........... HOT ! Tun Mahathir Jadi Penaung GKCM ! / The Rule of Law Dah Tergantung, Kini Negara Di Bawah The Rule Of Najib | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HOT ! Tun Mahathir Jadi Penaung GKCM ! / The Rule of Law Dah Tergantung, Kini Negara Di Bawah The Rule Of Najib

Saturday, February 13, 201627comments


Semalam pihak GKCM ada membuat lawatan resmi bertemu Tun Mahathir bagi memperkenalkan pergerakan mereka dan meminta nasihat serta pandangan beliau.

Ternyata Tun Mahathir menyokong gerakan GKCM. Bukan saja memberi nasihat, malahan Tun terima untuk menjadi PENAUNG KEPADA GKCM !

TAHNIAH GKCM ! Semoga perkembangan ini memberi suntikan semangat kepada perjuangan anda semua.




KLiK untuk ke Youtube.

Khairuddin terpaksa ke luar negara buat laporan kerana tidak ada tindakan diambil ke atas laporan yang dibuat dalam negara. Bukan itu saja, Khairuddin pula yang disoal siasat dan dikenakan tindakan atas keberaniannya membuat laporan !

Khairuddin buat laporan di Switzerland kerana bank mereka terlibat. Begitu juga di tempat2 lain seperti di Amerika, Singapura dan HongKong.

Dalam negara, proses undang2 sudah terhenti, begitu juga kalau kita buat petisyen kepada Raja2, biarlah berjela2 orang sain kepada Raja ... biasanya kita tak nak Raja terlibat dalam politik tetapi keadaan kini luarbiasa... Yang mana The Rule of Law dah suspend, The Rule of Najib is on now !

Apa dia nak buat semua dia boleh ....

Saya tak boleh nak guarantee apa yang kita buat ini akan berjaya .... tapi dunia akan perhati orang ini ( Najib ). Sekarang ini pun orang pandang jijik pada Najib. Dia tak berapa berani nak campur dengan orang.... pasal semua orang tahu ( tentang kes2 dia )

Saya minta kalau boleh, gerakan ini ( GKCM ) aktif, kalau kita nak pergi seluruh Malaysia mungkin ( melibatkan ) belanja banyak, tapi tiap2 negeri mesti ada orang ( wakil ) yang gerakkan .. Ini cukup baik.


Saya di minta untuk menjadi penaung Gabungan Ketua Cawangan Malaysia ( GKCM ) dan SAYA TERIMA ! !

                            **********************

Di bawah pula sedutan video pesanan Tun Mahathir kepada ahli2 Umno yang tidak puas hati dengan Najib supaya berani tampil ke depan dan bersuara. Jangan takut dengan ancaman dibuang keahlian kerana yang penting, jiwa mereka adalah jiwa Umno !

Kita orang Melayu, ini negara kita.




KLiK untuk ke Youtube.

Sebelum isu 1MDB meletup lagi sudah ramai yang meminta Tun Mahathir melakukan sesuatu ( dengan Najib ). Mula2 Tun beri nasihat tapi tidak diendahkan oleh Najib. Kemudian Tun tulis surat menarik balik sokongan tapi surat itu disorokkan Najib.

Najib pula antar orang pujuk saya sokong dia balik. Saya tak sokong.

Lepas itu saya isytihar (supaya ) semua orang tahu saya tak sokong Najib. Kalau orang yang nak masuk sebelah saya, dah masuk dah. Tapi orang yang duk desak kata do something ni, hilang ! Tak datang jumpa dah.

Ini yang biasa saya sebut dalam blog I am Alone.

Semua orang yang saya jumpa ( akan ) salam ... ( dan berbisik ) I am with you, i support you .. tapi bisik.


Sokong macam itu tak jadi. 

Bila saya sokong Bersih hari tu, saya harap ramai orang Melayu akan ikut serta. Dulu Pas sertai Bersih tapi dia berkelahi dengan Dap, dia pun tak pergilah. 

Ramai orang dengar cakap Najib kononnya Bersih ini adalah (orang ) Cina nak jatuhkan kerajaan Melayu. Dengan itu Ali Tinju pun ... nak memberontak lah. Dia ( Najib ) boleh kalih ( spin ) daripada Bersih meminta dia letak jawatan kepada Bersih cuba jatuhkan dia sebagai orang Melayu kerana Bersih ini cina. ( menjadikan tuntutan Bersih sebagai isu perkauman )

Dan orang Melayu pun melatahlah.

Jadi ... bukan mudah hendak bertindak. Saya dulu biasa bertindak zaman Tunku dulu, saya pun kena buang. Tapi akhirnya saya dapat balik juga. Jadi kita jangan takut kena buang. Apa sangat ? 

( Kalau ) dia buang, dalam hati kita, kita masih Umno.

Saya biasa resign daripada Umno tapi saya masih berjiwa Umno. Bila saya balik, saya balik sebagai Umno.

Jadi janganlah fikir jika kita disingkir oleh Najib, habislah kita ..... Tak habis ! Kita orang Melayu, ini negara kita !

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 1:42 PM

Semoga Allah memberkati Tun Dr. Mahathir dengan afiat dan hikmah!

"A return to first principles in a republic is sometimes caused by the simple virtues of one man. His good example has such an influence that the good men strive to imitate him, and the wicked are ashamed to lead a life so contrary to his example."

- Niccolo Machiavelli

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 2:17 PM

bila kita tanya bab RM2.6b, dari tak ada, jadi derma, kemudian tukar jadi wang pelaburan. tapi perkara utama iaitu benihnya ialah, wang dari sumber yang tak diketahui masuk akaun peribadi adalah satu perkara yang salah dalam undang2 bukan sahaja di Malaysia, tapi di luar negara juga.
wang RM42juta dari syarikat kementerian kewangan masuk akaun peribadi najib juga adalah salah dalam prosedur kewangan dan undang2 negara dan juga luar negara. 2 perkara ini jelas salah di mata rakyat yang berfikir dengan waras. jadi najib perlu bersihkan dirinya di mahkamah, bukan guna agen untuk bersihkan dirinya.

kemudian salahkan tdm dalam semua perkara. ada akai ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 2:28 PM

Sayang.. betapa hebatnya Msia agaknya sekarang kalau Tun M tak retire in 2003. Jambatan bengkok dah siap. Double tracking fast train from North to South un dah siap. Silap2 MRT pun dah siap. Under Najib and Dollah apa ada?

Istana Negara overspent sampai double price. KLIA2 delay and overspent. Hutang negara bertambah berbillion2 tapi takde hasil. Harta negara tergadai. Tanah prime area gi to foreigners. Extra 1.5b Banglas. Harga barang naik sebab GST.

Kesian Malaysia dibuat dek lanun bugis yg muka tebal dan penyamun2nya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 3:20 PM

Amat terserlah cinta Tun Dr M pada Malaysia. Diusia yang lanjut dan dlm era pencen, Tun masih bersemangat untuk selamatkan Malaysia.

Takkan rakyat masih mengharapkan Tun. Semoga kata kata Tun menjadi pemangkin kepada orang muda bertindak.

Semoga Allah pnajangkan umur Tun Dr M dan menjaga kesihatan beliau. Nampak saperti Malaysia masih perlukan Tun.

Terima kasih pada Tuan Din!

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2016 at 3:54 PM

Teori RAHMAN...LAGI 2 Tahun masa akan tiba jua

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2016 at 3:56 PM

All Malaysians...what are you waiting for??????...

Kesalahan Najib begitu jelas...umpama hitam dan putih. Namun Najib, lembu dan ayam ternakannya tidak mahu terima hitam dan putih ini...mereka napak berwarna warni...berbunga-bunga dan berbelit sana dan sini. Benda yang begitu mudah dan jelas menjadi rumit dan bercelaru...sebab apa?..kerana diternak dan dedak. Bukan sahaja dari sudut undang-undang malahan dari sudut moral, perlakuan Najib tidak dapat diterima sama sekali. Memag sah kesalahannya.

Wahai ahli UMNO..sanggupkah anda bersekongkol dengan Najib dan ternakannya yang telah memalukan UMNO dan Negara Malaysia? UMNO dah tak bernilai lagi..retak menanti belah, condong menanti rebah..UMNO umpama rumah kayu antik yang dimakan anai-anai....sedarlah selagi anda tidak mengambil langkah menghapuskan anai-anai ini..rumah anda pasti runtuh menyembah bumi...

Sambutlah pimpinan Tun Mahathir...dan gerakkan penghapusan anai-anai UMNO untuk kembali kepada perjuangan UMNO yang asal...bahkan bukan sahaja untuk UMNO tapi untuk Negara Malaysia ynag kita cintai.

Bangkitlah..bersihkan arang dimuka kita semua gara-gara Najib dan ternakannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 4:06 PM

Walaupun Tun Dr. Mahathir dicemuh, dihina...Tun tetap idola saya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 4:28 PM

Tak boleh nk buat apa2 pd najib rosmah dgn tindakan undang2 atau ikut prlembagaan pd masa ini. peguam negara yg ada kuasa utk prtuduhan telah dicucuk hidungnya oleh najib,dgn itu ikut suka najib rosmah lah nk heret si apandi tu kemana depa suka.telinga AG pula dipulas2 sirosmah najib keatas kebawah supaya Ag akan turut kata dan arahan depa tiap masa. SBB ITU kelebihan pd najib rosmah.yg Malang adalah kita rakyat marhaen..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 4:44 PM

1. Masaalahnya umno selain daripada segelintir ahli yang takutkan Allah swt dan berfikiran waras gagal bertindak sehingga najib bermaharajalela.

2. Saya berdoa kepada Allah swt agar membuka hati penyiasat2 dari switzerland, singapura, amerika, hongkong, britain dan juga perancis agar mempercepatkan siasatan mereka dan bertindak sewajarnya untuk selamatkan malaysis dan rakyatnya.

3. Yang jelas Apandi telah mengetuai ahli pihak pemerintah seperti zeti, abu kassim, khalid untuk menzalimi rakyat dan negara dengan melindungi najib tanpa rasa bersalah

Wallhuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 6:05 PM

Salam Bro Din. Tolong beri cadangan bagaimana kita rakyat biasa dapat sama sama memberi sokongan dan berjuang bersama TDM dan GKCM supaya Najib dan Konco2 nya di heret ke mahkamah dan di hukum dgn setimpal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 7:32 PM

Tun Mahathir saja harapan bagi kami. Walaupun sudah dimamah usia, Tun tetap gagah dan jauh sekali dari nyanyuk tidak seperti yang sering dicanang oleh puak-puak berhaluan kiri. Kami sayang ayahanda Tun. Semoga Tun panjang umur dan sihat demi melihat negara tercinta ini selamat daripada marabahaya yang dibuat oleh Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 8:49 PM

“O you who have faith, persistently stand firm in justice, as witnesses for Allah, even if it be against yourselves or your parents and relatives. Whether one is rich or poor, Allah is sovereign over both. So do not follow your [selfish] inclinations, such that you depart from justice.
And if you distort [your statements] or refuse [to give witness], indeed Allah is All-Knowing about all that you do.”
(Quran, 5:135)

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
February 13, 2016 at 9:06 PM

Semuanya nak kena suruh Tun Dr Mahathir buat.

Bosan dan meluat sungguh saya dengan pemimpin2 yang dipilih untuk berkhidmat untuk rakyat!

Apakah tidak ada sekelumit rasa dan perasaan pemimpin2 ini untuk bersatu-padu bagi melakukan gerakan menyingkirkan PM paling banyak skandal bukan sahaja di Malaysia malah di dunia ini ?

Muhyiddin sampai sekarang pun masih sama saja. Mukhriz apa cerita ? Tolong bagi orang lain yang lebih tegas untuk mengetuai gerakan ini. Bagi dekat Dato' Paduka Khairuddin pun ok saja.

Berani kerana benar.

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2016 at 9:16 PM

Din Turtle sudah2 lah muhasabah diri kmu. Kmi walau d luar Malaysia mampu melihat permainan politik kotor Mahathir dan puak2 anti Najib. Tidak ada pemerintah di dunia yg sempurna.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 9:20 PM

Tun M said clearly, the situation is indeed extra ordinary, hence the need for the intervention by Conference of Rulers! First step now is to expedite things up and get our numbers in signing the petition to Agong to intervene (set aside who initiate, myself included even when not insynced with Rafizi or the Opposition). When the numbers reached or better still surpassed by a couple of million or two, The Conference of Rulers will be hard-pressed to act because its the will of the rakyat!

For reference sake Westminster styled parliament (which Malaysia is pretty close if not exactly), the Queen's representative (John Kerr) ie. Governor General of Australia had actually sacked a sitting government before in the 70s (1975 Gough Whitlam's Labour), so it can be done!

The situation in Malaysia is very very GRAVE when the Rule of Law is made unto himself ie. Najib, instead of Abide by the Law...then what is left of Principle and Integrity??? Would you rather relapsed into a scenario where in many CORRUPTED countries people lined-up outside the courts ready to be engaged or 'hired' as 'SWORN WITNESS' to bring about 'false' restitution of justice to the guilty-party?

Have we not already saw the capricious nature and bordering 'brutality' on how the current administration (Chief-Pirate-Bugis) go about their business??? Is it enough by just relying on HOPE??? Ample to just make DOA's??? Good to just lend SUPPORT???

Personally, I gave all 3 and do a little bit more in my own ways.

Ikhlas

MLN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2016 at 10:38 PM

Alih topik sikit Din ....

Aku baca dalam blog just read ... dia tulis bahawa tanah 1MDB akan dijual ....
Persoalannya kenapa Najib hendak jual awal sangat ... sedangkan sepatutnya ianya dijual dalam bulan june nanti.
Kemusykilannya adakah ianya dijual untuk ....
1. Pengumpulan dana untuk PRN Serawak / Sabah.
2. Pengumpulan dana untuk membiayai balaci Najib yang bersembunyi di luar negara kerana semua negara telah membekukan aset 1MDB.
3. Pengumpulan dana untuk membiayai kos operasi semasa 1MDB, contohnya gaji Arul Kanda.
4. Pengumpulan dana untuk pembiayaan Najib di luar negara, kerana pada tahun lepas lebih kurang RM 40 juta Najib dan keluarga habiskan semasa lawatan kerja dan main golf dengan Obama.
5. Pengumpulan dana untuk semua di atas.

Cuba2lah engkau siasat tengok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 4:59 AM

Sdra halim @9.16

Anda berfikir mirip bloggers mymku. No intellectual comments. I fully agree with MLN, very fruitful argument and it makes sense.

Our country is in deep shit. Najib has killed this beautiful nation of ours. Apandi protectec najib.....why?

So, though I am not an umno member, I am in support of this "shit stirrers" and insya Allah akan perolehi kejayaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 6:31 AM

tolong la sign petisyen ini aku merayu wahai abang2, adik2, kakak2, ibu2, ayah2, datuk2, nenek2, xkira warna kulit bangsa, agama, tolong la sign jgn la kite takut atau malas utk bertindak. Sebelum ini majlis raja2 sendiri suruh cepatkan siasatan tapi apa jadi?dibuat endah x endah je paling best Xkeluar pun front page surt khabar walaupun dr agung.nampak x level off penghormatan yg diberi? Kalau kite presure agung mungkin sesuatu akn dibuat oleh agung.Mana pegi darah pahlawan orang melayu melawan kemungkaran? Xsuruh utk angkat keris N lawan sekurangnye sign la petisyen ini. Org tua 80 tahun lantang bersuara, kite??
Divide by hate,
Unite bye TRUTH.
https://docs.google.com/forms/d/1V9BtH3DXlsst-wqp3WoLSyMi2K8x8oTUq0Ppejy9Wio/viewform?c=0&w=1

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 6:32 AM

Hutang 1mdb da byr penuh da ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Dari jauh.
February 14, 2016 at 7:51 AM

Salam Din.Buat saudara halim'kami diluar negara lihat permainan kotor Tun'Saya juga tinggal diluar Negara saperti anda(kalau benar anda tinggal diluar Negara)Tiap kali samada Tun atau Najib datang melawat Negara ini,saya hampir tiap lawatan mereka pasti ada dan bertemu secara peribadi keduanya.Sejak akhir ini saya sudah tidak diundang lagi pabila najib datang sini sedangkan sy tahu(walaupun kedutaan tak maklumkan pada saya)Hanya 'satu menteri' saja akan maklumkan kedatangan beliau.DAN saya lihat sendiri beberapa bln yg lalu tika Tun dtg sini beliau diraikan oleh 14 perwakilan negara asing dan mereka yg punya talian penting dgn pemerintah negara ini ketika Tun dianugerahkan satu penghargaan tinggi oleh negara saya tinggal ini.Saya bertanya pada pemberi Anugerah tersebut'kenapa pilih Tun'jawapan mereka'Kami melihat dan beri penghormatan tinggi pada Tun dulu dan sekarang'dan bila Tun diwawancara hal malaysia ini jawapan Tun'Bagi saya Negara dan Rakyat Malaysia yg utama'ketika itu hanya saya dan beberapa kakitangan Kedutaan Malaysia yg hadir dan pihak yg beri anugerah pada Tun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 9:49 AM

Menariknya, pada masa yang sama Jholor juga sedang menjual asetnya, iaitu lukisan dengan harga di bawah nilaian pasaran semasa.

Apakah balaci Najib sedang mengalami kegawatan kewangan yang serius ekoran aset dan wang 1MDB kini telah dibekukan di seluruh negara selain dari negara Malaysia.

Semoga tindakan negara luar yang memudaratkan semua balaci Najib akan membuatkan Kabinet Malaysia AG pemakan dedak dan semua pemakan dedak menjadi sedar dan insaf bahawa mereka telah ditipu oleh Najib dan dengan itu Najib akan jatuh dengan lebih cepat lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2016 at 10:10 AM

Najib tekun menggemokan ternakannya apabila perlu ia akan sembelih satu demi satu tunggulah giliran sapa akan disembelih demi utk menyelamatkan dirinya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 10:33 AM

Halim ni duduk luar malaysia kat mana kalau betul duduk luar malaysia rajin2lah buat survey tanya rakyat luar berkenaan malaysia apa pandangan mereka terhadap malaysia dan tanya juga apa pendapat mereka tentang Tun dengan Najib jangan lah menipu diri sendiri semata mata kerana mau menghalalkan cara aku pun duduk kat luar juga ramai lagi rakyat malaysia yang duduk kat luar bukan sorang dua

Aku tidak jumpa walau satu baris perkataan dalam artikel din turtle mempersoalkan akan kesempurnaan mana2 pemimpin dunia yang aku nampak dan aku fahami artikel din turtle mempersoalkan akan kerosakan besar yang telah dibuat oleh seorang pemimpin negara yang cuba di sembunyikan dari rakyat jelata dan perlu di diberikan perhatian serius sebelum ianya menjadi cancer yang tiada ubat nya lagi bukan untuk didiamkan saja atau menyokong perbuatan pemimpin tersebut secara membabi buta jika halim ingin mempertahankan pemimpin tersebut silakan berikan lah hujah yang di sokong dengan fakta kita bukan berada di zaman yes sir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 11:41 AM

Dear readers,

Halim is a paid mercenary by umno paymaster. He never stayed outside malaysia, perhaps went to visit a few countries for a few days, came back and said he knew the game played by mahathir.

Halim, i am not a pro tun but i do respect him for what he had dine for the country until pak lah and najib destroy it, moreso by najib who has turned this beautiful country to dictatorial rule and getting most corrupt practically everyday.

Halim, when was your last trip to outside malaysia. Pontianak, medan, brunei etc :)....

I notice glaring proof of 2 "unworthy personalities" sitting in their respective seats, the apandi the ag and annuar musa the hypocrite.

I can see "unworthy ministers" in their respective ministries, a rhetoric expert and compulsive liar zahid (of lahad datu, mat sabu syiah, apologizing to tdm and lky, arab DONORS, importing of bangladeshis fame) and non-corroborating expert the lame hishamuddin (apoligizing to china, mh370, lahad datu fame). Do you all realize he is very very very quiet about najib these days? Yesterday, he was reported to have said to talk with chinese ambassador on chinese navy vessels in sarawak's water.

Malaysians, especially umno malays and muslims, grow up or remain stunted.....

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 11:44 AM

Hakim, adakah anda menghadap Allah subhanahu wa ta'ala dalam solat dengan ikhlas?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2016 at 5:10 PM

Ya, saya memang notis, Hishamuddin sangat 'senyap' lately. Saya dapat rasakan 'gelombang taufan' dalam keluarga anak cucu arwah Datok Noah. Nazir dah terang-benderang minta 'seseorang' untuk berundur. Agaknya Najib nak tunggu Tun Rahah sound baru dia nak undur kut, tap ibu mana yg boleh percaya anaknya dah buat perkara salah.

Semalam bila seorang bekas hakim beritahu Malaysia bahawa menurut Perlembagaan Malaysia, seseorang AG mempunyai hak untuk membuat keputusan berdasarkan budi bicara MUTLAK justeru AG TIDAK BOLEH disiasat..... saya rasa amat sedih.

Rupa-rupanya ada loophole sebegini dalam Perlembagaan Malaysia. Dah lebih 50 tahun merdeka, takde sorang pun MP yang nampak glaring loophole nih???

Sedih laa kalau dalam sebuah Negara demokrasi, ada manusia yang 'above the law'.

TAK BOLEH DISIASAT ??? awat...? AG nih maksum ka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 4:38 PM

Berdasarkan laporan, Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara yang merupakan salah seorang balaci Najib menyatakan bahawa polis sedang menyiasat Tun Dr. Mahathir mengenai isu artikel dalam blog Tun Dr. Mahathir. Malahan menurut Khalid Abu Bakar lagi, dia akan berbincang dengan Apandi Ali mengenai dakwaan tersebut. Kerana dalam blog Tun Dr. Mahathir mempertikaikan tindakan Apandi Ali yang dilihat bersikap tidak amanah apabila membuang kes terhadap Najib walaupun kes itu punya merit dan prima facie untuk dibawa ke mahkamah.

Tun Dr. Mahathir membuat dakwaan terhadap Apandi, lepas tu Apandi pula yagn akan buat penilaian terhadap kes tersebut, maka dah berlaku konflik kepentingan di mana Apandi boleh menjadi subjudis atau pilih kasih kerana dia adalah orang yang terlibat dengan kes itu juga. Macam sebelum inilah, Najib lantik Apandi jadi Peguam Negara, lepas Apandi pula diberikan tugas untuk menilai kertas siasatan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan Najib, maka Apandi telah bersikap subjudis atau berat sebelah dengan membuang kes tersebut kerana Najib yang melantik dirinya jadi Peguam Negara. Khalid Abu Bakar barua Najib ni bila nak siasat laporan polis oleh Datuk Seri Khairuddin mengenai isu penyelewengan di dalam 1MDB, dari tahun lepas laporan polis dibuat, sampai sekarang langsung tak tau apa khabar berita dengan status siasatan kes itu, apa kejadahnya ni?

Benar seperti kenyataan oleh Tun Dr. Mahathir, The Rule Of Law dah Suspended, Rule Of Najib is On Now.

Kini Rule of Najib telah mengatasi undang-undang, telah mengatasi perlembagaan, telah mengatasi segala penguatkuasaan, apa Najib buat semua boleh, terima wang berbilion ringgit dalam akaun sendiri pun boleh, langsung tidak dipedulikan sumber wang tersebut, Peguam Negara yang patutnya bertugas demi kepentingan negara kini hanya bertugas demi kepentingan Najib, kepentingan negara dah dibuang ke longkang sahajalah.

Orang bodoh sahajalah yang boleh percaya cakap Najib, Apandi, Khalid Abu Bakar, Zahid, Ahmad Maslan, Adnan Mansor yang menipu jadi Tengku, dan kuncu-kuncu mereka.

Malaysia dah jadi macam Zimbabwe, Najib dah jadi kuku besi macam Robert Mugabe, undang-undang boleh diperkotak katikkan sesuka hati oleh Najib dan kuncu-kuncu, macam filem Musang Berjanggut, dialog oleh Datuk Menteri Nikah Kahwin bila ditanya apakah salah kalau seorang lelaki masuk ke rumah seorang perempuan yang telah bersuami, jawab Datuk Menteri Nikah Kahwin, 'itu salah besar, tapi undang-undang dalam ini negeri kanda yang bikin, itu semua boleh kasi padam', inilah berlaku di Malaysia sekarang ini. Selamatkan negara ini. Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

Post a Comment