........... Isu Bakke - Hasan PAC Sekali Lagi Menunjukkan Pendirian Berat Sebelah ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Bakke - Hasan PAC Sekali Lagi Menunjukkan Pendirian Berat Sebelah !

Tuesday, February 16, 201615comments

astroawani

Mulanya saya malas nak komen isu Bakke yang difitnah sebagai berkata dana 1MDB dipindah ke akaun PM. Bagi saya, jelas terdapat perbezaan waktu dari segi tahun Bakke meletak jawatan dengan tahun transaksi RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib. Mana mungkin Bakke bertindak kerana sesuatu yang belum berlaku !

Beliau menegaskan, kenyataan seumpama itu atau merujuk kepadanya atau berkarektor sebagaimana disebarkan melalui laman sosial, tidak pernah disebut atau dilafaz ketika keterangan beliau kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan mereka terhadap 1MDB.

"Kenyataan saya kepada PAC tidak pernah dibincangkan di media sosial dan (saya) tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk membuat kenyataan mewakili diri saya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Ada dua point penting dari laporan di atas :

1 - Kenyataan seumpama itu tidak disebut kepada PAC
2 - Bakke tidak pernah sebut apa2 berkaitan kenyataan sama kepada PAC di media sosial

Pro Najib pula mengeksploitasikan isu ini seolah2 memberi gambaran bahawa Bakke ada menyatakan bahawa dana RM2.6 bilion itu tidak ada kaitan dengan 1MDB.


Dari apa yang saya fahami, Bakke bukan saja tidak pernah sebut kaitan itu kepada media sosial, tapi Bakke juga tidak pernah sebut perkara sama kepada PAC !

Pendek kata - Bakke tidak ada sebut ADA atau TIDAK ADA kaitan antara RM2.6 bilion Najib dengan isu 1MDB.  Ia tidak timbul langsung.

Tapi bila Pengerusi PAC Hasan Arifin juga berlagak seperti blogger pro Najib, maka saya terpaksa jugalah komen sepatah dua.


Astroawani

"Saya boleh mengesahkan bahawa Tan Sri Bakke tidak pernah menyatakan, pada bila-bila masa, yang dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

"Fakta ini adalah konsisten dengan pengesahan berulang kali kepada umum yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara mengenai perkara ini,"



FAKTA apa yang dirujuk oleh Hasan itu ? Seperti yang saya rumuskan kenyataan Bakke di atas, Bakke TIDAK ADA sebut pun yang dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib DAN Bakke juga TIDAK ADA sebut pun yang dana 1MDB tidak dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Maknanya, Bakke tidak ada sebut sebarang fakta pun !

Jadi Hasan PAC merujuk kepada fakta apa yang disebut oleh Bakke yang dikatakan konsisten itu ?


Nah .... sekali lagi Hasan telah menunjukkan sikap BIAS atau berat sebelahnya ! Beliau selaku Pengerusi PAC seharusnya bersikap neutral dan tidak menyebelahi mana2 pihak. Tapi kenyataan beliau di atas seolah2 menunjukkan keterujaan dan kecenderungan beliau untuk membersihkan Najib dan 1MDB dari sebarang salah laku. 

Bagaimana mungkin rakyat boleh menerima keputusan PAC secara terbuka jika Pengerusinya menunjukkan sikap berat sebelah ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 9:35 PM

Hassan PAC bersekolah tak cukup lagi. Tahap retoriknya itu macam tahun sophomore universiti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 9:48 PM

Kalau Hassan Cari Makan tak berat sebelah macam mana dia mau cari makan maaa... hehehehe...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 10:34 PM

Pac cari makan...sape nak percaya lagi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 10:40 PM

Ts bakke kata tak ada sebut. Cuma org buat nasi tambah. Kaitkan dgn rm2.6b bersandarkan fakta 1mdb tak kembalikan wang ke malaysia. Duit tu kasi sama petrosaudi, kait dgn brazen sky. So, itu memang tak berkait dgn ts bakke. Yg kait cuma 1mdb ingkar arahan pengerusi bawa pulang duit yg dileburkan di petrosaudi. Jadi org kaitkan rm2.6b dgm derma aka wang pelaburan yg masuk akaun peribadi majib. Yang pasti duit masuk akaun peribadi najib. Mana datang duit tu, itu yg jadi teka teki. Wang derma tukar wang pelaburan yang awalnya tak ada dan fitnah jawapan cai. Najib kentut tak bunyi, bau aje yg keluar, ramai pulak yg dok jauh cuba mewangikan bau kentut najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 11:16 PM

hasan dan apandi adalah pasukan pembela najib, termasuk annuar qu putih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2016 at 12:33 AM

hasan ni 'nak cari makan' dgn 'nak pergi makan' pun dia tak boleh bezakan. ni kan pula kenyataan rasmi cam tu. dia fail kertas bm pemahaman kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2016 at 12:34 AM

Bro..
Saya sedih ada kesian ada kat Hassan PAC ni. Dia ni dulu kawan aku, selalu makan kat gerai ayam kampung stadium tpca. Aku kenal dia secara peribadi sejak awal 90an lagi. Time tu dia pakai proton i meron. Satu ketika dia pernah nak dilantik jadi mb pahang, dah siap baju melayunya utk angkat sumpah tapi kena sialang dengan nan akob. Pastu time jj jadi taiko umno rompin, hassan tersisih. Nak buat kilang kertas RM150 juta guna pulpa sawit kat felda di chini pun tak jadi. Dia punya orang kanan nama sama dengannya kat keratong (dah arwah). Dan dimangsai oleh najib sebab najib tak nak jj balik ke pekan. Satu bukit mana boleh ada dua harimau.. Bila jj dah arwah, nak tak nak hassan kena dipilih jadi calon pasal kalau calon lain mungkin umno kecundang. So, hassan patutnya gunalah akal dan ilmunya untuk menunaikan amanah orang2 rompin dengan buat kerja betul, bukan jadi penjilat najib. Ingatlah hassan, kamu pernah eksiden dengan murano kamu, ertinya Allah masih sayangkan kamu dan lakukan amanah dengan sebaik-baiknya... Sekian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2016 at 12:38 AM

Saya Teringat satu cerita penglipurlara peniup seruling dengan tikus maka sy yang bodoh dan bangang ini menyeru kepada rakyat Malaysia janganlah jadi tikus walau peniup seruling ITU seorang pm dia buat salah jadi biarlah dia lemas sorang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2016 at 1:11 AM

TS Bakke "tidak sebut" 2.6 billion ringgit datang dari 1MDB. Ini jelas. Tadi Pemandu teksi saya sebut, "Najib menerima 2.6 billion dalam akaun dia. Pemandu Teksi juga "tidak sebut" 2.6 billion datang dari 1MDB. Orang gaji rumah saya juga "tidak sebut" 2.6 billion datang dari 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2016 at 6:46 AM

Baik Apandi, hassan, khalid, abu kassim, zeti mahupun the latest IRB....mereka ini membuat keputusan and or statement to signal to najib that they are in control and that they are the defenders of najib's galaxy.

Saya rasa hanya 2 cara masaalah ini dapat diselesaikan:

1. Agung and the rulers' council decree viz RCI

2. Investigations by Switzerland, US, Singapore, Hongkong, France dan Britain.

Dengan pertolongan Allah swt, maka keluarlah kita daripada kezaliman najib dan askar pertahanannya....insyaAllah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2016 at 8:42 AM

Diaorang ni agaknya dah lupa umum mereka dan kubur. Jangan jadi manusia yang khianat, zalim Dan munafik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2016 at 9:12 AM

12.34,

Hassan ni jadi mangsa Budak suruhan kepada adnan, jj dan najib.

Asyik kena cantas, kesetiaan hassan ni membuta tuli demi kuasa dan wang ringgit.

Budak suruhan pun ya, beliau tidak akan mencari dan menegak kebenaran.

Sebagaimana diperlakukan oleh orang lain begitu jugalah beliau yang tidak punyai maruah, tidak sayangkan nasib, masa depan agama anak2 cucu dan bangsanya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2016 at 11:02 AM

Terima duit tanpa hujung punca yang sah dan halal, malah sampai kini tidak dapat ditentusahkan oleh sesiapa pun. WAlaupun sikit bak kata Nuar Kelate namun sangat besar bagi kami rakyat Malaysia. Dengan jumlah sebesar ini dan tidak dapat dijelaskan kewajaran wang masuk ke akaun peribadi. Maka pemilik akaun peribadi tersebut telah pun melakukan kesalahan yang jelas dan boleh didakwa di Mahkamah.. Itu yang adil dan wajib dilakukan. Namun kini semua jadi songsang apabila si Perawan
bugis ketakutan dalam menghadapi kebenaran.. Apa punya Pahlawan taik Kuching, buat malu jee dia kat PRN Sarawak. Minta sangat orang Sarawak kasi jatuh sama BN kali ini supaya Malaysia akan dapat diselamatkan kerana telah mendapat gambaran bagaimana rakyat menolak pemimpin korup semacam ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2016 at 8:03 PM

Seluruh ahli UMNO di lembukan.

Seluruh rakyat Malaysia di bangangkan.

Kita nilai sendiri siapa yang BANGSAT..??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2016 at 9:50 PM

Kata tak kata pun tak perlu lah nak pening dengan mainan spin pembodek2 najib ni yang jelas dengan 'FAKTA' duit 2.6 billiyun masuk dalam akaun peribadi najib tak ada siapapun boleh nafikan malah najib turut buat perakuan dalam mahkamah duit 42 juta masuk dalamm akaun peribadinya nya terang dan nyata habis cerita.

Post a Comment