes ini lebih takutkan manusia drp Allah swt serta meletakan cash is king mengatasi segala galanya..Maruah dan Prinsip sudah tidak ada maknanya lagi..
Berdiam diri bermakna Bersubahat juga dgn pelakunya..
Ramai orang tahu tapi tidak ramai yg SEDAR..Kerana Tahu tidak semestinya SEDAR dan orang yg SEDAR semestinya dia TAHU akibat dr tindakan yg dia lakukan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2016 at 3:01 AM

Kalau sejak dari awal lagi sudah menipu dengan jawapan yang berubah ubah sampai akhirnya tetap menipu jugalah konar lah macam mana leper baring meniarap sekalipun akan tetap menjurus kepada penipuan yang nyata.

Penyataan bertulis najib yang dibaca oleh zahid dalam parlimen menyatakan ianya duit derma malah peguam negara semasa mahu menutup kes 2.6 biliyun turut mengatakan ianya duit derma menteri2 dan cai2 najib tak perlu ulas lah semua pukul gendang itu duit derma, tsmy safie afdal digugurkan dari kabinet juga kerana mempersoalkan kesahihan duit derma, sekarang sudah jadi duit pelaburan perniagaan pula maka bertempiklah penyembah2 najib mengatakan sudah terbukti perakuan duit pelaburan pernigaan oleh menteri luar arab saudi itu telah mengesahkan bahawa ianya bukan duit 1mdb hahahaha tak semena mena mereka pergi kesana hahahaha, tak kiralah ianya bukan duit 1mdb atau bukan duit maharaja china dari dinasti ming itu semua taruk belakang dulu persoalan sekarang bagaimana duit derma boleh bertukar jadi duit pelaburan perniagaan? adakah najib menipu dalam parlimen? peguam negara menipu dengan kenyataan rasmi?

Peguam negara yang cuba menolong najib akhirnya telah menjerut tali ke lehernya sendiri dengan disaksikan manusia di seluruh dunia.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2016 at 8:20 AM

Ya they are using their Islamic credentials to cover up their fasad/corruption. In other democratic nations they would have been thrown to the dogs. Mana ada justice and compassion?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2016 at 8:34 AM

Dam right Anon 3:01am - what more the chicken-feed-fed bugis-lickers' can create more lies ehh? Now, these goons will be running again with all their tails smeared, again in trying to diffuse such a damning revelation!

Sharing also Anon 9:39pm sentiments, the thing that make u wanna puke on the chief-pirate's face is when he could still come up with fake-front like during questioning by SPRM/MACC "...the 'MEETING' (not questioning let alone interrogation) was cordial and we had curry puff and blah blah blah....", huhhh?

Such a personal blunder and bigtime mistake in creating 1MDB and 'DONATION' thing, and skillfully or under duress managed to raked in almost the entire Cabinet, Government Agencies ie. PDRM, BNM, MACC, AGC etc, UMNO, Paid-Up Bloggers, then the SAUDI story in trying to bury the manifestations that there are indeed CORRUPTION & INTEGRITY QUESTION MARK hanging around Najib's neck!

The Saudi in this case was caught off-guard and very much perplexed in getting dragged along with something seem so domestic (initially anyway with a barrage of denials and lies) but blown into the international arena therefore, they are trying to wriggle out of such complex situation not of their own doings! A very tricky but its so sticky! Too bad SAUDI, you are in the tangled-web.

So, what hope have we to correct what is so very WRONG in Tanah Ayer Ku?

Dari jauh aku hanya boleh berdoa kepada Allah jer lah...

MLN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2016 at 8:38 AM

Keep it simple, bro.

Yes Prince Turki of PetroSaudi is a royalty, a private citizen and also a conman, also partner-in-crime with the fat Chinaman.

Yes, it can be a donation, investment, part of business deal but possibly laundered money.

Yes, it can be laundered money from the way the money move everywhere before landing into the Ambank accounts.

Yes, maybe Zahid and MACC may have met the donor but conman can act according to script as part of coverup.

Yes, BBC has quoted unnamed Saudi sources, could be the sources from the same conman but remember sometime back somebody bought expensive airtime on BBC to say good stuff. It is all budgeted.

So what else is new and that is the price you have to pay for people to speculate and put the pieces together until the donor is identified and declared to the public.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2016 at 8:47 AM

Kalau cerita tamil berbelit2 akhirnya sipenjahat terima balasan. Cerita pahlawan bugis yang menipu yang mencopek ni bila nak dpt balasan. Takkan tunggu PRU14. Masa tu dah terlambat la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2016 at 10:29 AM

skang dah nampak keyakinan nak menang pilihanraya din.. sebab ahmad bahshah dah canang boleh menang 2/3 kat kedah.

dah macam esok nak pilihan raya. huhuhu

jaga2 sikit, kang ahmad maslan sound pulak.

kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2016 at 10:57 AM

bukan duit BAPAK kita pun kankankan...tak abis abis hahahahaha..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2016 at 11:47 AM

Saya rasa macam tak lama lagi kita akan dapat penjelasan yg berbunyi:

PM tidak mengetahui bahawa wang tersebut adalah untuk pelaburan. PM Najib tidak bersalah... dia adalah mangsa tipu daya pihak2 yang merancang untuk menjatuhkannya secara licik!

dan sebagainya nye laah.... bla...bla...bla...


Hakikatnya...

SAH! PM Najib ialah seorang penipu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2016 at 1:14 PM

Najib, Apandi, Arul.....

EXPLAINING AWAY THE TRUTH

It is no good at all (for you) to conjure all sorts of reasons to explain away truth:

One (you) could subscribe to truth
only when one (you have) has self-respect in the first place;

When a man (you) tells untruths, he (you have) has no respect for himself (yourself) and little would he (you) do better for others except for his (your) own gain;

And when a man (you) tells lies, he (you have) has a tendency to forget:

With one lie after the other,
eventually he (you) would be caught in his (your) own tangled web:

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2016 at 1:36 PM

Memang bukan duit bapak kau senab bapak kau tak bayar cukai. Asyik menagih duit brim je.

Hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2016 at 1:56 PM

memanglah bukan duit BAPAK KAU tapi benda ni akan menyusahkan ANAK KAU (itu pun kalu kau tak mandul la) .....

....................
Reply To This Comment ...................
February 7, 2016 at 2:35 PM

Kalau negara lain, dh lama kena cekup.. tak kira sape.
Tapi ini di Malaysia...

Bukan ke Korea Selatan hari tu, PM pon kena..
di Israel.. PM pon kena..
do Britain pon sama..

Mengapa Malaysia TIDAK BEGITU???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2016 at 3:21 PM

Kalau duit investment masuk akaun peribadi ni macam skim cepat kaya pak man telo je. Tak gitu geng? Kih..

Post a Comment