........... Bila Ketua Penerangan Umno Yang Baru Pula Cuba Jadi Jaguh Pertahankan RM2.6 Bilion Najib ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Ketua Penerangan Umno Yang Baru Pula Cuba Jadi Jaguh Pertahankan RM2.6 Bilion Najib ...

Monday, February 15, 201629comments


Ketua Penerangan Umno yang baru, Tan Sri Annuar Musa memberi komen yang panjang dalam wawancara bersama TheStar ( KLiK ) dan menyentuh beberapa topik panas. Kita tumpukan kepada RM2.6 bilion saja untuk kali ini.

Mkini ada terjemahan sebahagian darinya -

"Jika tidak mempunyai undang-undang, maka di mana penanda aras itu? RM2.6 bilion untuk menghadapi satu pilihan raya umum (jumlah) tidak besar!" kata anggota parlimen Ketereh itu.

Ditanya sama ada Najib beretika untuk menerima sumbangan itu secara peribadi, Annuar menegaskan bahawa ia beretika dan berdasarkan kepada peraturan.

"Ia sangat tidak beretika untuk perdana menteri, untuk presiden Umno jika parti tidak mempunyai wang yang cukup untuk menghadapi pilihan raya umum. Ia semudah itu!

 "Anda mesti mempunyai wang yang cukup. Dalam sistem Umno, pembiayaan itu hanya datang dari presiden. Kami tidak pernah persoalkan.

"Jentera dan semua orang parti akan meminta wang daripada presiden parti, walau siapa pun presiden parti," katanya sambil menambah bahawa isu pembiayaan adalah sesuatu yang perlu parti elakkan daripada membincangkannya di khalayak. 

Peeerrrgh ! Baik punya bodek ...... Teringat masa Zahid mula2 ambilalih jawatan TPM tahun lepas, begitu juga rentaknya. Pertahankan bos yang baru lantik ! Hmmm .... sebelum dilantik, mereka berdua pun sama, suara taklah selantang selepas dilantik. 

Annuar tidak memberi kita sebarang maklumat baru, beliau sekadar berhujah mempertahankan Najib melalui pendekatan yang baru. Lain orang lain pendekatan mereka walaupun kesnya sama hehehe ..

OK, jom layan pengganti Ahmad Maslan ni ......

Apakah maksud Annuar dengan " Penanda Aras " ? Apakah Annuar merujuk kepada dana Pilihanraya semata2 ?

SIAPA YANG SAHKAN DANA ITU UNTUK PILIHANRAYA ?

Ada ke sesiapa yang tunjukkan bukti dana itu digunakan Najib untuk kempen Umno BN dalam Pilihanraya ? Berapa banyak dan kepada siapa ?

Rakyat juga tidak berapa nak layan sangat bab dana pilihanraya sebab itu semua bersifat retoriks. Tak ke mana kalau dilayan. Rakyat bercakap bersandarkan BUKTI.

Bukti - RM2.6 bilion masuk dalam akaun peribadi Najib

Bukti - Akta SPRM menyatakan adalah merupakan satu kesalahan menerima derma ke dalam akaun peribadi seorang penjawat awam.

* Dana itu adalah Derma - Kita belum lihat lagi sebarang bukti kecuali dikatakan ada surat dari penderma yang mengesahkannya sebagai derma. Mana surat itu ?

Bukti kenyataan dari Najib dan Zahid bahawa dana itu adalah derma - Anda percaya kata2 mereka ?

* Sebahagian besar dana itu telah dikembalikan - Ada bukti ? 

Bukti kenyataan dari AG ( tanpa disertakan bukti ) - Anda percaya kata AG ? Bukan kita semudah itu mahu menolak kata AG tapi bila hujah yang diberikan itu terlalu longgar, tidak masuk akal dan tidak disertakan bukti, janganlah harap rakyat nak terima begitu saja.

* Dana itu untuk kempen Pilihanraya - Ada bukti ?  Diberikan secara peribadi oleh Najib kepada setiap bahagian ? Kenapa tidak ada sesiapa pun yang tampil mempertahankan kenyataan itu contohnya - Ya, saya ada terima sekian2 juta ringgit dari Najib buat belanja PRU13.  Ada ?

Come on lah .... Presiden anda sedang diadili oleh rakyat Malaysia namun tidak ada seorang pun berani tampil mempertahankan bos anda sebagai saksi alibi ? 

Kenapa tidak Annuar sendiri yang mulakan ..... buat pengakuan berapa banyak yang beliau terima dari Najib untuk kempen kawasan Ketereh masa PRU13 lalu ?

Kenapa perlu mereka yang buat pengakuan ? Sebab tidak ada satu sen pun yang Najib masukkan ke dalam akaun parti Umno bagi tujuan yang didakwa ! Kalau ada, dah lama Umno tunjukkan ....

Pandai Annuar dengan cara spin nya .... yakni membawa perhatian kita kepada isu Dana Pilihanraya seolah2 dana itu tidak digunakan untuk kepentingan peribadi Najib. Dan secara halus, Annuar akan kaitkan dengan dana yang diterima oleh pembangkang pula. Pembangkang boleh terima dana luar kenapa Umno tidak boleh ?

Kita senang jer .... kalau ada bukti pembangkang atau sesiapa pun terima dana secara haram maka kemukakanlah bukti. Yang ada bukti ketika ini adalah Najib dan beliau sendiri sudah mengaku.

Selagi tidak ada bukti atau pengakuan dari mereka yang terlibat menerima dana itu, tak payah ceritalah tentang dana pilihanraya. Ayuh semua calon2 Umno baik yang menang atau kalah, tampillah dan buat pengakuan ada menerima dana pilihanraya dari akaun peribadi Najib demi menyelamatkan maruah bos anda !

Oya, paling kelakar adalah kenyataan Annuar ini -  RM2.6 bilion untuk menghadapi satu pilihan raya umum (jumlah) tidak besar!   . ooooooo .... sebab itu prestasi BN bawah Najib lebih teruk dari bawah Paklah, sebab Najib kedekut, hanya belanjakan RM600 juta saja. Yang lain semua dipulangkan balik !

Sekali lagi ingin kita tekankan - isu di sini adalah KESALAHAN di bawah Akta SPRM di mana Najib sebagai seorang penjawat awam telah menerima RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Satu lagi, mungkin Annuar juga boleh tolong bosnya dengan menjelaskan isu RM42 juta SRC yang masuk ke dalam akaun Najib. Yang ini masih belum dijelaskan oleh Najib ataupun AG. Dana ini pula masuk SELEPAS PRU13, jadi apa pula alasannya ? Masuk pula ketika Najib bercuti di luarnegara ketika negara dilanda banjir besar....

Juga tentang juta2 lagi yang dibelanjakan melalui kad kredit.

Juga tentang juta2 yang masuk akaun Rosmah.


Versi Thestar - 

It is very simple. You must have rules in place. That is the benchmark for the dos and the don’ts. It is the law that decides. If you don’t have a law then where is the benchmark? RM2.6bil to face one general election is not big!

Ethics is based on rules. It is very unethical for the Prime Minister, for the (Umno) party president if the party doesn’t have enough money to face the general election! It’s as simple as that!

You must have enough money. Within the Umno system, the funding comes only from the president. We never question

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 1:31 AM

"We never question"

That shows your lack of due diligence, your blind misplaced loyalty, your bootlicking tendencies

- very much like the Ostriches burying their heads in the sand!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 1:43 AM

interbiu dengan Mingguan Malaysia lagi kelakar. UMNO mesti dengar suara rakyat. kahkahkakah dan kahkah....
suara ahli sendiri pun dia tak mahu dengar apatah lagi suara rakyat...kahkahkah...personaliti UMNO selalunya lucu la...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 1:44 AM

Anuar ni kan kes dia dulu disapu bawah carpet..Najib sekarang melantik semua Legend yang ada kes untuk tolong covet dia..hahaha..Mereka ingat Rakyat Malaysia Bodoh..Yang sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang tidak mahu huru harakan negara. .tapi satu hari nanti rakyat Malaysia akan bangkit melawan juga setelah melihat semua institusi kerajaan tidak menjalankan kerja seprti yang sepatutnya..sekarang ni semua melihat saja dan menunggu.

....................
Reply To This Comment ...................
February 15, 2016 at 4:47 AM

"Jika tidak mempunyai undang-undang, maka di mana penanda aras itu? RM2.6 bilion untuk menghadapi satu pilihan raya umum (jumlah) tidak besar!" kata anggota parlimen Ketereh itu @ ketua penerangan parti ketuanan melayu @ pengerusi Mara yang meletop skandal 'kickback' kat australia tahun lepas @ duta/model kosmetik qu puteh - Annuar musa.

OK nak penanda aras kan. Tak kan lah sorang ahli parlimen iaitu calon wakil rakyat yang telah melalui proses pilihanraya tak tau kot bahawa pilihanraya kat Malaysia ni ada undang2 siapa kata tiada undang2.

Penanda arasnya adalah menurut AKTA 5, AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954 PINDAAN - AKTA A1204/2003...

Perbelanjaan yang dibenarkan bagi calon kerusi dewan Rakyat : RM 200,000
Perbelanjaan yang dibenarkan bagi calon kerusi dewan Negeri : RM 100,000

Cubalah ketua penerangan kira sendiri atau kalau tak pandai nak kira suruhlah menteri kewangan tolong kirakan, berapakah jumlah yang dibenarkan bagi kesemua calon parti ketuanan melayu waktu PRU13 dulu. Adakah jumlahnya melebihi atau pun kurang dari 2600 juta yang masuk ke akaun peribadi najib yang kononnya menurut annuar musa untuk pilihanraya dan 'tidak besar'..???

Kalau dulu didobikan oleh AG yg amat berpuas hati kerana tak melanggar sebarang akta SPRM ... skrg ni kita banding pulak dengan akta SPR tanpa M. Langgar ka accident ka..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 7:01 AM

What did all this people at UMNO's hierarchy took in/ate is a big question mark??? Well to think that,

- To say RELIGIOUS, what they are doing and saying goes to the contrary...(even go against own MACC's Penal Code)

- To say these men are of PRINCIPLE, what exactly is their outline of principle, anybody?

- To think from Najib to Zahid to the rest of chicken-poop Cabinet that they do have a little sum of integrity, what we're witnessing is ZILCH! What integrity is to them!

We wonder why ALLAH has given us, Malaysian a leader whom acted pious but tell numerous and humungous lies!

Putting up front as 'PAHLAWAN' yet so without balls that he has everything to hide yet, using the power at his disposal to,

-Purged,
-Changed,
-Transfer,
-Threaten,
-Lie,
-Con,
-Add
-Can add more

whether its document or personnel of significance high-ranking officer of the government that did not tow-the-line would be dealt with.....everybody else were taken action of, but not the CHIEF-PIRATE?

Now, you get a TPM/DPM acting like TAIKO daring the YOUTH (more like THREATENING then Dare!) to take up the 3D thing. Has he no clue that these are the people who would make for the numbers in GE14??? Only to defend like hell 1.5 million Bangla is to be justified???

You get a breather seeing the back of Mad Maslan but now you have to put up with another BADUT just as bad if not WORST!

Seriously, to the people of UMNO (the upper echelon), DO YOU REALLY BELIEVE ORANG KAMPUNG and ORANG MELAYU BUMIPUTERA still will be backing you after all the dirty deceits and lies you guys have been manufacturing till this far??? Please take queue from the proud Asia's best debater, Syed Saddiq's sampling of support to BN/UMNO.

However, UMNO goons are either without anything in-between their ears or they simply couldn't care less and already had their safe-passage worked out once the country BURNS!!!!

With that, I am not assuming but pressed to think that had these UMNO goons actually telan 'air basuh kaki bugis' kut???

May ALLAH helps MALAYSIA, Tanah Ayer Ku!

Ikhlas

MLN

....................
Reply To This Comment ...................
February 15, 2016 at 7:18 AM

Ternakan najib yg terbaru lagi dia tiga bulan akan gemok gedempol yg ini mungkin sempat sampai hari raya korban itu pun kalau tuan dia tak tersepit cukup Sardis hikayat politik malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
February 15, 2016 at 7:31 AM

Assalammualaikum wmt Bro Din!
Saya tak hairan pun dgn apa yg dijelaskan Annuar mengenai isu yg dipertikai rakyat terhadap bossnya - Najib Razak. Ianya adalah tugas utama beliau ketika bersetuju dilantik jadi KP Umno menggantikan Mat Maslan. Kalau dia tak berkata seperti apa yg dikatakannya itu, tak adalah maknanya Najib lantik dia ke jawatan itu.

Rakyat faham Mat Maslan telah gagal membela Najib. Lebih malang lagi, apa yg Mat Maslan katakan sebelum ini jadi momokan umum. Dia diperlekeh dan kata-katanya jadi bahan ketawa dan jenaka.

Justeru, Najib terpaksa cari orang baru yg mampu membela dirinya drpd tuduhan yg sehingga kini masih belum mampu diterima rakyat. Pelbagai jawapan oleh konco-konco Najib semakin menambah pandangan serong rakyat. Semuanya tak menjadi. makin kalut dan semakin merendahkan keyakinan dunia terhadap PM Najib. Masa semakin suntuk buat PM Najib. Masanya akan tiba PAU terpaksa diadakan.

Pilih punya pilih maka terjumpalah nama Annuar Musa yg terkenal pintar bermain kata-kata. Maka Najib pun lantiklah dia menggantikan Mat Maslan.

Sebagaimana kita semua tahu - selepas TSMY dipecat, beberapa menteri baru yg dilantik punya tugas utama iaitu membela Najib. Bagaimanapun mereka juga gagal. Apa yg mereka ulas tak mampu membersihkan Najib. Salleh Keruak dah diam. Rahman Dahlan dah lama membisu. Azalina Othman Said pun dah kurang songehnya.

Biarkanlah Annuar membela dgn mainan bahasanya. Sama-sama kita lihat selama mana dia mampu bermain kata-kata membela bossnya. Lagipun Annuar Musa ini pemimpin Umno dari Kelantan. Ada muslihat kenapa anak Kelantan ini dilantik jadi KP Umno ketika desas-desus tersebar luas kononnya Tengku Razaleigh akan cabar Najib dijawatan Presiden Umno pada PAU akan datang.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 8:29 AM

Another crooked clown nak menegakkan benang yg basah. Rakyat semakin menyampah dan meluat. Bila penyamun Bugis nak di interview? Takkan asyik hantar macai je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 8:31 AM

Etika?? Undang2? Nuar ni betol ke sedar ke apa yg dia cakap?

It is very simple, matlamat tidak menghalalkan cara ! Mencuri dgn niat menolong orang tetap salah!

Rasuah tetap rasuah dn ia adalah jenayah tidak kita walau apapn alasannya. Najib telah mengkhianati amanah yg diberi oleh rakyat dn doa org yg dianiaya tidak ada hijab. Apa yg dialami najib ni sebenarnya istidraj-semakin banyak kesalahan yg dilakukan,semakin Allah tmbh kuasanya dn dimudahkan pula segala urusannya.

Semua yg ada adalah pinjaman,tiada yg kekal melainkan Allah. Najib mungkin terlupa perkara ini..

....................
Reply To This Comment ...................
February 15, 2016 at 8:38 AM

Tuan Din,

"Ia sangat tidak beretika untuk perdana menteri, untuk presiden Umno jika parti tidak mempunyai wang yang cukup untuk menghadapi pilihan raya umum. Ia semudah itu! '

Tidak ada kah alasan yang kukuh?

Kalu gitu, tidak beretikalah seorang ayah yang telah berusaha namun masih tidak mempunyai cukup wang dan sering membuat pilihan antara 'kemudahan vs keperluan' keluarganya.

Apakah ini bermaksud si 'ayah' boleh buat apa saja yang 'salah'?

Alahai pemimpin ku...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 9:15 AM

Beretika abah kau sahajalah Annuar Musa, etika apa kejadahnya wang derma untuk parti disimpan dalam akaun peribadi Najib, lepas tu Najib langsung tak pernah berikan kepada akaun parti, tak cukup dengan itu, pandai-pandai pulangkan derma itu kepada tok arab pula, itu duit derma untuk UMNO, bukannya wang Najib, apahal Najib tak minta kebenaran dan persetujuan ahli-ahli UMNO sebelum wang itu dipulangkan kepada tok arab itu?

Itu pun entah betul pulang entah tidak, sebab tak ada bukti slip bank yang menyatakan wang itu dipulagkan pun, hanya ada auta dari Apandir Ali sahajalah.

Malahan baki RM 570 juta daripada RM 2.6 bilion yang tidak dipulangkan itu apa yang diperbuat dengan wang itu? Najib gunakan wang itu untuk apa? Najib kata wang itu digunakan untuk parti, maka mana resitnya? Mana senarai perbelanjaaannya?

Setakat tabur air liur begitu rupa, apakah ahli-ahli UMNO terlalu bodoh untuk mempercayainya? Bukti tak ada, tabur air liur sahaja, ahli-ahli UMNO sanggup ke membodohkan diri untuk percaya apa yang dicakapkan oleh Najib itu?

Kamon la ahli-ahli UMNO, apa kejadahnya korang jadi ahli parti jika parti korang dipelingkupkan, dijahanamkan, malahan harta parti korang diselewengkan sesuka hati Najib, korang pula jadi tunggul dalam parti, sebabnya takut kena pecat dari parti oleh Najib, apa yang korang nak takutkan? Apa guna jadi ahli parti jika pengecut dan bacul sampaikan parti sendiri pun tak berani nak diselamatkan, sanggup biarkan parti lingkup dikerjakan oleh pemimpin keparat, apa gunanya? Najib selewengkan berbilion ringgit tu, korang ahli UMNO dapat apa? Dapat jadi bodoh, dapat diperkudakan oleh Najib sahajalah, Najib syok balun berbilion ringgit, korang ahli UMNO diperkuda, diperhina, diperlakukan seperti bangsat sahajalah, itu pun korang nak bangga jadi ahli lagi ke?

Biar dipecat dari parti seperti Pn. Anina dan Datuk Hamidah, biar ditangkap dan dilokapkan seperti Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, biar dipecat dari jawatan kerajaan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir, biar digantung keahlian parti seperti 9 orang ketua cawangan UMNO di Telok Kemang, inilah yang wira parti, ahli parti yang sejati, sanggup menanggung susah demi menyelamatkan parti, bukannya macam tunggul-tunggul dalam UMNO, kerana tak mau kena pecat, maka jadi tunggul, sanggup membaruakan diri biarkan Najib perosakkan parti tanpa sebarang usaha nak selamatkan parti, ahli jenis apa macam tu?

Terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir, GKCM, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Datuk Hamidah, Pn. Anina, 9 orang ketua cawangan di Telok Kemang, para blogger yang berhempas pulas untuk menyelamatkan UMNO, Barisan Nasional dan negara ini, serta rakyat yang tekun untuk menyelamatkan negara ini, andalah wira parti, andalah wira Malaysia.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 9:18 AM

Kipas anuar...jgn tak kipas..
Betul ke, tak betul ke...jgn tak kipas.
Kau terus bodohkan rakyat. Tapi ingat..sampai masanya nanti..kau akan tersungkur.tunggu PRU14!

....................
Reply To This Comment ...................
February 15, 2016 at 9:24 AM

Bila rakyat bangkit nanti, masa itu Najib akam menggunakan AKTA MKN untuk terus memerontah dan menyelamatkan dirinya dari dipenjarakan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 10:29 AM

Saya mencadangkan agar GKCM membuat memorandum kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk menyiasat mengenai wang RM 2.6 bilion ini, kerana wang ini dikatakan wang derma kepada UMNO, tetapi wang ini tidak pernah diserahkan kepada akaun UMNO, tidak pernah dicatatkan bahawa UMNO terima derma sebanyak RM 2.6 bilion itu di dalam mana-mana penyata kewangan tahunan UMNO, maka ini adalah bukti bahawa Najib telah pecah amanah dengan mengambil wang derma untuk UMNO dan menyimpan wang itu di dalam akaun peribadinya.

Malahan tindakan Najib yang dikatakan telah pulangkan RM 2.03 bilion kepada Tok Arab tanpa pengetahuan serta tanpa kebenaran dari parti adalah suatu perbuatan yang menyeleweng dan mengkhianati parti. Itu pun kena siasat jugalah, betul ke wang itu dah dipulangkan, mana slip bank pemulangan wang tersebut?

Begitu juga dengan baki wang RM 570 yang tidak dipulangkan itu, untuk apa dibelanjakan, mana resit perbelanjaannya, mana senarai perbelanjaannya, mana kebenaran dari parti parti untuk belanjakan wang itu, ini perlu disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO.

GKCM patut gunakan kaedah ini untuk dakwa Najib, Adnan Mansor yang menipu guna gelaran Tengku tu kata gunakan saluran parti, maka kita gunakan saluran parti, kita tengoklah apakah Lembaga Disiplin UMNO adalah benar ikhlas dan jujur kepada parti atau jenis pengkhianat yang merosakkan parti juga kerana ditabur habuan.

Edarkan memorandum berkenaan kepada ahli-ahli parti juga, biar ahli tahu apa yang didakwa terhadap Najib itu dan biar ahli nilai apakah tindakan mereka sokong Najib selama ini betul atau salah, edarkan juga kepada pihak media untuk hebahan ramai.

Selamatkan UMNO, Selamatkan Barisan Nasional, Selamatkan Malaysia, demi perjuangan Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 11:13 AM

Dia ni si qu puteh pun tak boleh nak handle inijan pulak scandal besar gajah najib tu.. kesian...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 11:13 AM

Nak Tanya anuar ni ....berapa tan dedak dah dapat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 1:59 PM

Appointing annuar musa as information chief replacing ahmad maslan IS A TOTAL DISASTER.

I am not surprised he will be replaced very soon.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 3:45 PM

org baru dpt jawatan, mesti la nk tunjuk kat bos, dia trbaeekk.... baru banyak dedak ditabur,kenyang sokmo..wei,.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 3:50 PM

Jenis manusia hipokrit yg cuba menghidupkan kembali karier politiknya yang telah malap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 5:38 PM

Taukey kencing duit pprt yang dah nak expired dalam politik najib kutip balik sudah tak ada orang lain lagi dah dalam kabinet najib yang gila2 sokong najib sampai terpaksa kutip dari luar kabinet sama macam kutip si saleh keruak yang bukan ahli parlimen lantik jadi menteri nampaknya ramai sudah kalangan ahli kabinet najib mula menjauhkan diri dari najib, anuar musa kena jumpa menteri luar arab saudi yang menyatakan duit 2.6 billion adalah duit pelaburan bukan duit derma untuk pilihanraya.

Lazimnya nya sebelum ini ketua penerangan umno di sandang oleh menteri penerangan sepatutnya saleh keruak sebagai menteri penerangan dan komunikasi tapi kerana latar belakang saleh keruak yang bukan original umno yakni katak dari parti pbs yang melompat kedalam umno jadi nak tak nak terpaksa najib kutip kaki sembang bola si anuar musa hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
February 15, 2016 at 6:23 PM

Mohon jangan over sangat kritik peribadi, tumpukan pada artikel ok

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 7:18 PM

bagaimanakah seorang ketua penerangan umno, seorang ketua penerangan, seorang ketua penerangan boleh ketinggalan kereta api, tertinggal bas, tertinggal kapal terbang. RM2.6b, maklumat terakhir adalah satu wang pelaburan. wang pelaburan, bukannya derma. tolonglah beri maklumat yang tepat. itu adalah wang pelaburan, bukannya wang derma. menteri arab cakap tak pernah beri wang derma untuk pilihanraya dan masuk akaun peribadi najib. tolonglah, jangan buat rakyat sakit perut ketawa melihat kekurangan amat kecerdikan pemimpin umno tu. kalu masuk akaun peribadi pun, kenapa banyak sangat tapisannya. rahsia pulak tu. nasib baik heli atau kapal terbang tak terhempas masa duit tu berada dalam akaun najib. kalau tidak, dah jadi wang pusaka wang derma aka wang pelaburan tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2016 at 9:39 PM

Najib kalau dibiarkan terus berkuasa,nanti kita boleh lihat si Kulup Kipidap,Ali Tinju dan Mat Ikan Bakar Sekinchan pun dia lantik jadi Menteri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 1:43 AM

Umno dah semakin kalut. Tak tau nak menangis ke nak ketawa nengok gelagat info chief yg baharu ni. Tak pasal-pasal teringat wajah dato pamoga pulak hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 2:23 AM

Tiada jalan lain..bukan tunjuk perasaan lagi. Masa sudah sampai...masa sudah sampai!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 2:30 AM

Blogger pemakan dedak najib dok canang kononnya bakke dah sahkan 2.6b bukan dari 1mbodo. Sedangkan lepas baca kenyataan rasmi tu bukan camtu bunyinya. Beliau cuma nyatakan takde dibincangkan atau disebut dlm pertemuan dengan pac.

Tapi kan...korang nak percaya lagi ke pac cari makan ni? Ramai yg tak percaya dah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 7:22 AM

Maaf saudara abu bakar...itu bukan wang derma. Itu wang untuk PELABURAN. Jadi apakejadahnya najip dan penyokong pemakan dedak dia masih nak menipu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 10:44 AM

sebenarnya si Annuar ni pun tak percaya apa yang dia cakap, jadi jangan lah kita percaya apa dia cakap

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2016 at 10:25 PM

Bengap terlajak menjadi-jadi. Dah mengaku menerima berbiliun wang masuk dalam akaun peribadi sebab tu rakyat melenting.

Post a Comment