........... GKCM - Isu Mukhriz Umpama Atap Yang Bocor Tapi Tiang Seri Yang DiTukar / Bodek Ku Nan Menjijikkan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

GKCM - Isu Mukhriz Umpama Atap Yang Bocor Tapi Tiang Seri Yang DiTukar / Bodek Ku Nan Menjijikkan !

Tuesday, February 2, 201614comments


Di bawah adalah beberapa sedutan video dari ucapan Presiden GKCM di majlis Mencari Kebenaran GKCM Kedah Selatan yang berlangsung pada 31 Januari 2016.

Menarik .... serius..


Kenapa GKCM Ditubuhkan




KLiK untuk ke Youtube.


- GKCM ditubuhkan untuk Umno. Perjuangan untuk Umno, untuk membetulkan Umno kerana kita dapati Umno telah tersasar dari landasan sebenarnya.

- Tidak ada langkah diambil  ( oleh Umno ) untuk mendapatkan suara ramai ....  masyarakat.mempertikaikan Umno. Mereka mempersoalkan apa yang Umno buat untuk membetulkan keadaan ? Tidak ada apa yang dilakukan.

- Maka lahirlah semangat perjuangan di kalangan ahli2 Umno, di kalangan Ketua2 Cawangan .. yang selama ini dianaktirikan, suara mereka tidak didengar ..

- Masyarakat melihat Umno sudah tidak relevan lagi. Untuk memastikan Umno kekal relevan untuk PRU14, maka kita terpaksa menyatakan kebenaran.

- Buang sikap mendiamkan diri. Tolak budaya lama bahawa bersuara meolak kepimpinan itu dianggap sesuatu yang tak manis ... demi menyelamatkan Umno supaya Umno boleh diterima oleh masyarakat.


Pandangan GKCM Terhadap Isu Mukhriz Sebagai MB Kedah





KLiK untuk ke Youtube

- GKCM melihat isu Mukhriz umpama - Atap yang bocor tapi tiang seri yang ditukar sedangkan tiang seri itu merupakan kekuatan bagi rumah tersebut.

- Tapi itulah perangai Umno sekarang. Pemimpin2 Umno sekarang suka mengubah sesuatu yang baik untuk ditukarkan dengan yang tidak baik.

- Mukhriz dilihat pemimpin muda yang diharapkan memberi nafas baru kepada Umno 

- Tapi tiba2 sesuatu telah dilakukan untuk mengubah sesuatu yang tidak perlu diubah.


Darah Kami Darah Umno !





KLiK untuk ke Youtube


- 10 kali gantung pun, keahlian ke, hak kami dari segi memilih dan dipilih, gantunglah .... Kami tetap Umno !

- Anda tidak boleh ubah itu. Anda tidak boleh lakukan apapun kepada kami kerana darah kami adalah darah Umno

- Kami lahir dengan darah Umno. Gantunglah kami tapi kami tetap Umno !

- Hanya kerana anda punya kuasa, jangan fikir anda boleh bertindak sesuka hati. Kami punya hak yang sama seperti anda. Anda orang Umno, kami pun orang Umno.

- Kuasa di tangan bila2 masa boleh ditarik begitu saja. Semuanya bergantung kepada Allah.


Ku Nan DIibaratkan Si Kitul......  Bodeknya Menjijikkan !





KLiK untuk ke Youtube


Yang ini anda kena dengar sendirilah !

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2016 at 8:59 AM

Dalam kemelut UMNO yang berpunca dari seorang penyamun bugis, UMNO telah melahirkan seorang pemimpin berkaliber dan lebih layak dari menteri-menteri yang menjawat jawatan sekarang. Tahniah kpd Presiden GKCM, pemimpin-pemimpin baru dlm GKCM dan semua warga GKCM. Berani kerana benar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2016 at 9:26 AM

Ubah undang-undang dalam UMNO dengan memberi kuasa kepada ahli cawangan menentukan pucuk kepimpinan.Ahli di cawangan adalah rakyat biasa yang inginkan pemimpin yang jujur,amanah dan ikhlas,sedangkan ketua-ketua bahagian adalah mereka yang berkepentingan.Ketua-Ketua Bahagian umpama racun perosak yang apabila tidak diberi dedak mereka akan berpindah parti.Kemudian apabila ada pemimpin menaburkan dedak mereka akan kembali kepada UMNO dan mungkin dilantik sebagai Duta ke Indonesia ke,Papua ke,Fiji ke,dan kalau dihantar ke England,Italy,Germany,France...wow!! lagi best....duit dedak berganda-ganda.Inilah politik di Malaysia yang merugikan Islam,bangsa Melayu dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2016 at 9:57 AM

Dgn taqdir Tuhan,maka trtubuhlh GKCM,ini adalah usaha lahiriah utk mnentang keBatilan manusia2 rakus di akhir zaman.fitnah brleluasa menandakn dunia dh Sgt Tua.moga Tuhan tlong usaha2 lahiriah INI.Hakikatnya kita wajib kembali kpd Tuhan Kern hnya dia yg mampu mengubah segala..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2016 at 1:52 PM

Sebenarnya pada hakikat - orang yang beriman dan berbakat tidak perlu angkat b@dek.

Orang saperti kunan sebenarnya tidak berkebolehan langsung.

Sebab tu hanya dengan memb@dek sahaja lah dia dapat pangkat.

Pangkat adalah jalan termudah untuk meraih kekayaan khas untuk orang TAMAK.

Dia lupa bila masuk kubur nanti hanya kain putih dibawa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2016 at 2:00 PM

setuju cadangan tuan. betul. salah satu 1st step utk jadi lbh baik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2016 at 4:30 PM



Saya ada terbaca tulisan seorang blogger pro-Najib yg mempertahankan Big Boss beliau dengan mengatakan bahawa akaun-akaun Najib di AmBank tu dikendalikan oleh beberapa orang yang telah dilantik sebagai pemegang Amanah.

Namun, beliau tidak pula menyatakan daripada mana beliau dapat maklumat tu. Juga tiada dipaparkan sebarang dokumen untuk menyokong dakwaan beliau tersebut.

Ntah..ntah hanya andaian beliau semata-mata utk menegak benang basah...?

Bagi saya pula, jika dakwaan beliau itu benar, timbul pula soalan-soalan berikut:

1) Akaun-akaun tersebut dibuka atas nama Najib dan dikategori sebagai Akaun Peribadi (Personal Savings Account). Setahu saya, walaupun kita lantik orang lain utk uruskan akaun peribadi kita, apabila nama akaun tu atas nama kita, kita TETAP BERTANGGUNGJAWAB ke atas akaun tersebut. Makna kata, kita perlu ambil tahu tentang wang yg keluar masuk akaun tersebut. Tak boleh main percaya bulat2 kepada si pemegang amanah.

Adakah PM Najib seorang yg gullible? Lurus bendul? Terlalu percaya kepada pembantu2 dia?


2) Kalau benar, kenapa AG Apandi tidak nyatakan bahawa akaun2 tersebut sebenarnya dibawah kendalian pembantu2 PM Najib?

3) Kenapa sembunyikan maklumat yang akan/boleh buat orang percaya yg PM Najib tidak bersalah?

Adakah sebab AG bimbang rakyat akan fikir yg PM Najib seorang yg gullible/cuai sehingga terperangkap dalam keadaan yg menyulitkan ini?

....................
Reply To This Comment ...................
February 2, 2016 at 6:12 PM

Kurang bersetuju dgn ayat "..bagi memastikan UMNO kekal relevant untuk PRU14,maka kita terpaksa menyatakan kebenaran.."(dibawah tajuk -kenapa GKCM ditubuhkan) mengambarkan seolah-olah selama ni UMNO menyembunyikan kebenaran..
Persepsi saya mungkin salah..maafkan saya..

'Sayangkan PERJUANGAN bukan pemimpin..'
Teruskan usaha GKCM

....................
Reply To This Comment ...................
February 2, 2016 at 9:30 PM

Betul. Setuju kuasa ketua bahagian dikurangkan. Nak senang ikut mcm Pemilihan presiden. Bukan ketua bahagian tp ahli2 parti yg berjuta2 pilih calon presiden. Skang calon2 tgh sibuk menagih undi di 50 negeri2 dlm USA. Ketua bahagian skang dag jadi lubuk korupsi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2016 at 11:27 PM

Dasar prinsip UMNO itu mulia tapi parti kini sudah termakan oleh virus JIBNO maharajalela.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2016 at 11:52 PM

Ku Nan will go down and eat dirt in next PRU..Lets assure that.

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2016 at 12:15 AM

Dia SU Agong Umno/Bn. Pandailah dia cari kerusi/kaw Parl luar bandar yg selamat di mana majoriti pengundi adalah mereka yang dianggapnya bebal-bebal dan bongok.

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2016 at 12:21 AM

Di Putrajaya...., come on. Takkan pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan kerajaan di situ berani tak mengundi dia pd PRU14 nanti?

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2016 at 2:39 PM

org tempatan kata, ku nan mmg nak klh dah pru aritu,tp last minit tun tlg dia kempen,menang la,itupn x bnyk..jadi pru depan mmg out klu tanding lg kat situ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2016 at 11:58 PM

Abg Mus,dulu2 boleh jugak anggap luar bandar bebal,tapi sekarang mungkin lain.Dia boleh menang kalau tabur duit,tapi org dlm UMNO pun tak tentu nak mkn dedak lagi ke tak.Ye la,takkan mkn dedak murah jer kalau org atas mkn dedak beliyon2 kan? Kan duit dah pulang balik ke pak arab tu.Dia kalau menang pun,jangka hayat politik dah penghujung jalan dah pun.

Post a Comment