........... Bila Muhyiddin Ungkit Balik Kes RM42 Juta SRC ....... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Muhyiddin Ungkit Balik Kes RM42 Juta SRC .......

Sunday, February 28, 201616comments



Kenyataan Muhyiddin selepas digantung jawatan, yang ada kaitan dana SRC RM42 juta menarik perhatian rakyat untuk dikaji semula penjelasan AG yang telah membebaskan Najib dari sebarang pertuduhan. 

Apa yang Muhyiddin kata -

- Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya

- ..... Peguam Negara memberikan alasan paling tidak munasabah untuk menolak pendakwaan ke atas Najib walaupun mempunyai bukti yang kukuh.

Kita baca balik keputusan AG berkaitan duit SRC ini -


a. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM mengetahui dan/atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau;

b. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau; dan


c. Keterangan menunjukkan pada masa-masa yang material, YAB PM mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu.



- Kenyataan AG di atas langsung tidak sebut secara direct bahawa MEMANG ADA RM42 juta masuk dalam akaun Najib. 

- Apakah RM42 juta itu dari SRC ? Persoalan ini dibiarkan tergantung oleh AG ! AG cuma sebut yang kononnya Najib tidak tahu ada kemasukan wang SRC kedalam akaunnya. 

- Kemungkinan wang itu dari SRC tetap ada ! Cuma Najib tidak tahu saja.

- Tidak ada alasan diberikan oleh AG tentang kemasukan RM42 juta ke dalam akaun Najib. Dari mana datangnya RM42 juta yang muncul dalam akaun Najib ? Kenapa tidak dijelaskan oleh AG ?

- Yang Najib tahu cuma - Dalam akaunnya ADA WANG BANYAK. Tidak ada penjelasan dari AG kenapa penerimaan  RM42 juta oleh Najib dan seterusnya dibelanjakan oleh Najib itu, dianggap sebagai tidak bersalah

- Hanya kerana Najib kata yang dia fikirkan duit itu adalah sebahagian dari derma  ( yang sudah dipulangkan sepenuhnya sebelum itu lagi ), maka bagi AG, kes perlu ditutup ! 

Bila Najib dapat duit RM42 juta, waktu sama ada pihak yang kekurangan RM42 juta ( pihak yang berikan duit itu ). Siapa dia ? Untuk apa diberikan ? Apakah ia satu kecurian ? Dah repot Polis ? Siapa yang curi ? Najibkah yang curi ? Kalau bukan curi, apakah penjelasannya ?

Bagaimana dengan akaun SRC pula ? Bukankah ada ditunjukkan kekurangan RM42 juta ? Apakah yang dicatatkan dalam akaun SRC sebagai tujuan wang itu dikeluarkan, siapa yang sain arahan ? Apakah sebagai Advisor Emeritus SRC, Najib tidak tahu menahu tentang pengeluaran RM42 juta dari akaun SRC itu ? Kenapa AG tidak jelaskan ?

Jelas bahawa AG juga sedar yang RM42 juta itu BUKAN dari derma pak Arab. So ... kenapa AG tidak menjelaskan lebih lanjut ? 

Makanya kita katakan TIDAK ADA PENJELASAN dari AG mengenai dana RM42 juta SRC. Kesemua persoalan di atas langsung tidak dijawab oleh AG. Tidak ada penjelasan yang diberikan oleh AG mengenai kemasukan amaun yang sama ke dalam akaun Najib. Tidak ada penjelasan diberikan oleh AG kenapa Najib dibebaskan dari sebarang pertuduhan berkaitan RM42 juta itu.

Makanya kita setuju dengan Muhyiddin yang mengungkit kembali isu RM42 juta SRC. Mohon AG berikan penjelasan. Dan lagi cantik kalau Najib selaku Advisor Emeritus kepada SRC dapat berikan penjelasan bagi pihak SRC.



 
- Jika Peguam Negara bukan seorang yang berani, maka Perdana Menteri akan menjadi seorang yang amat berkuasa dan kebal di sisi undang-undang. Dia boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja jenayah dan terlepas daripada sebarang hukuman. Ini bukanlah sesuatu yang adil malah amat bertentangan dengan prinsip bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang.

- Barangkali sistem nilai dalam UMNO telah punah. Mereka yang berkepentingan tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, tetapi kepentingan diri. Akibat daripada ini UMNO akan rosak dan ditolak oleh rakyat.

Kenyataan penuh Muhyiddin - KLiK


PS - Juga baca balik artikel Mkini mengenai juta2 lagi pengeluaran duit SRC termasuk RM3.2 juta melalui kad kredit yang mana infonya diberikan oleh AG sendiri !  

Ini BUKAN fitnah tapi benar2 berlaku cuma saja tidak ada penjelasan. Apakah salah sebagai seorang rakyat, kita bertanya ?

Apakah kepimpinan Umno yang kononnya mendengar suara rakyat, langsung tidak mahu tahu penjelasan isu ini ? Kalau dah tahu, kenapa tidak tolong jelaskan pada rakyat ? Atau pemimpin2 Umno jenis tidak kisah sebab ia melibatkan Najib ?  Ikut suka Najiblah nak buat apapun ..... Najib berkuasa sepenuhnya ! ? Kalau bertanya nanti, kena buang ..

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 10:36 AM

Pasal isu wang RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib yang Najib kata dia tak tau apa-apa tu, apakah selepas Najib tau yang duit tu duit dari SRC International, apakah Najib dah pulangkan balik wang itu kepada SRC International?

Pasal apa kes isu wang SRC International ini pun diarahkan tutup terus oleh Apandi Ali? Kes ini perlu disiasat kerana siapa yang pandai-pandai masukkan wang itu ke dalam akaun peribadi Najib itu? Macam mana dia boleh ada butiran akaun peribadi Najib yang sangat rahsia itu? Malahan apakah motifnya wang itu dia masukkan ke akaun peribadi Najib? Malahan SRC International tak tahu ke yang wang mereka dah berkurangan RM 42 juta dari jumlah yang sepatutnya, takkan mereka tak tahu ke mana wang RM 42 juta itu pergi, dalam penyata kewangan mereka takkan tak catat ke manakah pembayaran RM 42 juta itu dibuat?

Banyak sangat soalan yang perlu dijawab oleh Apandi Ali bila dia buang kes ini, sebab perbautan Apandi Ali ni jelas macam nak sorokkan kes tersebut sahajalah.

Sedalah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 10:53 AM

Camna duit sumbangan digunakan untuk berbelanja. Itu dah jadi rasuah. Ag lepas pandang ker? Nasib bail najib tak mati. Kalu idak dah jadi wang pusaka duit derma tu. Kesian umno, melepaskan wang yg byk kerana presiden dikaitkan dgn wang rm2.6b dan dikembalikan wang itu. Alangkah bagusnya kalu wang itu dimasukkan dlm akaun amanah umno. Byk duit tu untuk diberikan kpd ahli umno utk menentang para penentang najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 12:31 PM

Ikut mana pun sebagai seorg yg waras dan sedar,mana mungkin jumlah 42juta tidak di ketahui asal usulnya. Sedangkan semuanya itu dlm kawalan?
Perbuatan menutup siasatan terhadap kes ini benar2 menjijikkan serta terkeluar dari landasan pemikiran yg waras. Kenyataannya: AG tidak akan mendakwa segala salah laku najib,itu PASTI.
Bila ghani di buang secara melulu dan tiba2 pasti ada sesuatu yg tak kena. Mana dia task force yg kononnya di wujudkan utk menyiasat salahlaku?
Sesuatu yg amat buruk telah dan sedang berlaku kerajaan pimpinan mangkuk hayun ini. Ingat! KAMU SEMUA PASTI MATI....kerana kematian itu WAJIB bagi yg hidup.
Keinsafan dan kesedaran tiada lagi dlm jiwa pemimpin negara yg kian punah....

#waristunkuitam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 12:59 PM

Najib mencuri. UMNO kena robohkan. Tak payahlah nak pertahankan lagi. Berapa ramai Datuk UMNO kaya - raya mencuri. Kita buat tak tahu je selama ni.

....................
Reply To This Comment ...................
February 28, 2016 at 1:26 PM

Najib tak cakap yang baki derma telah di pulangkan ke pak arab. Yang cakapa demikian adalah Apandi Ali
Najib tidak cakap yang wang yang belanjakan pada akhir 2014 dan awal 2015 adalah wang derma derma tok arab yang telah pon dipulangkan pada Ogps 2013. Yang buat kenyataan demikian adalah Apandi Ali. Sangat menghairankan macam mana wang derma yang telah di pulangkan pada Ogod 2013 bolih dibelanja semasa bercuti main golf pada akhir 2014.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 1:43 PM

Najib dan kuncu kata wang RM 2.6 bilion itu adalah wang derma kepada UMNO, tapi satu sen haram pun wang itu tak pernah diserahkan kepada UMNO.

Sedarlah kalau UMNO nak kumpul semula wang sejumlah itu, usia UMNO adalah 70 tahun pada tahun ini, maka untuk UMNO dapatkan balik wang itu dalam tempoh 70 tahun, maka UMNO kena kumpul sebanyak RM 3,095,238.095 setiap bulan, baru boleh dapat balik RM 2.6 bilion tu, lebih RM 3 juta diperlukan untuk dikumpul setiap bulan selama 70 tahun bagi mencukupkan RM 2.6 bilion itu.

Kita tak dapat bayangkan betapa teruknya kerugian kepada UMNO akibat penyelewengan wang itu oleh Najib jika sekiranya benar wang itu adalah didermakan kepada UMNO oleh tok arab.

Kalau ini pun ahli-ahli UMNO masih tak sedar dan tak faham juga, tak tahulah saya apa dah jadi dengan ahli-ahli UMNO sekarang ini, masing-masing dah makan nasi kangkang Najib kot, sebab tu sampaikan parti dijahanamkan sedemikian rupa masih lagi dibiarkan, tak ada usaha untuk selamatkan parti.

Pertahankan parti, itu tanggungjawab ahli UMNO, kalau ahli UMNO tak selamatkan parti, nak harapkan siapa lagi? Apa guna jadi ahli UMNO jika UMNO dipelingkupkan pun ahli UMNO masih jadi tunggul biarkan begitu sahaja? Bertindak beranilah untuk pertahankan parti sendiri, baru ahli parti yang sejati.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 2:11 PM

Kita sedia maklum, Najib adalah lelaki bacul dan pengecut. Dia memang tak pandai berhujah apalagi untuk berdebat. Kalau dibawa masuk kegelanggang, Najib akan memperlihatkan kebodohan nya "lain yang disoal lain pula yang dijawabnya.

Masih ingat lagi, Najib mengaku dia memasukkan duit derma dalam akaunnya tapi tidak menggunakan untuk kepentingan peribadi ? Itulah idea dari Najib setaraf idea pak pandir.

Selepas dikritik hebat rakyat Malaysia, dia tidak lagi keluarkan kenyataan secara sepontan kecuali membaca idea orang lain untuk kebaikan dirinya. Lihat lah....siapa yang bercakap bagi pihak Najib?

Nak lawan Najib mesti tahu titik lemah nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 2:14 PM

Yang saya kesal adalah KEBISUAN pakar yang serbatahu pasal AlQuran dan Hadith seperti harussaini, tamiyas, noh gadut dan lain2 mengenai kes 1MDB dan RM2.6 bil yang telah merosakan perpaduan ummah, bangsa melayu dan cemari agama yang kita orang islam anuti.

Kalau mereka ini beranggap mereka adalah menjaga dan menegak AGAMA, mengapa mereka2 ini tidak meminta

1. BNM ZETI
2. MACC ABU KASSIM
3. AG APANDI

untuk memberi taklimat secara tertutup. Mereka2 ini memberi taklimat asing2....jangan serentak.

Selepas itu tegakkanlah agama mu, bercakap benar, jangan takut atas nama Allah swt. InsyaAllah sekurang2nya orang islam dapat diyakinkan CERITA YANG SEBENAR.

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 2:18 PM

Bila ag p interview najib.tkdan interview dah lepaskan..bravo..kan apandi pernah jd calun bn dlm pilihanraya..pegang jwatan dlm umno..jd peguam umno..baca artikel AKJ..so wat do we rakyat xpect frm apandi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 2:49 PM

My observation!

1. Mengapa Azalina Othman melompat dengan kenyataan Muhyiddin?

Jawapannya ITULAH FAKTA yang najib telah melakukan jenayah.

Realitinya takut dengan rakyat mengatahui fakta sebenar

2. Adakah Azalina kata Muhyiddin berkata FITNAH?

Jawapannya TIDAK tapi menuduh satu coup attempt to topple najib led goverment by muhyiddin.

Realitinya Azalina yang memfitnah muhyiddin...got it?

3. Mengapa ada isu OSA viz gani memberi taklimat kepada muhyiddin?

Jawapannya adalah taklimat berserta dengan bukti menangkis tohmahan fitnah keatas najib

Realitinya letting the eorms out of the can.

Disebalik isu di atas, apakata kalau ada orang umno seberani khairuddin buat lapuran polis terhadap azalina kerana memfitnah muhyiddin atau muhyiddin sendiri membuat lapuran polis!

Food for thought...hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 3:27 PM

"Jelas bahawa AG juga sedar yang RM42 juta itu BUKAN dari derma pak Arab. So ... kenapa AG tidak menjelaskan lebih lanjut?"

Bro. Din, dari permulaan hingga hari ini PENJELASAN bukan aturcara JibGor dengan macai2nya. Sebaliknya KEKABURAN adalah jalan dia orang.
Perintah negara macam mana ini? Kalau rakyat kita terkabur lagi rakyat antarabangsa akan dapat menjelaskan juga!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 4:39 PM

Ignorance is no defence - kejahilan bukan pelepasan

Najib harus ambil tahu tentang akaunnya sendiri.

Lagipun dia kata tak pakai duit derma untuk kepentingan sendiri

Habis belaja kad kredit tu bukankah kepentingan sendiri???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 4:55 PM

Derma pak arab 2.6 biliyun pulang balik baki derma 2.03 biliyun kenapa pulangkan baki derma bayar lah duit src 42 juta dan kredit kad 3 juta kan nampak tak masuk akal duit derma konon, sebenarnya ntah berapa biliyun dah najib gasak kita sendiri pun tatau yang kita nampak apa yang berjaya didedahkan saja

Rakyat terpaksa menanggung keluarga bangsawan ni berbelanja tak cukup dengan itu mencuri lagi iklas cakap setiap kali muka pm dan bini keluar dalam tv loya tekak rasa nak muntah cepat2 alih siaran betul tak tipu semua menyampah dah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 6:24 PM

Satu perkara yang saya amat...amat ingin penyokong Najib jawab:

1) Kenapa IT IS OKAY bagi Ahmad Bashah selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah mengkritik Mukriz yg ketika itu Pengerusi Perhubungan ?

TETAPI, bila TSMY selaku Timbalan Presiden Umno mengkritik Najib, IT IS NOT OKAY ?

2) Kenapa bila usaha-usaha digerakkan untuk menjatuhkan Mukriz, perbuatan itu TIDAK DIANGGAP sebagai untuk menjatuhkan Kerajaan?

TETAPI bila usaha-usaha dilakukan untuk MEMINTA najib berundur, perbuatan itu DITUDUH sebagau untuk menggulingkan Kerajaan?

Kritik najib dianggap mengkritik Melayu
Kritik najib dianggap mengkritik Islam

najib ni lambang lelaki melayu islam ke?
Amirul Mukminin ke? jadi imam solat jemaah di masjid pernah ke?

Tolong la jawab. Jangan nak hentam, jangan mencarut.. tapi jawab!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2016 at 7:07 PM

Sdra,

The answer lies with money. Waima pandai ni ilmu agamamu, apabila disogok dengan wang ringgit, yang salah jadi betul, yang haram jadi halal, yang batil jadi haq....dan lain2.

Hanya Allah swt penyelamat rakyat malaysia atas kerajaan najib dan kuncu2nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 29, 2016 at 12:22 PM

Din,

Lari tajuk...

Cuma hairan, kalau semua asset 1MDB dah dijual,mcm mana SUKUK masih boleh ada? apa asset yang nak back up SUKUK tu? dan bila nak reeem SUKUK ni nanti nak bayar dengan apa? Tabung Haji beli sukuk, PNB beli sukuk... ni semua duit orang melayu kita ..

Post a Comment