........... Bila Polis Siasat Tun Mahathir ..... Adakah Itu Mampu Kembalikan Kenyakinan Rakyat ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Polis Siasat Tun Mahathir ..... Adakah Itu Mampu Kembalikan Kenyakinan Rakyat ?

Monday, February 15, 201622comments

Mkini

Ingatkan gempak di media sosial saja rupanya keluar juga Berita TV3 tadi tentang Tun Mahathir yang sedang dalam siasatan Polis. Kalau mengikut apa yang KBAB kata, ia cuma satu SOP jer .... orang buat laporan dan pihak polis akan siasat. Takkan benda macam itu pun nak keluar Berita TV3 ?

Sekali lagi - Orang buat repot, maka Polis siasatlah. 

Macam masa ada orang buat repot terhadap Najib beberapa bulan lepas, Polis pun siasat juga .... kan ?  kan ? Takde pun keluar TV3 ? Takde pun orang duk kata Najib nak kena tangkap ?

Kenapa gempak bila ada orang buat repot terhadap Tun dan Polis mengambil tindakan susulan dengan menyiasat apa yang didakwa oleh orang itu ? Kenapa tak gempak sama bila ada orang buat repot terhadap Najib dan errr... Polis turut ambil tindakan susulan dengan menyiasat apa yang didakwa orang itu ... kan ? kan ?

Kalau ada kes, pihak AG akan ambil alih pula. Dakwaan adalah Tun dikatakan menfitnah AG ..... dan pihak AG akan ambil kes jika ada kes. Hmmm .....

Untuk pengetahuan pihak Polis, RAMAI RAKYAT MALAYSIA turut sama mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh AG ketika melepaskan Najib dari sebarang salahlaku kes RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC.  Bukan Tun Mahathir seorang saja !

Cuba kaji KENAPA dan selesaikan isu ini dengan menjawap persoalan2 yang ditimbulkan. Menutup mulut pengkritik utama seperti Tun Mahathir tidak akan menyelesaikan apa2. Persoalan2 yang turut sama bermain di fikiran rakyat tetap tidak dijawab.

Ya, mungkin tindakan itu mampu menimbulkan satu suasana ketakutan di kalangan rakyat untuk membicarakan isu2 sama secara terbuka tapi bagaimana dengan tahap kepercayaan rakyat terhadap pihak berkuasa, terhadap kerajaan, terhadap Najib ?

Ketidakpuasan hati itu mungkin dipendam tapi percayalah, jika tidak ditangani dan dikembalikan kepercayaan rakyat, medan PRU14 bakal menjadi tempat pelepas geram !

Sudah tiba masanya Najib sendiri tampil dan jelaskan semua persoalan. Semuanya berkaitan dirinya, kenapa berterusan berharap orang lain yang tolong selesaikan ? Beranilah sikit dan selesaikan secara gentleman ! Anda sudah dibebaskan dari sebarang salahlaku oleh AG dan keputusan AG itu muktamad. SO TAKUT APA LAGI ?

Walaupun keputusan AG itu muktamad namun banyak persoalan tergantung yang menjadi bahan gossip rakyat. Tampil dan jelaskan pada rakyat ! 

Itulah cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini. Buktikan yang anda, Najib, tidak punya apa2 yang hendak disorokkan dari rakyat. Buktikan keikhlasan tindakan2 anda.

                                                  *************************

Dalam artikel terbaru Tun Mahathir - Corruption In Malaysia, beliau turut mengulangi kenyataannya yang AG sudah tidak punya kredibiliti bila menolak repot oleh Bank Negara dan SPRM, dan kemudian mengusulkan hukuman penjara seumur hidup kepada mereka yang membocorkan rahsia kerajaan .... semua itu menunjukkan yang AG mahu menyembunyikan sesuatu.

15. The AG has no credibility at all after his dismissal of the reports by Bank Negara and the MACC. He proposes life imprisonment for leaking Government information – a sure indication that he is hiding the truth.

17. And the new publicity chief suggests I am doing this because I want to be arrested. That is as clear a warning as can be of the wish to arrest me.

Berani sungguh Tun Mahathir, walaupun beliau tahu risiko jika berterusan mengkritik perkara yang sama, Tun tetap juga mengulanginya.



Dan Tun mencabar AG supaya bersumpah depan Quran atas keputusan2nya itu ..... hmmmm ... nampak desperate dah Tun dalam isu AG ni. Sepertinya sudah tidak jalan lagi dah untuk kes Najib itu dibuka semula.

Makanya artikel itu diakhiri dengan sindiran pedas dari Tun -

18. And so Najib’s Cash is King creed must be promoted because it advocates corruption as a means of holding on to power. The country is now one of the 10 most corrupt countries but don’t say anything about 1MDB and the 2.6 Bilion Ringgit if you wish to remain free.

Nampaknya pegangan CASH IS KING yang diamalkan oleh Najib harus dipromosikan sebab ia menggalakkan amalan rasuah sebagai cara untuk terus berkuasa. Jangan komen apa2 tentang 1MDB dan RM2.6 bilion jika anda mahu kekal bebas !

Semuanya sebab Najib, Jho Lo dan 1MDB .....

                           ***********************

Saya suka mengulangi point no 7 artikel chedet itu -

7. The best way for the anti-corruption commission to act would be to audit the life-style of the suspects. Are they living within their means? If it is beyond their means a thorough investigation must be made on all sources of income of the suspect.

Sudah berulangkali Tun Mahathir sebut perkara ini. Jika gaya hidup seseorang itu terlalu mewah berbanding dengan pendapatannya, seharusnya orang itu disiasat !

Apakah gaya hidup keluarga pasangan Najib Rosmah terlalu mewah berbanding pendapatan Najib sebagai PM ? 

Tun suka merujuk kepada perkahwinan paling meriah abad ini yang mana kos perhiasan bunga saja mencecah RM3 juta. Belum dikira lagi kos lain2nya.  Apakah ada mana2 pihak yang siasat penonjolan kemewahan melampau itu ?

Itu belum campur kos hadiah majlis pertunangan lagi !  16 TONG HADIAH !

TONG ok .... bukan dulang tapi TONG !




KLiK untuk ke Youtube

Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 12:20 AM

16 tong huh !! Najib memang suka tong .. paling dia suka kelentong.

kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
February 16, 2016 at 12:43 AM

Dari posting terbaru Tun boleh dikatakan Tun mencabar Najib dan Apandi utk menyaman beliau kerana mungkin ini saja jalan utk membawa isu ini ke mahkamah dan yg pasti Tun juga ada cerita yg akan dikatakan jika Najib berani membawa isu ini kemahkamah dan apa yg dihebohkan oleh pihak media terhadap siasatan keatas Tun adalah usaha Najib menggertak yg lain supaya tidak menimbulkan isu ini dan skrg kita nantikan apakah next move Najib dan AG dlm menangani perkara ini...more interesting stories will come out soon.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 2:31 AM

Hari ni selasa lagi...

Bila lah nak saman?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 4:09 AM

Tun mahathir mohamad true warrior, harimau malaya , berani saman la

....................
Reply To This Comment ...................
February 16, 2016 at 5:56 AM

Igp haritu beria2 benar interview justo kat penjara Bangkok.. Pastu diam je.tak dpt apa yg di harap ke dari justo.bro din buka sikit file justo ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 6:42 AM

Tajuk video itu misleading. Sebenarnya Tun kata kalau bertanya kepada orang MAS, bertong2 beli. Tun nampak 16 tong berisi macam2 barang seperti kasut dan lain2, bukannya Emas. Harap dapt tukar tajuk video. Tkaseh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 6:59 AM

Melawan kejahatan mesti perlukan pejuang. Bila berjuang pula mesti berterusan, sabar dan berkorban.
Tun dan orang orang melayu yg bersamanya akan dikenang sebagai pahlawan melayu sejati kekal terpahat di hati. Wlwpun penguasa tidak memperdulikan pahlawan pahlawan ini.

Wira

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
February 16, 2016 at 7:25 AM

Assalammualaikum wmt Bro Din!
Nampaknya jalan cerita isu Najib dgn 1MDBnya masih panjang. Skripnya masih berjela. Masih belum ada endingnya. Suspen.....

Mula-mula pecat TS Muhyidden dan Shafiee Apdal. Rakyat tak boleh buat apa dan ahli Umno pun tak mampu bersuara. Najib dan konconya yakin mereka berjaya tutup isu. Lebih mudah lagi dgn adanya pengganti TSMY yg berani dan garang membela bossnya.

Kemudian adakan pula gerakan oleh 'Bashsh Tidur' untuk singkirkan Mukhriz bagi maksud memulas telinga Tun M. Pun rakyat tak boleh buat apa dan pemimpin Umno juga terus membisu. Malah disokong dgn pelbagai cerita seperti yg dikisahkan oleh Ketua Penerangan Umno yg baru bagi membenarkan cara mereka membela boss.

Inipun lepas dan Najib serta konconya rasa telah berjaya juga. Melayu masih diam. Bising-bising sekejap jer, kemudian dilupakan.
Tapi usaha menutup masalah Najib masih tak selesai. Tun M masih bersuara malah semakin mencabar.

Nampak gayanya tindakan terakhir yg harus dilakukan oleh Najib dan penasihat-penasihatnya ialah menutup mulut Tun M. Caranya bagaimana?
Maka mereka pun cuba ugut atau takutkan Tun M dgn siasatan polis yg kononnya dilakukan kerana adanya laporan polis dibuat oleh rakyat Malaysia terhadap Tun M. Setiap kali ada report seperti itu, maka setiap kali pulalah Tun M disiasat polis. Dan media yg dikuasai Najib menyiarkan secara besar-besaran mengenai siasatan terhadap Tun M itu.

Saya yakin Tun M bukanlah orang yg boleh diugut atau ditakut-takutkan dgn polis. Selagi beliau rasa tindakannya betul dan yakin dgn bukti yg ada padanya, Tun M tak akan mengalah. Tak mustahil semakin garang dan berani.

Persoalannya, mampukah penasihat Najib mengheret Tun M ke mahkamah? Serangan Tun M kini bukan sekadar terhadap Najib dan keluarganya tapi terhadap AG pula. Dan AG adalah manusia yg paling berkuasa dari segi undang-undang ciptaan Najib.

Sama-samalah kita nantikan kesudahan skrip yg direkacipta oleh penasihat-penasihat Najib terhadap Tun M. Kalau seluruh rakyat negara ini boleh dikotak-katikkan oleh kuasa yg ada pada Najib, namun terhadap Tun M masih belum berkesan.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 7:49 AM

Rakyat can only ein against najib if he is put in the witness box in a court trial.

That is why dpm, ag, igp, macc commissioner, gov bnm go all out to prevent this....

Kadang2 saya terfikir, REVOLUTION LIKE PEOPLE'S POWER WOULD DO GOOD in malaysia.

Who ever is installed as next pm shall first of all get those mentioned above to testify in court.

But before this, Agong and thr rulers' council should act when they convene on 17 n 18 of feb. failing which the citizens of this country must act for our future generation.

Wallahu'aklam

....................
Reply To This Comment ...................
February 16, 2016 at 8:52 AM

Jangan harap la najib akan tampil dng gaya tak bersalah untuk beri penjelasan segala persoalan yg terpahat diminda rakyat jelata Mati hidup balik pun dia tak akan bagi penjelasan pergi mampus dengan rakyat janji aku bolih hidup senang dan kaya raya peduli apa dng rakyat jadilah mereka macam anjing yg menyalak bukit Wallahhualam

....................
Reply To This Comment ...................
February 16, 2016 at 9:50 AM

Memang Apandi tiada integriti. Beliau menyatakan Najib dah pulangkan duit Pak Arab pada Ogos 2013. Pada masa yang sama Apandi kata Najib tidak melakukan sebarang kesalahan menggunakan wang 42 juta dari SRC untuk bayar kredit kad pada akhir tahun 2014 kerana dia fikir wang itu adalah wang derma Pak Arab. Kalau dah dipulangkan pada Ogos 2013 macam mana pulak bolih bayar kredit kad pada akhir 2014. Lagi satu Najib sendiri kata dia tak pernah guna wang itu untuk peribadi. Jadi siapa yang guna ktedit kad tu??.
Rosmah??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 10:12 AM

Wajib atas orang mukminin untuk amar makruf nahi mungkar. Jika tidak, nanti balak turun atas kepala sekalian semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 10:43 AM

Kini undang-undang yang berkuatkuasa di negara ini bukan lagi Undang-Undang Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, tetapi Undang-Undang Najib dan Perlembagaan pun dah jadi Perlembagaan Persekutuan Najib dan Kuncu-Kuncu yang telah menguasai pentadbiran dan undang-undang negara ini.

Rukunegara pun patut tukar tulis Keluhuran Perlembagaan Najib dan Kuncu-Kuncu dan Kedaulatan Undang-Undang Najib.

Kini kekuasaan dan nafsu serakah Najib telah mengatasi undang-undang dan mengatasi Perlembagaan Persekutuan, undang-undan boleh diperkotak katikkan apabila kes yang punya prima facie untuk dihadapkan ke mahkamah tetapi dibuang kes kerana kes itu melibakan orang yang melantik Apandi menjadi Peguam Negara iaitu Najib.

Dalam kes Najib itu, prima facie kes iaitu apakah wang berjumlah RM 2.6 bilion dan wang RM 42 juta ada atau tidak dalam akaun Najib adalah subjek kes untuk dipertimbangkan kes itu di bawa ke mahkamah, itu sahaja, tak perlu Apandi pandai-pandai nak mengulas kononnya itu wang derma dari mana-mana pihak, samada wang itu derma dari tok arab, tok yahudi, tok komunis sekalipun, itu adalah tanggung jawab Najib untuk buktikan di mahkamah.

Bila Undang-Undang Najib dan Perlembagaan Persekutuan Najib dan Kuncu-Kuncu telah merampas dan mengatasi Undang-Undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, maka inilah jadinya, kes jenayah pun boleh dibuang sesuka hati, undang-undang pun diperkotak katikkan.

Saya dah tak dapat nak harapkan kepada ahli-ahli UMNO untuk selamatkan negara, kerana majoriti ahli-ahli UMNO kini dah jadi seperti tunggul dalam parti, parti dipelingkup, harta parti dijadikan harta peribadi Najib, parti dijadikan harta peribadi Najib, itu pun ahli UMNO buat tak peduli sahaja, memang ahli-ahli UMNO tak boleh diharapkan, dasar tunggul sahajalah.

Kini kita rakyat Malaysia yang setia kepada negara perlu tunjukkan kesetiaan kita, kita perlu berjuang dengan apa cara untuk menyelamatkan negara ini dan mempertahankan kedaulatan undang-undang Malaysia serta mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan Malaysia dari dinodai secara khianat oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

Pertahankan hak negara, pertahankan hak kita sebagai rakyat negara ini.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 11:03 AM

Ya betul tu bro din turtle nak siasat Tun sebab ada laporan polis sampai keluar dalam tv3 yang berpuloh report pasal najib terus senyap sepi masuk dalam bakul sampah bagaimana pula dengan berita mahkamah peranchis sudah buka kes penjualan kapal selam scorpene yang melibatkan najib termasuk lah kes siasatan polis negara peranchis hongkong dan singapura keatas najib dan 1mdb skandal paling hangat yang menggegarkan seluruh dunia sampai budak sekolah pun boleh ulas dalam applikasi whatsapp dan fb tapi tv3 langsung tak sentuh jauh sekali siarkan perkembangan tersebut betapa ketinggalan nya tv3.

Kenyataan kbab untuk siasat Tun merupakan satu cubaan ugutan konon nya boleh menyekat Tun dari bersuara ianya adalah perbuatan sia sia kerana Tun bukan seorang manusia yang mudah mengaku kalah hatta di penjarakan sekalipun persoalan nya ada berani kah kbab ag dan najib mengambil langkah untuk mendakwa seterusnya menghukum Tun sudah cukup bersedia kah untuk menghadapi kemarahan dan kebangkitan rakyat didalam dan luar negara?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 11:39 AM

KPN=Ketua Polis Najib,KSN=Ketua Setiausaha Najib,PTPTN=.......Najib,ASN=Amanah Saham Najib, etc.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 2:37 PM

najib rosmah tk akan jelaskn kedudukan sebenar sbb nyata lagi berfakta mmg najib rosmah telah menyonglap harta kerajaan. untuk cover line,brbagai2 kelentong direka cipta oleh najib rosmah Dan balaci2nya .ada berani ke AG nak sumpah junjung QURAN.. peeegidahhh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 4:19 PM

Nampak gaya kalau barisan pencucuk dan pembodek si Al Jibry dah habis pertimbangan dan hilang akal hingga menangkap TDM dan barisan pejuang Umno yang lain maka akan terjadilah satu gelombang kebangkitan sekalian rakyat Malaysia dalam menentang Pemimpin zalim yang maha rakus yang bertuhankan Wang Ringgit. Maka pasti Malaysia akan merasa suatu pengalaman baru ala
Arab Spring yang memandikan bumi bertuah ini dengan tertumpahnya darah2 perjuangan. Melayu makin bosan dengan kebodohan Al Jibry yang sudah jauh tersesat imannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 6:10 PM

Bala, bro. Bukan balak. Zaman la ni, kalau balak yg turun, dah jadi mcm durian runtuh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2016 at 12:46 AM

Kalau apa2 hal jadi kat Che Det, org Melayu akan berpecah dan lemah, kerana rakyat yg menyokong Che Det bukan sikit. Che Det bukan sebarang org. Ini org yg pernah berjasa kpd kita. Org yg pernah menaikkan maruah agama, bangsa dan negara.

Che Det memacu Malaysia selama 22 tahun. 22 tahun bukan masa yg singkat. Kalau pentadbiran Che Det lemah, 22 tahun tu dah cukup boleh memuflis dan menjatuhkan Malaysia. Tapi Malaysia berjaya berdiri megah dihormati dunia pada zaman Che Det. Pemimpin dunia dari kuasa2 besar tak berani pelekehkan Che Det dan Malaysia. Kita dipandang tinggi. Masa kejatuhan RM pada 1997 Che Det berjaya memulihkan keadaan ekonomi negara.

Apa yg boleh disimpulkan ialah Che Det bukan Tuhan, bukan Nabi dan bukan Malaikat. Che Det pun ada buat silap jugak. Che Det juga manusia macam kita, bukannya maksum. Tapi kalau nak dibandingkan jasa dan silap Che Det, memang telah terbukti jasa Che Det jauh lebih besar dari kesilapannya. Malah kesilapan Che Det langsung tak meninggalkan kesan buruk pada rakyat dan negara. Silap Che Det tidaklah sampai merosak-jahanamkan Malaysia. Rakyat pun tak rasa terbeban dan tertekan.

Pada zaman Che Det perpaduan kaum pun erat. Islam tak dicaci hina. Malah org tak berani nak sentuh pasal agama, apalagi nak menyoal atau bergaduh pasal agama. Keistimewaan org Melayu tak berani dikotak katikkan.

Janganlah kita jadi anjing yg tersepit. Bila terlepas kita salakkan org yg menolong kita dulu. Janganlah tak mengenang budi. Ingatlah sikit jasa dan budi baik org. Kenangkanlah jasa yg ditabur. Dulu kita sama2 menikmati kesenangan atas bakti yg dibuat oleh Che Det dan sama2 kita makan budi Che Det. Tak ada pulak Che Det bebankan kita dgn tekanan hidup. Ingatlah, duit, harta, pangkat boleh dicari tapi budi yg baik dibawa mati. Jangan sampai lupakan jasa org, jangan lupa daratan. Jadilah org yg baik dan waras. Janganlah kita nafikan budi org. Tak mungkin kita dapat padamkan 22 tahun jasa Che Det.

Che Det tetap terpahat dlm benak fikiran kita.
Jasamu tetap kami kenang.
Terima kasih Ayahanda Che Det.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2016 at 8:02 AM

Jet pm di namakan NR1....najib rosmah je yg blh guna...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2016 at 3:34 PM

Salah besar Che Det adalah percaya pada Anwar AlJuburi, kutip makhluk 2 alam tu jd sekutu. Mujur sempat pecat simalaun tu. Satu lagi silap besar Che Det terlalu yakin dgn Najib hingga lupa bagaimana Najib amat lemah dgn 2 RM, Ringgit Malaysia dan Rosmah Mansor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2016 at 10:50 PM

PM 'kedekut' negara makmur dan rakyat gembira.PM 'pemurah' negara meleset dan rakyat sengketa.

Post a Comment